Bab 65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di dalam hutan, suami isteri itu senyap menyusup di balik pokok. Menjaga sungguh langkah agar tidak melakukan bunyi yang mengejutkan rusa yang tengah ralit memakan daun itu.

Hasya mengekor di belakang Uwais. Tangan kecilnya memegang baju Uwais. Tangan kiri kuat memegang busur.

"Sayang buat"

Hasya mengangkat kening. "Hah?"

"Sayang la panah. Abang nak tengok sikit skill awak."

Hasya termangu seketika kemudian mengangguk. Anak panah diambil di belakang. Tali busur ditarik. Nafasnya ditarik sebelum busur dilepas.

Supp!

Tersasar.

Rusa tersebut pantas berlari bila mengesan ancaman. Uwais menarik busur. Sekali panahan, rusa itu tumbang. Hasya terkelip memandang Uwais. Wow.. sekelip mata. Uwais begitu pantas dan tepat.

Uwais tersengih. Kepala Hasya digosok.  "Cuba lagi ya.." sekilas ciuman di bibir sebelum dia melangkah ke arah rusa tersebut. Hasya mencebik dibelakang. Alaaa..

Sambil berpegangan mereka keluar dari hutan. Keduanya tersenyum melihat hasil buruan mereka. Sebelah tangan Uwais memegang kaki rusa tersebut.

"Masak apa sedap rusa ni?"

"Masak kurma!"

Hasya menggedik di sebelah Uwais. Jarang dia dapat pengalaman sebegini bersama Uwais. Lengan kanan Uwais dipaut ke dada. Bunyi bising binatang, dan air yang mengalir memeriahkan lagi suasana. Tak sesaat pun dia mahu waktu ini berlalu.

Ma Aisyah mengangkat kening melihat senyum sumbing suami isteri itu ketika dia membuka pintu.

"Kenapa, ya Naufal dan Hasya?"

Uwais sengih tayang gigi. Rusa yang disembunyikan dibelakang ditunjuk kepada Ma Aisyah.

"Hari ni kami masak"

***

"Abang kena ramas betul-betul. Bagi keluar santan dia. Kuat-kuat." Hasya memberi dorongan kepada Uwais. Tak senang hatinya melihat Uwais membuat kerja dapur. Macam tak boleh harap je.

"Abang tahulah. Awak buat la kerja tu." Uwais mengomel geram. Setiap saat Hasya menoleh ke arahnya. Panah hati tu baru tau! Biar tersungkur melutut menyerah diri. Jangan sesekali memandang rendah panglima Uwais Naufal yang kacaks!

"Abang kuat la sikit. Baru pekat santannya. Ni cair je. Ramas la betul-betul."

Uwais menjuling mata ke atas. Hasya dipandang tajam. "Abang ramas betul-betul la ni. " Tangannya yang terlekat hampas kelapa ditunjuk. "Macam abang ramas-ramas awak punya"

Hasya membulat mata. Dia kalut berlari ke arah Uwais. Kepala dijenggul ke atas kalau-kalau ada sesiapa yang mendengar kata-kata Uwais yang sangat 'biru'.

Bahu Uwais dipukul. "Abang, kenapa cakap macam tu?"

Uwais buat muka tak bersalah. "Dan abang cakap, tak percaya. Abang buat betullah. Ni pekat je santannya. " Uwais menunjukkan santan yang diperah dari hampas kelapa itu.

"Ye la..abang menang. Cepat sikit. Nanti tak termakan rusa masak kurma kita" Hasya mengalah. Dia kembali menggoreng ayam kampung yang disembelih oleh Muhammad tadi.

"Tiba-tiba tangan abang rasa gatal je nak ramas-ramas. " Uwais tiba di sebelah Hasya sambil membawa bekas santan. Seluruh jarinya digerakkan gaya meramas sesuatu. Hasya mengerling.

"Gatal. Dah la..pergi tumbuk sambal." Hasya menolak Uwais yang cuba menghampirinya. Dengan kedua tangannya yang membuat gaya itu. Erghhhh..meremang. Uwais ni nak masak ke nak apa?

Ma Aisyah yang sedang berehat di ruang tamu itu cuma tersenyum mendengar teletah suami isteri itu di dapur. Bisingnya kemain.

"Assalamualaikum." Yukabid bersama Muhammad dan Juwita muncul di hadapan pintu.

"Waalaikumussalam. Dan balik ke? Banyaknya beli barang.." Yukabid menghampiri ibunya lalu disalam.

"Ya Ma, barang kan dah banyak yang tak ada. Alang-alang keluar pekan, beli semua lah.." Muhammad membawa ke masuk beg plastik ke dalam rumah.

"Ma tak masak ke?" Yukabid bertanya melihat ibunya yang sedang bersantai di rumah. Tak pernah Ma Aisya tak membuat kerja walaupun sesaat. Ada je kerja yang nak dibuatnya.

"Naufal bersama Hasya, nak masak untuk kita hari ni. Ma nak tolong, disuruhnya Ma berehat disini. "

Yukabid menoleh, menghendap sedikit dari pintu dapur. Suami isteri itu kelihatan gembira sekali membuat kerja. Bibirnya terukir senyum. Alhamdulillah.

***

"Terima kasih selama 6 bulan Naufal berada di sini. Terima kasih atas tunjuk ajar, nasihat, dan ilmu yang diberikan. Terima kasih sudi terima Naufal dalam keluarga ni." Uwais memberi ucapan setelah semua ahli bersila berkumpul di ruang itu. Tok Khidir dan Ma Aisyah mengangguk. Terasa berat nak melepaskan.

"Hasya pun nak berterima kasih kerana sudi tumpangkan saya selama sebulan disini. Terima kasih kerana selamatkan suami saya. Terima kasih untuk memori yang berharga."

Yukabid tersenyum. Dipandangnya Juwita yang agak kebingungan.

"Abang dan kakak mahu ke mana?"

Uwais mencubit pipi Juwita. "Abang dan kakak dah nak balik rumah. "

"Ouhh..nanti jangan lupa datang lagi!" Pesannya agak bernada arahan. Hasya tergelak kecil.

"Jom makan. Nanti sejuk lauknya." Tok Khidir mencelah bila suasana di ruang makan itu sunyi. Tak seperti selalunya.

"Ya jom, tak sabar nak rasa rusa masak kurma nih. Lama tak makan.." Ma Aisyah mengambil bekas nasi. Seperti selalu, masing-masing menikmati juadah tengah hari itu dengan enak. Namun tak siapa tahu, setiap hati disitu terasa berat.

Setiap yang bertemu, hujungnya akan ada perpisahan. Itulah hukum kehidupan, yang ada cuma kenangan. Walaupun sakit, ia tetap membahagiakan.

Hasya menundukkan tubuh menyansi tubuh Juwita. Tangan kecil Juwita dipegang.

"Terima kasih jagakan abang Naufal."

Juwita mengangguk.

"Jaga diri, jaga bunda"

Juwita mengangguk lagi. "Kakak datang sini balik kan?"

Hasya mengusap ubun-ubun Juwita. Dahi Juwita dicium perlahan. "InsyaAllah sayang."

"Kakak sangat cantik. Sangat sejuk, macam embun." Juwita memegang kedua pipi Hasya. "Kakak juga jaga diri dan Abang Naufal. Juwita sayang kakak" leher Hasya dipeluk lalu disembam wajahnya ke bahu Hasya.

"Semoga jumpa lagi." Ma Aisyah mengusap belakang Hasya. Sedaya Hasya menahan rasa sedih yang bersesak di dada. Sayangnya dia mahu meninggalkan tempat ini.

"Kami pergi dulu. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam."

Juwita melambai melihat tubuh Hasya dan Uwais yang mula menjauh. Hidungnya merah. Selamat tinggal kakak, abang.

***

Mak Wan dan Puan Kemboja terkedu melihat Hasya dan Uwais yang berada di hadapan mata. Keduanya terlihat seperti baru balik bulan madu. Berseri-seri muka. Tak rupa macam kena culik je.

"Hug?" Hasya membuka tangannya. Kelakar melihat dua wanita dihadapannya ini. Tercengang bagai ternampak alien.

"Hasya.." Mak Wan dan Puan Kemboja memeluk Hasya rapat. Keduanya mencium kepala Hasya. Kuat. Masing-masing tak percaya, sudah setengah tahun Hasya sunyi dari mereka.

"Uwais sihat?" Puan Kemboja meneliti Uwais atas bawa. Lain benar ni rupanya.

"Sihat nek. Alhamdulillah." Uwais senyum. Puan Kemboja dan Mak Wan tersenyum. Hilang gusar di hati.

"Hanafi.." Uwais memanggil Hanafi di belakang.

"Ye Tuan.."

"Kau dah buat apa aku suruh."

Hanafi mengangguk. "Dah Tuan. Kebanyakannya bersetuju nak bekerjasama dengan kita. Ada antara mereka yang bekerja di dewan itu nanti."

Uwais mengangguk.

"Apa yang kamu rancangkan ni Uwais?" Puan Kemboja mengerut kening. Dia tak faham apa yang bermain di fikiran Uwais.

"Ada rancangan sikit nak mainkan Lily. Nenek tak kisahkan?" Uwais senyum mengangkat kening.

Puan Kemboja menjuih. "Buat lah apa kamu suka. Nenek tak da anak macam dia. Ada ke patut dia mari serang rumah ni waktu kamu berdua hilang. Kata nenek sorokkan kamu berdua." Puan Kemboja geram. Nafasnya dihela kuat. Apa dosa nya sampai dia mengandungkan anak seperti itu?

"Dia tu sudah gila. Jangan bagi muka dekat dia." Puan Kemboja naik ke bilik atas. Mak Wan memerhati Puan Kemboja yang mendaki tangga itu. Senyuman nipis dihadiahkan kepada Hasya dan Uwais.

"Dia kecewa."

Hasya mengangguk. Faham..

Malamnya, Uwais, Hanafi, Hasya dan semua duduk di bilik itu. Mereka senyap menunggu seseorang yang katanya akan membantu mereka.

"Siapa kita tunggu ni Uwais?" soal Mak Wan. Dan berjanggut dia tunggu di sini.

"Kejap je Mak Wan. Dah nak sampai dah."

Sesaat kemudian, ketukan di pintu rumahnya kedengaran. Uwais senyum. Dia bangun. "Tunggu kejap ya. "

Puan Kemboja dan Mak Wan terkejut melihat Tania dan Furqan yang tiba. Berkerut-kerut kening Puan Kemboja.

"Meet my old friend, Furqan and Tania"

Adik beradik itu tersenyum.

"Kamu pasti diorang ni jujur?" Puan Kemboja ragu.

Uwais senyum. Bahu Furqan dipautnya. "Jujur tak jujur, ni hukuman diorang setelah apa yang diorang lakukan." 

Tanpa berlengah. Uwais dan Hanafi berbincang tentang rancangan mereka. Skype juga dipasang menghubungkan mereka dengan semua yang pernah menjadi mangsa Lily. Tekad mereka cuma satu. Balas dendam.

Berkerut-kerut Mak Wan dan Puan Kemboja mendengar rancangan mereka. Sudah seperti penjenayah pro yang mahu merompak bank.

"Kamu pasti ke nak serahkan Hasya dekat Lily?" Puan Kemboja menyoal. Tak puas hati dengan rancangan Uwais. Dah kembali budak tu, nak diserahnya balik kepada Lily.

"Yang tu nenek jangan risau. Isteri saya ni dah kuat." Uwais mencuit pipi Hasya. Hasya mengangguk. Tangan Mak Wan dan Puan Kemboja dipegangnya. "Nenek dan Mak Wan jangan risau yer? InsyaAllah tak da apa yang berlaku"

Dua wanita itu mengangguk.

"Ok baik" Hanafi menepuk tangan sekali. Tubuhnya yang sengal diurut seketika. Setelah semua ni selesai, dia nak pergi honeymoon..eh vacation. Honeymoon apa bini takde?

"Venue, Derri Hall, Venice. 16 July. Acara bida bermula pukul 10 malam...."

Dan mereka mendengar dengan teliti. Akan dibuat sedaya upaya mereka supaya rancangan itu berjaya. Lily perlu rasa penderitaan mereka.

***

"Tunggu apa lagi?! Cari sekarang!" Lily menjerkah kuat. Hatinya marah dan gembira bercampur baur. Marah kerana Hasya berani lari daripadanya. Gembira kerana Hasya telah dijumpai.

"Aku dah kata kau tak boleh lari jauh" Lily berbisik. Kembang hatinya bila dikhabarkan kelibat Hasya kelihatan di dalam hutan tersebut.

Dadanya berombak. Membayangkan duit yang melimpah yang dia bakal terima di acara bida minggu depan. Gembira tak terkata hatinya. Bagai menjerit keseronokan.

"Bodoh! AHAHAHAHAHAHAHA..Arhhhhhhh.." Lily menjerit.

"Aku menang. 20 tahun yang berbaloi."

***

"Uwais cepatlah!" Furqan memanggil Uwais tergesa. Boleh pulak pakcik ni buat drama ka situ.

"Sayang jaga diri tau. I love you." Bibir Hasya dikucup berkali. Hasya mengangguk sambil menyuruh Uwais pergi. Cecair berwarna merah darah dikeluarkan dari mulutnya. Menampakkan dia seperti terluka.
Tubuhnya yang bersarung dress putih dibaringkan di tepi sungai.

Uwais melihat dari jauh.

"Aku dah jumpa dia!" Furqan menjerit. Dia berlakon terkocoh-kocoh meluru ke arah Hasya yang terbaring di sungai itu. Baju putih yang dipakainya kotor dan basah menampakkan dia seperti telah lama berada di dalam hutan. Orang suruhan Lily yang lain meluru ke situ.

"Biar saya angkat dia." Tania muncul dari belakang. Menghentikan lelaki yang cuba mengangkat Hasya. Uwais dah terkumat kamit dari jauh. Untung Tania datang.

Tania menggendong Hasya di belakangnya.

"Biar kami saja angkat dia" Ray melangkah ke arah Tania.

"Takpa, aku boleh. Walau dia pengsan, kita kena jugak hormat dia sebagai perempuan bertudung. Korang jalan dulu."

Ray malas berbalah. Dia mengajak yang lainnya pulang. Furqan menghendap ke belakang. Dia membuat isyarat mulut "Boleh tak?"

Tania mengangguk.

"Berat ke saya?" Hasya berbisik di dalam gendongan Tania.

"Agak la.." Walaupun begitu, Tania tenang membawa Hasya meredah hutan itu.

"Sorry.." rasa bersalah pula.

"Takpe, dah senyap. Buat-buat pengsan"

***


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro