17 | caring

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

" banyak-banyak baju yang aku bawa, yang ini juga kau pilih ya " aku menyindir Rafael setelah keluar dari bilik mandi. Dia dari tadi setia menunggu di hadapan pintu bilik mandi ini sebab takut aku terjatuh ke ape ke.

" jangan salahkan aku kalau semua baju kau macam budak kecik umur 10 tahun. " dia sindir aku balik besertakan dengan senyuman sinis dia. Aku sepak bergolek jugak mamat ni.

Baru sahaja aku nak sindir dia balik, aku tiba-tiba bersin. Aku berpeluk tubuh sebentar kerana kesejukan. Walaupun sekarang hari makin siang, badan aku terasa bagai tengah duduk dekat Korea masa musim sejuk !

" makan ubat sudah, mandi sudah, pakai baju sudah. Sekarang kau pergi masuk bilik lepastu tidur. Nanti kalau kene selesema teruk ke demam ke, menyusahkan aku jugak " Rafael menjuihkan bibirnya ke arah bilik yang aku guna sementara aku disini.

" kau jangan beritahu nenda yang aku lemas. Nanti dia risau pulak " aku tiada niat untuk berahsia tapi tinggal disini sudah cukup menyusahkan orang tua itu jadi, aku tak nak buat dia risau dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

Rafael hanya mengangguk tanda menurut sahaja permintaan aku. Aku segera berjalan ke arah bilik tetapi secara tiba-tiba kepala aku terasa memberat dan berpusing. Segera, langkah aku berhenti.

" Rafael .. " aku memusingkan badan menghadapnya.

" apa ? " Rafael menjawab dengan nada risau.

" kepala aku sakit " aku pegang kepala aku yang kian mencucuk-cucuk sakitnya.

" macam-macam lah kau ni " dia membebel tetapi tetap juga berjalan mendekati aku. Dia memimpin tangan aku lalu masuk ke dalam bilik.

" pergi baring atas katil, aku pergi ambil minyak angin. " aku mula mendekati katil dan merangkak ke arah bantal. Kepala segera dijatuhkan beserta dengan badan. Setelah beberapa minit, Rafael datang kembali bersama dengan sebotol minyak angin yang berada di tangannya. Dia mula naik ke atas katil dan duduk bersila di tepi aku.

" baring kat sini " pehanya ditepuk. Aku tanpa banyak tanya terus sahaja meletakkan kepala aku di atas pehanya yang berotot. Fuh selesa macam bantal.

Dia mula menuangkan beberapa titik minyak angin itu di atas tapak tangannya dan meratakannya di dahi dan kepala aku. Jari-jemarinya mula menari di bahagian tepi kepala aku untuk mengurut. Sakit yang mencucuk tadi makin lama berkurang dan aku mula berasa selesa. Muka yang berkerut menahan sakit tadi sudah mula mengendur.

" Peha kau best macam bantal " ucap aku dengan jujur dengan mata yang kuyu dan kian tertutup. Jujur aku cakap, aku sanggup beli peha Rafael untuk alas kepala aku kalau nak tidur.

" banyak cakap lah kau. Tidur sajalah " dia menjentik dahi aku membuatkan aku terjerit kecil.

" kau kacau aku tidur, macam mana aku nak tidur " mulut aku sudah muncung sedepa, Merajuk.

Tetapi merajuk aku tak lama kerana lama-kelamaan kelopak mata aku mulai jatuh dan tertutup rapat lalu dengkuran halus berbunyi.

Rafael tersenyum senget.

" kau memang suka tidur atas peha aku kan ? "

** 🌙 **

Suasana yang bising di luar membuatkan aku terbangun. Entah apa yang dikecohkan di luar rumah pon aku tak tahu. Dengan apa yang aku dengar, itu pasti suara budak-budak berempat itu. Tidak lain dan tidak bukan, Luke, Dennis, Keith dan Jackson.

Aku mula bangun dari katil untuk keluar tetapi perbuatan aku terhenti apabila melihat Rafael yang sedang tidur di atas meja jepun yang terletak berhampiran dengan almari bilik tersebut. Elok sahaja dia tidur disitu. Jadi, aku malas nak kacau pulak.

" aku dapat tangkap ikan iblis ni pun dah kira bagus kau tahu tak ? " Jackson menjerit dan menyemburkan segala air liurnya ke arah muka Dennis.

" ikan bilis la dungu ! Kau fikir ikan bilis ni boleh makan tujuh orang ke sia ? Dah lah sebesar jari manis aku aje "

" tak apalah kita potong sama-rata nanti kenyanglah kita " Jackson masih mempertahankan haknya. Dia tidak mahu dimalukan. Dah dapat tangkap ikan ni pun dah kira bagus dah !

" bergaduh apa dekat depan rumah nenda ni ? Jom la masuk. Nenda dah beli lauk untuk hari ini. Nak mengharapkan kamu semua tangkap ikan memang sampai berjanggut pun nenda tak dapat " nenda yang baru sahaja sampai lantang bersuara. Dia mencebik melihat cucunya yang bergaduh sebab ikan. Sudah dia agak bahawa mereka takkan dapat seekor pun ikan yang boleh di makan bersama.

Lagi pula, dia bukannya serious nak suruh mereka tangkap ikan tapi ini salah satu idea jahat Sir Alex untuk mereka sebagai hukuman.

Dont you remember? Mereka ke sini kerana dihukum. This is their punishment. Sir Alex nak kasi bebudak ni hidup merana dekat sini sebelum sempat mereka balik.

Maka bebudak yang gaduh bagai anak kecil itu pun speechless. Mana tak nya ? Mereka sudah bersusah payah tangkap ikan tapi ini pula balasan nendanya ? Sindiran dan cebikan ?

Aku dari jauh dah tersengih kambing. Syukur sangat nenda dah beli lauk. Kalau tidak memang kebulur lah jawabnya. Mereka berempat itu bukan boleh diharap !

Aku turun ke bawah untuk melihat hasil tangkapan mereka. Ada siput sedut, udang yang sebesar jari aku dan ikan bilis. Macam mana diaorang tangkap ni pun aku tak tahu. Sudah lah kecil dan halus. Kalau guna jaring pun boleh terlepas !

" kau dah okay ke Tinker Bell ? " Luke maju ke arah aku dan bertanya. Oh damn ! Mamat ni tinggi sangat, terpaksa aku kene dongak.

" aku okay je " aku dah berdebar sebab jarak kitaorang dekat sangat.

" oh tak adalah. Aku ingatkan lepas lemas tadi otak kau dah sewel pakai hoodie unicorn tengah-tengah panas waktu siang ni. Ada tanduk lagi. " dia memegang tanduk yang ada di hoodie aku lalu tergelak. Yang lain tumpang sekaki.

" taguna " aku mengecilkan mata dan memerhati mereka semua tanda marah. Nak buli aku je keje !

Ni semua salah Rafael okay !

" dah jum masuk rumah tolong nenda masak. Perut aku dah kebulur ni " Keith memaut lengan sasanya pada leher aku dan mengheret aku masuk ke rumah bersama-sama yang lain.

" guys, wait ! " Jackson menjerit dari belakang membuatkan kami berhenti dan semua mata tertumpu padanya.

Muka Jackson kelihatan pucat sekali. Bibirnya memutih. Matanya terbeliak dengan besar. Dia perlahan-lahan mengangkat kakinya ke arah muka kitaorang.

" Ap-apa benda yang melekat dekat kaki aku ni ? " dia dengan tergagap-gagap bertanya. Badannya sedikit bergetar. Kami dapat lihat banyak darah yang keluar dari kakinya.

Belum sempat kami mendekati Jackson, dia sudah terkulai lemah menyembah tanah.

" Panggil nenda cepat ! " Keith yang mudah panik, menjerit sekuat hati.

Dennis segera berlari masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan bantuan nendanya.

" what the fuck is that ?! " Luke dah mencarut tak tentu pasal. Dia mendekati Jackson dan mengambil satu ranting pokok yang dikutip di atas tanah lalu dihalakan pada objek berwarna hitam yang agak besar itu.

" benda ni lembik sia. Ni makhluk asing ke binatang ? " Luke mengkaji haiwan itu dari atas dan bawah. Dia tak nak pegang sebab takut haiwan itu merembes racun ke bisa ke apa. Lagi pula, ini kali pertama dia melihat benda pelik itu.

Aku bercangkung di sebelah Luke dan memerhati benda pelik tersebut. Aku rasa macam aku pernah jumpa benda ni masa kecil-kecil dulu. Masa aku masih punya kampung dan nenek serta atuk. Benda ni yang selalu ada di kaki atuk aku dulu kalau-kalau atuk pergi ke kebun.

Sah !

" benda ni lintah woi ! Cepat cabut lintah ni dari kaki jackson ! " aku kalut menjerit dan mengundur ke belakang. Nak pegang memang tidak lah.

Yang lain maju kehadapan.

Keith mengambil pengepit lalu kepit lintah tersebut dan tarik untuk menjauhi kulit Jackson. Entah bila mamat ni ada pengepit. Seingat aku itu pengepit kuih nenda yang aku tengok dekat dapur tadi.

" benda ni lembik sial, asyik terlepas aje! " Keith buat muka jijik. Aku dah boleh agak yang semua mamat di hadapan aku ini tak pernah jumpa lintah sebab tu muka lain macam. Aku memang geli dengan menatang ni dari kecil lagi.

Selepas beberapa minit, nenda turun dengan satu kain balutan putih.

"kamu bertiga angkat Jacky bawak masuk dalam " nenda memberi satu arahan dan kami hanya akur.

Jackson diletakkan di ruang tamu. Dia berbaring beralaskan satu bantal. Sekujur tubuhnya nampak kaku dan tidak bergerak. Pucat sungguh mukanya. Mungkin ini kali pertama dia jumpa dengan lintah. Serious lawak, sampai boleh pengsan ya ?

Nenda mula mencabut lintah itu dari kaki Jackson dan meletakkannya di dalam beg plastic. Dia mula membasuh kaki Jackson yang berdarah itu dengan air sebelum membalut luka tersebut.

Nenda terkekek-kekek ketawa. Apalah cucu aku ni, kene bahan dengan lintah pun boleh pengsan ! Muka pucat dah serupa orang nak mati dah sebab terkejut punya pasal.

Luke, Dennis, Keith dan aku duduk bersila melingkungi Jackson yang terbaring.

Tiba-tiba bunyi satu laungan dari pintu hadapan rumah membuatkan kami terkejut lalu seorang budak perempuan yang mungkin sebaya aku masuk dengan membawa satu bekas berwarna pink.

" nenda ! Farisya datang bawa kuih favorite nenda ni " ucapnya dengan senyuman yang sangat lebar.

"aduh ! datang dah minah ni " Keith berbisik lalu menyerabutkan rambutnya. Dia nampak sangat terganggu dengan kehadiran perempuan itu.

" kau pehal dude ? " aku tanya dia. Bukan setakat dia je yang nampak kusut sekarang. Malah Luke dan Dennis juga tampak terganggu.

" minah ni gedik gila namati yang cuba goda Rafael "

Dan aku rasa macam tercabar dengan kehadirannya .




** 🌙 **

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro