📌• Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Tercipta rasa janggal antara mereka. Darlina memandang Pak Leman yang sedang fokus memandu kereta. Kemudian dia beralih pula memandang ke sebelah.

Dilihatnya Hendriyan memeluk tubuh sambil termenung jauh.

Tersengih-sengih Darlina menengoknya. Bila dipandang lama-lama, makin hensem pula Hendriyan ni. Jawline dia tajam. Diperhati halkum lelaki itu yang bergerak menelan air liur. Darlina terikut sama menelan liur.

Waih , herlok betul lelaki dekat sebelah ni. Lagi herlok kalau dia senyum. Ni muka ketat je 24 jam.

Mulut dibuka, hendak menyapa Hendriyan yang sejak dari tadi berdiam diri. Sekurang-kurangnya adalah topik nak di bualkan. Taklah kemurungan manusia-manusia yang ada dalam kereta ni.

"Termenung apa tu?" Soal Darlina secara tiba-tiba.

Hendriyan menoleh ke sisi. Apabila masing-masing bersemuka begini, tergugat juga iman Darlina jadinya. Apa tidak, renungan mata kosong Hendriyan seperti sedang merenungnya. Macam Hendriyan tengah pandang muka dia betul-betul.

"Kau tanya apa?" Tanya Hendriyan balik. Kasar suaranya.

"Saya tanya. Awak termenung apa tu?"

"Bila masa aku termenung?"

"Tadi?"

"Dah sah-sah aku ni buta, kau cakap aku termenung? Arah mana lagi yang aku nak pandang dalam kereta ni? Mestilah aku tegakkan kepala ke depan. Takkan aku nak toleh ke tempat lain pula macam orang terkehel leher. Agak-agaklah soalan pun."

Marah Hendriyan dengan nada suara yang kasar. Hilang moodnya nak cari ketenangan. Kenapalah Pak Leman ajak perempuan tiga suku ni ikut ke rumah? Yang perempuan ni pun dah kenapa sibuk nak datang ke rumah?

"Okey, saya minta maaf! Janganlah marah. Saya tanya je." Darlina buat muka sepuluh sen. Keluhan Hendriyan didengari. Nampak sangat dia bengang dengan Darlina.

"Hmm.." Darlina mencari topik perbualan lagi. Dia pandang ke arah luar.

"Wow." Kata Darlina.

"Cantiknya langit tu. Tengoklah!"

Hendriyan memejamkan mata seketika. Wajah diraup. Dengusan kasar dilepaskan. Memang mencabar kesabaran betul perempuan ni. Sengaja nak naikkan lagi amarah aku. Sakitnya hati.

"Eh, awak. Awak kena tengok langit ni. Rasa tenang tau! Bolehlah nak redakan api dalam dada awak tu."

"Kau memang sengajakan?" Soal Hendriyan dengan renungan mata yang tajam.

Memanglah dia tak nampak apa-apa pun. Semuanya gelap. Tapi dia tahu Darlina si gadis banyak mulut itu berada di sampingnya. Dan dia juga tahu Darlina juga memandangnya.

Terpulanglah matanya tertumpu di mana sekalipun. Yang penting aku pandang depan. Kalau aku pandang ke arah badannya yang lain, itu bukan salah aku. Aku bukannya nampak pun. So, bukan rezeki aku.


"Aku ni buta. Tak nampak! Lagi cakap yang bukan-bukan." Hendriyan menggeleng. Tangan naik mengurut pelipis. Sakit kepala melayan Darlina.

"Ops! Saya minta maaf. Saya lupa..." Darlina tayang gigi. Serius, aku betul-betul tak sengaja cakap macam tu. Aku lupa.

"Pak Leman." Hendriyan memanggil.

"Ya, Tuan?"

"Nanti carikan lebih banyak semut-semut dekat luar. Bagi perempuan ni makan. Biar dia lupa diri. Lupa semua benda."

Jatuh rahang Darlina dibuatnya. Dia geram. Laju tangannya menampar perlahan lengan kekar itu. Apa aku kisah? Dia dah melampau. Apa dia ingat aku ni gorgon ke nak kena makan semut?

"Ya Allah! Apa masalah kau ni, perempuan?!" Soal Hendriyan dengan nada perlahan tapi agak tegas. Automatik dia bersandar di pintu. Perbuatan Darlina tadi bagaikan renjatan elektrik pada tubuhnya. Sakit tu tak adalah juga. Tapi sakit hati!

Berani dia sentuh aku?


"HA. HA. HA. HA! Padan muka! Kata saya lagi." Darlina tayang muka puas hati. Kening diangkat ketika Pak Leman memandang cermin kereta hadapan. Rasa nak ketawa pun ada. Bila tengok muka kecut Hendriyan sekarang ni, terasa lucu pula.

Pak Leman geleng kepala sambil tersenyum. Darlina adalah gadis pertama yang berani mengusik Hendriyan. Juga berani membuat dia marah. Dia akui, kehadiran Darlina akan mengubah kehidupan Hendriyan seperti dulu.

Bibir yang dulunya sering tersenyum akan kembali menguntumkan senyuman manis. Gelak tawanya pasti akan kedengaran lagi.

Kelak, Darlina akan mampu mengembalikan sinar dalam jiwa Hendriyan yang kian gelap.

"Sudah, sudahlah tu Darlina. Jangan kacau Tuan Hendri lagi." Kata Pak Leman bersama sisa tawa.


"Dah gila agaknya perempuan ni, Pak Leman. Papa pun satu. Dah kenapa nak ajak perempuan tiga suku ni datang ke rumah?"

"Apa?! Perempuan tiga suku?" Kali ini, Darlina menampar lembut pula paha Hendriyan.

"Ya Allah! Pak Leman!" Terbuntang luas mata Hendriyan. Darlina lah perempuan gila pertama yang dia jumpa. Tadi tampar lengan. Lepas tu, paha. Entah lepas ni dekat mana pula tangan dia landing.

"Marah ke?" Darlina mendekati Hendriyan. Sukanya dia kacau Hendriyan. Makin kau marah, makin aku suka. Muahahahaha.

"Ya Allah, kereta ni!" Tiba-tiba Pak Leman menjerit.

Semua mata tertumpu ke hadapan. Stereng kereta diputar laju ke arah kanan.

Membuatkan tubuh ringan Darlina terdorong ke kanan. Atau lebih tepat lagi, dia terdorong ke arah Hendriyan. Pipi bertemu pipi. Sempat lagi Darlina mengamati ketampanan Hendriyan dari jarak yang amat dekat.

Dia renung ciptaan Tuhan yang amat menggoda itu.

"Pak Leman!" Hendriyan tidak selesa.

"Bawa kereta baik-baik sikit!"

"Eh, kereta ni dah kenapa?!" Pak Leman naik lemak. Dia putar lagi stereng keretanya ke arah kiri.

Alkisahnya, Hendriyan pula terdorong ke arah Darlina.

Tangan nak gapai pemegang keselamatan. Namun apakan daya. Dia tak nampak apa-apa. Hembusan nafas seseorang di mukanya cukup membuatkan Hendriyan gemuruh. Dia tahu dia jatuh di atas siapa. Haruman minyak wangi gadis itu masuk ke dalam hidungnya.

Wangi.

Air liur di telan payah.

Sementara Darlina sudah tenggelam dalam dunianya sendiri. Muncul rama-rama cantik di sekelilingnya. Mata pula bergerak memandang ciptaan Tuhan itu. Darlina terpinga-pinga. Lantas dia menolak perlahan-lahan tubuh itu ke tempat asalnya.

Kalau nak diikutkan, nak saja Darlina tolak kasar biar melekat dekat pintu kereta ni. Tapi dia taklah jahat mana. Hendriyan kan baru sahaja keluar dari hospital. Kang tak pasal-pasal ada yang masuk dalam hospital tu balik.

"Ya Allah, Pak Leman! Apa nak jadi ni?" Cepat-cepat Hendriyan menjarakkan tubuh. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam satu masa yang sama. Semuanya tidak disengajakan.

"Ya Allah! Maafkan aku, ya Allah!" Darlina memeluk tubuh. Muka dah tak rilek dah. Dia merapati pintu kereta.

"Pleaselah, Pak Leman. Bawa kereta tu elok-elok sikit." Arah Hendriyan. Dia tak tahulah apa agaknya reaksi Darlina tadi. Asyik diam aje tu. Rasa janggal pula tiba-tiba.

"M... Maaf, Tuan!"

"Sesungguhnya awak dah buat benda tak senonoh pada saya tadi! Kenapa landing atas saya tadi, hah?! Kenapa tak landing kat tempat lain?! Banyak tempat yang boleh awak landing tau! Hah, Pak Leman ada! Kenapa tak landing atas dia? Kenapa harus saya?!" Marah Darlina tak henti. Mulut dah macam machine gun.

Hendriyan menyentuh dahi sambil memejamkan mata. Ya Allah, kau kumpulkanlah kesabaran yang tinggi kepadaku apabila berhadapan dengan manusia tiga suku ini.

"Bisinglah! Pipi kau landing kat pipi aku kau tak bising pulak?" Hendriyan melawan.

"Jangan nak tukar topiklah! Saya cakap pasal benda lain tau. Yang awak cakap pasal pipi ni apa pula?!" Tempik Darlina.

Pak Leman hanya membiarkan. Sakit pula telinganya mendengar dua ekor itu bertengkar mulut di belakang.

"Dah. Aku tak nak jerit-jerit. Itu benda yang samalah. Kau landing kat pipi aku. Aku pula terrr ya terrr landing atas kau. Benda sama pasal landing." Hendriyan menenangkan diri. Sakit kepala bila teriak sebegitu.

"Pipi dan badan lain! Pipi tu kira okey lagi. Tapi awak landing atas badan saya!"

Hendriyan mengeluh panjang lalu bertanya, "Cuba kau tengok mata aku ni?"

"Apa?" Darlina bingung.

"Buta. Tak nampak. Kalau aku boleh nampak tadi, aku pun tak ingin nak jatuh atas kau. Aku cakap sekali lagi. Aku buta. Tak nampak apa-apa. Faham?"

Darlina terdiam. Dia terpinga-pinga. Ada betul juga apa yang dia cakap tu. Malu aku dapat ni. Sebelum bertambah malu lagi, lebih baik aku diam.








"APA?! Lari lagi?!" Dato' Marzuki menepuk dahi. Panggilan telefon daripada rumah menambahkan lagi sakit kepalanya.

"Ya, abang! Bibik siap tinggalkan surat lagi! Dia kata dia tak nak kerja sini lagi dah bila Hendri dah balik ke rumah. Takut kena marah. Takut kena maki katanya!" Ujar Puan Liyana, adik kepada Dato' Marzuki. Dia berjalan ke hulu hilir.

"Sampai macam tu sekali?"

"Ya! Jadi mac-" Bunyi pintu kereta ditutup memaksanya memandang ke hadapan. Dilihatnya Pak Leman mengiringi Hendriyan masuk ke dalam rumah.

"Nantilah kita cakap pasal ni. Riyan dah balik." Tidak menunggu Dato' Marzuki membalas, Puan Liyana terus menamatkan panggilan telefon. Segera dia berlari mendapatkan anak saudaranya.

"Ya Allah, Riyan! Kenapa keluar tak beritahu? Risau mak long tahu tak?"

Hendriyan membuat muka malas.

"Pak Leman kan ada." Jawabnya acuh tak acuh.

"Memanglah tapi Riyankan baru je keluar dari hospital. Kalau jadi apa-apa dekat Riyan nanti macam mana?"

"Tak jadi apa-apa punlah."

"Erk, hello?" Darlina yang bersembunyi di belakang Pak Leman bersuara.

Dengar sahaja suara Darlina tadi, Hendriyan mengeluh berat. Sudahlah haruman gadis itu melekat di bajunya. Betul-betul buat moodnya tiada. Tapi dalam masa yang sama, Hendriyan tertarik dengan haruman gadis itu.

"Tumpang tanya. Tandas mana, erk?" Tanya Darlina tanpa segan silu.

Hendriyan ketawa sinis. Dia buat rumah ni macam rumah dia bhai.

"Siapa ni, Pak Leman?" Tanya Puan Liyana. Sejuk matanya melihat Darlina yang tersenyum manis itu. Senyum ada makna tu. Senyum nak pinjam tandas orang.

"Nilah yang selamatkan Riyan. Darlina."

"Oh. Yang Dato' suruh ajak datang ke sini tu?"

"Ya, Puan." Pak Leman senyum.

"Cantiknya.." Puan Liyana memuji.

Darlina tersenyum mekar.

"Kalau cantik pun tapi mulut tak ada insuran buat apa... " Sindir Hendriyan.

Darlina mengecilkan matanya. Bibir diketap geram. Sabar Darlina...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro