🔱 Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
"Every king needs his queen"

Aku menelan liur. Bibir bawah aku gigit perlahan. Tu la Ayra, kau tanya main lepas je. Nanti dia kata aku penyibuk. Reaksi Zahin hanya diam sambil memandang aku tak lepas. Tak betah dengan renungannya, aku menunduk bermain kuku.

Tiba-tiba dagu aku diangkat lembut membuatkan kepalaku terdongak sedikit. Zahin sudah mendekat, tangannya ditahan di tepi pinggangku. Ibu jarinya mengusap dagu beberapa kali sebelum naik menyapu bibir atas. Nafas aku rasa sudah tersekat di kerongkong.

Matanya tak statik, bermula dari mata turun ke hidung dan berhenti lama di bibir. Malu dengan renungannya,aku gigit bibir bawah kuat, cuba menahan panas darah yang dah menyerbu naik ke muka.

"Kenapa nak tahu?"

Aku membulat mata sedikit kemudian menggeleng perlahan. Tak tahu nak merespon bagaimana. Kemudian terdengar Zahin tergelak sinis sambil matanya masih tak lepas merenung bibirku.

Panas, panas. Jangan la renung lama-lama.

"Aku nak kahwin dengan perempuan..." Zahin mengundur badannya, "tapi yang pasti bukan dengan kau." Sempat ibu jarinya mencuit hidung sebelum dilepaskan daguku.

Aku mengelip mata berkali. Zahin sudah memandang ke hadapan kembali. Aku menyentuh pucuk hidung yang dicuit Zahin tadi. Tak semena, aku sebek. Wajah ditunduk
Mungkin cemburu, mungkin sakit hati, sedih. Tak tahu.

"Tak payah cakap pasal hal ni boleh tak? Rimas aku. Kau pun jangan nak sibuk-sibuk tahu. Nanti aku kahwin kau tengok ja la siapa."

Aku mengangguk patuh.

Wajah cuba dimaniskan, nugget yang tak habis aku masukkan ke dalam mulut. Berpasir je rasa, tawar dan tiba-tiba rasa tak sedap. Zahin langsung tak memandangku.

"Kau tak teringin nak bercakap ke Ayra?" Aku terkejut dengan soalan Zahin yang tiba-tiba. Aku cuba buat-buat tak dengar dan menerawang memerhati ke tempat lain. Ada patut tanya soalan macam tu?

Mataku berkelip laju, aku mengaduh. Tangan yang mengepit hidung,aku pukul berkali. Terkial-kial aku dengan kepalaku yang semakin ke hadapan. Pedihnya hidung. Bibir terbuka cuba mencari oksigen yang tersekat di hidung.

"Lain kali,aku tanya tu jawab. Jangan buat-buat tak dengar. Kau memang sengaja cari pasal kan?" Zahin memberi amaran. Jelas nada suaranya geram dengan tindakan aku mengabaikan soalannya. Aku membuat wajah kesian sambil menolak tangannya.

Tolong, oksigen!

"Satu lagi, aku tak suka tanya dua kali. Faham tak? Hadam betul-betul." Sekali lagi, fokusku hanya di hidungku yang pedih tanpa mendengar kata Zahin. Aku cuba mengalih jari yang mengepit hidung. Lepaslah!

"Faham tak?!" Lagi kuat dia mengepit seiring menarik wajahku semakin ke hadapan. Aku mengangguk laju sambil terkapai-kapai memukul bahunya.

Bebas sahaja hidung, automatik tanganku naik menekup hidung. Kaki yang terjuntai aku goyang berkali. Badan aku gerak ke kiri dan kanan cuba meredakan pedih di hidung.

Sakit..

"Sakit kan?"

Cepat-cepat aku mengangguk, menjawab soalan Zahin. Takut kena tarik hidung lagi. Zahin sengih sinis.

"Lain kali dengar cakap aku." ujar Zahin. Dia turun dari tembok.Mataku mengekori tindakannya sampai dia berdiri di belakangku. Aku memandangnya pelik.

Dengan riak dinginnya dia menolak wajahku ke hadapan.

"Aku minta maaf" Aku mengangkat kening. Aku menoleh ke arah Zahin. Namun bila merasakan jarak wajah kami terlalu dekat, aku berpaling hadapan kembali. Mataku berkelip banyak kali, cuba memproses akalku yang sedang bertempiaran sekarang ni.

Nafasnya yang menampar pipi aku buat aku tak keruan. "Aku tahu aku tak patut tanya soalan tu,kan?"

Aku mengangguk perlahan tanpa memandangnya. Kepala aku gerak menjauh dari terkena nafasnya. Meremang.

"Aku tak suka bila aku cakap orang tak pandang aku."

Aku kemam bibir. Mata dipejam rapat dan nafas dihela perlahan. Aku menoleh ke arah Zahin..Terkebil mataku melihat dia yang sedang merenung dalam mataku.

"Aku tahu aku tak patut tanya soalan macam tu, kan?" Dia mengulang soalannya tadi. Kali ni nadanya agak keras dan memaksa. Aku mengangguk terus.

Zahin mengelip mata sebelum dia senyum sebelah.

Aku senyap. Otak cuba memproses kata-katanya.Namun benda lain yang naik.

Aku nak kahwin dengan perempuan tapi yang pastinya bukan dengan kau.

Cepat-cepat aku menolak tubuhnya..Aku mewaraskan fikiran aku yang sudah mula mencipta angan. Dia dah nak kahwin.

Zahin melihat aku dengan wajah dinginnya. Aku hanya menghadiahkan senyum.Aku mengesot cuba turun dari tembok tersebut.Tinggi pulak dah.

"Nak pergi mana?" Tanya Zahin pelik melihat aku yang terkial-kial nak turun dari tembok.

Aku mendongak memandang Zahin.

"Saya nak balik.Dah lewat dah sekarang"

Zahin mengangguk. Terus dia menghampiriku lalu diseluk tangannya ke bawah ketiak seraya dengan mudahnya dia mengangkat aku turun. Bila tapak kakiku memijak tanah, aku menunduk malu.

"Ehem!" Zahin berdehem sambil menarik tangannya dari ketiakku.

"Balik la"

Aku mengangguk. Tubuh aku tundukkan sedikit. Sebelum pergi, sempat aku senyum dan melambai ke arahnya.

Dia pula? Hanya memandang sambil tangannya digoyang seolah mengusir aku dari situ. Aku mencebik. Jahat!

Aku jalan sambil menyebal. Tak suka Zahin! Tak suka! Tak suka!

Tak sedar, langkahku terhenti. Aku melihat keliling. Ada kedai makan kami singgah tadi. Tapi aku tak pasti jalan mana aku harus ambil. Ada dua lorong. Aku menggaru kepala. Tambah pula aku tak biasa dengan pekan Devious ni.

Aku berdiri tegak. Tangan mengenggam tepi baju. Bibir aku ketap menahan sebek.

Ayra bodoh! Buat tahu semua benda. Sedarlah kau tu bercakap pun tak reti!

Aku bergilir memandang lorong itu. Yang mana satu? Mata aku makin kabur dengan air mata yang bertakung. Aku tak pasti kenapa.

Takut.

Takut tak tahu jalan balik.

Takut hilang Zahin.

Aku tak mahu menangis, Zahin tak suka orang menangis. Air mata dan pecah. Satu titik, dua titik dan aku tak boleh tahan jadi aku menangis.

Kaki aku menghentak jalan. Jangan menangis! Tolonglah..

Air mata khianat tuan.

Makin lebat air mata turun. Aku terduduk memeluk lutut di tengah itu. Terhinggut bahu aku sekali dengan air mata yang selama ini tertahan, keluar.

Kaki menendang ke hadapan.

Kau tak teringin nak bercakap ke Ayra?

Bodoh Zahin!

Semestinya aku nak. Aku nak bersuara supaya aku boleh jerit dekat dunia bahawa aku sukakan Zahin. Aku nak meraung menangis bahawa sebenarnya dari hati aku yang paling dalam, aku tak rela aku bisu.

Aku cemburu bila melihat orang bercakap sedangkan aku tak boleh. Bila orang buli aku di rumah Cahaya, aku boleh jerit minta tolong.Aku boleh mengadu bahawa selama ni aku sakit.

Dada aku sakit.

Bila Zahin umumkan dia kahwin, aku boleh terang-terangan menentangnya. Bila Zahin bertanya, aku tak nak sekadar menggeleng atau mengangguk. Aku nak berbalas suara dengannya.Aku nak..aku nak..

Aku sakit..dada aku sakit..

"Aaaaa...." Aku cuba menjerit namun suara tak keluar.

Keluarlah!

"Arr..."

Aku menangis kuat. Sakitnya. Nak suara, tolonglah.

Tubuh aku melayang.

"Kalau tak tahu jalan balik jangan nak memandai"

Aku memandang wajah dihadapanku.

Zahin.

Dia diam saja sambil mencempungku tubuh kecilku. Aku sebek. Lelaki ini..

Terus lehernya aku peluk kuat, menyembamkan muka dilehernya.

Kalau aku boleh bersuara, pastinya sekarang aku akan berbisik bahawa aku cintakan dia, melarang dia daripada berkahwin. Air mata meleleh membasahi leher Zahin.

"Aku kata aku tak suka orang menangis"

Lagi kuat aku menumpahkan air mata. Kaki yang terjuntai di hujung aku goyang memprotes. Makin kuat aku memeluk leher dia sehinggakan pucuk hidung aku menyentuh telinganya.

"Shh..jangan nangis"

Aku tak tahu dia mahu menenang aku atau bagaimana, tapi katanya lagi mengundang air mata.

Saya cintakan awak.Sangat.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro