38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keadaan di dalam keretanya itu membuatkan dia kurang senang. Dia nak berbual dengan Haikal tapi senyap saja pujaan hati dindanya itu. " Belok kiri lepastu terus. " Lelaki itu boleh mengarahkannya kerana dia tak tahu jalan ke rumah Haikal.

" Stop dekat rumah putih tu. " Seperti yang diarahkan oleh Haikal, dia berhenti. Cantik rumah itu. " Okay, thanks hantar saya. Apa-apa nanti saya whatsapp awak. "

Lelaki itu cuba untuk membuka pintu keretanya tetapi dia tidak membenarkan. " Haikal, you really not gonna say sweet goodbye to me ? To your girlfriend ? " Haikal memandang ke arahnya kembali lalu tersenyum kecil.

" Bye sayang. " Uih. Meremang satu badan woi. Dia punya sayang sampai ke hati wey. " But I don't wanna bye bye you. Nanti rindu macam mana. " Dia menarik-narik perlahan hujung beg lelaki itu. Saja buat gedik dengan boyfriend sendiri, jealous ke ?

Lelaki itu melangkah keluar dari keretanya membuatkan dia juga keluar. " Just bye me. There's still lot of works, kan ? Bye sayang. " Haikal sedaya upaya nak menghalaunya sambil buat muka manis. Kalau buat muka macam tu, lelaki itu ingat dia akan balik ke ?

" Let me stay for a while, please. " Hana memujuk lelaki itu dengan mukanya yang comel. Bukan nak berlagak ke apa tapi dia memang comel. " But- " Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, ceh teka apa jadi.

Mak lelaki itu keluar guys. Terus hilang perangai gediknya. " Angah, kenapa balik awal ni ? " Wanita itu memandang ke arahnya lalu tersenyum kecil. Dia hanya mampu menyembunyikan diri dibelakang Haikal. Malu doh.

" Dah boleh balik office dah. Bye, bye ! " Haikal menghalaunya tapi wanita itu menarik tangannya sehingga dia berada disisi wanita itu. " Angah, nikan tetamu. Tak elok dihalau-halau. Dah jom masuk. " Wanita itu memimpinnya masuk ke dalam. Dia membuat muka kemenangan pada Haikal yang sedang kelihatan murung itu. " Duduk dulu ye. Makcik ambil kuih dengan air sekejap. "

" Eh tak payahlah makcik. Susah je. Saya pun nak balik dah ni so tak- " Dia sebagai bakal menantu nak bertindak sopan dengan acah-acah tak nak makan tapi wanita itu pula sebagai bakal mak mertua terlalu baik dengan dirinya. " Duduk je. Makcik pergi ambil. "

So what she can do ? Nothing. Duduk jelah. " Mak awak sihat je. Dia sakit apa sebenarnya ? " Haikal yang sedang membatu itu memandangnya dengan muka tidak berperasaan. Tampar juga mamat ni karang. " Mak saya dah okay sikit. Sebab tu saya kata awak tak payah ikut. " Ceh. Dia menyandarkan badannya di sofa itu. Dia memandang sekeliling rumah itu dan ternampak gambar keluarga Haikal.

" Haikal, yang lelaki tu adik awak ke ? " Haikal memandang ke arah gambar itu sebelum mengangguk kecil. " You have such a hot brother. Dia dekat mana sekarang ? " Muka adik lelaki itu dengan Shawn Mendes saling tak tumpah. Handsome sangat.

" Dia- " Wanita itu datang sambil menatang dulang membuatkan mereka berhenti berbual. " Puan lepas makan ni terus balik pejabat ye. Banyak kerja tertangguh tu. " Eh mamat ni. Wanita itu tak cakap apa-apa pun, yang lelaki itu sibuk nak halau dia kenapa.

" Angah, tak elok cakap macam tu. Hah, puan jemput makan. " Ah sudah. Wanita itu pun dah terikut panggil dia puan. Parah dah ni. " Panggil saya Hana je makcik. Makcik sihat tak ? "

Wanita itu hanya mengangguk kecil sambil tersenyum. Kalau wanita itu sihat, kenapa Haikal cakap wanita itu sakit ? Mengelirukan. " Hana ni dah kahwin ke ? " Hana yang sedang minum air teh yang panas itu tersedak. Perit wey air panas tu. " Kenapa makcik cakap macam tu ? " Aku cuba melegakan tekak yang perit dengan makan karipap yang terhidang. Eh berkesan ke Hana ? Entahlah.

" Takdalah. Haikal panggil Hana- "

" -puan ? " Dia terus memotong kata-kata itu sepantas kilat.

Dia dah boleh teka dah, tak payah nak beritahu lagi. Wanita itu hanya mengangguk kecil. " Saya masih single lagi. Tapi entah kenapa Haikal ni gelar saya puan. " Dia menjeling ke arah Haikal yang tersenyum secara diam-diam itu. " Angah ni tak eloklah. Ke angah yang nak kahwin dengan Hana ? " Dia hampir tercekik karipap itu bila jenaka wanita itu semakin parah.

Jep sepahtu pun tak boleh lawan lawak makcik ni. " Mak ! Tukan bos angah. " Seriously bos je ? Tadi mereka dah bersweet-sweet, awak kata saya ni bos je ? " Kalau dah suka, boleh je. Mak pinangkan nak ? " Dia tergelak kecil melihat wajah Haikal kemerahan. Comel gila.

" Pinang siapa tu mak ? " Suara seseorang dari pintu depan membuatkan mereka semua memandang ke arah pintu. " Hah, uda dah balik dah. Meh makan sekali. " Lelaki yang serupa Shawn Mendes itu berjalan ke arah mereka lalu duduk disebelah Haikal. Matanya tak mampu nak dialihkan ke tempat lain. " Hah, Hana ni Anas, anak ketiga makcik. Uda, ni Hana, bos angah. "

Lelaki itu tersenyum lebar pada dirinya membuatkan dia cair. Kau fikir Haikal hot ? Kau patut tengok adik dia. Damn. Too hot to handle. " Dah ada boyfriend ? " Soalan straightforward lelaki itu buat dia terkedu seketika sebelum menjeling sedikit ke arah Haikal. Jelas wajah Haikal yang marah. Donno why.

" Uhm- ada. Haikal tu boyfriend saya. "

" Really ? Wow angah. Taste model je kau. " Dia hanya tergelak kecil. " Just kidding. " Lama jugalah mereka berbual sampai dia lupa dia perlu balik pejabat. Kau rasa ? " Eh Hana kena balik pejabatlah. Hana gerak dululah makcik. " Mereka iring dia ke arah pintu keluar seperti vvip. Malas nak berlagak. " Hana sekejap eh. " Wanita itu berjalan ke dalam rumah meninggalkan mereka bertiga.

" So Hana, disebabkan kita sebaya kita boleh hang out sama-sama. Anything saya call awak. " Hana hanya mengangguk kecil. No problem kalau nak keluar dengan awak, prince charming.

" Dahlah kau. Pergi masuk dalam, mandi. " Haikal menolak lelaki itu ke dalam rumah secara paksaan. " Best ke sakitkan hati boyfriend awak ni ? " Dia mengangguk laju. Suka tengok Haikal merana. " Eii kalau boleh gigit awak ni, dah lama saya gigit. Simpan sikit gatal awak tu sampai kita kahwin okay ? " Wow you are too brave bro. Relax.

" Hah, Hana ni karipap makcik bungkus. Bawak balik. " Dia mengucapkan terima kasih pada wanita itu sebelum terus memecut ke pejabat. Dia tinggalkan pejabat terlalu lama. Tapi untuk Haikal, takpa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro