Bab 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Uwais merenung di balkoni sambil menghembus asap rokok dari mulutnya.Sekali sekala mukanya berkerut menahan pahit rokok namun inilah satunya yang boleh menghilangkan tekanannya.Tangannya memegang penghadang kaca di depan.

Esok Madam Lica sampai ke Itali,esok juga dia ingin membawa Hasya berjalan-jalan sekeliling Venice.Dia takkan pertaruhkan perniagaannya hanya kerana Hasya dan dia juga tak sanggup nak menghampakan Hasya.

"Abang.."

Mendengar panggilan tersebut,Uwais terus tersedak.Puntung rokok dibuang.

"Jangan datang!" Uwais melarang sebelum dia bergegas menutup pintu kaca balkoni.Hasya di dalam bilik terpinga melihat Uwais.Bibirnya menyebik.Sampai hati abang..

Setelah yakin asap rokok sudah hilang,Uwais membuka pintu.Hasya yang sudah menyembam badan di katil dipandang.Dia masuk ke dalam bilik air untuk memberus gigi dan menukar baju yang sudah terlekat bau rokok.

Hasya yang mendengar tapak kaki suaminya ke bilik air,lagi terkesan hatinya.Abang Uwais tak peduli pun..ermm..

"Sayang.."

Hasya terus menekup mukanya dengan bantal.Panggilan Uwais tak dijawab.Tangan Uwais yang berehat di belakang pinggangnya dibiarkan.

"Sayang..i'm sorry.Abang merokok tadi.Nanti kalau sayang bau asap rokok,effect dekat baby dengan sayang."

Hasya menjuih mendengar alasan Uwais.Bantal masih ditekup ke muka.Setiap kali terasa tangan Uwais nak menyelak bantal,Hasya cepat-cepat menguatkan pegangan.

"Abang sayang Sayang dengan baby.Nanti jadi apa-apa macam mana?"

"....."

Masih tak dapat balasan dari Hasya.Uwais menggaru kepala.Tapak tangannya mengusap belakang pinggang Hasya.Sekali dia leretkan tangannya sehingga ke punggung Hasya dengan niat mengusik.Namun tak mendapat respon.

"Jangan la baring macam ni.Kesian baby terpenyek nanti"

"......."

"Sayang.."

"......"

Uwais menggaru kepala.Susah juga rupanya nak pujuk mak buyung ni.Dia menunggu selama beberapa minit menantikan respon Hasya namun isterinya itu hanya membeku di situ.

Uwais menghela nafas sikit."Tak pe la tak nak layan abang.Ingat bagus la tu buat suami macam ni."

Baru Uwais mahu bangun dari duduknya,lengannya dipaut sesuatu.Uwais mengerling tangan kecil Hasya dilengannya dengan riak dingin.Hatinya sudah lebar tersenyum.Tahu takut..

"Abang.." Hasya perlahan bangun dari pembaringan lalu berdiri di atas katil menghadap Uwais yang tegak di tepi katil.

Uwais memandang Hasya tak beriak.Senyuman langsung tak ada.

Dengan perlahan,Hasya mendekat lalu memeluk tubuh Uwais.Tangan Uwais yang berada di sisi diambil lalu dilingkar ke pinggangnya.

"Saya minta maaf.." ucap Hasya perlahan dengan tangannya memeluk leher Uwais.Dia memuncung dihadapan wajah Uwais.Cuma beberapa inci saja jarak bibir Hasya dengan hidung Uwais.

"Dah.." Uwais menepuk pinggang Hasya perlahan gaya memujuk.Kemudian ditarik sedikit merapat.Hasya masih memuncung dengan tangannya memeluk erat leher Uwais.

"Hasya pun sayang abang.Abang jangan la bahayakan diri abang." Gumam Hasya perlahan di bahu Uwais.

"Herm.." Uwais senyap.Belakang tubuh Hasya diusap lembut.Hasya mengangkat wajahnya bertemu wajah Uwais.

"Abang jangan la merokok.." kecil saja suara Hasya meminta.

Uwais menghela nafas kecil.Dia cuma memberikan senyuman tipis kepada Hasya tanpa menjawab kata-kata Hasya tadi.

"I'll try." Kata Uwais cuba untuk tidak berjanji.Hasya mengangguk perlahan.

"Nak peluk.."

Uwais tergelak bila tubuh Hasya sudah pun melorot dalam pelukannya.Suka buat lembik badan.Uwais menarik Hasya rapat sebelum menjatuhkan tubuh mereka berdua ke atas katil.

×××

Tania menumbuk sandbag hitam panjang yang tergantung di hadapannya.Kekura tangannya yang melecet langsung tak diendahkan malah makin kuat tumbukannya.

"Kenapa dia tinggal kau?"

Buk!

"Kau tu tak cantik!"

Buk!

"Dia mana suka perempuan ganas"

Buk! Buk!

"Arghhhhhh!" Tumbukan diakhiri dengan jeritan panjang.Tania menyepak tilam nipis yang dibentang di bawah.Muka yang berpeluh dilap kasar sebelum dia menjatuhkan tubuhnya ke tilam tersebut.

Dadanya berombak seiring dengan nafas yang dihembus laju.Penat,sakit hati,panas semua bergabung.Tania memejam matanya.

Dia membuka kembali apabila telefonnya di atas kerusi kayu panjang itu berbunyi.Dia bangun lalu mengatur langkah ke kerusi tersebut.

Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menjawab.

"Hello"

"Hai adik." Suara garau dihujung talian membuat Tania merengus kasar.Tuala kecil diambil lalu di lap ke dahi.

"Tumbuk sandbag,lepas marah,then jerit.I bet you doing this right?"

"Kau nak apa?" Tanpa mengendahkan perlian abangnya,Tania terus bertanya.Tambah pula bila terdengar tawa kuat lelaki itu,Tania mengetap bibir geram.

"Saja nak tahu keadaan adik aku..lepas broken.If i not mistaken,3 times right? Auch! "

"Kalau kau tak da benda nak cakap,aku nak tutup" dingin suara Tania.Mendengar tawa lelaki itu lagi sakit hatinya.

"Ala..marah ke? Hahahaha..aku nak minta tolong kau sikit nih."

"Apa?"

"Uwais----"

"Aku tak ada kena mengena dengan Uwais dan aku tak ada kena mengena dengan kerja kau.Stop asking me or else i won't pick up your damn call!"

"Sombong..but it's okey.Good bye babysitter.Tak boleh jaga laki, kau jaga bini---"

Tut!

Wildan mengangkat kening apabila Tania tiba-tiba mematikan panggilan.Dia menyimpan telefon di poket belakang jeansnya sebelum berjalan masuk ke sebuah kafe.

"Poor you girl"

×××

Uwais mengetuk jari di pahanya.Kakinya mengetuk lantai kafe tersebut.

Gelisah.

Lagi-lagi bila panggilan dari Hasya tak henti-henti terpampang di skrin telefonnya.Tadi semasa sarapan,terpaksa dia meletakkan ubat tidur ke dalam air Hasya supaya Hasya tertidur dan senanglah dia keluar untuk bekerja.

"Uwais do you have anything to interfere?"

Uwais cepat menggeleng.

"Nope! I totally agree.." Uwais senyum sambil mengangguk kepalanya berkali-kali.Kalau Madam Lica ni bukan rakan kongsi ayah saudaranya dulu,malas nak melayan orang tua ni.

"Oh yea..i think we should have some tea." Madam Lica mula mengangkat tangannya kepada pelayan.

"Ermm..i would like to..but saya ada urusan.Saya datang sini pun untuk honeymoon.Harap Madam faham.." Uwais bangun dari duduknya.

"Just a minutes" Madam Lica cuba menghalang Uwais.

Uwais mengemam bibir."Maybe not" dia senyum sikit sebelum bergerak keluar dari kafe tersebut.Sempat dia mengibas lengan bajunya.Geleman dia dengan orang tua gatal itu.

"Done sir?" Nigel menunduk kepada Uwais.Sedari tadi dia di luar menunggu Uwais selesai.Uwais mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta.

Dia membuka kot dan tali lehernya.Kepala diurut memikirkan apa reaksi Hasya bila dia pulang nanti.Marahkah dia?

"Sir"

"Yes.."

"May I ask you something?"

Uwais membuka matanya sedikit sebelum mengangguk.Nigel yang melihat dari cermin hadapan mula berdehem sebelum membuka mulut.

"The girl who was with you yesterday.."

"Yeahh..why?" Uwais mengangkat kening.Apahal pulak tanya pasal Hasya aku ni?

"Is she your wife?"

"Yea of course.."

Nigel mengangguk.

"She seems young." dia menggumam perlahan.Uwais tergelak.Ni mesti kes nak kata aku tua la ni.

"Yes..she's 20 and i'm 32"

"Wow.." Nigel membulat mata." What a gap.."

Tiba di hotel,Uwais terkocoh berjalan ke arah lif.Butang lif ditekan laju.Dalam otaknya sudah merancang pelbagai alasan untuk menjawab pertanyaan Hasya.

Ting!

Bila pintu lif terbuka,Uwais terkedu.

Hasya..

Menangis.

24 Februari 2018










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro