23 | jealous

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




BELLA ROSALLES [ POV ]

" oi Bella ! Jom pergi padang. Dah nak start dah ni, " kebetulan Haiden dengan Zach yang lalu depan mini market sekolah berhenti dan melaung nama aku mengajak aku untuk pergi ke padang.

Aku lempar tin kosong yang berada di tangan aku ke dalam tong sampah di tepi. Aku perbetulkan ikatan rambut aku sebelum bangun untuk pergi ke arah mereka. Belum sempat aku pergi, Rafael menarik tangan aku membuatkan langkah aku terundur ke belakang.

" dah kenapa mamat tu ajak kau pergi sekali ? " Rafael mengerutkan dahi. Ada nada jengkel di dalam suaranya. Dia berpeluk tubuh sambil memerhati dua orang lelaki tadi dengan mata yang dikecilkan.

" aku jadi naib pengerusi. Yang depan tu semua ahli jawatan kuasa. So, aku dah nak kene gerak ah sekarang. Kau tak nak pergi padang ke? "

" tak payah jalan dengan diaorang, aku ada " dia abaikan pertanyaan aku. Rafael bangun dan menarik tangan aku berjalan melintasi mereka berdua yang terkebil-kebil melihat kami. Aku sempat memberi isyarat kepada Haiden dan Zach supaya jangan tunggu aku.

Kan dah cakap, Rafael memang banyak kejutan. Aku tak faham kenapa mood dia yang okay tadi berubah balik jadi mood tak baik sama macam waktu dia gaduh dengan Ben tadi.

Aku syak dia tengah datang bulan.

Ah biarkan ajelah.

" lupa nak tanya, kau rumah sukan apa ? " sempat aku melihat sisi mukanya yang sempurna. Ya, jawline dia sangat padu. Mulut aku tengah tanya lain tapi aku sekarang tengah syok fikir benda lain pasal dia. Mata pula usha benda lain.

Kenapa dengan kau Bella ?

" bumblebee " jawabnya sepatah.

maknanya dia satu pasukan dengan Jackson. Tapi kenapa masa aku terjah pintu bilik gerakan bumblebee hari itu tak nampak pun batang hidung dia ? Jap-jap, jangan cakap dia ponteng lagi.

" mesti kau ponteng kan masa perjumpaan rumah sukan tengah hari tadi ? " tuduh aku sambil menaikkan jari telunjuk ke arah mukanya yang datar.

" mana ada. Aku tidur dekat back stage bilik tu. " dia buat muka tak bersalah. Acah-acah innocent konon.

Nasib baik pengerusi rumah sukan bumblebee tu Jackson. Kalau Haiden yang jadi, confirm dah kene sound. Walaupun baru sahaja kenal Haiden, aku dah dapat agak macam mana perwatakan dia. Tapi aku hairan, macam mana Jackson yang sebaya aku (form 4) boleh jadi pengerusi ? Bukan selalunya form 5 ke yang dapat jawatan tu ? Sah ! Mesti dia rasuah budak lain untuk undi dia.

Haiden memang tegas dan sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Apalah nasib aku sekumpulan dengan dia. Kalau satu kumpulan dengan Jackson kan best. Hari-hari boleh tidur masa perjumpaan macam Rafael.

Ialah pengerusi dia Jackson, si sembang kencang.

Lepas sahaja sampai di padang, aku dan Rafael terpaksa berpecah ke khemah pasukan masing-masing. Setiap pasukan ada dua khemah. Didahului dengan pasukan scarlet, bumblebee, Indigo dan akhirnya crimson.

Disebabkan rumah sukan Rafael hanya disebelah rumah sukan aku je, dia duduk di tepi berhampiran dengan rumah sukan aku. Aku dari tadi tengah perhatikan dia dan apa yang Haiden membebel di depan hampir sahaja aku tak dengar.

Aku pelik. Kenapa Tak ada orang yang datang dekat Dengan Rafael ? Dari tadi Rafael sorang-sorang je. Orang tak nak kawan dengan dia atau dia tak suka bercampur dengan orang lain ?

" Bella sini kejap " Haiden yang berada di depan memanggil aku supaya berdiri di sebelahnya. Aku hanya menurut. Selepas itu, dia memberikan beberapa helai kertas senarai nama yang dicetak.

" aku sebagai pengerusi dan Bella sebagai naib pengerusi akan pilih peserta dengan adil lagi saksama. Jadi, untuk pemilihan ni, korang kene buat sungguh-sungguh. Kita mulakan dengan acara Larian 100m lelaki diikuti dengan perempuan. Jom kita gerak dekat platform "

Dengan satu arahan, maka kami semua menuju ke tempat yang diarahkan. Aku berjalan dengan Haiden. Di tepi Haiden pula ada Zach. And guess what ? Tepi Zach ada Ben yang dari tadi tengah tengok aku dengan pandangan tajamnya.

Ah abaikan sajalah. Yang penting sekarang aku baru perasan yang Haiden baru potong rambut. Rambut panjang dia yang paras bahu tengahari tadi sudah diganti dengan rambut ala-ala tempurung mamat kpop.

To be very honest, rambut dia nampak lembut sangat.

" Haiden, pemilihan untuk acara Larian Cosplay bila ? "

" yang tu last. Maybe dalam pukul 6.00 kejap lagi. Kau join acara tu eh ? " Soalnya balik sambil tersengih.

Kenapa aku rasa macan benda buruk akan berlaku ?

" aku curious sangat acara ni macam mana nak main, itu yang aku tulis nama aku untuk join tu. " aku cuba terangkan situasi aku.

" curiosity can kill a cat " Dia hanya ketawa kecil sambil tergeleng-geleng. Zach di tepi yang mendengar perbualan kami juga turut tersengih.

Tolong bagitahu aku apa sebenarnya acara tu ?

** 🌙 **

6.05 petang

Tanpa aku duga, mulut aku sudah melopong sejak dari tadi aku melihat benda yang berada di hadapan aku.

Tolong cakap ni hanya sebuah gurauan ?

Rafael dari jauh tengah cuba untuk sembunyikan gelaknya. Haiden dan Zach yang berada di belakang aku tidak cover langsung gelak mereka yang tak senonoh itu. Luke yang berada di hadapan aku tengah membuat tarian goyang dua jari. Suka mungkin sebab aku yang lembik ni jadi lawannya.

" memandangkan tiada lagi peserta lain yang nak masuk Larian cosplay ni, automatically, kau sudah diterima tanpa perlu membuat acara kelayakan. Tahniah ! " Haiden datang lalu menepuk-nepuk bahu aku.

" ala kau serious lah ? Aku tak nak masuk lah ! " aku protest sambil menghentakkan kaki aku.

" ops sorry, dah tak boleh patah balik ! " Zach menggerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri. Mukanya yang putih itu menjadi merah akibat aksi gelakkan aku tadi dengan Haiden.

Serious ah ni ?

" jadi, kau lawan aku ? " Luke atau apa yang boleh aku katakan juara bertahan datang mendekati aku. Ya, bagi dia memang acara ni bukanlah satu bebanan untuk dia tapi bukan aku !

Siapa je sanggup buat benda ni sia ?!

" dont worry babe, i dont play dirty. Yang muka kau takut sangat ni kenapa ? " dia tersengih-sengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun kemas.

LUKE MARSHALL NI MEMANG NAK MAKAN KAKI AKU AGAKNYA.

" kau gelakkan aku lagi, aku bagi kaki ni kang " aku memberi kata-kata ugutan. Sejurus itu, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah yang dibuat-dibuat.

" meh aku nak bagi satu teka-teki special untuk kau " Luke berjalan lalu berdiri betul-betul di sebelah aku.

" banyak-banyak surat, surat apa yang tak perlu dijawab ? "

" surat cinta kau sebab kau tak layak dicintai " jawab aku secara spontan. Marah punya pasal !

" auch Bella kau lukakan hati aku " si drama Luke mula memegang dadanya dan membuat muka ala-ala tengah derita. Kau memang elok pergi masuk audition ! Aku sepak kakinya memandangkan di beridiri bersebelahan dengan aku.

Dia mengaduh kesakitan lalu menjauhkan jarak antara kami kira-kira 10m. Ha tahu pun takut !

" salah ! Jawapannya, Suratan takdir kau ! Kau dah tak boleh cancel acara ni HAHAHAHAHAHAHAHHA " dan dengan itu aku segera kutip batu yang berada di atas tanah untuk dilemparkan ke arah mukanya tetapi kelibat dia dah hilang.

Wow cepatnya dia lari.

Nak tak nak aku kene juga masuk pertandingan tak masuk akal yang tak pernah dibuat orang ini.

Nak tahu apa dia ? Kau sabajap tunggu next chapter HAHAHAHAHAHAH

** 🌙 **

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

" aku ingatkan kau dah lari balik rumah " aku tersenyum sinis. Muka dia aku tatap dengan penuh amarah di dada. Setiap tahun, ada sahaja benda yang dia buat untuk sakitkan hati aku.

" aku bukan pengecut macam kau ! " selepas sahaja kata-kata itu dikeluarkan, aku mula mengajukan satu tumbukan ke arah mukanya.

malas nak banyak cakap, let the fist do the work.

Tumbukan aku tepat kena pada bibirnya lalu cecair merah mula mengalir menuruni muka Ben.

Dia berdesis kesakitan sebelum bangun dan mula menendang aku tetapi, aku lebih pantas dari Ben, Aku sempat mengelak tendangannya.

Namun apa yang mengejutkan aku ialah dia mula mengangkat tangannya lalu menumbuk muka aku

Dengan menggunakan buku lima.


Aku tak pernah sangka yang dia akan pakai benda tu. Kesudahannya, aku jatuh ke tanah dengan muka yang berdarah. Buku lima tu tajam sampai dapat mengorek isi pipi aku !

" DASAR ANAK SETAN ! "

Aku bangun dengan segera. Dia melurukan tumbukan lagi namun kali ini aku dapat menahan dengan tangan kiri aku. Tangan kanan aku mengambil kesempatan untuk menepis tangan kanannya dengan kuat sehingga buku lima tersebut jatuh ke tanah.

Ben dah mula naik cuak.

" siapa kau nak lawan aku ? "

Aku dah mula hilang kawalan. Aku tumbuk mukanya. Kaki aku mula tendang perutnya. Aku angkat siku aku lalu menghentak kepalanya. Dia jatuh terbaring dengan darah yang masih mengalir di hidungnya.

Belum sempat aku nak pijak mukanya, Dennis dan Keith yang entah dari mana datang menarik lengan aku.

" kau gila ke Rafael ? Aku dah cakapkan jangan gaduh dekat sekolah ! Kau nak kene gantung lagi ke sial ? " Dennis menjerkah aku dan mengheret sehingga aku terundur ke belakang.

" kau tengok apa lagi ?! Balik la gila ! "
Keith menghalau Ben. Dengan itu, Ben segera bangun dan meninggalkan kami.

" kau memang suka cari nahas kan ?! Aku dah cakap, kau nak bertumbuk pergi masuk gelanggang macam biasa ! Bukannya dekat sekolah ! " Dennis menolak bahu aku.

" kau tak payah masuk campur ! " aku memperbetulkan baju aku lalu berura-ura untuk tinggalkan tempat itu namun belum sempat kaki ini melangkah, satu suara memberhentikan langkah aku.

" you cross the last warning and that old man won't let this slide again "

** 🌙 **

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro