Prolog HOL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Asyaz
..mempersembahkan..

MRS. LING : HEART OF LOVE


".....hanya takdir yang dapat memisahkan kita berdua....."
.
.
.
.
..............................................

                     ANGIN menyapa lembut rambut yang menari-nari ditiup angin. Pipinya yang terlindung oleh rambut berubah kemerah-merahan kerana kesejukan. Namun, matanya tetap tertutup rapat untuk menikmati deruan hawa pagi.

"Sayang..."

Seseorang menyeru dia dari belakang. Dia lekas membuka mata namun tidak berpaling menghadap. Dia hanya mendengar langkah kaki yang semakin mendekatinya.

Tiba tiba dia merasakan sebuah tangan kekar memeluknya dari arah belakang. Lelaki itu memeluk dia dengan erat. Aralyn mengukir senyuman yang sangat bahagia.

"Sayang, boleh abang cakap sesuatu."

Lelaki itu tadi kemudian membisik di telinga Aralyn.

"Ya..cakaplah."

Aralyn membalas. Bibirnya kembali tersenyum menampakkan lesung pipi.

"I love you."

Lelaki itu mengucapkan sangat perlahan namun masih dapat Aralyn tangkap apa yang dikatakannya.

Mungkin dia malu untuk ucap dengan kuat. Aralyn bermonolog di dalam hati.

"Wo ai ni too." (I love you too)

Aralyn perlahan mengatakan kepada si suami yang memeluknya.

Ekspresi si lelaki dapat dilihat tersenyum gembira apabila dia melihat samar-samar di sebalik rambutnya. Aralyn turut sama tersenyum. Mereka berdua kekal dalam posisi itu.

Dia merasa pelik. Kenapa detak jantung orang yang memeluknya semakin perlahan atau itu hanya halusinasi dia sahaja. Dia cuba untuk beriak biasa. Jangan fikir yang bukan-bukan Aralyn. Bisiknya perlahan.

Aralyn memegang tangan lelaki tersebut. Dia terkejut kerana tangan suaminya seperti beku. Dia berasa pelik. Bukankah dia sudah memasang pemanas tadi ataupun dia terlupa? Tapi tangannya biasa saja. Mungkin suhu badan dia sendiri. Aralyn menoleh sedikit memandang pemanas bilik. Ianya terpasang. Wajah dia berubah cuak. Dia pantas memanggil suaminya.

"Awak..."

Tiada sahutan. Aralyn memanggil lagi.

"Arlan? Arlan..."

Sepi. Tiada sahutan juga.

Tidak berfikir panjang kerana panik, dia dengan cepat memalingkan tubuhnya ke arah Arlan. Dia melihat baju putih yang dipakai Arlan berubah menjadi merah darah. Aralyn memegang Arlan sekuat tenaga. Arlan pengsan dan tubuhnya semakin menurun ke bawah menyebabkan Aralyn terdorong sekali. Dia meriba Arlan.

"Shen Long, can you hear me?"

Sepi. Tiada tindak balas. Hanya tubuh kaku yang terbaring di depannya yang semakin memucat. Dia turut terkaku di situ memandang suaminya. Setitis. Air jernih mula turun di pipi Aralyn. Semakin lama semakin banyak ianya turun membasahi pipinya. Dia cuba menggoncang bahu Arlan beberapa kali namun hampa.

"Lemah. Kau berdua memang dari dulu lagi sepatutnya dah mati. Sekarang tengok, apa kau dah buat. Kau biarkan dia derita bersama kau. Betullah apa yang aku cakap dulu, cinta memang kejam. Tapi aku rasa ianya menjadi kejam sebab pencinta itu lemah. Macam kau berdua. Dan, jangan lupa untuk ucapkan selamat tinggal kepada hero kesayangan kau."

Seseorang tiba-tiba muncul di ruangan itu. Dia berkata dengan suara datar tetapi kejam untuk didengar oleh wanita di situ. Dia mula menapak ke arah Aralyn dan Arlan. Dengan perlahan-lahan Aralyn meletakkan kepala Arlan ke atas lantai lalu bingkas bangun menapak ke arah si 'dia'. Aralyn dan 'dia' saling berhadapan. Mereka berdua tersenyum senget.

Aralyn baru ingin memulakan percakapan. Namun 'dia' tiba-tiba menghilang dari pandangannya. Aralyn melihat ke seluruh ruangan bilik. Matanya terhenti pada satu benda hitam yang berada di sebalik frame gambar. Dia tersenyum sinis.

"Ilusi. Nice game."

Aralyn tidak hiraukan benda hitam tersebut. Dia mengambil bantal di atas katil lalu berjalan ke arah Arlan. Dengan perlahan dia meletakkan bantal di bawah kepala Arlan. Dia membelai lembut pipi yang pucat. Satu kucupan singgah di dahi suaminya.

"Rehat dengan baik. Tunggu saya nanti saya datang kembali. I love you too."

Aralyn mengucap satu persatu kepada suaminya berharap empunya badan yang terlantar itu akan mendengar. Dia bergegas ke arah pintu bilik sebelum bayangnya hilang di sebalik pintu kayu itu.

'Aku harus temui dia.' Bisik Aralyn di dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro