Bab 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ermmm.."

Uwais tersengih perlahan. Dimainkan lagi bulu mata Hasya yang panjang itu. Dia menongkat dagu melihat Hasya yang tertidur di atas sofa itu.

"Erh.." rengek Hasya lagi. Jarinya menggaru mata.

Uwais berhenti seketika. Tak sampai satu minit, tangannya sudah gatal hendak menyentuh bulu mata Hasya yang lembut itu.

"Ermm!" kali ini Hasya mendengus. Tidurnya tak senang. Dia berkalih rambut yang terlekat dileher sebelum menggaru-garu di situ.

"Sudah la Uwais. Bini tidur tu.." Puan Kemboja yang dari dapur itu menggeleng perlahan melihat Uwais nakal mengusik Hasya yang letih ketiduran.

Uwais berpaling tersenyum sebelum dia memandang Hasya kembali. "Saja je nek.." tangan Uwais naik menyelak sebahagian rambut yang menutupi wajah Hasya. Kening Hasya yang berkerut diusap perlahan supaya kembali tenang. "..lama tak perhati dia tidur."

Kata-kata Uwais mengusik hati Puan Kemboja. Dia merapati sofa sebelum punggungnya dilabuhkan disebelah Uwais, bersila menghadap Hasya yang nyenyak lena itu.

"Nah" secawan coffee panas dihulur kepada Uwais.

Uwais mengundur sedikit mengambil cawan tersebut. Sambil menghirup dia menyandar tubuhnya di meja kecil sofa. Puan Kemboja turut menghirup coffee tersebut.

"Urmm.." Uwais mengangkat cawan coffeenya. "Remind me of Italian taste" katanya merujuk kepada coffee tersebut.

Puan Kemboja tersengih. Tangannya mengusap tepi cawan, mengambil kehangatan malam dingin itu. Dia menoleh sedikit memandang Uwais yang ralit memandang wajah Hasya.

"The most beautiful creation, isn't it?"

Uwais yang masih tak mengalihkan mata itu mengangguk mengakui. "The most.." bisiknya perlahan.

"Dulu nenek juga selalu tengok datuk Hasya tidur" Puan Kemboja memulakan ceritanya. Uwais berkalih sedikit memandang Puan Kemboja.

"Masa bekerja, datuk Hasya selalu tertidur dalam office. Masa tu la nenek selalu perhati." Puan Kemboja tersenyum sendiri dengan memori yang mula bermain-main di kepala.

"Tenang..macam baby" Uwais tersengih. Ibu jarinya mengusap dahi Hasya yang sedikit berpeluh. Ibu mengandung ni, tidur dalam aircond pun dia berpeluh.

"Nek.."

"Ya.."

Uwais memandang Puan Kemboja yang mengangkat kening itu. Dia menahan siku di hujung sofa berdekatan dengan dada Hasya. Nafasnya dihembus perlahan.

"Kenapa datuk tak pernah kenalkan nenek sebagai isteri dia? Nenek dengan datuk kan kerja bersama."

Puan Kemboja diam. Matanya berkelip lambat sambil dia meletak cawan coffeenya di sebelah. Dia tersenyum seketika. "Salah nenek."

Uwais mengerut sedikit.

"Nenek dulu boleh dikatakan wanita bekerjaya. Terlalu kuat bekerja, sampai nenek lupa keluarga, nenek lupa suami nenek.." luah Puan Kemboja dengan nada yang mula bergetar. Tangan tuanya meramas sesama sendiri.

"Sampai satu ketika, nenek mula tua dan.." air mata turun satu persatu. " Nenek mula rasa sunyi. Nenek nak perhatian datuk Hasya tapi masa tu Hajar tengah mengandungkan Khalid, ayah Hasya."

"Hajar isteri yang baik, no wonder datuk Hasya lebih sayangkan dia." Puan Kemboja tersenyum nipis dengan air mata dilap perlahan.

Uwais senyap mendengar dari tadi sambil tangannya mengusap lembut kepala Hasya.

"Semasa hayat datuk Hasya, nenek tak pernah senangkan hati dia.." Puan Kemboja masih berbicara dengan walaupun hatinya makin sesak dengan rasa penyesalan bertimpa-timpa.

"Nenek tak sempat banggakan dia."

Uwais mengusap bahu Puan Kemboja untuk menenangkan wanita tua ini.

"Nenek dah bangunkan syarikat tu dengan dia, Uwais yakin, dalam diam, datuk begitu kagumkan nenek." Puan Kemboja tersenyum mengangguk. Harap begitulah..

"Lelaki nek.." Uwais menghadap Hasya. Tangannya naik mengelus pipi gebu isterinya itu. "Cara mereka menjaga, adalah dalam diam."

Puan Kemboja menahan tangis dengan senyuman.

"Impian mereka hanya untuk melihat wanita mereka bahagia. Dan kalau boleh, biarlah mereka yang menjadi sebab kebahagian itu.." Jari Uwais turun mengusap dagu Hasya yang polos tidur itu. Mata mengikut setiap gerak tangannya "Jika perasaan tak dapat mereka tunjukkan setiap detik, mereka akan sentiasa menjaga dalam diam"

Uwais senyap seketika. Mata memerhati setiap sudut wajah lembut Hasya.

"Sungguhpun kalau meninggalkan dia adalah bahagianya" bisiknya perlahan.

"Saya akan tinggalkan dia"

***

"Abang?"

Uwais yang menunduk membuat kerja itu mengangkat kepala memandang Hasya yang terbaring di atas sofa hadapannya. Wanita itu bermain dengan majalah Maskulin yang terpampang gambar Uwais.

"Abang rasa gender baby apa?" Hasya mengusap perutnya yang membuncit itu. Matanya dikalih memandang Uwais yang menongkat dagu merenungnya itu. Baru pertama kali mereka bersoal tentang anak yang dikandungnya.

Uwais mengangkat kening. "Entah.." bahunya dijungkit sedikit dengan matanya masih memandang Hasya. "Abang tak kisah. Girl or boy, asalkan dari rahim Hasya"

Jawapan Uwais membuatkan bibir Hasya terbentuk kecil. Dia berpura-pura menggaru hidungnya untuk menahan darah yang menyerbu wajah. "Ermm.." Hasya mengangguk sambil tersengih.

"Abang dulu dengan Kak Tasya..."

Uwais mengangkat kening menunggu Hasya menghabiskan kata.

"Abang pernah tak rancang nak anak berapa?" Dahi Hasya berkerut halus menanyakan soalan itu seakan ragu-ragu untuk mengutarakan soalan itu. Bibir bawahnya diketap perlahan.

Uwais gelak perlahan. Mata masih lagi tak bergerak; masih statik memandang gadis kecilnya ini.

Dia menggeleng dan menghela nafas. Badanya disandar ke kerusi sebelum menjawab "Dulu, abang tak pernah pun terfikir nak ada anak."

"Takkan abang tak nak ada anak dengan Kak Tasya?" Hasya bangun dari baring nya. Dia menyandar badan di sofa sambil terkebil matanya memandang Uwais yang turut bersandar itu.

"Nope!" Uwais menggeleng, "Abang cuma fikir kahwin je. Tasya pun tak pernah cakap apa pasal anak atau apa-apa yang berkaitan dengan after-marriage-life."

Hasya mengerut kening. Dia memandang tak percaya. Mana boleh suami isteri hidup tanpa anak? Mana boleh pasangan yang nak berkahwin tak cakap apa-apa soal kehidupan mereka akan datang?

"Betul sayang.." Uwais mengangguk mengiyakan apabila melihat wajah bingung Hasya bercampur tidak puas hati itu. "Tapi dulu mungkin abang tak cintakan Tasya sebagaimana abang cintakan Hasya sekarang."

Hasya terdiam. Di ruang pejabat yang sunyi dek malam yang semakin tua, Hasya tegak duduk diatas sofa menghadap Uwais yang merenungnya itu. Mata tajam Uwais menikam mata Hasya; menyalur rasa dari hati.

Hasya terkelip. Mulutnya terdiam dari terus berkata. Melihat Uwais yang bangun dari kerusi itu membuatkan Hasya menelan liur. Dadanya berdebar-debar dengan mata yang terkelip-kelip.

Matanya mengikut setiap langkah Uwais yang semakin menghampirinya.

Dengan tangan didalam poket, Uwais senyum sedikit sinis. Tubuhnya direndahkan dengan lutut kirinya membengkok menyentuh lantai. Tangannya menekup pipi Hasya.

"In your eyes..." Uwais menghayati mata bening itu. "I saw my future".

Hasya menutup mata apabila Uwais menghampiri wajahnya. Lembut bibir Uwais singgah di kedua kelopak matanya.

Uwais menurunkan tangannya menyentuh bahu Hasya.

"I saw beauty in your smile.." Uwais menurun wajah,bulu mata menyapu mata Hasya dengan hujung hidungnya menggaris pipi isterinya itu. Nafas Hasya yang kedengaran lelah dari bibir terbuka itu disenyapkan dengan bibirnya.

Tangan Uwais yang memegang bahu tadi turun mengambil tangan kecil Hasya yang bermain sesama sendiri itu.

"Ahh.." Hasya menghela nafas perlahan apabila Uwais melepaskan kecupan bibir mereka. Bibirnya yang terketar halus itu dikemam. Uwais tersenyum nipis melihat Hasya yang malu-malu.

"And in your arms, i found my strength"

Uwais tunduk mencium tangan Hasya. Lama.

Hasya dah bertakung air mata. Bibirnya digigit dengan dagunya mula terketar menahan esakan. Dia menunduk mencium pusar kepala Uwais.

Hasya menangis di atas kepala Uwais. Bibirnya mencium kepala Uwais tidak berhenti. "Hasya pun abang.." pipinya di rehat di kepala Uwais. Air matanya turun merentasi batang hidung.

"Hasya tak nak gantikan abang walaupun dengan seisi dunia."

×××

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro