Bab 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hasya meramas-ramas jarinya. Matanya kebil-kebil dengan mulutnya terkumat kamit. Tubuhnya bergoyang sedikit sambil menunggu pintu bilik air di hadapannya terbuka.

Dia masih tak jelas dengan keadaan Uwais. Kenapa suaminya kedengaran sangat kecewa? Air mata yang jatuh setitik cepat-cepat dikesat. Risau benar dia dengan keadaan Uwais sekarang ini.

Mendengar pintu bilik air dibuka, Hasya pantas mengangkat kepala. Lekas dia berlari ke arah Tania yang sedang menutup pintu itu.

"Akak!"

Tania memandang Hasya pelik. Dengan mata merah, dahi berpeluh. Terangkat kening Tania.

" Kenapa?"

"Akak tolong Hasya. Bawakan Hasya ke abang Uwais."

Tania mengerut kening. Dia memandang Hasya. Pesan Uwais sebelum lelaki itu berangkat ke kerja pagi tadi kembali terngiang di telinga.

"T-tapi Tuan tak kasi Hasya pergi office dia hari ni." Jawab Tania serba salah. Tangannya turut menggengam tangan Hasya yang kuat mencengkamnya.

"Akak tolonglah. Hasya nak jumpa abang Uwais. Dia menangis tadi. Dia.." Hasya menelan air liur. " dia nak Hasya.." Air mata semakin meleleh di pipi Hasya. Wajahnya ditunduk ke tangan Tania, meminta pengharapan.

"Uwais nangis?" Bisik Tania perlahan. Dia menelan liur. Risau juga dia. Tapi bila dia membawa Hasya ke sana, takut dia akan dimarahi oleh Uwais. Tambahan keadaan di sana bertambah buruk.

"Akak tolonglah.." Hasya merayu sambil teresak di tangan Tania. Tubuhnya hampir melorot ke lantai. Bahunya terhinjut akibat tangisan yang makin kuat.

Tania mengigit bibir. Dia melilau mata. Dia tahu ni pasti angkara abangnya.

"Jom. Siap-siap." Tania memegang Hasya. Air mata perempuan itu dilap.

Hasya memandang dengan mata bulat dan berkaca. Dia terus memeluk Tania dengan air mata yang mengalir. "Terima kasih."

"Ya"

Di dalam kereta, Tania memandu sambil matanya memerhati sekeliling. Cermin kereta diperhati berkali. Hasya disebelahnya memang kelihatan risau benar. Jarinya yang terketar digenggam.

Sebelum tiba di hadapan syarikat Kingdom Empire itu, Tania memberhentikan keretanya. Hasya menelan liur melihat keramaian dan kekecohan yang berlaku di hadapan syarikat tersebut.

"A-apa yang berlaku ni akak?" Hasya bertanya dengan mata yang memerhati situasi di hadapan matanya. Semua melaung-laung dan tak kurang juga ada yang membaling batu.

Tania mengundur keretanya tanpa menjawab soalan Hasya. "Kita bawa awak masuk dalam syarikat tu dulu, dan baru awak tahu apa yang terjadi. Yang penting sekarang, awak kena masuk dulu." Tania membelok keretanya ke pintu belakang syarikat.

Di pintu belakang, masih ada manusia yang membuat bantahan tapi sekurangnya agak reda berbanding di hadapan. Tania mematikan enjin kereta. Matanya melilau memerhati sekeliling.

"Hasya." Tania menoleh kepada Hasya. Wajah Hasya dicekup dengan tangannya. Hasya memerhati Tania dengan kening yang agak berkerut, menanti kata-kata dari Tania.

"Hasya masuk dulu, lari. Jangan pandang belakang. Ok?" Pesan Tania. Tangannya turun memegang tangan Hasya yang agak terketar.

"A-akak nak pergi mana?"

"Akak backup Hasya dari belakang. Ingat, jangan toleh belakang."

Hasya mengangguk kepalanya laju. Pipinya yang basah dilap oleh Tania.

"Now, go." Tania menolak Hasya keluar dari kereta. Keluar dari kereta, Hasya terus berjalan laju ke pintu masuk. Dia terpaksa melalui di celahan manusia yang berkerumun di belakang syarikat itu. Dalam fikirannya cuma ada Uwais.

×××

"Come on little girl"

Furqan tersenyum sinis dengan mulutnya mengunyah chewing gum. Mata senapangnya mengikut gerak geri Hasya di celahan ramai itu.

"Sikit lagi sayang"

Dia hanya menunggu wanita itu keluar dari rumpunan manusia di situ. Senyumnya melebar melihat Hasya yang sudah berada di hujung. Jarinya naik ke picu.

Sekelip mata tubuh Furqan jatuh ke lantai, lehernya sesak dihimpit lengan gadis di atasnya ini. Dalam keadaan terhimpit itu, tergelak dia melihat Tania yang sedang merenungnya tajam.

"I warn you! Dont touch her..ever!" Tania menghenyak lagi lengannya, menekan di leher Furqan. Matanya merah memandang muka Furqan yang tenang itu.

Furqan mengangkat tangannya tanda menyerah sambil tersenyum sinis. "You gonna regret it girl"

Tania bangun dari tubuh Furqan. Senapangnya yang terdampar di sudut bilik hotel itu diambil. Dia kembali ke tingkap. Mengambil posisi dan mula mencari target.

"Well..aku ingatkan kau nak protect dia." Furqan bangun lalu berjalan ke arah adiknya. Sambil bersilang tangan dia menapak ke sebelah adiknya.

Tanpa sebarang kata, bum!

Peluru menembak betul-betul di lantai belakang kaki Hasya. Orang ramai di situ mula menjerit dan berlari ke belakang. Hanya Hasya masih terkaku di tangga rendah ke pintu itu.

"Jangan toleh belakang"

Hasya menggenggam tangannya yang terketar sebelum berjalan lagi ke pintu masuk.

Melihat orang di belakang mula mengikuti langkah Hasya, satu lagi tembakan dilepaskan. Memisahkan Hasya dengan sekumpulan di belakang.

Hasya terus berlari ke pintu. Dia menepuk pintu yang tertutup itu berkali. "Tolong buka pintu ni!" Pengawal yang bertugas di situ segera membuka pintu apabila mengecam wajah Hasya.

Terbuka saja pintu, orang ramai mula menyerang ke pintu namun sekali lagi dihentikan dengan 3 das tembakan di tangga pintu masuk itu. Orang ramai berundur dan terpinga-pinga dari mana datangnya tembakan tersebut.

Furqan tersengih. Dia menggigit bibir. Agak tak puas hati dengan tindakan Tania.

Tania bangun lalu menghempas senapang tersebut ke dada Furqan. "Dont mess with her." Dingin sekali wajah Tania sebelum dia menoleh.

"Don't you forget, Tania Natasya?"

Furqan melempar senapang rifflenya ke katil. Sengihan sinisnya terbentuk. Tania terhenti.

"Kau juga dilatih untuk memburu Hasya."

Furqan tergelak. Kedengaran menyindir di telinga Tania.

Tania senyum nipis. "It should be Hatasya,.." Tania menoleh sedikit ke sebelah "..but you killed her"

Terus Tania beredar meninggalkan Furqan yang masih tersenyum sinis itu.

×××

Hasya berlari sedikit mencari lobi utama syarikat itu. Mukanya sudah dibasahi peluh, penat mengharungi manusia yang berkerumun tadi.

Dia melarikan mata ke serata. Melihat sekumpulan pekerja yang berkumpul, Hasya segera mendekati.

"Puan?" Seorang pekerja di situ berpaling dan terlihat Hasya. Mendengar suara pekerja itu, yang lain turut berpaling.

"Tuan Uwais mana?" Tanya Hasya dengan sedikit tercungap. Dia memandang satu-satu wajah yang melihatnya, mengharapkan jawapan.

"Di situ Puan, di sofa" Seorang pekerja membawa Hasya ke hadapan lalu menunjuk Uwais yang sedang menunduk di sofa itu. Hanya dia. Yang lainnya senyap memerhati di keliling.

"He needs you" Setiausaha Uwais, Liyana berbisik kepada Hasya sambil menolak sedikit tubuh Hasya supaya mendekati Uwais.

Hasya mendekati. Lama kelamaan makin cepat langkah Hasya.

"Abang.."

Uwais mengangkat kepala. Kaku dia melihat Hasya di hadapannya. Dengan muka basah peluh dan air mata, baju yang agak selekeh dan kotor, Uwais dapat membayang bertapa susahnya Hasya untuk masuk ke dalam syarikat ini.

"Oh Hasya.." Menitis lagi air mata Uwais. Dia menunduk lalu menekan mata dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Bahunya terhinjut.

Hasya merapati. Tanpa bicara, terus Uwais menarik pinggang Hasya dan wajahnya disembam di situ. Kuat esakan Uwais sehingga pekerja di sekelilingnya terdengar.

"Shhh.." Hasya sedikit pun tak menangis. Dia membelai rambut lembut Uwais. Ibu jarinya menyapu luka di tulang pipi Uwais. Lembut.

Rata-rata sudah mengalir air mata. Liyana tak kurang juga membuka kaca matanya dan menyapu air mata. Hanafi tersenyum dengan mata berkaca.

🍃

Sebab hatiku bukan kayu,

Melainkan langit yang maha luas.

Namun kau juga harus tahu,

Langit pun pernah menangis.

🍃


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro