Bab 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dari kerana mata,
Yang mempunyai kuasa,
Heyy..
Aku tergoda,aku tergoda
Terkecewa..

"Mak Wan!" Hasya menjerit kecil dari pintu dapur.

Mak Wan yang tengah menyanyi tadi, masih steady mengacau gulai ikan yang dimasaknya.

"Kau ingat aku terkejut ke? Macam la aku tak nampak kau terhendap-hendap dekat pintu tu."

Mengekek Uwais di belakang Hasya. Punya semangat Hasya nak kejutkan Mak Wan, alih-alih Mak Wan rilek je.

Hasya muncung bibir memandang Uwais. Nakal lelaki itu mengangkat-angkat kening. Sempat ciuman dihadiahkan dihujung muncung Hasya---tanda memujuk.

"Mak Wan" Hasya membuka kasut dan menghampiri Mak Wan. Plastik bag yang dipegangnya diambil Uwais.

"Rindu" muncung Hasya sambil menunduk menyalami Mak Wan.

"Aku pun. Meh sini aku cium sikit" balas Mak Wan. Kepala Hasya dipegang lalu ciuman dihadiahkan di kedua pipi Hasya. Ketawa girang Hasya dibuatnya.

"Hehehehe."

"Badan kau Hasya... ni kenapa montok semacam je aku tengok?" Mak Wan memusing tubuh Hasya dengan matanya memerhati tubuh yang berbalut blouse dan skirt itu.

"Ada yang menumpang tu dalam perut" kata Uwais sambil meletakkan bag plastik atas meja makan. Kerusi ditarik lalu diduduk.

"Betul ke?"

Pertanyaan Mak Wan disambut dengan sengihan Hasya.

"Alhamdulillah. Cepat korang buat kerja ya." Mak Wan menyapu mukanya tanda mengaminkan. Tubuh Hasya masih dibeleknya.

Uwais tergelak melihat Hasya yang seakan diuli Mak Wan. Dah la isterinya itu bertubuh kecil, boleh pula Mak Wan pusing sana, pusing sini.

"Berapa bulan dah?" Mak Wan masih teruja. Tapak tangannya ditekap ke perut Hasya yang masih leper.

"3 minggu" Hasya mengangkat 3 jari menjawab soalan Mak Wan.

"Oo..eh duduk-duduk. Karang tak pasal sakit pulak kau" Mak Wan menolak Hasya ke kerusi sebelah Uwais. Hasya tersengih dari tadi. Punya teruja Mak Wan. Iyelah..dia sendiri belum pernah mengandung. Pasti teruja tengok Hasya yang dibela dari kecil sudah berbadan dua.

"Kau ada mengidam apa-apa tak? Aku boleh masakkan."

"Tak de Mak Wan. Hasya muntah-muntah sikit je. Tak mengidam pun." Hasya menjawab. Tudung yang membaluti kepalanya dibuka dan di sangkut di kepala kerusi. Panas pulak tengah hari ni.

"Baguslah. Tak de la susahkan laki kau tu."

"Eh takdelah.." Uwais menyampuk. "Tak susah mana lah. Saya yang mengandungkan dia." Jawab Uwais. Sarkastik. Sengihan nakal ditunjukkan kepada Hasya.

Hasya menjuih. Gatal.

"Haa betul jugak" Mak Wan angguk mengiyakan. Dia kembali memegang senduk lalu mengacau gulai ikannya.

"Panas Mak Wan tengah hari ni. Uwais pergi mandi jap lah." Uwais mengibas bajunya. Hasya mendongak memandang Uwais. Telinga merah. Panas betul la tu.

"Ha pergilah. Selak pintu bilik air tu dah patah. Kau pandai-pandai la tahan dengan tong air tepi tu."

Uwais mengangguk. "Baiklah"

Hasya menguat suara memberitahu kepada Uwais yang sudah mendaki tangga untuk ke bilik itu. "Baju abang sebelah kiri beg tau. Saya gulung sekali kain pelikat. Tuala dalam beg----"

"Pergilah ambilkan." Teguran Mak Wan menghentikan kata-kata Hasya. Hasya menggigit bibir, menyedari kesilapannya. Perlahan dia bangun lalu melangkah ke bilik.

"Eh, nak mandi jugak ke?" Tanya Uwais kepada Hasya yang tiba di hadapan pintu. Perlahan dia berjalan ke arah suaminya yang tengah menyelongkar beg itu.

"Biar Hasya cari. Abang buka baju." Hasya duduk di sebelah Uwais sambil tangannya menggapai beg bagasi mereka.

"Ouh..nah.."

Uwais bangun lalu membuka bajunya. Badannya yang bergetah peluh dilap menggunakan baju t-shirtnya itu.

"Nah abang" Hasya menghulur tuala kepada Uwais. Baju t-shirt Uwais disambutnya lalu diletakkan di dalam bakul pakaian.

Uwais melilit tuala ke pinggang sebelum dia mencabut seluarnya dan dihulur kepada Hasya.

"Baju abang Hasya letak katil ni."

Uwais mengangguk. "Panas betul hari ni."

"Tu la, telinga abang pun dah merah dah. Pergilah mandi. Dah berpeluh badan tu." Hasya menutup zip beg bagasi. Toncang ekor kudanya yang sudah longgar ditarik supaya ketat.

"Tak nak mandi sekali ke?" Uwais bertanya. Selalu nak je mengekor budak kecik ni.

"Abang mandilah dulu. Hasya nak tolong Mak Wan kat dapur kejap." Hasya membuka blousenya dan menutup bahagian depan tubuhnya. Dia kemudian berpusing membelakangi Uwais untuk memakai t-shirt pendek yang baru diambilnya dari beg.

Uwais tersengih. Berani betul salin baju depan aku. Cepat tangannya membuka kancing baju dalam hitam Hasya sebelum berlari keluar dari bilik.

"Abang!" Hasya menjerit terkejut. Dia menahan tangan di dada. Sempat dia memejam mata sebelum tersengih perlahan. Nakal betul!

×××

"Ni korang balik ni, Uwais tak kerja ke?"

"Abang Uwais cuti. Saja Hasya ajak dia balik, rindu Mak Wan. Hihihi.." Jawab Hasya sambil tangannya menyiang ikan bilis. Tahu dah Uwais suka sambal ikan bilis dengan kentang.

"Rindu la apa la."

Mak Wan merenung Hasya yang sedang kusyuk membuat kerja itu. Senang hatinya melihat senyuman di bibir Hasya.

"Hasya bahagia ke?"

Hasya mengangkat kening mendengar soalan Mak Wan yang tiba-tiba.

"Bahagia" Hasya mengangguk lalu tersenyum.

"Baguslah"

Uwais yang baru selesai memakai baju itu bergerak ke dapur.

"Sedapnya bau.." Uwais mengintai isi dalm kuali yang digoreng Hasya. Tubuh kecil Hasya dikepungnya. Berbuih dalam kuali bila Hasya memasukkan ikan bilis.

"Hasya tu la..nak buat sambal ikan bilis. Dia kata kamu suka sangat sambal ikan bilis tambah ubi kentang." Kata Mak Wan yang tengah rilek di meja makan itu. Uwais menoleh seketika sebelum mengangguk.

"Suka.." iya Uwais. "Tapi suka dia ni lagi.." perlahan saja Uwais berkata. Cukup didengari di telinga Hasya.

Hasya menyiku sedikit perut Uwais. Orang tengah goreng nih, dia boleh duk mengorat.

"Goreng Hasya je lah kalau macam tu." Sampuk Mak Wan. Uwais tergelak. Kuat ke dia cakap?

Selesai makan, Uwais berehat di meja makan sambil menunggu Hasya membasuh pinggan. Satu persatu agar-agar laici yang dibuat Mak Wan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Ralit betul dia melihat belakang tubuh isterinya yang hanya berbalut t-shirt dan kain batik. Memang kegemaran betul. Seksi!

"Abang.."

"Yer.."

"Phone abang bunyi tu. Dari tadi lagi."

Uwais mengangkat kening. Seketika baru terdengar deringan telefonnya. Haihh..kemaruk betul.

Uwais bangun dengan malas dari kerusi. Orang tengah nikmati pemandangan, boleh pulak telefon ni nak bunyi. Tak de hari lain ke?

Hanafi?

"Yer hello"

"Tuan, projek pembangunan di Petaling Jaya mengalami kebakaran. Mangsa masih belum dapat diselamatkan. Pengarah perlukan Tuan di sini."

Uwais tercengang.

"Ok..tunggu saya." Uwais menutup telefonnya. Why? Aku baru nak senang-senang dating dengan Hasya.

Uwais berkejar ke dapur.

"Sayang"

"Yer"

"Abang kena balik KL. Tempat site ada kebakaran. Esok abang datang sini balik." Uwais mencium dahi Hasya yang masih terpinga itu. Bingung dia melihat Uwais yang sudah keluar dari rumah.

"Hati-hati abang"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro