📌• Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lama dia termenung memandang pintu biliknya. Entah mengapa kejadian yang berlaku hari ini memberi kesan yang amat dalam padanya. Situasi yang sama namun orangnya berbeza. Sakit yang sama namun pengakhirannya berbeza.

Tunangnya, Adrian gagal di selamatkan. Sedangkan kejadian tersebut berlaku di depan mata Darlina. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Melihat tunangnya sendiri terbakar dalam kereta mengundang kesedihan yang tidak berpenghujung. Dua tahun Darlina cuba melupakan semua itu. Tetapi mengapa di saat Darlina kembali ceria meneruskan kehidupan, kejadian yang hampir sama ini diterimanya?

"Darlina?" Ketukan dan panggilan Daria dari luar bilik tidak di sahut. Jauh Darlina termenung memikirkan perkara itu.

"Lina?"

Apabila tiada sebarang respon dari Darlina, Daria terus membuka pintu seluasnya. Dan di situlah dia ternampak wajah sayu sahabatnya memandang kosong ke arah pintu. Darlina tersentak. Pandangan bertemu.

"Kau okey tak?" Tanya Daria, risau. Tempat kosong di samping temannya ditempatkan.

"Aku okey. Kenapa? Aku nampak macam tak okey ke?"

"Apa sebenarnya yang terjadi tadi? Kenapa baju kau berdarah teruk sangat? Ke kau datang bulan?"

Darlina ketawa. Ditepuk perlahan paha Daria.

"Bukanlah. Kan aku dah cakap yang itu bukan darah aku."

"Habis tu, darah siapa?"

"Darah Gorgon!" Jawab Darlina sebelum ketawa terbahak-bahak. Ke depan ke belakang tubuhnya mentertawakan kata-kata yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

"Hesy! Betul-betullah! Darah siapa?"

"Yelah, yelah! Darah tu adalah darah lelaki yang aku selamatkan petang tadi."

Daria terkejut. Mulut ditekup. Membulat matanya memandang Darlina. Aduh, betul ke kawan aku ni dah bunuh orang? Matilah aku! Mesti aku dikira bersubahat nanti!

"Kau bunuh lelaki tu ke?" Bisik Daria perlahan.

"Apa?" Darlina geram. Tak habis-habis dengan tuduhan dia tu.

"Kau ni kan. Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah. Dah terang lagi bersuluh kot aku cakap itu darah lelaki yang aku selamatkan petang tadi! Sejak bila aku selitkan perkataan bunuh tu, hah?!" Darlina menjegilkan mata. Jangan salah faham. Kami kalau bercakap memang kasar sikit. Tak ambil hati pun. Macam nilah cara kami berkawan.

"Perangai kau macam siak lah, Darlina. Ceritalah semuanya. Aku nak tahu jugak!"

"Nanti aku cerita. Sekarang ni, aku nak pergi hospital. Aku nak tengok keadaan lelaki tu samada dia okey ke tak." Punggung diangkat. Tas tangan yang berada di sisi tubuh dicapai.

Resah. Takut. Gemuruh.

Pelbagai rasa yang datang menghimpit dadanya. Satu perasaan aneh menerpa dirinya. Darlina tidak pasti apakah dia. Jujur, lelaki yang dia selamatkan petang tadi memberikan sinar harapan untuknya merawat luka di hati.

Darlina beranggapan bahawa lelaki itu di hantar oleh Tuhan untuk menggantikan arwah tunangnya yang telah lama pergi.










Dari jauh lagi Dato' Marzuki sudah ternampak Darlina berjalan masuk ke dalam hospital. Dia ingatkan gadis ini tidak akan datang lagi ke sini. Yalah, dia bukannya ada kaitan dengan keluarganya. Gadis itu cuma orang luar.

Belum sempat Darlina mendekati, Hezriyaz terlebih dahulu mengambil tempat di antara Darlina dan Dato' Marzuki. Tajam Hezriyaz merenung Darlina sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Kau nak apa?" Teguran pertama Hezriyaz sungguh kasar.

Darlina tersentak namun tetap tersenyum manis.

"Saya nak tengok keadaan dia." Masih nada sopan.

"Untuk apa kau tengok keadaan dia?" Tegas Hezriyaz menyoal. Bukan apa dia ni lain macam sikit. Terlebih nak lindungi keluarga daripada orang-orang luar yang tidak dikenali.

"Untuk senangkan hati sayalah."

Hezriyaz salah faham. Dia menapak selangkah mendekati. Wajahnya serius nak mampus.

"Senang bila tengok dia mati?"

Terbeliak mata Darlina mendengarnya. Bibir diketap geram. Mahu saja dia lekatkan tapak tangannya ke pipi lelaki berwajah serius ini. Dijeling sekilas Dato' Marzuki yang berdiri di samping Hezriyaz.

Senyuman manis diberikan.

"Maafkan anak saya. Dia memang macam ni." Ujar Dato' Marzuki. Dia faham betul perangai anak bujangnya yang seorang ni. Pantang ada orang baru nak dekat dengan keluarga terus buat perangai.

"Oh, tak apa. Saya dah biasa dah hadap perangai orang yang macam ni." Komen pedas Darlina mengundang geram Hezriyaz. Lagi-lagi bila gadis itu memandangnya sinis dari atas ke bawah. Cukup membuatkan darahnya mendidih.

Siak punya perempuan.

"Kurang ajar kau kan?" Tempik Hezriyaz.

"Hezri!" Teriak Dato' Marzuki.

Hezriyaz terus menoleh.

"Apa? Senang macam ni aje papa percaya orang luar? Papa dah lupa apa yang dah jadi dekat Hendri sebelum ni?"

"Dia yang selamatkan adik kamu, Hezri. Dia-" Belum sempat Dato' Marzuki menghabiskan kata-katanya, Hezriyaz lantas mencantas. Masih dengan muka garang.

"Hezri sayang adik Hezri."

"Hezri takkan biarkan siapa-siapa lukakan hati adik Hezri lagi." Dalam suaranya. Hezriyaz memandang Darlina sekilas sebelum mendekati tempat duduk menunggu.

Darlina terpinga-pinga. Tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh lelaki garang itu tadi. Okey, jadi lelaki yang aku selamatkan tu adalah adik dia? Ni mesti kes nak lindungi adik dia ni. Mungkin adik dia pernah terluka sebelum ini.

"Maafkan dia, ya. Hezri tak ada niat pun nak cakap macam tu pada kamu." Menebal muka Dato' Marzuki memohon maaf di atas sikap kurang ajar anaknya tadi.

"Tak apa. Saya tak ambil hati pun."

"Hm, macam mana dengan keadaan dia?" Tanya Darlina ingin tahu. Berdebar-debar menantikan jawapan. Harap-harap lah dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Hendri-"

Klik! Tiba-tiba pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam. Semua mata tertumpu ke arah seorang doktor lelaki yang berjalan menghampiri mereka.

"Anak saya doktor?"

Pertanyaan Dato' Marzuki membuatkan doktor lelaki tersebut tertunduk sesaat. Terbit keluhan panjang di bibirnya hendak menyampaikan keadaan pesakit.

"Dia okey. Tapi..." Mendengarkan perkataan 'tapi' itu, membuatkan Hezriyaz mara ke hadapan. Dicengkamnya kasar kolar baju doktor tersebut.

"Tapi apa?!" Jerkahnya.

"Hezri!"

"Adik aku macam mana?!"

"Dia selamat. Tapi kedua-dua belah mata dia dah tak macam dulu lagi."

Terkejut. Darlina yang sejak dari tadi memasang telinga diterpa rasa gemuruh.

"Hendriyan... dah tak mampu nak melihat macam dulu. Dia buta."

Dato' Marzuki terundur ke belakang. Tangan naik menyentuh dada. Ya Allah, ujian apakah ini? Tak cukup lagi ke sengsara yang Hendriyan hadap sebelum ni? Kenapa ini pengakhirannya?

"Ya Allah..." Kerusi ditempatkan. Air mata jatuh membasahi pipi tua itu.

"Hendri..."

Hezriyaz memusingkan tubuhnya menghadap papanya. Ditarik tubuh papanya ke dalam pelukan. Kedua-duanya tidak mampu menerima kenyataan yang baru sahaja mereka dengari. Sudah terlalu banyak kesakitan yang Hendriyan lalui.

Bagaimana agaknya nanti, bila Hendriyan sudah sedarkan diri. Macam mana reaksinya selepas diberitahu yang dia sudah buta?

Darlina hanya memerhatikan dua beranak itu berpelukan.

Satu jam berlalu, akhirnya Hendriyan dipindahkan ke wad biasa. Darlina yang masih duduk di kerusi menunggu menggigit bibir. Sepatutnya dia masuk ke dalam wad untuk melihat keadaan Hendriyan.

Tapi apakan daya. Hezriyaz melarang dia berbuat demikian. Padahal Dato' Marzuki dah izinkan Darlina masuk sekali ke dalam wad. Tetapi lelaki tiga suku itu pula buat perangai.

"Hmm..." Darlina angkat punggung. Dia berjalan menghampirinya pintu wad. Mengintai keadaan Hendriyan dari luar.

Sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil pesakit. Mata lelaki itu dibalut. Terdapat kesan luka pada wajahnya dan lengannya. Lama Darlina merenung lelaki itu.

"Semoga cepat sembuh."

Ucap Darlina perlahan. Rancangannya hendak mengatur langkah pergi dari situ gagal apabila pintu wad dibuka. Sapaan kasar daripada bakal abang ipar itu memaksa Darlina memusingkan tubuh ke arahnya.

"Hoi." Hezriyaz menjeling tajam.

"Apa?"

"Papa suruh kau masuk."

"Ye ke?" Darlina tersengih. Kena marah dengan bapaklah tu. Padan muka! Nampak sangat pasrah mukanya.

"Tak apalah. Tengok dari pintu je tadi dah cukup bagi saya. Terima kasih, ye." Darlina mula melangkah pergi.

"Jangan datang lagi ke sini. Aku tak suka."

Sekali lagi langkahnya mati. Darlina tersenyum penuh makna. Dia pandang Hezriyaz dengan sengihan.

"Okey, saya janji! Saya akan datang ke sini lagi." Kemudian, Darlina terus berlari anak menuju keluar dari hospital. Sengaja nak sakitkan hati lelaki sombong nak mampus itu.

Hezriyaz mengetap bibir. Dilihatnya Darlina menoleh ke arahnya sambil ketawa minta puji. Geramnya dia. Semoga dia dijauhkan daripada keluarga aku.

------

Hi? 🫂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro