🔱 Bab 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
Every king needs his queen

Tengku Faris masuk ke dalam bilik dengan marah.Sumpah seranah semua keluar dari mulutnya dari tadi.Baju seragam dirajanya direntap lalu dilempar ke tingkap.

"Bodoh!" Merah muka Tengku Faris menjerkah.Dia mencekak pinggang.Dia mundar mandir.Kalau dulu dia masih ada harapan untuk merampas kedudukan Zahin.Tapi sekarang gelap sama sekali.Denngan pewaris Zahin yang sedang dikandungkan Ayra.

Tengku Faris mengusutkan rambutnya.Kalau anak Zahin itu perempuan dia masih boleh cari jalan.Kalau dia lelaki,dia tak punya cara lain selain bunuh anak dan bapa itu.

Menyusahkan!

🔱🔱🔱

Ayra tergesa-gesa membuka pintu apabila terdengar Riyaz memberi salam dari luar.

Bulat matanya apabila melihat Zahin yang kelihatan lemah dipapah Riyaz.Dengan kepala yang berbalut dan lebam-lebam tapi bibir itu masih mengukir senyum.

"Abang.." Ayra perlahan menuruni tangga dan memeluk Zahin.Riyaz melepaskan Zahin lalu berdiri tegak di tepi Zahin.

"Bestnya peluk suami sendiri."

Riyaz mengerling ke sebelah kirinya,Tengku Juliana dengan muka cairnya meletakkan tangan di pipi.Tengku Juliana mengangkat-ngangkat kening kepada Riyaz.

Riyaz menjeling."Awak tak da benda lain ke nak fikir selain kahwin?"

"Ada" Tengku Juliana mengangguk sambil matanya memandang Zahin dan Ayra yang berpelukan."Fikirkan..awak!" Tengku Juliana tersengih tayang gigi di hadapan muka Riyaz.

Riyaz laju menjentik dahi Tengku Juliana.Apa miang sangat perempuan ni?

"Aww..." Tengku Juliana menekup dahinya sambil mengaduh perlahan.Mencebik dia.Ingat tak sakit ke?!

Dia kembali berdiri senyap.Mulutnya mengomel perlahan dengan tangan masih mengusap dahi.Riyaz menjeling sambil sengih sinis.Heh,rasakan!

"Abang ok ke?.." Ayra membisik di dada Zahin.Patut hatinya tak enak pagi tadi.Siapa yang buat suaminya begini?

"Abang ok.No worries,i am here" Zahin menggosok belakang Ayra.Tubuh kecil itu hangat melekap di tubuhnya.Ayra memejam mata lalu membenamkan mukanya di dada Zahin.Sebaknya datang.Belum apa-apa dia dah risau dengan kehilangan Zahin.Kalau nanti...esh! Jangan fikir.

"Sayang..abang tak apa apa" Zahin mendakap kepala Ayra lalu sebuah kucupan dihadiahkan di atas kepalanya.

"Shh.."

Zahin mendakap penuh tubuh Ayra bila terdengar esakan di dadanya.Mendayu dan sebak sekali.Tubuh Ayra juga ikut terhinjut.

Zahin memandang Riyaz dan Tengku Juliana dan memberi mereka isyarat untuk masuk ke dalam rumah.Riyaz mengangguk lalu menunduk meminta diri.Tengku Juliana terlebih dahulu melangkah naik meninggalkan Riyaz.

"Dah dah..tak nak nangis.." Zahin menunduk mencium pipi Ayra.Esakan Ayra semakin kuat.

"Sayang..malu la baby dengar ibu dia nangis" pujuk Zahin sambil mengusap bahu Ayra.Wajah Ayra masih di dada Zahin.Basah t-shirt Zahin akibat air matanya.

"Saya risau.." kata Ayra dalam tangisannya.Tubuh Zahin di dakap kuat.

"Abang ada kan? Dah..jangan risau." Wajah Ayra dipegang lalu di dongakkan.Zahin senyum nipis.Wajah ini,senyum ke,marah ke,hatra menangis sekalipun,kecantikan dia tak pernah pudar.Walaupun dah gemuk sikit ermm.

"Abang takkan tinggalkan sayang.Believe me." Satu kucupan hangat singgah di dahi Ayra.

"Abang.." panggil Ayra dengan bibir tersebik.Air mata lesu turun dari tubir mata.

"ya sayang.."

"isk isk..i love you.." tutur Ayra sebelum kembali memeluk tubuh Zahin.Zahin mengangguk sambil tergelak sikit.Alahai..isteri cengengku.

"Jom masuk."

Ayra mengikut Zahin sambil mengesat air matanya.Tangan kecilnya erat memegang baju Zahin.Lambat-lambat Zahin berjalan kerana kepalanya masih terasa berat.

"Biar Ayra tolong." Ayra menawar bantuan.Kasihan melihat suaminya.Lengan Zahin diangkat lalu diletak di bahunya.Pinggang Zahin dipegang.

"Baiknya ibu.." Zahin mencium sekejap pipi Ayra yang merah akibat menangis itu.Ayra senyum.Pipi Zahin dicium semula.

Masuk ke dalam rumah,Ayra membawa Zahin ke dalam bilik.Zahin didudukkan di birai katil.Belum sempat Ayra ke mana,Zahin pantas memaut pinggang isterinya.Dagunya direhat ke dada Ayra.

"Abang mandi tak lagi? Nak Ayra mandikan?" tanya Ayra sambil mengusap pipi Zahin.Rambut dimainkan tapi dia berhati-hati takut terkena luka Zahin.

Zahin menggeleng."Abang mandi dah sebelum datang sini.Saja nak wangi-wangi jumpa sayang."

Ayra menjuih kemudian dia tergelak sikit.

"Abang tak mandi pun wangi"

"Ye ke?" Zahin bertanya dengan mata bercahaya.Ayra mengangguk seyakinnya.

"Kalau gitu,tak nak mandi dah la lepas ni.Lagipun sejak akhir-akhir ni abang agak alergic sikit la dengan air.Gatal-gatal badan abang.Dengan Air--a lagi gatal,tak boleh sentuh sikit mesti nak...." Zahin mengangkat kening nakal.

Ayra mengekek ketawa.Hidung Zahin ditarik geram."Nakal eh abang.Gigit bontot kang"

"Auw..balas dendam ke? Selalu kita gigit bontot dia,ni dia nak gigit kita pulak."

Ayra senyum tahan.Dia mengetap bibir lalu pipi Zahin dicubit geram.

"Dah..jangan nak melucah dekat sini.Ayra keluar kejap." Ayra melepaskan pelukan Zahin di pinggangnya.Pipi Zahin diusap lalu dikucup.

"Abang kalau sakit tidurlah.Ayra nak masak,nanti Ayra masuk panggil abang.Abang nak makan apa-apa ke? Bubur ke?" Ayra masih tak boleh pergi kerana tangannya masih digenggam Zahin.

"Nak makan sayang boleh?"

Ayra mengemam bibir menahan senyuman yang hampir terukir.Dia menunduk.Nak tutup muka tak boleh kerana tangannya dipegang Zahin.

"Mengada.Ayra nak masak ni,nanti tak termakan semua orang dalam rumah ni."

Zahin dengan berat hati melepaskan tangan Ayra.Baju Ayra di selak sikit sebelum sebuah ciuman hinggap di situ.Baru satu bulan lebih kandungan,perut pun kempis lagi.

"Abang rindu baby." ucap Zahin sambil tersengih memandang Ayra.

"Baby pun." Ayra menjawab bagi pihak anak mereka.Rambut Zahin di selak lalu dia mencium dahi Zahin.

"Abang rehatlah." Ayra menepuk bahu Zahin sebelum keluar dari bilik.Zahin senyum sambil memandang isterinya.Dia membuka baju lalu berbaring di atas katil.

Bahang betul bilik ni.Rumah lama,tak ada aircond,dinding pun kayu.

🔱🔱🔱

Ayra melangkah masuk ke dapur.Terlihat Tengku Juliana yang baru keluar dari bilik air.

"Eh Ayra.Nak masak ke?"

"Haah kak.." Ayra tersenyum lalu menuju ke meja makan untuk menyambung kerja yang tertangguh tadi.

"Oh wow..masak apa?" Tengku Juliana semangat menghampiri Ayra.Susah dia nak melihat orang memasak ni,di rumahnya semua dah tersedia.

"Ayra buat ayam masak kicap dengan kari udang.Lepas tu Ayra rebus sikit ulam dengan tumbuk sambal.Akak okey kan masakan kampung?" Ayra memandang Tengku Juliana.

"Tak pe.Akak makan je semua benda.Jangan risau.Lepas tu boleh tambah satu tak? Telur masak sambal.Riyaz suka." pinta Tengku Juliana sambil tersengih.Ayra mengangkat kening.

"Akak tahu tu favourite Riyaz?"

Tengku Juliana mengibas rambutnya bangga.Dia mengangkat kening kepada Ayra sambil bibirnya tersumbing senyum.

"Ibu mertua kasi tahu.Ni la faedahnya jadi menantu kesayangan." Tengku Juliana mengambil tempat di kerusi sebelah Ayra.Dia hanya mampu memandang.Bukan tak teringin nak memasak tapi tak ada orang ajarkan.

"Ok,boleh je.Telur pun ada lagi." kata Ayra sambil mengangguk. Tengku Juliana menjerit perlahan lalu memeluk pinggang Ayra.

"Thank you,thank you,thank you!"

Ayra tergelak.

"Ok ok akak.Sama-sama"

Dalam mereka ketawa itu,Tengku Juliana ternampak kelibat Riyaz memasuki dapur.Terus dia melepaskan pelukan dan berdiri tegak.Senyuman kendur.

Riyaz mengangkat kening apabila suasana riuh di dapur itu senyap dengan kehadirannya.Dia menghampiri Ayra dan Tengku Juliana.

"Permaisuri,ni barang dapur." Riyaz meletakkan barang-barang yang di belinya di atas meja berhadapan dengan Tengku Juliana.Sempat matanya mengerling Tengku Juliana yang langsung tak memandangnya.

"Banyaknya..kelmarin kan baru beli." Ayra menjenguk ke dalam plastik.Nasib baik barang kering-kering je.

"Tuanku suruh beli.Takut tak cukup.Barang basah kalau dah habis,jangan lupa beritahu saya" kata Riyaz sambil tersenyum.Ayra mengangguk.Banyak lagi lauk.Semua jenis ada.Ketam,udang,sotong,ikan.

"Terima kasih."

Riyaz mengangguk.Dia membuka plastik barang untuk mengemas barang dapur tersebut di tempatnya.

Sesekali matanya memerhati Tengku Juliana.Pelik pula bila sepatah pun tak dengar dari mulut becok Tengku Juliana.Selalu ada je benda yang dia nak cakap.

Sambil Riyaz mengasing barang,Ayra yang tengah memotong bawang itu memandang Tengku Juliana.Tadi bukan main,bila depan-depan senyap.

"Meh akak basuh telur" Tengku Juliana menghulurkan bantuan.Dia mengambil 5 biji telur lalu ke sinki untuk membasuh telur.

Selesai membasuh,dia meletakkan telur di tepi Ayra.

"Cantik Permaisuri pakai macam ni.Nampak sopan." puji Riyaz.Ayra tersengih.Sopan la dah pakai kain batik.

Senyuman Riyaz mengendur terus apabila menerima renungan maut dari Tengku Juliana.Dia buat-buat tak nampak lalu mengambil botol sos dan berpusing membuka pintu peti ais.

Riyaz senyum nipis.Orang kata macam tu baru nak pandang.

9 Disember 2017

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro