Bab 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata Riyaz fokus pada laporan yang diterimanya melalui email. Dia meneliti setiap butiran sebelum menekan icon berbentuk printer. Bunyi printer di sebelah berbunyi menandakan isi laporan tersebut akan dicetak. Riyaz tersenyum puas hati sebelum menyandarkan tubuh ke kerusi. Jarinya diketuk ke meja sementara menunggu printer menyelesaikan tugas.

Ting!

Riyaz merapatkan kerusi ke meja untuk mengambil telefon yang terletak di sebelah keyboard komputer.

Melihat notification Whatsapp dari Tengku Juliana, terus Riyaz menegakkan tubuh. Kedua siku direhatkan di atas meja. Gambar makanan apa pula dia hantar tengah hari ni?

Tak buka message lagi Riyaz dah tersenyum-senyum.

Melihat isi message berserta gambar dihantar, terus senyuman Riyaz terus mati. Dia mengangkat telefon paras muka dan terus menginjak kerusi ke belakang.

Uish! Makanan apa ni?

Gambar Tengku Juliana dengan rambut masih basah dan tubuh masih berbalut bathrobe. Bahu belah kirinya sengaja diselak dengan reaksi muka nakal. Caption pula, “Makanan abang tengah hari ni. Much love ❤️”

Riyaz mengetap bibir yang hampir tersenyum. Aih! Tak habis-habis menggoda. Jarinya pantas menaip.

Nakal ya?

Send!

Riyaz menggeleng perlahan. Buatnya ada orang dengan dia tadi, tak pasal-pasal rezeki orang tu tengok badan isteri dia.

Satu mesej timbul di ruangan chat. Balasan dari Tengku Juliana.

Kenyang tak? Rawr!

Riyaz membetulkan duduk. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi. Bibir bawah digigit sikit sambil dia membalas mesej.

Petang ni nak lagi.

***

Tengku Juliana menekup mulut. Sampai lenguh pipinya menahan senyum dari tadi. Tangan dilepas dari mulut sebelum dia menampar pipinya perlahan.

Sabar TJ, sabar!

—Tak boleh. Sehari sekali je.

Berserta dengan sticker mukanya menjelir.

Tengku Juliana tersengih. Eyy, bahagia betul!

Kaki disilang sementara menanti balasan. Senyuman tak lepas dari bibirnya. Dan balasan dari Riyaz buat Tengku Juliana terlepas gelak.

Alaaaaaaaaaa.

Kali ini sticker wajah Riyaz yang bereaksi sedih.

Mata Tengku Juliana membulat. Wah sticker baru! Tak ada lagi yang ni. Save dulu, save dulu!

"Ey, comel! Comel!" Tengku Juliana mengomel dengan bibir yang terketap. Jari dikepit-kepit seolah-olah ingin mencubit pipi Riyaz di dalam sticker tersebut.

Perbualan alam maya mereka tamat apabila Riyaz meminta diri untuk turun makan tengah hari. Tengku Juliana meletakkan telefon di atas meja solek dengan senyuman yang masih bersisa. Wajah tersenyumnya yang terbias di cermin ditepuk perlahan sebelum dia memulakan rutin penjagaan mukanya.

Selesai saja, dia merapati Luna yang pulas tertidur di atas katil. Punya buas main kat ruang tamu tadi, lepas mandi terus tertidur. Penat lah tu. Ubun-ubun anak daranya itu diusap sayang.

Seketika dia ralit menatap wajah polos anaknya. Kulit putih mulus. Dan yang paling menonjol, bulu matanya yang lebat. "Cantiknya awak ni. Macam mama awak." Dia mencuit hidung Luna, geram.

Matanya mencari jam di dinding. Sudah pukul 12:30 tengah hari dan dia masih belum makan. Tengku Juliana segera bangun dari duduknya dan melangkah ke wardrobe room. Sambil mencari baju untuk dipakai, dia mencuri pandang dress kembang yang dihadiahkan oleh Haydar.

Tangannya menjangkau mengambil hanger yang menggantung baju tersebut. Baju yang masih berbalut plastik pakaian itu direnung dengan senyuman yang entah bila terukir. Hatinya kembang.

"Awak pun cantik."

Jarinya mencapai zip plastik itu lalu ditarik turun ke bawah. Tangan kirinya melepaskan plastik dari dress berwarna off white itu sebelum halus tapak tangannya menyapu ke fabrik tersebut. Lembut. Manik dan kerawang dijahit kemas menghiasi dada dress itu. 

Lama dia merenung, fikirannya menerawang membayangkan kehidupan yang hanya ada dalam angan-angan. Kehidupan yang dia impikan sejak kecil. Dia, sebagai seorang wanita. Tak bersuami, tak berkeluarga. Menjadi penghias majalah, menjadi sebutan dunia, menjadi seseorang yang bahkan orang lain tidak terdaya bermimpi.

Menjadi seseorang yang menjalani mimpi orang lain.

Tapi dia kini, hanya seorang ibu dan seorang isteri kepada seorang polis.

Tengku Juliana pejam mata rapat serentak dengan nafas ditarik mengejut. Seakan mahu menyedarkannya dari mimpi ke realiti. Tangannya dikepal.

Kau yang pilih jalan ni Tengku Juliana. Jangan tipu diri sendiri. Kau sebenarnya sedang bahagia. Kau tak perlukan apa-apa dah. Cukup dengan Riyaz, cukup dengan Luna. Kau dah bahagia dengan cara ni.

Air liur ditelan. Payah. Bagai duri beribu melalui kerongkong. Kelopak mata dibuka. Biji matanya merah dengan bulu mata yang melekat akibat air mata yang sempat bertakung.

Kau sedang bahagia, Tengku Juliana.

***

Riyaz termenung lama di dalam kereta. Kad jemputan berwarna putih keemasan yang berada di atas dashboard direnungnya. Ingatannya kembali kepada detik Haydar menemuinya tengah hari tadi.

“Saya tak akan lama di sini, cuma singgah nak bagi ini. Kirimkan kepada Tengku Juliana.”

Riyaz hanya melihat sekeping kad yang dihulur Haydar tanpa ada niat untuk mengambilnya. Matanya kembali naik kepada Haydar. Direnung sepasang mata itu tak berperasaan.

Haydar tersengih. Nafasnya dihela sedikit kuat tanda dia jelik dengan sikap Riyaz. Serta merta dia melihat bayangan ayahnya dalam diri Riyaz.

“Kau boleh ambil. Kau tunjuk ataupun tak tunjuk kad ni, semuanya atas pilihan kau sendiri.” Sekali lagi Haydar menghulur.

“Kau boleh bagi sendiri dekat dia. Kau sendiri tahu kan macam mana nak cari dia?” Riyaz hulur senyum segaris. Langsung tak mesra. Sekadar nak memerli Haydar yang entah kenapa datang menjenguk isterinya tempoh hari.

Haydar sengih. Kad yang berada di genggamannya dilihat sebelum dia angkat kepala memandang Riyaz. “Kalau aku bagi, tak sempat aku pergi kad ni dah masuk tong sampah.”

Riyaz mengangguk. Kedua tangannya naik menyilang di dada. Langsung memberi isyarat bahawa dia juga tak akan menerima undangan tersebut.
“Jadi, isteri aku tak terima, apa yang membuatkan kau fikir yang aku akan terima?”

Haydar sengih. Kad digenggamannya dilihat sekilas sebelum kepalanya naik memandang Riyaz. Dengan mata yang tak lepas dari lelaki itu, Haydar menyelit kad tersebut di wiper kereta milik Riyaz.

“Sebab kau lebih tahu apa yang membuatkan dia bahagia.”

Setelah itu, Riyaz terus pulang dengan fikirannya mengulang-ulang ayat tersebut. Bahagiakah Juliana bersamanya? Isterinya itu pernah memberitahu bahawa dia, Muhammad Riyaz adalah segalanya.

Tapi, apa yang sebetulnya membuatkan isterinya itu bahagia?

Kemudian, kesedaran mula menampar otak Riyaz. Kepalanya berdengung dan telinganya bagai baru disapa dengan muzik yang nyaring. Berdesing-desing. Tersentak dia dengan jawapan yang baru diterima.

Sebenarnya, dia tak tahu. Dia tak tahu apa yang membuatkan Juliana bahagia.

***

𝐓𝐚𝐠 𝐭𝐡𝐫𝐞𝐞 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐮𝐭 𝐬𝐦𝐢𝐥𝐞 𝐨𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐚𝐜𝐞.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro