🔱 Bab 69

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
Every king needs his queen

Afya dah pun siap mandi dengan Tengku Juliana.Ayra dan Zahin yang dah siap mandi berehat di ruang tanu bawah kipas siling.Rumah ni panas,malam je sejuk menggeletar.

Zahin menonton televisyen sambil membaringkan kepalanya atas riba Ayra.Tangan Ayra diambil lalu diletak atas kepalanya.

"Abang dah ada uban satu" kata Ayra sambil menyelak rambut Zahin.Zahin mendongak.

"Yeke? Abang baru 28" Zahin turut menggagau rambutnya.

"Yup..takpa lah..tak jejas pun uban satu ni.Abang tetap handsome." Ayra membelai muka Zahin.Kejap bermain di hidung,kejap di bibir.Zahin sengih.

"Abang..thanks" ucap Ayra tiba-tiba.Zahin mendongak memandang Ayra.

"Why?"

"Sebab luangkan masa.Abang sanggup extend tempoh naik takhta sebab nak luang masa dengan saya dan Afya."

Zahin senyum.Tangannya diangkat mengusap pipi Ayra.

"Abang cuma nak luang masa yang abang tiada untuk sayang sebelum ni.Abang nak jaga sayang waktu sakit.Abang nak ada sentiasa dekat sisi sayang dengan Afya.I'm your husband.I wanna be like shining armor on the white knight"

Ayra tergelak.Dia menyentuh parut pembedahan Zahin di kepala.

"It must very hurt"

Zahin tersenyum.Dia tahu dimana tangan Ayra berjalan.Parut pembedahan di mana 8 bulan dia hilang dan bertarung sakit sendirian.

"Sangat..sampai abang tak sanggup nak hidup.But i'm promised that i'll never leave you.Abang sembuh untuk sayang." Zahin mengelap mata Ayra yang dah tumpah.

"I'm sorry" Ayra menunduk mencium dahi Zahin.

"Don't cry.Semua dah baik-baik." Zahin mengusap rambut Ayra.Bibir Ayra masih tak lepas dari dahinya.Setitik demi setitik jatuh atas muka Zahin.

"Sorry sebab tak ada waktu sayang deliver baby."

"Sorry sebab tak ada waktu abang sakit" balas Ayra semula.Zahin tergelak.

"Jangan nangis dah."

"Afya nangis ni.." Tengku Juliana datang membawa Afya.Teresak budak itu menangis di dukungan Tengku Juliana.

"Ala siannya.." Ayra menghulur tangan mengambil Afya.Terus Afya mahu ke ibunya.Selalu jarang menempel dengan Ayra.

"Dia nak nenen.." kata Zahin.Dia mengusap Afya yang berpeluh di kepala.Ayra mencium kuat pipi Afya.Lagi la Afya menangis kuat.

"Ok ok..jom nenen.Dia mengantuk dah ni.." Ayra bangun sambil mengusap kepala Afya.Letih sangat kut berjalan dengan ibu dan babah dia.

Oleh kerana Riyaz berada di luar rumah dan Tengku Darius pun masih belum pulang,Ayra menyusukan Afya di situ saja.

"Riyaz kau mana Juli?" Zahin bertanya.

"Tu tidur luar tu.Dia kata dalam bilik panas." Tengku Juliana menunjuk ke luar rumah.Zahin mengangguk.Patut isterinya menyusu di sini.

"Abang ambil tilam dengan bantal Afya kejap"

Zahin segera ke bilik mengambil tilam dan bantal.Masuk saja bahang menyerbu.Panas betul bilik.

Di ruang tamu dia menghampar tilam dan bantal.Teddy bear Afya juga tak dilupakan.

"Cepatnya tidur" Zahin bersila menahan tangan di tepi Ayra.Sebelah tangannya mencuit pipi Afya.

"Mana ada tidur.Pejam mata ja,bibir tu hisap lagi."

Zahin tergelak.Macam-macam,tak larat sangat dah tu nak buka mata.Sebelah tangan Afya masih memegang dada Ayra yang satu lagi.

Lama kelamaan,bibir pink Afya mula terlepas dari dada Ayra.Tangan pun dah tak bergerak.Dadanya berombak tenang.

"Tidur dah.." bisik Zahin.Dia mengambil Afya dari riba Ayra lalu diletak atas tilam.Bantal diletak keliling.Teddy bear di letak sebelah dengan tangan Afya diletak atas teddy bear seolah memeluk.Zahin tunduk mencium dahi Afya.

Mereka berkalih bila terdengar orang memberi salam.Tok Deraman dan Tengku Darius naik ke rumah.Riyaz yang dengan muka mengantuk mengikut di belakang.

"Darius,macam mana?" Tengku Juliana yang bersila di atas sofa itu bertanya.Muka Tengku Darius sukar ditelah,Tok Deraman juga.

Tengku Darius menggosok lehernya.Dia memandang semua dengan kening berkerut.Tengku Juliana bukan main tekun.

"Aku minta maaf la..." Tengku Darius menggaru kepalanya.Zahin berkerut kening menunggu Tengku Darius menghabiskan ayat.

"Sebab korang kena tempah baju lagi untuk wedding aku!" Tengku Darius dah meloncat.Tengku Juliana terus bangun lalu menyorak.

"Alhamdulillah.." semua berucap.Zahin dan Riyaz merapati Tengku Darius lalu mereka bertiga berpeluk.

"Tahniah bro.Tapi aku sedih sebab kau curang dengan anak aku." kata Zahin.Tengku Darius tergelak.

"Afya aku buat jadi nombor dua.Amacam?" Tengku Darius mengangkat kening.Zahin menunjuk penumbuk.Tak sanggup anak dimadukan.

"Bila nak bawak mak ngah masuk minang?" tanya Tengku Juliana.

"Lepas balik ni,aku bawa bonda aku datang sekali.Aku pergi bertanya je tadi.Dah tak da dia orang lagi,aku cakap dengan nenek dia yang aku nak masuk minang.Dia pun macam ok je.Dah call mak ayah dia tadi.Nanti aku pergi minang,mak ayah dia balik."

"Pergh..gentle gila sepupu aku ni." Zahin menepuk bahu Tengku Darius.Baru 2 minit tengok dah pergi merisik.

"Doa-doa weh..aku gementar juga nak jumpa mak ayah dia."

"InsyaAllah."

×××

Tengah malam,Tengku Juliana merayap keluar dari bilik.Terkepit-kepit dia menahan kencing.Cepat-cepat dia menyarung selipar lalu berlari ke tandas.

Siap membuang hajat,Tengku Juliana membuka pintu tandas.Terkejut dia apabila terdapat sebatang tubuh lelaki.

"Arghhhhhhhhh..."

"Arghhhhhhhhhhhhh..." lelaki itu turut menjerit.Siap berlawan siapa paling kuat.Akhirnya mulut Tengku Juliana di tekup.

"Awak buat apa?!" Tengku Juliana mengeluh lega bila terpampang wajah Riyaz.Tekupan tangan di mulut Tengku Juliana dilepas.

"Awak ni..terkejut saya.Awak jerit kenapa?!"

"Saya jerit sebab awak jerit,yang awak jerit kenapa?!" balas Riyaz.Tegang.

"Saya jerit sebab awak yang jerit dulu.Yang awak tu jerit kenapa?!"

Masing-masing senyap.Hanya hela nafas dan bunyi unggas yang kedengaran.Tak ada jawapan untuk soalan mereka.Yang jelas,masing-masing menjerit.

"Saya nak masuk tandas" Riyaz menolak tubuh Tengku Juliana ke tepi sebelum dia memboloskan diri ke dalam tandas.

Seminit berlalu,Riyaz keluar dari tandas.Terangkat kening dia apabila melihat Tengku Juliana yang menunggu di situ.

"Kenapa awak duduk sini lagi?" Riyaz merapati Tengku Juliana yang bercangkung di tepi pasu bunga itu.

"Saya risau awak takut je dalam tu." jawabnya selamba.

Riyaz mengangkat kening."Yang awak tu tak takut ke duduk dalam gelap?"

"Tak" jawab Tengku Juliana sepatah.Dia mengekor Riyaz yang mahu masuk ke rumah itu.

"Habis tu awak takut apa?" Ritaz bertanya Tengku Juliana di sebelah.Tengku Juliana memandang Riyaz,tak mengerti dengan soalan.

"Tak la..awak kerbau pun takut,pacat pun tak takut.Pergi tandas dalam gelap sorang-sorang.Awak tak macam perempuan kaya kebanyakan yang saya jumpa."

Tengku Juliana mengangguk.Mereka berjalan perlahan menuju ke rumah.Sebenarnya boleh tahan jauh rumah dengan tandas.

"So,awak takut apa je?" Tanya Riyaz semula.

"Saya takut hilang awak je" jawab Tengku Juliana.Selamba saja dia mengungkapkan ayat itu.Riyaz dah nak tergelak.

"Betul-betul la.." Riyaz menjentik dahi Tengku Juliana.Suka main-main.

Tengku Juliana mengaduh."Apa awak ni? Saya betul-betul la ni.Saya ada takut kucing dengan cicak but lost you is the biggest fear." Tengku Juliana mengusap dahinya.Kali ini dia berkata sungguh.Riyaz menghela nafas.

"Awak betul-betul ke cintakan saya?" Riyaz berhenti di hadapan Tengku Juliana.Gadis itu mengangguk.

"Kalau awak tanya kenapa,saya tak tahu jawapan dia.Tapi saya hanya boleh beritahu yang saya betul-betul cintakan awak.Mungkin awak nampak perangai saya macam main-main tapi saya tak pernah main-main dengan kata-kata saya.Every word i said,i really mean it" Tengku Juliana meluah panjang.Dia mendongak sikit memandang Riyaz yang ralit memandangnya.

"Awak nak kiss saya ke?" soalan bodoh keluar dari Tengku Juliana.Muka Riyaz masih serius.Tengku Juliana terkebil-kebil memandang Riyaz.

Riyaz menggeleng sebelum berkata perlahan."No..saya tengah berfikir tarikh yang sesuai untuk halalkan awak."

5 Januari 2017



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro