Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Apabila sesuatu melingkar ke pinggangnya, Riyaz membuka mata. Tak berpusing ke belakang pun dia tahu Tengku Juliana yang memeluknya. Bau minyak wangi perempuan itu halus menusuk rongga hidungnya. Terbuai seketika. Mata sengaja dipejamkan. Rapat. Tak mahu cakap.

"Abang.." lembut tapak tangan itu naik mengusap dari perut ke dada Riyaz. Terus Riyaz membuka mata. Pandai dia menggoda.

"Pergilah, kenapa tak pergi?"

"Tak nak, nak duduk dengan abang" Dagu ditahan di atas bahu Riyaz. Bersusah payah dia baring mengiring dengan baju, tudung semua masih sempurna di badan.

"Pergi je la, penting sangat kan benda tu." Riyaz bersuara. Seakan berjauh hati. Badannya mengesot menjauhi Tengku Juliana. Pantas saja Tengku Juliana bertindak, cepat dia menghampiri Riyaz. Malah lagi rapat berbanding tadi.

"Sana la, tadi sibuk sangat kan nak pergi. " Riyaz membetulkan kepalanya sebelum mata dipejam rapat.

"Hmm.."

Pujuk la!

"Abang.." Tengku Juliana memanggil. Riyaz tak menjawab. Pujuk lagi, jangan pergi!

"Kalau macam tu.." suara Tengku Juliana meleret. Riyaz pejam mata tenang. Padahal dalam hati dah berceramuk perasaannya.

Jangan pergi!

Pujuk lagi!

"..saya pergi dulu. Sebelum asar, saya balik." Pelukan Tengku Juliana melonggar. No! No! No! Pujuk la lagi.

"Bye abang.." Tengku Juliana mencium pelipis Riyaz. Baru dia mahu bangun dari katil. Riyaz berpusing menghadapnya. Pergelangan Tengku Juliana dipegang erat. Tak membenarkan wanita itu pergi.

"Jangan la tinggal.." suara Riyaz sedikit mengada. Tangan Tengku Juliana ditarik perlahan. Wanita itu sembunyi senyum. Kakinya menapak naik semula ke katil. Dia duduk bersila di sebelah Riyaz.

"Suka tinggalkan abang" rungut Riyaz perlahan. Badan dihadapkan ke arah Tengku Juliana. Dengan mata terpejam, walaupun muka masih berkerut merajuk, tangan tetap tak mahu melepaskan tangan si isteri.

Tengku Juliana terlepas tawa perlahan. Bila masanya yang saya selalu tinggal awak encik suami oi? Angin mana la sampuk si Riyaz ni. Geram nak cubit rasa!

"Saya tak tinggal abang, saya kat sini je." Tengku Juliana membelai rambut Riyaz sehingga lelaki itu akhirnya karam sendiri. Yang pasti, tangan Tengku Juliana masih erat dalam pegangannya.

***

"Sayang.."

Bersemangat Riyaz menunggu di meja makan menanti Tengku Juliana siap menghidangkan sarapan pagi mereka. Tak mewah, hanya roti bakar dan telur hancur. Itupun atas permintaan Riyaz. Sebelum tidur lagi Riyaz dah pesan dia teringin telur hancur ditabur sedikit lada putih. Entah mana yang sedapnya.

"Awalnya abang.." baru pukul 7 pagi kut, dah bersiap dengan uniform polisnya. Kemas dan bertenaga betul.

"Abang nak naik public transport. "

Terngadah Tengku Juliana. Keningnya digaru perlahan. "Motor abang rosak ke?"

"Tak"

"Habis tu? "

"Teringin.."

Bertambah pelik dirasakannya. Parah abang polis kita ni. Sejak demam tempoh hari, makin menjadi kepelikan kepala otak dia ni? 

"Macam-macam lah abang. Jangan duduk sebelah perempuan nanti. Jealous saya." Tengku Juliana membetulkan baju Riyaz, simbolik menghantar suami ke kerja, pastinya si isteri membetulkan baju suaminya walaupun memangnya dah kemas.

"Sedap, thank you." Riyaz sudah bangun dari kerusi menandakan dia sudah mahu bergerak ke kerja.

"Hati-hati abang" Tangan Riyaz dicium hormat. Ternganga la penduduk lrt tu nanti ada abang hot. Jeles awww!

"Jaga diri kat runah, abang balik tengah hari." Ahhhh, suka betul melihat Tengku Juliana. Rasa-rasa nak menggedik pun ada. Tapi segera dikawal walaupun akhirnya sebuah ciuman TERhinggap juga di pipi gebu Tengku Juliana.

Cup!

"Eh?"

Suka! Tapi pelik. Selalunya ubun-ubun, hari ni di pipi. Saja je kut Riyaz tukar angin. Tengku Juliana sudah menunjukkan tanda-tanda dia nak menggedik.

"Pergilah cepat, saya tak lepas satgi padan muka" Tubuh Riyaz ditolak ke pintu. Jangan main-main dengan Tengku Juliana. Bukan biasa-biasa dari perempuan biasa-biasa. Terkam tak lepas haaa..

"Assalamualaikum" Riyaz dah berura-ura hendak keluar dari pintu. Buka sahaja pintu rumah, dia pusing kembali. Wajah Tengku Juliana dipandang.

"Ikut abang pergi kerja nak?"

Eh?

"Kenapa?"

"Takut rindu.."

Eh? Aaarghhh, ini memang pelik! Tapi dia suka! Yes! Serta merta bibir Tengku Juliana melebar.

"Tunggu saya!" dan berkejaran kaki panjang bak model itu ke tingkat atas. Yahooooo! Ikut abang kita pergi kerja!  Yeahhhhh!

***

Tengku Juliana senyum memanjang hari ni. Sampai naik lenguh pipinya. Tangannya erat berada dalam pegangan Riyaz. Balik saja kerja, terus Riyaz ajak dating.

Dating korang! Untuk seorang Riyaz, sangatlah susah untuk mengajak isterinya dating. Paling habis makan bersama kat luar. Kira paling romantik dah tu Riyaz boleh buat.

Sudahlah dating, pegang tangan tak lepas. Memang menggeletis betul Tengku Juliana di tepi. Bahagia yang tak boleh sorok.

Di stesen lrt sementara menunggu, Tengku Juliana tersenyum di sebelah. Banyak berjalan hari ni. Makan aiskrim...errr..buat apa lagi? Takda dah kut, ehe. Tapi dia suka, Riyaz ada dengannya. Lagipun, ini pengalaman pertama dia menaiki public transport. Terkial jugak awalnya. Ingat orang kampung je jakun naik lrt, orang kaya macam dia pun macam biawak dah masuk lrt pagi tadi. Nasib ada Riyaz.

Kesimpulan, jangan pandang rendah pada orang kampung. Relate ke? Arhh, tak tahu. Yang penting hari ini, Riyaz ajak dia dating. Eeee~ suka!

"Senyum-senyum.." Riyaz menegur di sebelah. Tengku Juliana sengih. Sayang abang.

Bunyi deru lrt kedengaran dari jauh. Riyaz dah bangun, sekali dengan tangan kiri Tengku Juliana terangkat. Memang tak lepas langsung dari tadi. Tengku Juliana kalut mengambil beg tangannya. Tak menyabar Riyaz ni, dah la tangan kiri kita jadi milik dia dah.

"Abang.." tercegat Tengku Juliana. Sungguh tak terkata. Dari mana datangnya manusia berderu begini. Pagi tadi takda orang. Huwaaa..

Digagahkan juga dia dan Riyaz menyelit di celahan orang ramai. Tengku Juliana dah menahan nafas. Bahu peluh, ketiak, stokin semua bercampur baur. Oh tuhan! Tak mahu dah naik. Ini yang terakhir.

"Sayang selesa tak?" suara Riyaz kedengaran perlahan di telinga. Dia mendongak sedikit mengukir senyum nipis. "Ok je"

"Ada lagi 5 stesen nak sampai, sorry sayang" Kasihan pula melihat isterinya. Tak teringat langsung bahawa petang-petang memang ramai orang dalam lrt. Tengku Juliana pula sudah tentulah tak biasa dengan keadaan macam ni.

"Abang depan sikit, perempuan tu nak tersentuh abang." bisik Tengku Juliana perlahan. Menarik Riyaz semakin rapat kepadanya.

Riyaz senyum senget. "Jealous" usiknya berbisik.

"Memang"

Sreeeettt...

Tengku Juliana yang tak berpaut apa-apa itu terhuyung ke sebelah. "Abangg..!" belum apa-apa, bahu kanan terlanggar seorang lelaki yang sedang memakai earphone.

"Sorry..hihi.." Tengku Juliana menunduk kepala. Lelaki tersebut terdiam sesaat sebelum mengangguk semula. Hampir menjerit apabila terasa ada tangan melingkar ke pinggangnya. Tangan Riyaz, nasib baik! 

Riyaz menarik Tengku Juliana rapat ke badannya. Satu tangan memegang pemegang, satu tangan melingkar di pinggang Tengku Juliana. Tak suka isterinya itu berlanggar orang. Tak enak, membahang pula hatinya.

"Next destination, Bandar Jaya"

Tengku Juliana makin merapat kepada Riyaz. Biarlah orang nak kata apa, dia betul-betul tak selesa. Orang turun, makin ramai yang naik. Nasib baik Riyaz bijak menyelit membawanya ke tempat tepi pintu.

"Sayang duk sini" Tengku Juliana di bawa ke tepi dinding kemudian Riyaz mengepung dengan tangan kanannya, tangan kiri memegang palang. Langkah selamat untuk mengelakkan isterinya dari pandangan mata orang lain.

"Lambat lagi ke?"

"3 stesen lagi."

"Ok" Tengku Juliana mengangguk.  Sedap pula duduk sini, bau tak enak tadi diganti dengan bau badan Riyaz. Enak bangett.. Aum aum aum.

"Ermm.."Riyaz melabuhkan hidungnya ke ubun-ubun Tengku Juliana. Makin menyengat pulak bau busuk, terpaksa dia menumpang wangi dari syampu isterinya. Ermm..enak.

Merasakan diri mereka diperhati, mata Riyaz mengerling ke kanan. Lelaki yang memakai earphone tadi. Sudah mendapat tempat duduk, betul-betul di tepi tempat mereka berdiri.

Tak senang melihat lelaki itu asyik merenung. Bukan wajah, tapi badan isterinya! Riyaz menelan rasa marah. Tak mahu buat hal. Tangan Riyaz mula turun ke punggung Tengku Juliana, tepat dimata lelaki itu merenung.

Arghh, kurang ajar! 

"Err..abang.." Jangan buat pasal nak Riyaz oi, dalam lrt ni!

"Shh.."

Pandangan lelaki itu naik kepada Riyaz. Si Lelaki Polis melemparkan pandangan maut. Cepat-cepat lelaki itu mengalih mata.

Riyaz memandang semula Tengku Juliana. Jangan perangai lamanya keluar di hadapan isterinya ini. Rasa meluap-luap dalam hati disejukkan dengan melihat wajah Tengku Juliana. Kenapa la awak cantik sangat Tengku Juliana? Insecure abang macam ni.

Lagi satu stesen sebelum mereka tiba. Orang sudah sedikit berkurangan, namun mereka masih tak mendapat tempat duduk.

"Abang, panas.." Tengku Juliana merengek perlahan. Saja nak gedik-gedik. Tambahan hari ni Riyaz macam bagi lebih perhatian kepadanya. Suka!

"Nak sampai dah."

Riyaz terpandang lagi lelaki tersebut. Mata lelaki itu tak lain tak bukan pada isterinya. Riyaz ketap bibir. Tangan mencengkam kuat palang besi. 

Melihat lelaki itu menjilat bibir, Riyaz rasa sesuatu. Tangan kanan lelaki tersebut dilindung dengan beg di celah kangkangnya.

Matanya merah. B*bi la! Dah lebih ni.

"Kau pandang apa bini aku?!" jerkahan Riyaz mengejutkan seisi manusia dalam lrt tersebut. Tengku Juliana tersentak.

"Abang.." Melihat Riyaz yang mara itu, Tengku Juliana kalut. Tak tahu apa yang menyebabkan lelaki itu marah. Semua mata memandang Riyaz.

"Ha?! Kau tengok apa?!"

Lelaki tersebut terkulat-kulat. Serta merta bibir kering pucat. Tangan terketar dikeluarkan dari seluar.

Riyaz memandang zip lelaki itu yang terbuka. Makin membara hatinya, tak teringat apa. Dia terus mencengkam kolar lelaki tersebut. Urat hijau timbul di lehernya. Mengingatkan apa yang lelaki itu terbayangkan isterinya, Riyaz makin tak terkawal. Cemburunya membara.

"S*al! Kau buat apa?! B*bi #$*€¥%, jahanam betul!" serentak dengan suara lantangnya, tubuh lelaki itu dihentak sekuat hati ke dinding lrt.

"Abang!"

***

Oh my god, Riyaz kenapa?

***

Kawan-kawan, saya ada dare. Jom pecahkan rekod vote dan komen saya dengan

4k vote

and

1k komen!

Anda mampu mengubahnya. Ihiks.

Hadiah menarik menanti!
Triple update once vote capai 4k dan 1k komen.

Ye, kawan-kawan. Benar..saya tamak. Heheheh.

❤❤❤

Sayang hampa. Muahhh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro