Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"

Masing-masing diam.Uwais berdiri tegak dihujung katil sambil mengusap belakang tengkuknya.Hasya yang tengah rapat ke kepala katil sambil selimut menyelubunginya dipandang sambil tersengih janggal.

"Awak tak buat apa-apakan dekat saya?" Hasya bertanya perlahan dari dalam selimut.Harapnya lelaki itu dengar.Cengkaman dibahunya ditahan.Mulutnya terkumat-kamit.

"Tak..selama ni ada nurse tolong uruskan kau." Hasya mengerut kening.Bayang lelaki itu dia pandang melalui celahan lubang-lubang kecil selimut.

"Habis kenapa awak tidur s-sebelah saya?" Hampir histeria dia bila terpandang tubuh lelaki ini disebelahnya.Dengan tapak tangan lelaki itu elok sahaja di atas perutnya.Nyaring jugalah jeritannya sehingga terpisat-pisat lelaki ini terjaga dari tidur.

"Aku terlena.Aku saja jenguk kau semalam.Letih sangat jadi aku terlena la" Uwais menggaru kepalanya perlahan.Gatal sangat nak teman budak ni tidur.Merasa jugalah badan aku dipukul bantal tadi.Bukan main dia ni,tak padan dengan sakit.

Hasya diam tak berkutik.Dia masih di dalam selubung kain selimut.Luka di bahunya terasa perit.Dia menoleh,ada kesan darah."Awak ada tudung tak? Dengan baju lengan panjang.Seluar sekali,tapi kalau boleh saya nak kain" Gigit bibir Hasya.Malu,malu,malu.

"Oh.." Tak terkata Uwais.Baju dia ada lah tapi tudung? "Aku ada belikan baju kau tapi tudung tak da pulak.Kau pakai tuala dulu la..nanti aku suruh nurse belikan."

"Yaa..terima kasih awak"

Beberapa saat,Uwais lihat Hasya masih didalam selimut.Tertidur ke apa? Dia mendekati.Buatnya pengsan ke apa?

"Awak.." Uwais terus mengalih tangannya yang sudah mencapai hujung selimut untuk menyelaknya.Dia berdehem."Apa?"

"Awak bila nak keluar? Saya nak mandi"

Uwais terdiam.Patutlah dia tak keluar dari tadi."Er..ok ok..kau mandi.Nanti aku letak baju kau atas katil.Tuala ada dalam bilik air." Habis saja cakap terus Uwais meluru keluar dari bilik.Tak pernah sekalipun Uwais terjadi benda yang memalukan begini.

God..

Hasya menurunkan kain selimut.Rambutnya yang berselerak dirapikan.Dia menyembam muka ke tapak tangan.Allahu..dia dah nampak rambut aku.Lepas ni apa lagi?! Dah la haritu nampak dada. Memalukan..rasa macam nak lari menyorok bawah jambatan.

Dia turun dari katil.Lantai bilik dipandang.Berkilatnya.Hasya memerhati sekeliling.Apakah ini? Satu ruangan yang maha besar siap set sofa dan televisyen.Silingnya direka moden dengan lampu-lampu kecil yang bertaburan.Kasut bunny bulu-bulu warna pink disebelahnya disarung.Cumilnyaa...kaki aku.Hik hik hik.

Hasya seperti budak perempuan yang baru bangun tidur dengan baju tidur Hello Kitty paras lutut dengan kasut bunny bulu-bulu yang lebih besar dari kakinya sedang berjalan mengelilingi rumah dengan muka amazingnya.

"Kaya sangat ni.." gumam Hasya sebelum masuk ke dalam bathroom.Membulat mata Hasya melihat rekaan dalaman tandas itu.Ni kalau suruh tidur pun sanggup.Bilik air bertemakan black charcoal dengan white pearl sangat mengagumkan Hasya.

Dia berjalan keliling bathroom itu.Dengan satu tempat shower,tab mandi dan tandas yang dipisahkan dengan kaca semuanya sangat cantik dan mewah.Siapa lelaki itu? Muda-muda pun kaya.

Hasya melepaskan bajunya lalu dikalih mengiring dan dibalut pula ke tubuhnya.Biarpun tak menutup sepenuhnya dari dada sehingga lutut seperti kain basahannya dirumah Mak Wan tapi cukuplah sekadar menutup.Anak gadis tak elok mandi bogel ya anak-anak..

Balutan dibuka perlahan."auchh.." dia kadang mendesis akibat bulu romanya yang tercabut akibat lekitan darah dan ubat.Lukanya diperhatikan dicermin.Diusap-usap perlahan luka itu.Serta merta dia terbayang ayah dan Hatasya.

Walaupun selama ini dia tidak tinggal bersama mereka tapi ayah dan Hatasya selalu melawatnya.Terbayang lagi senyum tawa mereka ketika sedang menemaninya memancing.

Ayah..

Hatasya..

Boom!

"Hasya,aku letak baju kau atas katil."
Ketukan Uwais di pintu bathroom mengejutkan Hasya.Hasya tersentak.Air mata dikesat cepat.

"Terima kasih awak" laungnya dari dalam bilik air.Tapi laungan yang biasa-biasa.Anak dara tak elok cakap kuat-kuat,nasihat Mak Wan masih lagi terlekat dalam kepala.

"Mandi cepat sikit.Aku dah siapkan breakfast".Uwais berkata sambil dia duduk di birai katil.Baju Hasya yang terlipat itu dibelek lagi.Dia membuka lipatan lalu di dipegang dan dibelek depan belakang.Besar ke tak? Kecik je tubuh dia aku tengok semalam.Ingatkan berisi sikit.Baju bukan main longgar.

Seluar dalam pula ditelek.Sejak bila Uwais ni berminat tengok pakaian dalam perempuan ni.Tak semenggah betul perangai.Seluar dalam pun kecik.Aku pakai masuk takat betis je.

Selesai membelek,dia meletakkan kembali pakaian Hasya.Sempat dia mengemaskan lipatan. Kakinya melangkah keluar dari kamar Hasya.
Hanafi yang berdiri di sebelah sofa dipandangnya.

"Belikan tudung,Aidijuma or whatever.Banyak-banyak.." arahnya kepada Hanafi.Hanafi mengangguk."Baik tuan"

"Kejap-kejap.." Hanafi yang mahu berpaling itu terhenti."..beli yang labuh-labuh.Dalam 3 inci bawah dada.." Hanafi terkelip sebentar sebelum dia mengangguk.Tersekat-sekat anggukannya."Baik.."

Melangkah keluar saja,Hanafi menggumam sendiri."..3 inci.." sambil mengukur dengan jari di bawah dadanya.

×××

Hasya melangkah perlahan ke dapur.Lelaki itu dilihat bersandar ke kerusi sambil bermain handphone.Mengepit Hasya berjalan sambil satu tangan memegang tuala yang diletakkan atas kepala di bawah dagunya.

"Awak.."

Uwais berpusing.Terkedu dia seketika.Bersihnya muka dia,nampak segar.

"Duduk" suruhnya.Mata tak lepas dari Hasya yang tengah berjalan merapati kerusi.Alahai..lemah lembut betul.Ni buat aku lemah ni.

"Kenapa tak pakai seluar je? Aku bagi seluar sekali kan?" Uwais bertanya sambil tangannya membuka penutup jem.Matanya galak memerhatikan pipi merah Hasya.Kalau gigit sedap ni.

"Saya tak selesa pakai seluar.Dekat rumah pun saya pakai kain." Jelas Hasya sambil menunduk.Jarinya dimainkan diriba.Malu.Dia tak pernah berhadapan apatah lagi berbual begini bersama lelaki.Dengan ayahnya pun jarang bersembang.

"Suka hati kau lah" lagipun aku suka kau pakai kain batik.Sexy! sambung Uwais dalam hati.Dia menahan senyum.Satu roti yang telah ditoast dan di sapu jem di beri kepada Hasya.Hasya menyambut.Dengan basmalah,dia menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

Uwais menyapu jem ke satu lagi roti untuknya sambil mata tak henti-henti memandang Hasya.Semua perlakuan Hasya sangat menarik.Dari cara dia memegang roti,menyuapkan ke mulutnya,bagaimana mulut itu menggigit,mengunyah.Semua menarik!

"Kau tahu kan aku tunang Hatasya?"

Hasya mendongak memandang Uwais sebelum mengangguk.

"Tahu..awak Abang Uwais" polos Hasya menjawab.Uwais tersenyum kecil.Abang? Tiba-tiba indah pulak bunyinya bila keluar dari bibir pink gadis ini.

"Aku tak pernah nampak kau pun sebelum ni.Kau belajar ke?"

Hasya menggeleng sambil mata bulatnya memandang Uwais.Dengan roti ditangan,mulut tak habis mengunyah.Comel!

"Saya duduk dengan Mak Wan dekat kampung."

Uwais menahan satu tangan di atas meja dengan satu tangan lagi menyuap roti ke mulut."Kenapa kau duduk kampung?"

Hasya menjungkit bahu."Sebab ayah suruh teman Mak Wan."

Uwais mengerut dahi.Tan Sri Khalid takkan senang-senang lepaskan anak dara dia duduk kampung.Hatasya panas sikit pun Tan Sri Khalid dah kecoh.Ni kan pula kampung.Dengan tak da aircond,katil yang selesa,nyamuk.

"Kau tak kisah ke?"

"Saya dah terbiasa dari kecil lagipun kecil-kecil dulu saya ada asma.Lepas tu ayah selalu hantar saya duduk kampung untuk berubat.Tapi ayah dan kakak selalu jugak jenguk Hasya"
Matanya menjernih.Uwais lihat gadis itu menunduk dengan kunyahan yang makin perlahan.

"Ayah dengan akak macam mana?" Uwais tersenyap.Air mata yang mengalir lesu itu dipandang.

"Urusan pengebumian mereka dah dijalankan kelmarin.Aku suruh tunggu kau sedar baru dikebumikan tapi Mak Wan suruh percepatkan sebab takut menyiksa mayat"

"Tak pe.." perlahan gadis itu bersuara.

Kemudian keadaan menjadi senyap.Hasya dengan sekeping rotinya yang masih belum habis manakala Uwais dah pun masuk roti ke tiga.Sebelum ni tak pernah pun dia makan sampai tiga keping roti.Sengaja nak berlama-lama cuci mata pandang Hasya.

"Nah roti.." Uwais menghulur satu lagi roti apabila melihat roti Hasya sudah habis.Hasya menggeleng."Saya dah kenyang"

"Makan je..kau tu dah la kurus.2 hari kau pengsan tak makan.Harapkan drip je." Uwais menghulur lagi dekat.Hasya menggeleng lagi.

"Tak pe..saya dah ke---" belum sempat Hasya menghabiskan ayat,Uwais terus menyumbat roti tersebut di dalam mulut Hasya.

"Makan.Jangan cakap banyak" Uwais bangun mengemas meja.Plastik roti ditutup kembali.Penutup jem juga ditutup.Cawan Hasya dibiarkan.Satu titik pun tak bersentuh lagi.

Agak lama Uwais di dapur.Kadang-kadang dengar bunyi air,kaca berlaga.Dalam 10 minit dia datang kembali.Kali ini dia melabuhkan punggung di sebelah Hasya.Kerusi ditarik merapat ke kerusi Hasya.Hasya mengalih punggungnya ke hujung kerusi mengelak Uwais yang merapat dengannya.

Uwais meletakkan tangannya di atas tempat penyandar kerusi Hasya.

"Aku dah fikir masak-masak.." jarinya telunjuknya bermain di tangkai cawan Hasya.

"..petang ni kita balik kampung kau.Aku nak minta izin Mak Wan nak kahwin dengan kau"

Kunyahan Hasya terhenti.Roti masih lagi mengembung di dalam mulutnya.

"K-kenapa nak kahwin?" Hasya bertanya sambil menunduk rapat.Tak berani bertentang mata dengan Uwais.Uwais menahan gelak melihat pipi yang semakin memerah itu.

Terbangun Hasya dari duduknya apabila terdengar Uwais berbisik sesuatu di telinganya. Dia beristighfar perlahan.Uwais gelak kecil melihat Hasya yang menggelabah.

"S-saya minta maaf.." Hasya berlari anak ke bilik.Jantungnya mahu tercabut.Debarnya usah di kata.Lembik lutut.Lemah urat sendi.

Uwais meneguk air Hasya.Roti Hasya yang masih tersisa diambil lalu disuap ke mulutnya.Iphonenya dibuka.Dia menekan-nekan satu nombor.

"Hanafi,petang ni saya off"

Isteri Dari Syurga
15 Oktober 2017



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro