🔱 Bab 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
Every king needs his queen

Azan subuh yang berkumandang menyedarkan Ayra.Tapi dia masih belum mahu membuka mata.Tenangnya tidurnya.Masih terasa lagi kehangatan.Ayra masih belum mahu rasa itu pergi.

Tangannya di raba di sebelah.Kosong!

Ayra pantas membuka mata.Dia bangun duduk. Kelibat Zahin di cari.

"Abang.." Ayra turun ke dapur.Bilik air diperiksa.Kosong juga.Baju Zahin yang direndam semalam hilang.

Dia kembali ke biliknya.Baju yang tersarung di tubuh Zahin semalam masih elok terletak di atas katil.Ayra mengetap bibir.

"Abang.." suaranya ketar.Ayra berlari ke luar rumah.Gelap subuh dan sejuk embun menerpa tubuhnya.Bergegas dia turun dari tangga.

Pintu pagar tertutup elok.Kasut Zahin yang kotor juga tak ada di hadapan pintu.

"Abang!"

Ayra mencari Zahin keliling.

Tengku Juliana yang baru mahu mandi itu terhenti apabila terdengar suara Ayra di luar.

"Abang! Abang!"

Tengku Juliana yang berada di muka pintu itu pelik melihat Ayra yang berpusing dengan rambung mngerbang.Siapa yang di abangkan?

"Ayra cari siapa?" Tengku Juliana tiba di muka pintu.Ayra menghampiri Tengku Juliana.

"Akak ada nampak abang Zahin tak? Semalam dia balik sini." Ayra menggenggam tangan Tengku Juliana.

"Zahin balik?" Tengku Juliana terkebil.Semalam dia tertidur di ruang tamu,tak dengar pula kelibat orang.

"Tak dengar apa-apa pun" gumam Tengku Juliana.

"Betul akak.Abang Zahin dia lemah sangat masa dia balik.Bahu dia luka luka.Ayra mandikan dia semalam,suap nasi." Kata Ayra sambil mata sibuk mencari Zahin.

Tengku Juliana terpempam.Wajah Ayra ditilik sungguh,riak kerinduan yang tak dapat disembunyikan.Allah,sampai beginikah rindunya?

"Akak tolong cari kejap eh? Ke abang Zahin pergi surau? Kejap Ayra pergi." Ayra yang baru mahu melangkah ke surau itu ditahan Tengku Juliana.

"Hey..pakai tudung dulu." tertahan suara Tengku Juliana.

"Oh ya.." Ayra masuk ke dalam rumah.Tengku Juliana melihat langit subuh.Tangisnya cuba di bendung.

Tengku Juliana yang mahu menutup pintu itu ditahan."Akak,kenapa tutup? Ayra nak cari abang" Tangan Ayra kembali membuka pintu.Dia menerpa ke luar.

Tengku Juliana mengetap bibir sebelum berlari laju mendapatkan Ayra.

"Akak,Ayra nak cari abang! Ayra nak abang.Abangg!"

"Diam! Akak tak nak dengar apa pun"jerkah Tengku Juliana sebelum dia menarik Ayra ke pelukan.

Ayra tergamam.

"Ayra mengingau je semalam.Nanti Zahin balik."pujuk Tengku Juliana sambil mengusap belakang kepala Ayra.

"Abang balik semalam.." diulang berkali kali dengan air mata yang berlinangan.

Ayra menekap mukanya di bahu Tengku Juliana sebelum dia menangis teresak.Perasaannya tak mampu diungkap dengan kata.Sakit dan letih.Sakit merindu dan letih menunggu seseorang yang tak pasti bilanya pulang.

Tuhan,masih berhembuskah nafasnya di bumi ini?

×××

"Siasatan mengesahkan bahawa Puan Nur Ayra Zaskia didapati tidak bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan Almarhum Tuanku Fateh dan Almarhumah Permaisuri Yasmin berdasarkan bukti-bukti dan butir bicara saksi dan dibebaskan serta merta dari tuduhan.

Dari pengakuan Tuanku Mahkota Guineve,dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada Tengku Faris ibni Alrmarhum Sultan Huzaifah atas kesalahan cubaan membunuh Tuanku Muhammad Zahin Irvan sekaligus kesalahan merancang kematian Almarhum Tuanku Fateh dan Almarhumah Permaisuri Yasmin ."

Tok tok tok.

Tengku Faris menunduk kepala.Ayra cuma diam membisu di samping Tengku Juliana dan kerabat yang lain.

"Ayah Ngah minta maaf" kata Tengku Faris sewaktu melintasi Ayra.Ayra mengangguk dengan mata berkaca.Kalau maaf itu boleh kembalikan Zahin..

Keluar dari mahkamah berhimpun penuh wartawan dan pihak media.Pengawal bertungkus menghalang pihak media yang cuba mendekati Ayra.

Bermacam soalan yang sempat dia tangkap.Apa mereka ini tidak memikirkan perasaan orang.Yang dikira hanyalah mahu melaksanakan kerja mereka dan mendapat upah yang tinggi.

Ayra sudah pun berpindah ke rumah yang dibeli Zahin dahulu.Rumah yang  hanya 2 minggu mereka tinggal bersama.

Tiba di rumah,Ayra menunjukkan riak wajah pelik apabila beberapa orang polis serta tentera yang bersusun di hadapan rumahnya.Riyaz juga di situ.

Wajah Ayra mulai pucat.Seakan mengetahui berita yang bakal didengarnya.

Jari jemarinya menggeletar.Getaran itu menular terus ke jantungnya.Seolah-olah turut menggigil dengan suhu badannya yang membeku di bawah sinar hangat mentari ini.

Ayra menghela nafas.Polis dan tentera memberi tabik kepada Ayra.

Di ruang tamu,Ayra duduk di atas sofa dengan 5 orang pegawai tadi menghadap Ayra.Tengku Juliana melihat Riyaz yang sedang kaku dengan muka yang langsung tiada riak.Tapi sinar matanya pedih.

"Assalamualaikum Puan Ayra.." sedikit getar suara Riyaz.

"Waalaikumussalam." Tangan Ayra menggenggam sesama sendiri.Beginikah perasaan jika kehilangan seseorang yang kita sayang sepenuh hati.

"Saya Inspektor Riyaz dari Unit Perancang Khas memaklumkan bahawa Tuanku Muhammad Zahin Irvan bin ---" Riyaz terhenti akibat tangisan yang tak tertahan.Ayra tunduk,dagunya bergetar teruk.Esakan kecil kedengaran.

Tengku Juliana menekup mulut dengan kain tudung.Teresak-esak tangisnya.Pantas dia membelakangi mereka.Mata Riyaz merah.

"Saya Inspektor Riyaz dari Unit Perancang Khas memaklumkan bahawa operasi mencari Tuanku Muhammad Zahin telah ditamatkan pada 1 Januari 2018 setelah 6 bulan pencarian.Ini adalah milik Tuanku yang dijumpai sepanjang pencarian.." Riyaz menghulurkan satu packet barang Zahin kepada Ayra.Dari plastik lut sinar itu dapat ditangkap sehelai baju.Baju itu! Baju dalam mimpinya.

"...Oleh kerana pencarian tak menemui sebarang hasil,pihak polis beranggapan bahawa Tuanku mungkin dibaham binatang buas.Ia adalah daripada kesan gigitan dan darah pada baju Tuanku." jelas Riyaz dengan mata berkaca.Ayra menggeletar tangannya mengusap packet barangan Zahin.

"Atas siasatan dan berdasarkan bukti yang ada,saya mewakili semua untuk memaklumkan bahawa Tuanku Muhammad Zahin Irvan bin Sultan Muhammad Fateh telah meninggal dunia"

Ayra menyembamkan mukanya pada packet barangan Zahin.Terlepas terus esakannya.Kuat dan sayu.

"Kami dari pihak anggota penyelamat mengucapkan dukacita dan takziah atas ---"

"Diam!" jerit Ayra sambil menangis.

"Bawa jasadnya..." rintih Ayra.Dia memegang dadanya sambil muka ditundukkan.Benarkah berita yang di dengarnya ini?

Tengku Juliana menghampiri Ayra lalu memeluk tubuh Ayra dari tepi.Riyaz mengelap air mata lelakinya yang jatuh.4 anggota lain sudah merah mata.

Ayra sudah tak dapat mencerna apa yang berlaku.Barangan Zahin di bawa ke pelukan.Benarkah dia sudah hilang separuh jiwanya? Benarkah kehangatan dan wangi tubuh Zahin sudah tak dapat dipeluk dan dicium?

Malamnya,Ayra duduk bersimpuh sambil bersandar di birai katil.Sejak tadi dia tak keluar dari bilik.

Diusap jam Zahin yang diberi sebagai hantaran.Baju Zahin yang koyak rabak di bawa ke hidung.Sambil itu air matanya menitis.Baju itu dipeluk dengan tangisan yang mendayu.

"Sayang pandang la abang" Zahin menarik muka Ayra.Ayra mencebik merajuk.

Kalau aku tahu itu kali terakhirnya,takkan aku lepaskan langsung mataku dari mata bening itu.

"Sayang,jaga diri tau" Zahin menarik Ayra ke pelukan.Ayra membatu.Merajuk lagi.

Kalau Ayra tahu itu kali terakhir Ayra berada dalam pelukan abang.Takkan sekali kali Ayra benarkan abang lepas.

"Bye sayang.Jangan rindu abang" Zahin masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu meluncur keluar hilang dari pandangan.

Kalau Ayra tahu itu kali terakhir bersama abang.Ayra takkan benarkan abang pergi.

Maafkan Ayra abang..Ayra sudah rindu abang.

Lelah..

dan akan sampai saatnya,kita akan mula pasrah dengan ketentuan.Tak sanggup bila harus jujur.Hidup tanpa hembusan nafasnya.

Tuhan,bila waktu dapat kuputar kembali.Sekali lagi aku ingin mencintanya.Namun bila waktuku telah habis dengannya biarkan cinta ini hidup untuk sekali ini saja.

Tamat

1 Januari 2018

















Juz kidding..

muehehehhe..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro