27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam ini, aktiviti yang telah dirancang ialah sesi perkenalan dan bbq. Semua orang dengan terujanya pergi melahap dulu. Abangnya dan Farhan ditugaskan untuk menjadi pembakar segala makanan tu.

Hana hanya duduk di atas tikar yang disediakan itu sambil menghadap ke arah pantai. Sambil tunggu masa yang sesuai untuk ambil makanan, lebih baik dia nikmati keindahan malam itu. " Puan tak makan ? " Kehadiran Haikal disitu membuatkan dia tersenyum.

Sejak-sejak dapat cuti ni, banyak betul soalan yang Haikal tanya padanya yang membuatkan dia rasa disayangi. " Sekejap lagi. Tengah ramai orang tu. Awak tak ma– " Belum sempat dia bertanya kepada lelaki batu itu, lelaki itu terlebih dahulu berlalu pergi dari situ. Barangkali nak jumpa Tila, we never know.

Dia memeluk lututnya sambil memikirkan masa depan dia dengan Haikal– HAHAHAHAHAHA takdalah. Dia cuma terfikir, siapa sebenarnya Tila pada Haikal ? Bukankah Haikal masuk kerja pada hari sama dengan dirinya tapi kenapa mereka boleh nampak rapat sangat macam dah lama kenal ? Bersayang bagai. Dia tak cemburu ya.

" Nah– "

Hana mendonggakkan kepalanya untuk melihat orang yang sedang berdiri dihadapannya itu. " Huh ? " Haikal duduk disebelahnya sambil masih menghulurkan pinggan yang berisi makanan itu pada dirinya. " Makan. "

Dia masih blur dengan apa yang lelaki itu katakan. " Nak saya suap ke apa ni ? " Entah kenapa kepalanya ringan sangat sekarang ni sampai dia terangguk sendiri. " Buka mulut. " Lelaki itu menghulurkan sate itu kepadanya.

Dengan relanya, Hana pun menggigit sate itu. Rasa sedap sangat bila orang yang kita suka suapkan. " Kenapa tenung saya ? " Lelaki itu menggaulkan nasi dan kuah menggunakan sudu lalu dihulurkan kepadanya.

" Do you have a girlfriend ? " Soalannya yang tiba-tiba itu membuatkan lelaki itu berhenti mengaulkan nasi untuknya. Perlahan-lahan lelaki itu memandang ke arahnya lalu mengeluh kecil. " Saya– "

" Babe, you tak nak makan dengan I tapi nak makan dengan dia. Why ?! " Tila yang tiba-tiba datang disitu membuatkan mereka berdua memandang ke arah wanita itu. Tila segera menarik tangan Haikal supaya beralih dari situ tapi you know what ?

Haikal tarik balik tangan dia. HAHAHAHAHA kesian deh lo anak bocah. " Please jaga batas awak ye and please respect my girlfriend. " Hana memandang ke arah sekelilingnya bagi mencari siapa yang lelaki itu katakan sebagai girlfriend.

" Where ? "

Tila juga memandang sekeliling sambil mencari-cari kelibat girlfriend Haikal. " She is my girlfriend. " Haikal menunding jari ke arahnya dengan riak wajah kosong. Dia tak mampu nak katakan apa-apa kecuali tersenggih kecil pada Tila.

" The hell ? You buta ke apa ?! Terang lagi bersuluh kot I lagi cantik dari dia. " Excuse me ? Nak kena pecat ke apa wanita ini ? Bagitahu ayahnya karang. Wanita itu sedar atau tak yang dia masih berjawatan tinggi dipejabat itu. " Cantik tak guna kalau hati busuk. "

Burn baby burn. Kan dah kena batang hidung sendiri. " You memang– erhh. " Wanita itu terus berlalu dari situ sambil menghentak-hentakian kaki. Haikal mengeluh berat selepas Tila hilang dari pandangan mereka.

" So now I do have a girlfriend, right ? " Adakah lelaki itu sedang katakan yang dia ni girlfriend lelaki itu ? Haikal– no please. Hati dia tak kuat ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro