Bab 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiga hari berjalan memenatkan tubuh mereka. Tengku Juliana melihat ke sebelah, Riyaz tersandar letih ke sofa. Jet lagnya masih belum hilang, ditambah pula dengan muntah-muntah.

Tengku Juliana bangun dari katil dan menuju kepada Riyaz. Dahi Riyaz disentuh dengan belakang kepalanya. Panas sikit.

"Abang..." Bahu Riyaz digoyang perlahan. Terpisat lelaki itu membuka mata. Riaknya sedikit terkejut apabila tidurnya diganggu.

"Abang tidur atas katil. Badan abang panas ni." Tengku Juliana mengangkat tangan Riyaz lalu diletakkan di atas bahunya, membantu lelaki itu untuk bangun.

"Abang boleh bangun sendiri la." Dalam kantuknya, Riyaz menggumam dengan tawa kecil. Namun diturut jua langkah Tengku Juliana ke katil. Keluhan terlepas apabila belakang tubuhnya yang sengal menyentuh lembut tilam. Terasa bagai diurut.

"Tidurlah, saya turun bawah kejap." Tengku Juliana membuka tiga butang teratas baju kemeja Riyaz untuk memudahkan lelaki itu bernafas. Suhu aircond diturunkan melihat kepada badan Riyaz yang berpeluh.

"Selesa tak?"

Riyaz mengangguk dan tersenyum.

Tengku Juliana membawa diri ke dapur ke siulan kecil. Resepi bubur yang diberi oleh Nek Habsah dahulu masih diingatnya. Sudah dua kali Riyaz demam. Kasihan betul suaminya yang kacak itu.

Baru sahaja dia membuka dapur elektriknya, loceng pintu kedengaran bersama suara Nek Habsah yang lantang memberi salam. Tengku Juliana membulat mata.

Yeay, nenek datang!

Cepat-cepat langkahnya dibawa ke ruang tamu.

"Assalamualaikum!" Nek Habsah mengetuk pintu pula. Mana berdua ni? Baru balik honeymoon pun takkan nak berhoneymoon lagi dalam bilik tu?

"Waalaikumussalam, nenek..." Tengku Juliana membuka pintu dan berpusing sekali sebelum tangannya dibuka. Tubuhnya dilentokkan gaya diva menyambut Nek Habsah.

Orang tua itu memandang tanpa perasaan. Mata Tengku Juliana terkelip-kelip.

"Bawak balik apa dari Venice?" Terus Nek Habsah masuk ke tujuan asal dia ke sini. Dia sudah teruja! Dengar cerita Venice tu banyak barang antik.

Bahu Tengku Juliana jatuh.

"Barang antik tu lebih berharga ke dari cucu nenek yang cantik ni?" Menyebek mulutnya. "Sampai hati nenek..." Sengaja dia menarik nafas seolah menarik hingus. Hujung dari mengelap air mata palsu di birai mata.

Nek Habsah membuat muka. Menyampah pulak. Sempat lagi dia berdiva dengan air mata dia tu. Bibirnya dijuihkan sebelum dia mengukir senyum. Tangan dibuka. "Mana cucu nenek yang cantik? Meh nak peluk."

Tengku Juliana tersengih dan terus masuk ke dalam pelukan Nek Habsah. Mereka berpelukan sehingga bergoyang tubuh ke kiri dan kanan. Tengku Juliana tertonggek ke belakang akibat perutnya yang besar.

"Ermm...rindunya nenek!"

"Rindunya cucu nenek ni. Sedap peluk, gemuk!" Nek Habsah menepuk belakang Tengku Juliana yang berisi. Sempat dipicit geram lebihan isi tersebut.

"Nenek, saya gemuk sangat ke?" Tengku Juliana melepaskan pelukan. Muka kasihan ditayang dihadapan nenek Riyaz itu.

Nek Habsah memegang bahu Tengku Juliana sambil membuat muka tabah. "Dunia memang tak adil cucuku." Kepalanya digeleng perlahan seolah turut merasai keperitan Tengku Juliana.

Sesaat, dua saat sebelum Tengku Juliana terhambur gelak. Teman menyengal terbaik sudah jatuh kepada Nek Habsah!

"Dah dah, sampai bila tak habis. Jom masuk." Tengku Juliana memaut bahu Nek Habsah dan membawanya masuk ke dalam. Tangan kanan menolak pintu supaya tertutup.

"Riyaz mana? Senyap je." Mata Nek Habsah memerhati sekeliling rumah dua tingkat itu.

"Tidur kat atas. Demam."

"Demam lagi?" Nek Habsah bertanya nada tidak percaya. Tengku Juliana mengangguk. Orang tua itu membuat muka pelik.

"Jarang Riyaz ni nak demam selalu macam ni. Dia alah kut, kamu kan pregnant."

Tengku Juliana mengangguk lambat. "Mung...kin kut. Tapi saya dah 5 bulan dah, ada morning sickness lagi ke?"

"Jarang, tapi ada je."

Tengku Juliana mengangguk faham.

"Ni nak buat apa ni? Bersepah barang... " Nek Habsah mengomel perlahan sebelum matanya membulat besar. "Ya Allah, berasap!" Dia cepat-cepat menutup dapur elektrik itu. Periuk yang berada di atas dapur itu sudah berasap banyak.

Nek Habsah mencekak pinggang. "Bahaya sungguh!"

Tengku Juliana menggaru pipi sambil tersengih tak bersalah. "Nenek la datang waktu Ju buka api."

"Nenek juga salah!" herdikan Nek Habsah membuatkan Tengku Juliana terus mengemam bibir. Cepatnya mood berubah. Tadi siap buat muka keperitan lagi.

"Duduk situ, biar nenek buat."

Cepat-cepat Tengku Juliana tarik kerusi di hadapan island kitchen itu. Nek Habsah sudah melipat lengan baju, mahu menunjuk skill membuat bubur nasi terhebat sepanjang zaman.

Tengku Juliana merenung teruja Nek Habsah yang cekap mengendalikan dapur itu. Daun sup dihiris laju. Tak berkelip Tengku Juliana memandang. Fuh! Kalau terkena jari ni mau terpotong terus.

"Apa nek?" Terbahak-bahak gelaknya apabila Nek Habsah memasukkan garam dengan jari melentik naik. Diva sangat! Sempat dia berposing. Lagak macam chef saja.

Sambil tergelak itu, Tengku Juliana merasakn ada sesuatu menekan pundi kencingnya. Argh, nak buang air!

"Nek, nak pergi tandas kejap."

"Ya, hati-hati." Walaupun sedang mengacau bubur, tak lupa dia berpesan kepada Tengku Juliana. Bibirnya bernyanyi kecil.

Tengku Juliana lekas memasuki tandas. Kalut-kalut dia menyarung selipar sebelum dia bergerak ke tandas duduk.

Apabila dia membuka seluar dalamnya, terkelip-kelip dia melihat tompokan darah di situ. Ada yang sudah yang menitik ke lantai. Cepat-cepat tangannya menyentuh ari-arinya.

Darah.

Tengku Juliana menelan air liur kesat. Dia keluar perlahan-lahan dari bilik air dengan jalan yang terkangkang.

"Nek..."

"Apa?" Nek Habsah masih sibuk merasa bubur nasi tersebut.

"Erm, ada darah dekat Ju punya ni."

Mendengar perkataan darah Nek Habsah terus menoleh. Hampir menjerit dia melihat Tengku Juliana yang berdiri dengan kain yang sudah dicemari darah.

"Ya Allah! Riyaz mana Riyaz?!" Nek Habsah menutup api dapur dan menghampiri Tengku Juliana.

"Dekat atas. Nak Ju panggilkan?" Baru Tengku Juliana mahu berjalan, Nek Habsah menahan.

"Eh, kamu duk sini. Jangan jalan merata. Nenek panggil Riyaz kat atas." Segera Nek Habsah membawa diri ke atas sambil melaung nama Riyaz berkali-kali.

"Riyaz! Bini kamu turun darah ni!"

Tengku Juliana menunggu sambil berdiri. Dia takut. Tapi perut mahupun ari-arinya tidaklah sesakit mana cuma darah yang menyebabkan tangannya sedikit menggeletar.

Tidak lama kemudiam, Riyaz turun dengan wajah kusut masai.

"Sayang!"

"Abang, tolong saya..."

***

"Nak pergi tandas, bawak abang sekali nanti." Riyaz mengusap kepala Tengku Juliana. Nak luruh jantungnya mendengar Nek Habsah memberitahu  Tengku Juliana turun darah.

"Baik abang." Tengku Juliana mengangguk.

Riyaz mengeluh perlahan. Tengku Juliana yang duduk tegak itu dipandangnya. Dengan risau yang masih lagi tidak habis, Riyaz menarik kepala Tengku Juliana dan disembamkan ke dadanya.

Tubuh Tengku Juliana didakap erat.

"Saya ok." Beritahu Tengku Juliana dengan wajahnya masih ditekup dada Riyaz. Ermm, sukanya dengan dada Riyaz yang seksi. Aw!

"Hmm..." Riyaz mengusap bahu Tengku Juliana.

"Maafkan saya." Tengku Juliana mengeratkan pelukan. Semua salahnya. Awal pregnancy, dia tak ada masalah langsung sehingga dia tak berhati-hati bergerak ke sana ke mari.  Akhirnya, rahimnya mengalami pendarahan.

"Tak apa, first timer kan? Baby still survive. Dont worry." Belakang Tengku Juliana diusap perlahan. Salah dia juga, mentang-mentang Tengku Juliana baik-baik saja, dia abaikan keselamatan bayi mereka.

"Baru first time nak jadi mama dengan papa kan." Tengku Juliana tersenyum. Dia melonggarkan pelukan.

Riyaz tergelak. Hidung mancung Tengku Juliana dicuit geram. Mereka berbalas senyuman. Sedang menikmati masa bersama, tiba-tiba terdengar pintu ward suite itu ditarik. Mereka berdua menoleh. Kelihatan seorang wanita tegak berdiri di situ.

"Hani?" Riyaz mengangkat kening.

Tengku Juliana memandang Riyaz. Hani ke honey?! Siapa perempuan cantik di hadapan pintu wardnya ini?

"Riyaz?" Wanita bernama Hani itu bertukar soalan.

Riyaz mengangguk lambat. Tengku Juliana semakin berkerut dahi memandang. Kenapa tiba-tiba dirasakan dia yang menjadi watak ketiga ni?!

"Betul awak rupanya. Boleh saya masuk?" Hani meminta izin.

Riyaz memandang Tengku Juliana, menantikan reaksi wanita itu. Tengku Juliana mengangguk dan mempersilakannya masuk. Cemburunya sedaya ditutup dahulu.

"Tengku Juliana, isteri saya." Riyaz menunjuk kepada Tengku Juliana.

Hani tersenyum dan menghulur tangan kepada Tengku Juliana. "Saya Hani, kawan Riyaz masa sekolah menengah dulu."

Tengku Juliana menyambut. "Tengku Juliana." balasnya ringkas.

"Hani buat apa dekat sini?" Riyaz membuka bicara.

Mahu berasap telinga Tengku Juliana. Ha-Ni! Kenapa kedengarannya macam honey ni? Ish jealous! Kenapa pulak Hani ni tiba-tiba masuk?! Nak mengorat laki aku ke?

"Ward anak Hani sebelah ni je. Kena demam panas. Waktu nak keluar tadi ternampak Riyaz, nak jenguk je lah ni."

Mendengar perkataan anak, terus hati Tengku Juliana terasa bagai disimbah air. Fuh! Dah kahwin!

"Ouh..." Riyaz mengangguk. Ternyata janggal. Apatah lagi melihat anak mata Tengku Juliana yang sudah mula memercik api.

"Awak kenapa?" tanya Hani prihatin kepada Tengku Juliana. Suaranya lemak merdu.

"Turun darah tadi. Kena warded untuk follow up."

Hani mengangguk. "First pregnancy?"

"Ye haah."

"Hani dulu pun macam tu jugak. Awal-awal kan kita tak tahu. Hati-hati ya? Hani pun dah kali ketiga still ada masalah lagi. Tapi Alhamdulillah, kali kelima ni dah pandai dah." Hani kelihatan ramah berbicara.

"Kali ke lima?" Tengku Juliana membulat mata. Ya ampun, banyak sekali mbak Hani!

Hani tergelak. "Jangan terkejut. Haah, Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Eh tak apalah, tinggal anak lama satgi dia bangun tak ada orang." Dia sudah meminta izin untuk beredar.

Tengku Juliana mengangguk, masih tak percaya wanita semuda ini sudah melahirkan lima orang anak. Setahun sekali ke apa?

"Nice to meet you Juliana." Mereka bersalaman dan Hani hanya tersenyum melihat Riyaz sebelum dia keluar dari bilik. Riyaz mengangguk kecil.

Tutup sahaja pintu, suasana senyap. Riyaz bermain dengan rambut belakangnya. Janggal.

"Hani..." Riyaz menunggu Tengku Juliana menghabiskan ayat. "...kekasih abang dulu kan?" Tengku Juliana mengangkat kepala memandang Riyaz. Tiada riak langsung diwajahnya.

Riyaz mengambil masa yang agak lama sebelum dia mengangguk perlahan. "Tapi ni baru pertama kali abang jumpa dia lepas kami berpisah. Sumpah! " Riyaz segera bercakap benar, tak mahu Tengku Juliana tersalah faham.

Melihat muka bimbang Riyaz, Tengku Juliana terus sign out dari lakonannya. Tawa kecilnya terlepas. "Saya tak marah lah. Dia dah kahwin dah pun."

Riyaz bernafas lega. Geram betul! Takutkan orang.

"Plus..." Tengku Juliana menarik leher Riyaz membuatkan lelaki itu menahan tangan ke sebelah tubuhnya. Senyuman manis diberikan "...dia idola saya tau." Tengku Juliana mencium pinggir bibir Riyaz.

Lelaki itu menarik bibir, suka.

"Idola kenapa?"

"Anak ramai. Tapi saya tak nak 5 orang." Tengku Juliana menjatuhkan tubuhnya. Jarinya bermain-main dengan pipi dan bibir suaminya itu.

Riyaz membetulkan kedudukan tangannya yang mengepung tubuh Tengku Juliana. Tubuhnya direndahkan merapatkan kedudukan mereka.

"Habis tu nak berapa?"

"Nak 11 orang."

"11?!"

•••

Birthday shout out to
nlliyaa and carlalilipia

Birthday dia orang dah lepas, but still happy belated birthday pretty!

May all happiness be with you ❤

•••

Siapa lagi nak,

drop your birthday so i can give you birthday's update!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro