19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" W–H–A–T. WHAT ?! "

Dia masih tak percaya dengan kenyataan yang Haikal baru katakan secara live didepannya itu. " Saya berhenti. " Noooooothis is not what I want. Kenapa tiba-tiba sangat ni ? Dia tak sediakan hatinya untuk menerima segala ini lagi ! Tolong katakan ini mimpi, dia tak boleh bernafas. " Because of what ? "

" Because of you. "

Dia tak nak jadikan percutian ni sebagai kenangan terakhir dengan Haikal. Pleaselah. " Bagi lima sebab munasabah. " Lelaki itu masih dengan riak wajah yang sama. Kosong. Lelaki itu seperti tak risau selepas katakan perkara itu. " Cepatlah lima sebab. " Bukan nak mendesak lelaki itu, cuma dia yang terdesak ni.

" Sebab saya bukan jenis yang makan gaji buta. "

Bang! Satu peluru berjaya menembak tepat ke dadanya.

" Sebab saya susah-susah belajar bukan untuk buat kerja yang macam tunggul. "

Bang bang !

" Sebab saya tak datang dari jauh untuk main lukis-lukis. "

Bang bang bang ! Big Bang 💜

" Sebab saya P.A yang tak dapat jalankan tugas sebagai P.A "

Bang bang bang bang !

" Dan sebab puan tak layan saya sebagai mana P.A patut dilayan. "

Bang bang bang bang bang ! Legendary.

Sakitnya dada selepas menerima banyak tembakkan dari lelaki itu. Alasan lelaki itu betul-betul terkena tepat ke batang hidungnya. " Okay. What should I do to make you stay ? " Dia jujur ni. Dia terdesak nak lelaki itu stay dengannya.

" Easy. Let me do my job. Your schedule, your appointments and everything. " Dia mengangguk laju. Ambillah semua tugas tu, dia tak kesah pun. Selama ni dia buat semua tu sebab dia rasa lagi mudah uruskan sendiri dan dia tak nak bebankan Haikal kerana dia sangat cerewet bab kerjanya.

" Now– " Apa now now ? Nak apa ? Nak kahwin ? Onz aje. HAHAHAHAHA. " Bagi saya jadual untuk trip ni. " Hana menolak mentah-mentah permintaan lelaki itu sambil berpeluk tubuh. Entah kenapa dia memeluk tubuh sendiri, mungkin sebab Haikal tak mahu memeluknya. Ya Allah !

" That's my job– "

" I. Quit. "

Dia dengan segeramya mengeluarkan fail yang berisi segala macam kertas yang berkaitan dengan trip ni. Terpaksa okay walaupun dia cadang nak uruskan trip ni sendiri. Lelaki itu pandai mengugutnya. " Good girl. " Lelaki itu bersandar sambil memerhatikan jadual itu dengan telitinya sementara dia pula memerhatikan wajah Haikal yang tekun itu dengan telitinya.

" Janji eh– jangan berhenti. "

Haikal memandangnya seketika lalu mengalihkan semula pandangannya pada kertas itu. Dia menantikan jawapan lelaki itu. " Uhm– saya janji. Saya juga janji trip ni akan lancar and puan akan gembira disisi saya. " Dia tersenyum kecil. Sekarang ni pun dia dah gembira disisi lelaki itu. Dia cuma minta lelaki itu jangan tinggalkan dia sahaja.

" Thanks Haikal– for everything. " Perlahan dia berbisik, entah lelaki itu dengar ataupun tidak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro