📌• Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

        MALAM itu, Hendriyan bersiap-siap hendak keluar dari rumah. Jaket hitam disarungkan pada tubuh sasanya. Topi berwarna hitam dipakai. Niatnya ingin melangkah keluar dari bilik tergendala apabila dia teringat perihal telefon bimbitnya yang sudah lama tidak dilihat.

Meliar matanya mencari telefon bimbit di lampu meja. Setahunya dia letak di situ. Tapi tidak pula dijumpainya. Kemudian, laci ditarik. Terbongkok-bongkok tubuh tinggi lampai itu mencari telefon bimbitnya.

"Mana handphone aku ni?" Soal Hendriyan. Kemudian dia beralih pula menyelak cadar katil. Bantal dicampak ke tengah-tengah.

Hendriyan memandang pula almari pakaian. Saat dia membuka almari pakaian, sebuah kotak jatuh ke atas lantai. Selendang dan beberapa kepingan gambar bertaburan di atas lantai. Lama Hendriyan memandang gambar-gambar tersebut.

Kenangan lama kembali bermain di ruang mata. Dikutip satu-persatu kepingan gambar itu. Tiba-tiba bibirnya tarik sengihan sinis.

"Darlina tak buang lagi gambar-gambar ni."

"Kenapa pula dia nak buang semua kenangan dia dengan kau dulu?" Hezriyaz tiba-tiba muncul. Membuatkan Hendriyan terkejut lantas menoleh ke arahnya.

"Apa maksud kau?" Tanya Hendriyan. Katil ditempatkan.

"Kejap. Kau nak ke mana malam-malam ni?" Hezriyaz memeluk tubuh.

"Aku nak cari Darlina." Tiba-tiba muka Hendriyan berubah sayu.

"Aku nak tebus balik kesalahan aku pada dia. Aku tak nak hilang dia, Hezri. Aku nak tengok senyuman dia. Mesti senyuman dia maniskan?" Hendriyan menunduk. Dia tersenyum tipis. Rasa rindunya kepada Darlina semakin membuak-buak.

"Aku nak dia tahu yang aku cintakan dia. Apa yang aku dah buat hari ni mungkin buatkan dia benci sangat dengan aku. Aku tak boleh nak salahkan dia. Memang patut pun dia bencikan aku." Nada suara Hendriyan kedengaran agak perlahan. Tanpa dia sedar, matanya berkaca-kaca.

Timbul rasa kasihan dalam jiwa Hezriyaz. Bila tengok Hendriyan lemah sebegini, hatinya direntap kasar. Rasanya dia sedang menyeksa perasaan rindu Hendriyan hendak bertemu dengan isterinya, Darlina. Tengoklah betapa cintanya Hendriyan terhadap Darlina. Sehinggakan air mata lelakinya jatuh membasahi pipi.

Keluhan berat dilepaskan. Hezriyaz mengambil tempat kosong di samping Hendriyan. Kepingan gambar yang dipegang oleh Hendriyan diambilnya. Dia tidak mampu melihat Hendriyan bersedih sepanjang hari. Jika dia tidak memberitahu Hendriyan perihal Darlina, itu sama sahaja dia ingin menyeksa perasaan Hendriyan.

"Kau tengok perempuan dalam gambar ni. Kau tenung muka dia lama-lama." Arah Hezriyaz.

Hendriyan kebingungan. Kenapa Hezriyaz tiba-tiba menyuruh dia melihat Sarah dalam gambar itu?

"Dia ni... Sarahkan? Perempuan yang kau pernah suka dulu?" Soal Hezriyaz dengan senyuman.

"Perempuan yang kau nampak dekat traffic light tadi, Sarahkan? Dan perempuan yang langgar kau petang tadi. Sarahkan?"

Bercantum hairan kening Hendriyan mendengar kata-kata Hezriyaz.

"Apa kena-mengena Sarah dengan Darlina? Aku tak nak ambil tahu pasal Sarah. Aku cuma nak tahu Darlina ada dekat mana sekarang ni. Aku nak jumpa dia." Hendriyan naik geram. Orang nak tahu tentang Darlina. Tapi Hezriyaz pula sibuk cerita pasal Sarah.

"Kau sabar dulu. Jangan gelojoh sangat." Hezriyaz ketawa. Semakin geram Hendriyan jadinya.

"Hezri, kau kalau nak main-main dengan aku, kau boleh blah." Hendriyan marah.

"Rilekslah. Aku baru nak start ni. Confirm kau terkejut beruk punya."

"Kalau kau nak cerita pasal Sarah, aku tak nak dengar. Sekarang ni, kau dah buang masa aku tahu tak? Aku nak keluar cari Darlina!"

"Kawal sikit marah kau tu. Kau dengar dulu apa yang aku nak beritahu ni. Tarik nafas. Hembus..."

Hendriyan meraup kasar wajahnya.

"Tadi kau terserempak lagi dengan Sarahkan? Kau nampak muka dia kan? Kan, kan?" Hezriyaz mengangkat kening satu.

"Memanglah aku nampak muka dia."

"Dah nampakkan? Okey! Sekarang kita cerita pasal Darlina pulak." Hezriyaz mengeluarkan telefon bimbit Hendriyan dari kocek seluarnya. Membulat mata Hendriyan bila mendapat tahu yang Hezriyaz menyimpan telefon bimbitnya selama ini.

"Kau buat apa dengan phone aku tu?" Tanya Hendriyan.

"Sekarang ni. Aku nak tunjuk gambar nikah kau dengan Darlina."

Terus berubah muka Hendriyan. Jantungnya mula berdegup kencang.

"Nah. Kau tengok sendiri." Hezriyaz menghulurkan telefon bimbit itu kepada Hendriyan.

Mata Hendriyan terus memandang ke arah skrin kaca telefon. Melihatkan gambar pernikahannya dengan Darlina, membuatkan Hendriyan terkejut. Bila dipandang lama, ada persamaannya. Perempuan yang duduk di sebelahnya itu adalah...

"Sarah?!" Hendriyan memandang Hezriyaz dengan riak terkejut. Kemudian matanya beralih pula memandang gambar pernikahannya yang lain.

"T... Tapi Darlina?" Hendriyan masih bingung.

"Darlina dan Sarah adalah orang yang sama." Kata Hezriyaz. Pernyataan itu mengejutkan Hendriyan.

"Apa?"

"Perempuan yang kau nampak dekat traffic light tu adalah isteri kau, Darlina Maisarah. Dan! Perempuan yang kau terserempak petang tadi... adalah Darlina. Darlina adalah Sarah. Sarah adalah Darlina. Ada faham?"

Hendriyan menggelengkan kepalanya. Dia membuat muka blurr.

"Macam ni. Mula-mula aku jumpa Darlina, aku pun tak sangka yang dia tu adalah kawan kau masa kau orang remaja. Aku tahu kau pernah suka dia. Tapi lepas aku dapat tahu yang Darlina tu adalah Sarah, hati aku terdetik nak satukan kau dengan dia. Yelah, manalah tahu cinta lama boleh berputik semula? Actually, Darlina dah lama tahu pasal ni." Jelas Hezriyaz panjang lebar.

"Kenapa kau tak beritahu aku pasal benda ni? Kenapa baru sekarang?" Soal Hendriyan.

"Sebab aku nak surprise kan kau. Kahwin dengan perempuan yang kau tergila-gilakan dulu. Aku masih ingat lagi, dulu kau beria cerita dekat aku pasal Sarah. Perancangan Allah tu indah. Dia pertemukan kau orang semula. Kau tengoklah sekarang. Cinta pertama kau dah jadi isteri kau." Hezriyaz menepuk bahu Hendriyan.

Perlahan-lahan bibir Hendriyan menguntumkan senyuman. Dia ketawa gembira. Rupa-rupanya isteri dia adalah Sarah? Dia sudah mengenali Sarah sejak remaja. Setelah sekian lama terpisah, dia datang semula sebagai Darlina. Memikirkan itu, Hendriyan tersenyum lebar.

Gembira Hezriyaz melihat Hendriyan tersenyum bahagia.

"Kau terkejutkan?"

"Ya." Balas Hendriyan sambil tersenyum.

"Macam tu juga aku terkejut masa mula-mula aku dapat tahu yang Darlina tu adalah Sarah."

"Terima kasih, Hezri. Terima kasih. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa kau." Hendriyan memeluk Hezriyaz. Terasa erat perhubungan dua beradik itu.

"Sama-sama. Belanjalah aku makan. Aku pun nak keluar juga ni. Tapi aku ada plan yang baik punya malam ni..." Hezriyaz menjongket-jongket keningnya sambil tersenyum penuh makna. Nombor Elmo didail.

"Assalamualaikum." Ucap Hezriyaz.

"Walaikumsalam. Ada apa kau call aku malam-malam ni? Mana adik kau yang mulut puaka tu?" Sahut Elmo dari talian.

"Naz?" Bisik Hendriyan.

"Dia tak ada. Ni, aku nak ajak kau dengan Darlina keluar malam ni. Boleh ke?"

"Aku tak boleh. Aku sakit perut. Tapi akak dah lama keluar. Dia pergi shopping dekat mall."

Hendriyan dan Hezriyaz berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum.




















DARLINA berjalan menuju ke keretanya. Dia memandang keadaan sekeliling yang agak menyeramkan. Dahlah sunyi sepi. Macam-macam perkara yang boleh terjadi. Lebih baik aku berjalan cepat. Kalau dalam drama, selalunya tempat macam ni akan ada orang tak dikenali datang tanpa diundang.

Seram!

Pintu kereta dibuka sepantas kilat. Barang-barang yang dibelinya tadi dicampak masuk ke dalam perut kereta. Boleh tahan seronok membeli-belah sorang-sorang macam ni. Tenang jiwa. Daripada dia terperap dalam rumah. Stres fikir masalah rumah tangga yang rumit tu.

Baru sahaja Darlia ingin masuk ke dalam kereta, dia ternampak tayar kereta sudah pancit.

"Masa-masa macam nilah kau nak buat hal! Tadi tayar elok aje!" Darlina menepuk dahi. Keluhan berat dilepaskan.

"Aku nak balik macam mana ni?"

"Ada apa ni?" Suara garau itu datang menyapa. Darlina kenal dengan suara itu.

"Boleh saya bantu?" Soal lelaki itu lagi.

Darlina terus memusingkan tubuhnya ke arah lelaki tadi. Matanya terbeliak. Kehadiran lelaki itu membuatkan jantungnya berdetak laju.

Ya Allah...

Hendriyan?!

Dia buat apa dekat sini?

"T... Tak!" Darlina gagap.

Hendriyan memberikan senyuman paling menawan kepada Darlina. Dia tahu Darlina mengenalinya. Tapi nampaknya Darlina tidak akan mengakui bahawa dia mengenali Hendriyan. Terubat juga rindu Hendriyan melihat Darlina. Rupa-rupanya, inilah isterinya.

Betul cakap Hezri. Darlina cantik. Senyumannya manis.

Ah, kenangan lama kembali berputar di kepala.

Saat di mana Hendriyan cuba mendapatkan hati Darlina. Namun cintanya ditolak mentah-mentah. Sehinggakan dia mencuri selendang kepunyaan Darlina semata-mata hendak menghidu wangian gadis itu.

"Nak saya tolong?" Tanya Hendriyan lagi. Dia memandang tayar kereta Darlina. Padahal dialah dalang di sebalik tayar kereta Darlina yang pancit.

Darlina terus membisu. Cepat-cepat dia melarikan pandangan ke arah lain. Tak boleh tengok senyuman Hendriyan lama-lama. Renungan mata suaminya itu meletakkan dia dalam keadaan bahaya.

Dia tertanya-tanya juga. Apakah Hendriyan masih belum mengenali dia? Kalau ya, alhamdulillah. Baguslah kalau Hendriyan tidak mengenalinya.

"Tak perlu. Saya boleh tolong diri saya sendiri. Saya tak perlukan pertolongan daripada orang lain. Lebih-lebih lagi dengan orang yang saya tak kenal." Ujar Darlina dengan nada yang angkuh.

Hendriyan tersenyum sahaja mendengar telatah Darlina. Ikutkan hati, mahu saja dia bawa Darlina ke dalam pelukannya.

"Are you sure? Saya selalu dengar orang cakap yang tempat ni berhantu." Hendriyan mengusik.

Automatik meremang bulu roma Darlina. Dia membesarkan mata. H... Hantu?

"Tak apalah. Saya balik dulu. Semoga berjaya." Hendriyan acah-acah hendak berlalu pergi dari situ. Dia tahu Darlina ketakutan.

"Kejap!" Kata Darlina.

Hendriyan tersenyum. Sebelum kembali memusingkan tubuh ke arah Darlina, dia membuat muka serius.

"Ya?"

"Temankan saya sekejap boleh? Saya nak call adik saya."

"No problem..." Call lah adik awak tu, darling. Naz takkan datang punya.





.......

Sambungan esok ya. 🌝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro