📌• Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HENDRIYAN terjaga daripada lena. Bunyi hujan lebat di luar sana menimbulkan rasa nyaman sebaik sahaja mata di buka. Terkedip-kedip matanya. Tangan naik menyentuh leher. Tiba-tiba rasa haus pula malam-malam buta ni.

Kain selimut yang menutupi separuh tubuh di alihkan ke tepi. Segera kakinya menjejak ke lantai. Tangan sudah meraba-raba di atas katil. Mencari tongkat kepunyaannya.

"Erk!"

Terkeluar suaranya ketika tubuh diregangkan. Hendriyan tersenyum lega. Kemudian dia berjalan menuju ke luar bilik. Langkahnya perlahan. Namun Hendriyan sudah menghafal setiap sudut rumah itu.

Pemegang tangga di genggam erat. Lalu melangkah menuruni tangga dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba, jeritan seseorang yang tidak asing lagi bagi Hendriyan memecahkan kesunyian malam.

"Arghhh!!!!" Teriak gadis itu.

"Arghh!!!" Hendriyan juga menjerit. Tongkat di halakan ke hadapan.

"Siapa kau?! Siapa kau?!!" Hendriyan cemas. Dahlah dia langsung tak nampak apa-apa sekarang ni. Gayanya macam nak pukul orang guna tongkat dia tu.

"Hish! Terkejutlah! Ni sayalah, Darlina!" Darlina mengurut dada. Dengan bedak sejuknya lagi pada muka. Memuncung bibir mungil itu menahan geram. Kening berkerut seribu.

"Darlina?" Hendriyan menarik nafas lega.

"Kenapa ni?! Kenapa ni?!" Hezriyaz yang masih mamai berlari mendapatkan mereka. Pijak sahaja lantai, Hezriyaz tergelincir. Ini semua gara-gara minuman Darlina yang tumpah tadi. Terkejut punya pasal sampai tertumpah airnya.

"Arh!" Bukan setakat tergelincir. Hezriyaz siap split di situ.

"Kau kenapa tu?!" Hendriyan panik. Lalu segera menghampiri Hezriyaz.

"Jangan, jangan, jangan!" Hezriyaz memberi amaran kepada adiknya. Membesar matanya saat melihat Hendriyan berura-ura nak terjatuh ke atasnya.

"Jangan!!!" Alkisahnya, Hendriyan selamat menghimpit tubuh Hezriyaz. Sempat dia menyambut tubuh Hendriyan daripada jatuh ke atas lantai.

"Eh, eh!"

"Siapa pula yang terkencing dekat sini ni??" Marah Hendriyan dengan muka yang masam.

"Saya minta maaf!" Ujar Darlina sambil menekup mulut.

Terkejut melihat drama 'jatuh' adik beradik itu. Ini semua salah kau, Darlina. Nasib baiklah Hezri sempat sambut Riyan tadi. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi.

"Saya tak sengaja!"

"Kau terkencing ke?!" Dalam suara Hendriyan bertanya. Muka menyampah terserlah.

"Bukanlah! Ni air kosong."

"Kenapa ada air dekat sini pula? Sejak bila aku buat kolam dekat tangga ni?" Nada menyampah. Dia tak nampak betapa sengsaranya Hezriyaz di situ. Member masih terduduk menahan sakit. Bukan sakit sebab jatuh. Tapi sakit masa kakinya tersplit tadi tu. Faham-fahamlah...

"Air saya tertumpah. Ini semua salah awaklah. Siapa suruh buat saya terkejut?" Balas Darlina.

"Eh?" Hendriyan bangun.

"Tertumpah konon. Kenapa aku tak nampak pun air kau tumpah tadi?"

Darlina ternganga. Dia ni sedar ke tak sedar? Macam mana dia nak nampak air aku tumpah kalau dia tu...

"A.. awak dah boleh nampak ke?"

Hendriyan terdiam. Oh. Macam manalah aku boleh lupa dan tak sedar apa yang aku cakap tu? Aku ni buta. Tak nampak apa-apa. Aduhai!

"Oh..." Hendriyan meraup wajah. Saja tutup rasa malunya.

"H...hoi.." Hezriyaz bersuara.

"Tolonglah aku, Hendri. Kau tak nampak ke aku tengah menderita dekat sini ni?!" Hezriyaz menambah lagi. Dia pun tak sedar apa yang dia kata.

"Kau memang, sialkan? Aku ni tak nampak apa-apa lah, hanat!" Sakit pula hati Hendriyan jadinya.

"Haha." Hezriyaz ketawa lantas bangun. Terbongkok-bongkok tubuhnya menahan sakit.

"Aku minta maaf. Aku lupa."

"Darlina buat apa dekat sini? Malam dah ni. Kenapa kau tak hantar dia balik?" Soal Hendriyan. Masih pasang muka ketat.

"Aku sakit perutlah tadi. Lagipun Kak Hasnah kan ada? Tak salah pun kalau dia bermalam di sini untuk malam ni saja. Kau nak ke aku terberak dalam kereta?"

Hendriyan diam. Dia menanti suara lembut Darlina menyapa telinganya. Gadis itu tiba-tiba diam pula. Selalunya mulut bising. Entah masih adakah tiada dia di depan aku ni. Tapi wangi dia masih ada.

"Darlina? Kau masih ada dekat situ ke?" Tanyanya.

Darlina tersenyum. Terpesona memerhatikan tubuh sasa Hendriyan itu. Otot-otot tubuhnya menyerlah. Dia yang hanya mengenakan seluar pendek paras lutut bersandar di pemegang tangga. Sebelah tangannya pula memegang tongkat. Ah, posisi yang cukup menggoda.

Tersenyum-senyum gadis itu melihat keindahan ciptaan Tuhan.

"Dia ada ni hah. Tengah scan badan kau." Ucap Hezriyaz. Tersentak Darlina dibuatnya.

"Hah?" Laju tangan Hendriyan meraba-raba perutnya. Alamak! Dia tak pakai baju! Patutlah rasa sejuk aje dari tadi. Dahlah aku pakai seluar pendek. Cis!

"M... Mana ada! Awak ni Hezri! Menfitnah aje!" Darlina gagap. Lagi nak menafikan kebenaran.

"Awak pun satu, Riyan. Awak buat apa malam-malam buta dekat sini?"

"Ni rumah aku. Suka hati akulah nak buat apa."

"Ya..." Darlina memejamkan mata sesaat. Niat nak tukar topik. Memang betul pun dia syok pandang tubuh Hendriyan yang seksi dan mengancam tu.

"Maksud saya, awak nak apa? Kenapa tak panggil saya? Kak Hasnah?"

"Aku tak nak ganggu Kak Hasnah. Aku haus. Benda simple aku nak ambil air."

"Awak nak air apa?"

"Air apa-apa sajalah."

"Okey! Tunggu sekejap tau." Darlina berlalu ke ruang dapur.

Sementara Hendriyan memeluk tubuh. Sejuk.

"Kau nak aku temankan ke?" Tanya Hezriyaz yang sejak dari tadi mendiamkan diri.

"Suka hati kaulah." Balas Hendriyan acuh tak acuh.

"Aku nak berak ni. Sakit perut lagi." Hezriyaz menyentuh perutnya.

"Kau dengan berak ni berpisah tiada."

"Ah, aku naik atas dulu." Hezriyaz berjalan ke tingkat atas. Entahlah apa yang dia makan. Sejak tadi petang dia sakit perut. Hampir setiap hari nak membuang. Sistem pencernaan yang bagus.

"Ambilkan baju aku dulu!"

"You shut up!" Balas Hezriyaz dengan suara yang tertahan. Hujung-hujung dah tu.

"Nah. Air oren." Hendriyan terkaku sebentar.

"Duduklah dulu."

Hendriyan meraba-raba anak tangga. Lalu menempatkan punggung di situ. Malas dia nak berjalan pergi ke ruang tamu. Tubuh di sandar ke pemegang tangga. Merenung ke hadapan tanpa melihat apa-apa.

"Eh, jangan duduk situ. Duduk sana." Ujar Darlina.

"Tak apa. Aku duduk sini je."

"O.. okey." Dengar sahaja bunyi tapak kaki ingin menjauh, tergendala niatnya hendak minum air oren tadi.

"Kau nak ke mana?" Tegurnya.

"Saya nak ambil kain. Nak lap air yang tumpah tadi."

"Oh.."

Hendriyan menganggukkan kepala. Air oren dihabiskan. Dia tahu gadis itu sedang mengelap lantai di hadapannya. Dia memilih untuk berdiam diri.

Dia tertanya-tanya juga macam mana rupa paras Darlina. Tiada wajah yang mampu dia gambarkan. Hanya wajah yang kosong. Tapi dia tahu Darlina mempunyai rupa paras yang cantik.

Hezriyaz sendiri yang beritahu. Darlina lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan cinta pertamanya, Sarah.

Kalaulah dia tahu yang Darlina tu adalah Sarah. Mahunya dia tak terkejut? Lebih-lebih lagi mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Macam mana agaknya perasaan Hendriyan bila dapat tahu Darlina dan Sarah adalah orang yang sama?

Apakah cinta lama berputik semula?

"Aku bayangkan kau tak ada muka langsung, Darlina." Hendriyan memecahkan kesunyian. Membuatkan Darlina mengangkat wajah memandangnya. Darlina tersenyum. Tempat kosong di samping Hendriyan di duduki.

"Ye ke? Seram pula tu."

"Aku tak pernah nampak kau. Kenal kau pun tak. Macam mana aku nak bayangkan muka kau?"

Darlina tersenyum. "Macam mana kalau sebenarnya awak dah kenal saya?"

Terpacul pertanyaan itu dari mulutnya. Saja nak uji Hendriyan. Dipandang lama jejaka tampan itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Rasa sayang dan kasihnya kepada Hendriyan semakin bertambah sejak mengetahui kenangan lama itu.

"Mungkin saya ni adalah seseorang yang awak pernah kenal."

Hendriyan berdecit sinis. Wajah di toleh ke sisi.

"Kau kenal aku ke?" Tanyanya balik.

"Maybe? Saya pun tak tahu."

"Cara kau cakap ni macam kau dah kenal aku." Kata Hendriyan, pelik. Tapi dia beranggapan yang Darlina sengaja bercakap begitu. Yalah, saja nak cari topik perbualan.

Tanpa berkata apa-apa, Darlina mengambil gelas dari tangan Hendriyan lalu meloloskan diri ke ruang dapur. Kemudian Darlina muncul lagi. Dia berdiri betul-betul di hadapan Hendriyan.

"Jom." Ajaknya.

Hendriyan terus mendongakkan wajah. Telinga fokus mendengar suara Darlina.

"Ke mana?" Soalnya. Blurr.

"Tidur."

"Tidur? Dengan kau?"

"Heh! Bukanlah. Awak tidur dekat bilik awak. Saya tidur dekat bilik Kak Hasnah."

"Oh..." Hendriyan bangun.

"Aku ingatkan apalah tadi." Dia sudah fikir yang bukan-bukan.

"Biashe dia ni!" Darlina berura-ura nak sepak punggung Hendriyan. Kang tak pasal-pasal ada yang landing dekat tangga ni. Astaghfirullahalazim!

"Lebih dari biasa." Balas Hendriyan.

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik masing-masing.

"Selamat malam." Ucap Darlina sebelum membuka langkah ke bilik Kak Hasnah.

"Selamat malam." Hendriyan tarik senyuman.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro