Bab 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Uwais menutup laptopnya.Jam dah pun menunjukkan pukul 6:35 minit.Dah terlajak waktu kerja dah.Hasya yang terbaring lena di kerusi dipandang.Kesian dia..

Uwais melipat kotnya.Dua butang teratas dan butang lengan dibuka.Sambil melihat Hasya,Uwais berjalan membuka pintu biliknya.Setiausahanya,Gina masih belum pulang.

"Gina,tolong saya bawak kot dengan briefcase.Saya nak dukung isteri saya,dia tertidur."

Gina mengangguk.Dia bangun dari kerusi lalu memasuki bilik Uwais.

"Tak balik lagi?" tanya Uwais sambil bersedia hendak mencempung tubuh Hasya.

"Belum tuan,jadual Tuan untuk esok saya kena susun balik.Ada clash sikit." Terang Gina sambil mengemas meja Uwais dan seterusnya mengambil kot dan briefcase Uwais.Dia berlari kecil kepada Uwais yang menunggunya di pintu.

Gina membuka pintu membiarkan Uwais keluar dahulu.Dia kemudian menyusul di belakang.

"Jangan balik lambat sangat.Awak tu perempuan." kata Uwais.

Gina cuma senyum sambil memerhatikan Hasya yang lena dalam dukungan Uwais.

"Kesian isteri tuan,letih.."

Uwais menunduk memandang Hasya sebelum dia tersengih kecil.Dukungannya dibetulkan sikit.Makin berat pula Hasya nih.

"Dia la nak ikut sangat.Boring katanya kat rumah." jawab Uwais.Wajah Gina dipandang sedikit.Gina mengangguk.Dia menekan butang lif apabila mereka tiba di hadapan lif.

"Betul tu tuan.Perempuan mengandung ni kita kena bagi perhatian lebih.Diorang punya perasaan tu lain sikit.Cepat terasa."

Uwais tersengih.Amatlah betul.Tapi Hasya jenis makan sendiri,tak tunjuk yang dia terasa.Tapi tengok muka pun tahu dah budak kecik ni merajuk.

"Gina minggu depan saya sibuk tak?"

"Ermm.." berkerut dahi Gina."Hari Isnin dengan Selasa,Tuan dapat jemputan event untuk company yang baru dibuka dekat Itali."

Itali?

Uwais menoleh."Itali?" Uwais bertanya sekali lagi.Gina mengangguk.Pelik tengok Uwais teruja betul.Selalu kalau event luar negara,dia agak malas dan suruh orang lain gantikan dia.Tak sanggup tinggal Hasya gamaknya.

Uwais melihat Hasya yang terlena pulas di dukungannya itu.Bibirnya tersenyum.

"Gina tolong tempahkan tiket flight untuk saya hari Sabtu ni ke Venice"

Gina mengerut dahi."Tapi event tu buka dekat Venice Tuan.."

"Takpe..tempah je.Saya dah janji dengan Hasya nak bawa dia honeymoon dekat Venice.Alang-alang event dekat Itali,sekali pergi je la."

"Ouhh..haha..bagus la tu.." Gina tersenyum-senyum.Comel je Tuan bawak wife preggy dia pergi honeymoon.

"Senyum-senyum kenapa?" Uwais memerhati pelik Gina yang tersengih di sebelahnya.Macam la nak bawak dia pergi honeymoon..

"Eh Tuan..heheh..takk..macam cute je.." Gina menggaru-garu belakang kepalanya sambil tersengih.Uwais turut tergelak kecil.Cute ke? Ohohoho..buka aku tampan ke?

"Tuan bawak Hasya pergi honeymoon dengan badan kecik dia usung perut.I think it's kinda cute."

Uwais gelak kuat.Hasya je yang cute..hmm..

"Emph.." Hasya merengek sedikit bila tubuhnya tak selesa.Dia berkalih sedikit.

Uwais mengemam mulut.Terjaga isteri dia ni."Shh..shh..i love you" Tangannya mnepuk sedikit sambil mendukung.Dahi Hasya dicium kemudian dia senyap dan berjalak kembali.Gina lagi lebar senyuman.Sweet jugak,ingatkan beku je.

Tiba di hadapan kereta Uwais,Gina membukakan pintu untuk Uwais meletak tubuh Hasya.Barang-barang Uwais diletak di pintu belakang.

"Thanks Gina"

"Welcome Tuan.Bawak kereta elok-elok."

Uwais mengangguk sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

Gina menghembus nafas.Untung Hasya..

×××

Hasya mendengus bila ada sesuatu bermain dimukanya.Sekejap di pipi sekejap di dagu.Tangannya mengalih benda tersebut.

Hasya membuka mata.Panas betul hatinya.Namun bila dihidang dengan wajah Uwais yang begitu dekat dengannya,Hasya mengukir senyum sikit.Tangannya diangkat melingkar di leher Uwais.

"Abang.." Hasya merengek.Uwais yang terbongkok di hadapan pintu itu menahan tangan di tepi kerusi Hasya.

"Bangun..dah sampai rumah."

Hasya memuncung.Dia memerhati keliling dengan tangan masih tak lepas memeluk leher Uwais.

"Bila kita balik?" Kelipot kelipot mata Hasya memandang Uwais.Uwais senyum.

"Tadi..waktu sayang tidur.Dah jom masuk,bersihkan diri lepas tu rehat." Uwais menarik tubuh Hasya untuk naik ke dukungannya.Hasya hanya membiarkan,lagi suka bila dilayan Uwais begitu.

"Makin berat ermm.." gumam Uwais sambil membuka kasut dengan kakinya.Hasya mengekek gembira.Uwais merendahkan tubuhnya lalu mencabut kasut Hasya dan disusun di sebelah bersama kasutnya.Hasya senyum memerhati.

"Terima kasih abang."

"Sama samaa.."

Hasya yang masih didukungan membuka pintu.Membantu Uwais..hehehe

"Nanti saya pack barang tau.Kita pergi Venice sabtu ni." Uwais memang tak sweet dalam membuat suprise.Terus dicerita.

"Betul ke?!" Bulat cerah mata Hasya.Dia bergoyang gembira.Leher Uwais dipeluk erat lalu pipi Uwais dikucup.Yeayy..

"Ishh..baik baik la..terjatuh nanti." Uwais mendengus sambil kakinya menaiki tangga.Dah la makin berat,goyang-goyang pula atas kita.

"Terima kasih abang..yippi.." Hasya menepuk tangan menzahirkan kegembiraannya.Uwais cuma senyum melihat wajah teruja Hasya.Apa-apa je la Hasya,untuk kau semua boleh..

Sampai di bilik Uwais meletakkan tubuh Hasya di atas katil.Dia mengambil tuala mandinya.Butang bajunya dibuka,bersiap sedia untuk mandi.

"Hasya siapkan air kejap ya abang." Hasya bangun dari katil lalu menuju ke bilik air.

"Hati-hati.." sempat Uwais berpesan.Sambil tangannya membuka baju,matanya mengikut langkah Hasya.Seriau weh..Hasya tu sejak mengandung makin buas.

Setelah membuka baju dan seluar slacknya,Uwais meletakkan pakaian kotor di bakul yang tersedia sebelum memasuki bilik air.

Hasya bangun daripada mencangkung selepas menyediakan air panas di dalam tab.Bangun saja,kepalanya terlanggar sesuatu yang agak keras.

"Aww."

"Aduh"

Hasya memegang kepalanya lalu mendongak.Terlihat Uwais yang tengah mengusap dagu.

"Abang ni..sakit la kepala saya." gumam Hasya sambil menggosok kepalanya.Bengang kejap.

"Abang pun sakit laa.." Berkerut wajah Uwais.Berdesing jugak telinganya.Keras betul kepala Hasya ni.

Hasya membelah senyum.Abang..

"Mandi la..Hasya nak siapkan makan malam.Abang nak makan apa?"

Uwais tersengih-sengih."Nak tu.." Muncung Uwais menunjuk ke bawah pusat Hasya.Hasya cuba tahan senyum dengan menggigit bibir.Tangannya menyilang ke tempat yang ditunjuk Uwais.

"Mengada..mandi la.." Dada Uwais dipukul lembut sebelum dia kelam kabut keluar.

Uwais memegang dadanya,tepat di tempat Hasya memukulnya.Kepalanya ditoleh melihat Hasya yang membolos diri itu.Dia kemudian tersengih.Uihh..bahaya ni..

Hasya senyum lebar keluar dari bilik air.Tangannya menarik bakul baju kotor Uwais.Seluar slack Uwais diambil.Tangannya menyeluk poket seluar slack tersebut.Uwais selalunya mesti lupa nak buang benda-benda dalam poketnya ini.Sampai satu hari tu,jam tangan dia terbasuh sekali.Nasib baik la jam mahal,tak cepat rosak.

Duit-duit yang berada dalam poket Uwais dikeluarkan.RM 5,RM10 semua ada,bukan sikit tapi banyak.Setelah diperiksa semua.Hasya menarik pula baju Uwais.

Dia meletak di hidungnya.Arghh..wangi..

Hasya mendakap sekuat hati.Dihidu bau-bauan di baju tersebut.Rasa macam nak makan je.Dia menyeluk poket.Bila terasa sesuatu,Hasya menarik keluar.

Berkerut keningnya bila terlihat kad kecil tersebut.

'Abang love you'

-Mr.Husband-

Hasya mengerut kening.Kad tersebut dibelek.Nama penerima tak da..tapi bila Uwais tulis Mr. Husband,mesti untuk wife dia kan? Dan wife dia tu..

Me! It's me?

"Hasy---"

Hasya menoleh kepada Uwais yang badan dipenuhi buih-buih sabun itu.Mata Uwais jatuh di kad yang dipegang Hasya.

Arghh..macam mana boleh terlupa?!

"Ermm..Hasya boleh tolong ambil tuala satu lagi? Kain tuala abang basah.." Semakin perlahan suara Uwais bila melihat mata Hasya yang berkaca-kaca itu.Dia menggaru kepala.

"Tak nak!" Hasya menjerit sikit.Terkejut Uwais.Dia salah faham ke? Tapi kad tu obvious sangat ditujukan untuk dia,bukan oramg lain.Lagipun siapa je yang dia ada selain Hasya.

"Abang jahat tau..dah sayang bukan nak cakap.Tulis je..tak gentle!" Air mata Hasya dah beranak sungai.Belakang tangan mengelap kasar pipinya.Terharu,gembira,marah semua ada.

Uwais tahan senyum.Alololo..comel mak buyung ni marah.Montel je..

"I'm sorry..come.." Uwais membuka lengannya,mahu menyambut Hasya ke pelukan.Hasya menyebek sambil perlahan berjalan mendekati Uwais.Air matanya masih keluar.

"Benci!" Sempat Hasya memukul dada Uwais sebelum dia masuk ke pelukan.Wajahnya disembam ke dada Uwais.Buih-buih pun takpe..

"I'm sorry..I love you sayang.."

Uwais mendakap penuh tubuh kecil Hasya.Yang sebenarnya dia juga masih belum mengerti perasaanya tapi cukuplah dia tahu yang Hasya satu-satunya untuk dia.

She is the one.

2 Februari 2018

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro