📌• Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

        "DARIA beritahu aku yang kakak aku nak kahwin dengan kau bulan depan. Terkejut beruk aku tau!" Elmo menampar lengan kekar Hendriyan.

Menunjukkan yang dia betul-betul terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Daria tadi. Hendriyan tidak beriak. Rasa sakit kena tampar oleh Elmo tadi tidak mengubah air mukanya. Bahkan dia tak peduli. Apa yang dia peduli sekarang ini hanya satu.

Darlina.

"Betul ke kau adik dia?" Laju Hendriyan menyoal. Masih ragu-ragu.

"Eh, mamat ni. Ya, aku adik dia. Macam nilah." Elmo mengeluarkan dompetnya lalu menarik keluar sekeping gambar. Di situ jelas kelihatan Darlina mencubit pipi Elmo sambil tersenyum gembira. Tangan diangkat tepat ke wajah Hendriyan.

"Kau tengok ni. Ni aku dan kakak aku masa remaja. Tengoklah."

Hendriyan meraup wajah. "Aku tak boleh nampak apa-apa."

"Oh. Aku lupa. Daria pun ada cerita juga pasal kau. Ah, aku tak kisah semua tu. Sekarang ni aku nak tanya kau. Apa kau buat dekat kakak aku sampai dia nak kahwin dengan kau?" Baju Hendriyan direntap. Kemudian digerakkan ke depan dan belakang.

"Kau buat apa ha dengan kakak aku?"

"Kau dah gila ke?!" Hendriyan pula yang merentap kolar baju Elmo.

Terus ditolaknya Elmo ke tepi. Sekali tolakan sahaja Elmo automatik terduduk di sofa bertentang. Elmo terkejut. Begitu kuat sekali Hendriyan menolaknya. Sampai dia berpindah tempat.

"Kau jangan buat gila dekat tempat aku. Aku ni biarpun buta, tangan dengan kaki aku ni masih berfungsi nak sepak, pukul dan terajang orang tak beradab macam kau." Hendriyan mengusap-usap bajunya. Muka bengang terserlah. Berani betul dia buat aku macam tadi? Apa dia ingat aku ni patung ke?

"Kalau macam ni perangai kau, aku takkan restu kau kahwin dengan akak aku! Cis!" Elmo bangun. Berura-ura hendak melangkah keluar dari rumah itu.

Mendengarkan bunyi tapak kaki Elmo semakin menghampiri, Hendriyan pantas menyambar lengan Elmo. Namun lain pula yang disambarnya. Seluar Elmo ditarik membuatkan Elmo menjerit bak perempuan jadian.

"Argh!!!"

Usai menarik seluar Elmo, Hendriyan menjatuhkan tubuh Elmo lalu mengunci pergerakannya. Kepala Elmo dikepit  diantara pahanya. Tengok gaya macam dalam gelanggang WWE dah.

"Kau kena tolong aku." Ujar Hendriyan sambil menahan Elmo. Tak ada cara lain dah. Cara kasar mesti menjadi punya.

"Tolong apa?!"

"Bawa aku jumpa Darlina."

"Tak nak!"

"Tak nak?"

"Argh! Yelah, yelah, yelah! Sakitlah!"

"Janji?"

"Ya, janji!"

Hendriyan tersenyum sinis lalu melepaskan Elmo. Dia duduk bersila di atas lantai. Bersedia nak sambar Elmo kalau Elmo memungkiri janjinya. Rambutnya yang kusut dirapikan dengan menggunakan jari-jemarinya.

"Bila kau nak jumpa kakak aku?" Elmo memperkemaskan kolar bajunya. Lemas bila dikunci tubuhnya tadi. Bukan biasa-biasa bakal suami kakak aku ni. Tak nampak pun lincah.

"Sekarang." Tegas Hendriyan. Dia akui. Dia memang salah kerana menuduh Darlina.

"Sekarang?" Ulang Elmo.

"Yelah, sekarang. Takkan tahun depan pula."

"Tapi aku naik motor ni. Topi keledar aku satu je."

"Aku ada banyak topi keledar dalam rumah ni."

"Ceh! Awas kalau kau macam-macam dengan kakak aku. Tahulah aku nak buat apa nanti." Elmo memberi amaran. Namun amarannya mengundang tawa Hendriyan.

"Eh, orang tua ni. Kau boleh gelak?"

Kak Hasnah yang dari tadi memasang telinga datang menghampiri. Dengar sahaja Hendriyan nak menunggang motosikal bersama Elmo membuatkan dia cemas. Macam mana kalau Hendriyan terjatuh dari motosikal?

Dengan keadaan dia yang begitu, macam-macam boleh terjadi.

"Hendri jangan naik motor. Akak dah call dah Pak Leman tadi suruh datang sini bawa Hendri pergi ke rumah Darlina." Katanya dengan riak risau.

Hendriyan menghadang tangan ke belakang. Kepala didongakkan ke atas. Sementara mata dipejam sesaat. Terbit keluhan berat di bibir. Kemudian dia menundukkan kepala. Aku ni dah dewasa. Tahulah aku nak buat apa. Macam budak-budak pula Kak Hasnah buat aku.

"Kak, jangan risau. Hendri tak nak buang masa. Sekarang juga Hendri nak jumpa Darlina. Dia mesti tak jauh dari sini punya."

Elmo membulatkan mata. Apa maksud dia? Kakak aku tak jauh dari sini? Akak bukan dekat sini ke? Ah, aku baru perasan!

Mata Elmo terus melilau mencari kelibat Darlina di dalam rumah itu. Baru dia perasan. Darlina tiada pula memunculkan diri ketika dia dan Hendriyan bergusti tadi. Yang ada pun cuma pembantu rumah sahaja. Habis tu, kakak aku mana?

"Apa maksud kau kakak aku tak jauh dari sini?" Soalnya.

Hendriyan mengeluh lagi. "A.. aku salah faham. Aku marah dia. Aku halau dia..."

Terbuntang luas mata Elmo dibuatnya. Baju Hendriyan direntap sekali lagi. Lalu digerakkan macam sebelum ini. Tergoyang-goyang tubuh Hendriyan jadinya.

"Yash! Shibal! Kau halau kakak aku?! Kau memang hanat! Hanat!"

"Tepilah! Aku tahu aku salah!" Ditepis tangan Elmo kasar.

"Kau memang shibal!" Teriak Elmo geram.

"Shi apa?" Tanya Hendriyan, marah. Bukannya dia tak tahu apa maksud shibal. Dia pun tengok kdrama juga.

"Apa yang kakak aku buat sampai kau halau di macam tu hah, sial?!" Dalam marah pun masih terselit kelembutannya. Kaki Hendriyan ditampar berkali-kali menunjukkan dia benar-benar marah. Dicubit-cubitnya kaki Hendriyan.

"Kesianlah kakak aku kau buat macam tu bodoh!" Kusyen diraih lantas dihumban tepat ke muka Hendriyan. Hendriyan mendengus geram. Dia tak marah. Tak juga geram. Dia akur sahaja Elmo memaki dan memukulnya. Lagipun memang salah dia. Memperlakukan kakaknya sedemikian rupa.

"Ya Allah, kesian kakak aku!" Elmo bangun. Hendak balik ke rumah mendapatkan Darlina. Entah bagaimana keadaan kakaknya ketika ini. Mesti dia sedih.

"Naz!" Panggil Hendriyan.

"Siapa Naz? Orang panggil aku Elmo! Kau memang hanat!" Elmo emosi.

"Naz!" Hendriyan merangkak hendak menarik kaki Elmo namun gagal. Akibatnya, kepalanya terhantuk ke kabinet sebelum pasu kaca yang terletak elok di atas kabinet itu terjatuh ke atas kepalanya.

Bunyi kaca pecah memaksa Elmo memberhentikan langkah. Dia menoleh dan memandang Hendriyan di belakang. Dia terkejut apabila ternampak Hendriyan menyentuh kepalanya. Apabila Hendriyan menjarakkan tangan, dia mendapati ada darah di situ.

Rasa bersalah Elmo hendak meninggalkan Hendriyan. Diperhatinya sahaja Kak Hasnah berlari mendekati Hendriyan. Dia terkebil-kebil.

"Ya Allah, Hendri!"

"Kita pergi hospital! Pak Leman dah on the way tu. Ya Allah..." Kak Hasnah cemas. Dia pandang Elmo yang berdiri macam patung di sebelahnya.

"Kamu tercegat dekat situ lagi kenapa?! Tolonglah Hendri ni!" Teriak Kak Hasnah.

"Aish.." Elmo tiada pilihan. Dia duduk mencangkung lalu membantu Hendriyan bangun. Perlahan-lahan dia membawa Hendriyan menempatkan punggung di atas sofa.

"Inilah balasannya kau halau akak aku tahu." Bisik Elmo kepada Hendriyan. Hendriyan cuma memejamkan mata. Darah mengalir ke wajahnya. Rasa sakit di tahan. Macam nak pitam pun ada.

"Akak call Hezri dulu." Nombor Hezriyaz didail.













Bunyi deringan telefon memecahkan kesunyian di dalam kereta itu. Apabila ternampak nama Kak Hasnah terpampang pada skrin kaca telefonnya, dia mula tak sedap hati. Laju butang hijau di gesel ke atas.

"Ya, kak kenapa?"

"Hah?!" Hezriyaz terus memberhentikan keretanya di tepi jalan raya. Muka kacak itu berubah.

"Ya Allah! Saya pergi sana sekarang." Panggilan dimatikan.

Dia patah balik menuju ke rumah Hendriyan. Lagipun jarak tidaklah jauh sangat. Sekejap sahaja dah sampai. Darlina yang berada di sebelahnya tidak dilayan. Matanya fokus dengan pemanduan. Kereta dibawa laju.

Membuatkan Darlina tidak selesa. Automatik dia memegang kuat pemegang pintu. Tubuh ditegakkan.

"Kau dah gila ke bawa kereta laju-laju?" Tegur Darlina, gelisah. Dipandang Hezriyaz dengan muka tidak puas hati. Dia buat jalan raya ni macam tempat lumba kereta.

"Adik aku tengah sakit dekat rumah tu." Ujar Hezriyaz tanpa memandang Darlina.

Darlina terkejut. Lengan baju Hezriyaz ditarik. "Riyan sakit?!"

"Ya, kepala dia berdarah. Terkena pasu."

"Hah?!" Suara Darlina yang kuat mengejutkan Hezriyaz yang sedang leka memandu. Dipandang sekilas Darlina yang jelas terkejut mendengar berita itu.

"Macam mana boleh terkena pasu?!" Darlina hilang arah. Terus hilang amarahnya terhadap Hendriyan tadi.

"Manalah aku tahu. Aku dengan kau kan sekarang ni. Apa yang jadi dekat rumah tu pun aku tak tahu!"

"Habis tu? Bawalah kereta ni laju sikit! Lembab! Kalau terjadi apa-apa dekat Riyan saya macam mana?!" Darlina merentap lengan baju Hezriyaz. Kemudian digoyang-goyangkan tubuh Hezriyaz sehinggakan bahu Hezriyaz melekap ke pintu kereta.

Terasa dunia Hezriyaz bergoyang-goyang. Apabila kepalanya terhantuk ke tingkap kereta, barulah dia tersedar.

"Rilekslah! Kalau kau macam ni, tak pasal-pasal kita dapat dua batu nisan!" Kedua-duanya tidak tentu arah.

"Cepatlah!" Ditampar sekali bahu Hezriyaz.

Darlina tidak peduli. Niatnya cuma satu. Berharap agar Hendriyan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau kepala dah berdarah tu, bukan baik-baik namanya.

"Riyan..."




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro