Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tengku Juliana menyanggul rambutnya gaya messy bun. Selipar bulu bulu bunny ditanggalkan sebelum memasuki bathroom dan diganti dengan selipar getah biasa.

Dengan malas, dia menghampiri sinki yang putih berkilat itu. Dia menunduk kepala sebelum dibasuh mukanya yang agak sembab setelah bangun tidur itu. Tuala yang terlipat di rak sebelah diambil dan ditekap lembut ke wajahnya.

Walaupun tanpa make up, wajahnya memang berseri. Mata jernih dan bibir pink pucat. Hidung mancung terletak dengan tulang wajah yang betul sempurna terbentuk. Tengku Juliana tersengih di depan cermin. Cantik aku ni.

Bhahahahaa.. untung Riyaz. Ihiks!

Selesai tunaikan solat subuh, atas nasihat Riyaz yang maha lembut dan sexy tempoh hari, Tengku Juliana sedaya menahan diri daripada tidur selepas subuh.

Dia yang masih bertelekung meniarap dia atas katil empuknya. Kakinya tegak menongkah langit. Kadang-kadang dijatuhkan dan dinaikkan kembali. Senaman kaki pagi hari. Hew hew hew.

Wallpaper lockscreen yang terbentang wajah Riyaz yang tersenyum lebar dipandang asyik dengan kedua tangan menongkat kepala. Gambar yang diambil sewaktu mereka di kampung. Tok Deraman sihat ke tak sekarang?

"Riyaz, awak memang suka buat saya gila kan?" Bualnya sendiri. Dia kemudian tunduk merapatkan bibirnya dengan gambar Riyaz.

Muah! Tepat di bibir.

Tengku Juliana tersengih sendiri. Macam mana la hati dia boleh terpaut dengan inspektor sorang nih.

Terangkat kening Juliana bila nama Riyaz terpampang di screen. Riyaz call?

Arghhhhhhhhhhh...

Tengku Juliana menghentak kakinya. Oh benarlah orang kata, angin membawa khabar rindu. Wuuu~

Tanpa berlengah, terus dia slide butang hijau.

"Assalamualaikum" ucap Tengku Juliana mesra dan bersemangat.

"Waalaikumussalam, buat apa?"

"Baru lepas solat. Tengah tengok gambar awak tadi." Tengku Juliana menjawab jujur.

Riyaz tergelak. Tengku Juliana menggedik sendiri. Cekcinya dia gelak.. Aurm aurm..

"Ouhh..saja je call nak pastikan awak tak tidur lepas subuh. Saya nak mandi ni. Bye."

Tengku Juliana mendecit. Ingatkan rindu kita tadi.

" Tak tidur la. Awak mandi wangi-wangi tau. Hihihi.. bye awak." Tengku Juliana senyum lagi. Screen telefonnya dicium berkali. Fuhh..cinta memang gila.

Dia melentang mendakap telefon ke dadanya. Senyuman masih belum lekang dari bibir. Perlahan-lahan matanya tertutup. Nafas dihirup panjang kemudian dilepas.

Kita bukan nak tidur tau..

Kita nak bayang Riyaz mandi.

Uhuk! Seksi..

×××

Riyaz menekan butang lif. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil tangannya kanannya memegang telefon bimbit.

Bibirnya mengukir senyum. Tak sah la bila tak dapat mesej Tengku Juliana ni.

Juliana🦁

📷
Morning love! Dont forget your breakfast. 💋

Gambar pancake dengan syrup chocolate yang dibentuk 'love'. Mentang-mentang dah pandai buat pancake. Sengaja nak show off la tu.

Riyaz mengangkat kepala bila pintu lif terbuka. Baru dia mahu menutup pintu. Seorang perempuan berpakaian polis menahan. Terangkat kening Riyaz melihat tingkah gopoh pegawai tersebut.

"Thanks" ucap perempuan itu sepatah. Riyaz senyum nipis.

Tangannya kembali menatap telefon. Tengku Juliana masih online.

'Good morning too. Saya dah makan bihun tadi. Nice love, love ❤'

Terus bluetick.

Riyaz tersengih. Agaknya dah melompat Tengku Juliana atas kerusi tu.

"Saya pegawai baru"

Riyaz menoleh ke sebelah. "Ouh.. selamat datang." Berkerut sikit kening Riyaz. Dah kenapa cerita aku?

"Diana" perempuan tersebut menghulurkan tangan.

"Riyaz" Riyaz cuma membalas senyuman. Huluran tangan dibiar tak bersambut.

Diana menjatuhkan tangannya dengan senyuman masih di wajah. Dia mengerling sikit ke arah Riyaz. Nametag lelaki itu diperhati.

ISP. RIYAZ

"Wow" ucapnya sangat perlahan.  Dengan button yang banyak tersemat di dada lelaki itu, tahulah dia lelaki ini berpangkat besar. Patutlah sombong, orang atasan rupanya.

Setelah pintu lif terbuka, Riyaz meminta diri. Diana mengangguk. Senyuman terukir sambil memerhati Riyaz yang berjalan keluar.

"Eh Darius, buat apa?" Riyaz terhenti bila terlihat Tengku Darius dan Puteru yang berjalan bertentangan dengannya. Tangannya bersambut dengan Darius.

"Ni, kitorang baru balik dari rumah Puteri semalam. Singgah solat subuh dekat masjid depan tu. Lepas solat tu, handbag Puteri lesap." Darius bercerita. Dania yang berusia satu tahun itu senyap tidur di pangkuan daddynya.

"Ouh..ada orang tak masa korang masuk masjid tu?"

"Tak da rasanya, tapi tak tahu la kut masuk masa tengah solat." Jawab Puteri.

Riyaz mengangguk.

"Dah buat report tu takpelah, kad bank nanti semua kena block lah. Sekarang ni macam-macam orang boleh buat." Pesan Riyaz. Pipi Dania yang tembam dan gebu itu dicuit. Teringat pula dekat Afya. Lama jugak aweknya sorang itu tak call. Mesti dah kena warning dekat Tengku Juliana.

"Ha takpelah. Kitorang nak balik dah. Kau pun kena masuk kerja. Ada masa nanti gather gather la. " kata Tengku Darius sambil menepuk bahu Riyaz.

Riyaz cuma mengangguk lalu tergelak. "InsyaAllah."

Petangnya, Riyaz sudah bersiap untuk pulang. Fail kes dibiarkan memenuhi mejanya. Malas kemas, nanti kena buka balik.

Telefon bimbit yang berdering diangkat.

"Assalamualaikum Riyaz."

"Waalaikumussalam, ya ibu." Sebelah tangannya memegang telefon sambil sebelah lagi membuka pintu pejabatnya.

"Nanti Riyaz tolong singgah rumah Ju kejap. Mama dia kata nak kirim barang dekat ibu."

"Boleh bu. Balik ni Riyaz pergi. Ni dah keluar pejabat dah."

"Ok thank you. Sayang anak ibu nih.."

Riyaz gelak. Telefonnya ditutup. Sambil bernyanyi kecil dia memasuki kereta. Enjin dihidupkan dan aircond dipasang. Topinya diletak di seat sebelah kemudian dia terus meninggalkan perkarangan ibu pejabat polis itu.

Apabila berhenti di traffic light, matanya menangkap kedai bunga di hujung sana. Spontan fikirannya terarah kepada Tengku Juliana.

Riyaz menggeleng sedikit. Sebab kau je Tengku Juliana oi.. sejak bila aku jadi Romeo Malaya ni?

Keretanya berhenti di hadapan kedai tersebut. Dia senyum sambil menggeleng kepala. I can't believe I do this thing. Riyaz keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam.

Diana yang kebetulan berjalan di situ terhenti bila melihat seorang pegawai polis yang berada dalam lif bersamanya tadi. Langkah dibawa ke dalam kedai bunga itu.

"Saya tak tahu. Bunga apa yang sesuai untuk beri kepada seorang perempuan"

Penjaga di situ tergelak. "Bunga memang diberi kepada perempuan Encik"

Riyaz menggaru keningnya sambil tergelak kekok.

"I means ermm.. bunga yang sempoi sikit tapi romantik." Riyaz menggaru kepala tak tahu mahu menerang bagaimana. Juliana suka bunga apa?

"Macam mana kalau baby breath?" Penjaga di situ memberi cadangan lalu menunjuk bunga baby breath yang berwarna putih suci itu.

Riyaz mengusap belakang lehernya sambil berfikir. Dia mengukir senyum.

"Perfect!"


Done! Hoho

Someone trying to be sweet😍

Saya rasa nak update lagi malam ni.

Korang nak tak?








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro