5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hana jelas sekali membuat muka hampanya selepas melihat orang yang mengetuk pintunya itu. " Hi abang. " Dia terus menyambung kembali kerjanya yang tadi dia hentikan seketika kerana keterujaannya. Menghampakan hatinya betul bila abangnya yang masuk ke biliknya itu. Bukan dia tak suka lelaki itu datang menjenguknya tapi dia mahu PAnya disini.

" Aiya, apa pasal ? Muka manyak sidih. " Hana hanya mendiamkan dirinya lalu menyambung aktiviti menyemak fail-fail yang berada di mejanya itu. Haris berasa pelik apabila dia mengabaikan lelaki itu. " Hana tak suka ke kerja dekat sini ? Hana betul-betul tak nak kerja ke ? Abang boleh bagitahu ayah. " Dengan muka seriusnya, lelaki itu bersuara.

Dia tertawa kecil selepas mendengar kata-kata lelaki itu. Terlampu banyak tengok drama abangnya ni. " Mengarut gila, Hana penat je. You know I wanna work here since I was 7 years old. " Dia membesar dengan melihat arwah atuknya bekerja disitu, ayahnya bekerja disitu dan abangnya juga. Dia juga mahu bekerja disitu seperti yang lain, itu impiannya.

" Kalau macam tu okay. Any problems bagitahu abang terus. Hana dah tengok PA Hana yang muka macam jinyoung tu ke belum ? " Dia berhenti dari menyelak kertas-kertas itu lalu memandang abangnya itu. Dia cuba kekal tenang dah tak mahu tunjukkan keterujaannya itu.

" Dia dekat mana ? Kata dengan dia buatkan Hana kopi sekarang. Now. " Lelaki itu jadi pelik. Berkerut-kerut dahi lelaki itu mendengar kata-katanya. " Hana bukan tak suka kopi ke ? " Dia memandang abangnya itu dengan pandangan maut membuatkan lelaki itu tersengih sebelum segera keluar dari situ. Setelah beberapa minit dia menunggu, pintunya diketuk lagi.

" Masuk– "

Lembut suaranya selembut softlan. Dia pasti kali ini bukan abangnya yang masuk tapi dia terkejut lelaki yang menaiki lif bersamanya pagi tadi yang masuk ke ruangannya. Lelaki itu pun kelihatan terkejut melihat dirinya tapi lelaki itu cuba mengawal riak wajahnya. Wow, dia jadi semakin teruja. Bukankah dia kata lelaki itu jodohnya tadi ? Dia rasa tak lama lagi akan jadi kenyataan.

" Puan Hana, air kopi. " Baran betullah dia dengan semua orang yang panggil dia puan ni. Sebenarnya lelaki itu seorang sahaja yang memanggilnya puan. Dia baru 24 okay ? Dia obviously too young to get that title. Tapi kalau abang PA tolong tukar gelaran Cik kepada Puan untuk dia, dia onz jerr.

Wey Hana kau dah lebih ni. Stop it okay ? Kau dari tadi renung dia tahu tak ? Macam harimau nak telan rusa.

" Letaklah kopi tu atas meja saya. Awak nak pegang cawan tu sampai habis waktu kerja ke ? " Lelaki itu segera meletakkan cawan itu di atas mejanya seperti yang diarahkan. Dalam hatinya dah tergelak suka. Seronok kenakan lelaki itu. Pagi tadi bukan main sombong, hah sekali aku bos kau. HAMIK. " Awak pergi mana ? Awak tahukan sebagai PA awak kena selalu ada dekat meja awak. Awak pergi mana sebenarnya. " Riak wajah lelaki itu masih tak berubah. Kosong..kosong. Tengah shooting untuk mv lagu kosong by Najwa Latif ke ni ?

Takda perasaan ke mamat ni ?

" Hello there ? Saya tengah cakap dengan batu ke ? "

Lelaki itu memandang Hana lama dengan pandangan selembutnya membuatkan dia menelan air liurnya. Jantungnya berdegup selajunya. " Kenalkanlah diri awak " Dia berpura-pura menyelak kertas-kertas itu supaya dapat menyembunyikan fakta bahawa dia sedang malu. Entah kenapa dilif tadi dia tak perasan tapi wajah lelaki itu benar-benar sama dengan wajah Jinyoung bila ditenung lama-lama. See ? Dah kantoi dia merenung lelaki itu.

" Nama saya Muhammad Haikal Syamil bin Shahrul, boleh panggil saya Haikal. Umur saya 26 tahun dan saya masih bujang. Saya PA baru kepada Puan– " Kata-kata lelaki itu terhenti. Lelaki itu berpura-pura batuk bagi menutup kesalahannya. Kurang ajar betul panggil dia puan. " Cik..? " Lelaki itu sekali lagi berhenti.

" Hana– panggil saya Cik Hana " Dia memandang mata lelaki itu sekali lagi dengan rasa penuh berminat. Kenapa rasa tenang bila pandang lelaki itu ? Sejuk mata memandang. " Awak boleh duduk tempat awak. Buatlah apa pun. Main lukis-lukis kartun ke. I don't even care what do you want to do, as long as you're there, everything will be fine. " Lelaki itu berjalan ke arah mejanya dengan riak muka yang sama.

Hana ibarat menghalau lelaki itu. Bukan halau tapi dia nak siapkan kerja ni. Ayahnya minta sebelum balik ni tau. Tak menang tangan dia nak siapkan. " Ahh penatnya. Sakit tekuk aku ni. "

Dia bermonolog lagi. Jam ditangannya dibelek. Patutlah macam lapar, dah waktu makan.

Dia berjalan ke arah pintu keluar tetapi tangannya berhenti menolak pintu itu lalu memandang ke arah lelaki yang masih setia dimejanya itu. " Haikal, awak tak keluar makan ke ? " Lelaki itu hanya memandangnya tanpa berniat untuk menjawab soalannya. Dia memang tengah cakap dengan batu eh ? Lelaki itu kembali membuat apa yang dilakukan tadi.

" Saya terima tu sebagai tak so I'll go first. "

Dia keluar dari bilik itu selepas rasa seperti direject tanpa meluahkan sebarang perasaan. Semua orang keluar bersama kelompok mereka kecuali dirinya. Kebetulan dia ternampak abangnya sedang berdiri seorang diri. " Abang, jom makan dengan Hana. " Haris memandang dia lalu menggeleng kecil.

" Tak bolehlah. Abang ada date ni. Hana tu single, bolehlah ajak sesiapa je makan. Abang dah janji ni dengan girlfriend abang. Bye orang single. " Dia memasamkan mukanya. Abangnya ni date je kerjanya. Dia tak kesah sangat abangnya nak pergi bertemu janji tapi perlukah kutuk dia single ? Kurang ajar betullah. " Tak guna punya abang. Aku nak makan dengan siapa ni ? "

" With me. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro