10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kadang2 aku terimbau kenangan semasa aku struggle untuk dapatkan yang terbaik dalam exam time aku form4 and form5.

Time form4 aku selalu demam. Bila hari dekat nak exam ngam2 kena demam. Memang mencabarlah nak belajar dengan keadaan badan yang tak sihat. Tapi aku tak ada pilihan.

Aku still ingat time tu exam pertengahan tahun form4... serius aku demam panas sampai rasa tak larat sangat nak study. Tapi aku tetap datang sekolah. Paling aku ingat esok tu nak exam paper sains tapi malam tu aku sangat tak larat nak baca buku. Baca buku sekejap aku rasa mata aku sangat berat. Allahu....

Aku baca buku sains tu dengan mata aku yang memang tinggal nyawa2 ikan plus badan panas dan kepala pening. Aku tetap paksa diri until aku rasa aku tak boleh tahan aku pergi tempat tidur sambil bawak buku sains. Aku baca buku tu sambil tertidur...then aku tak dapatlah nak tidur nyenyak. Siapa je tak risau? Nak exam esok tapi tak baca apa2 pun lagi. Aku tawakal je. Aku kuatkan diri baca even time tu aku terbangun dalam pukul 2 or 3 gitu.

Tak lama lepastu aku tidur balik sampailah bangun pukul 5 untuk bersiap. Datang2 je sekolah memang sakit gak kepala. Jawab exam sambil nangis sebab tak tahan panas badan and asyik selesema plus batuk. Even cikgu cakap aku bole je balik tapi aku tetap nak jawab.

Apa yang aku rasa memang downlah dengan rasa insecure aku. Tapi aku tawakal dan reda dengan keadaan aku gitu. Dan sehinggalah habis exam...result exam bagi semua subjek diumumkan.

Confirmlah aku berdebar....sebab hurmm aku nak dapatkan yang terbaik tapi bila aku rasa aku macam dapat result teruk sebab tengah2 demam panas jawab exam. So aku pun tak tahu sama ada logik atau tidak apa yang aku jawab.

Alhamdulillah aku dapat result yang baik just sains aku dapat B. Tapi tecer aku cakap sains aku paling tinggi. Aku tak kisah pun siapa paling tinggi ke apa. Pandai atau tidak itu bukan pengakhiran keputusan dalam hidup...sebab kita boleh usaha dari kegagalan.

Apa yang aku nak simpulkan...even kau dalam kesusahan time tu tak ada siapa pun dapat tolong kau. Doalah sungguh kepada Allah. Jangan pernah putus harapan. Allah itu Maha Mendengar.... Setiap kesulitan dan kesusahan yang Allah bagi dekat kita itu terselit seribu hikmah yang kita sendiri tak tahu. Apa2 pun jangan putus asa dan jangan mengeluh. Kuatkan diri....inshaaAllah Allah sentiasa bersama kita.

Setiap usaha akan membuahkan hasil cuma cepat atau lambat saja......

#kenangan
#muhasabahdiri
#innaAllahmaana

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro