29 | truancy

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

" Apa kau cakap ni ? " Luke masih cuba untuk sembunyikan apa yang jadi. Kenapa nak sorokkan ? Dia tak percayakan aku ke ?

" kenapa kau tak bagitau aku yang diaorang kene gantung sekolah ? " aku mengangkat phone aku ke arah mukanya. Luke senyap dan membaca satu-persatu apa yang tertera di skrin telefon.

" Wait ! Pahal aku, Keith, Rafael, Dennis dengan Jackson tak ada dalam group kelas ? " dalam situasi macam ni boleh pula dia fikir pasal benda lain.

" dah kau anti social ! Asyik nak gerak berlima je, macam lah kau selalu sembang dengan classmate lain ! " aku tengking dia sekuat yang aku boleh. Ini fakta guys, bukan auta.

" aku tanya ni, kenapa kau tak bagitau aku ? Kenapa kau tipu aku ? Kenapa kau tak terus terang dengan aku ? " Aku tumbuk dada Luke dengan kuat berkali-kali sehingga dia terganjak ke belakang.

" kau tahu tak aku risau dekat diaorang ! " kalini mata aku dah start berair. Rasa macam nak nangis pun ada. Kalau Adam tak bagitau dalam group kelas tadi, sampai ke tahun depan pon aku tak tahu !

" ak-aku bukan nak berahsia tapi, aku malas nak bangkitkan masalah ni . Masalah kecil je pun. " dia bagi alasan tak munasabah.

" masalah kecil kau cakap ? Rafael dengan Keith kene gantung sekolah sebab gaduh ! Kau fikir ni masalah kecil ?! "

" chil la Bella. Ni bukan kali pertama. Its gonna be okay. " dia cuba untuk meraih sebuah pelukan tetapi pantas aku menolak Luke sehingga dia berganjak ke belakang kembali. Geram punya pasal, terus aku tinggalkan dia seorang. Air mata aku memang dah tak boleh bawak bincang. Habis basah muka aku.

Aku berjalan dengan cepat ke khemah pasukan Scarlet. Apabila masuk sahaja ke dalam Khemah, laungan Haiden dapat aku dengar dengan jelas.

" Bell ! Kejap lagi kau ada acara memanah tau ! start 10 minit lagi. Pencabar terkuat kau Jackson. Get ready eh " Beritahunya sambil menyusun beberapa kertas di atas meja urus setia.

Aku buat tak endah sahaja lalu berlari keluar dari khemah balik. Aku pergi ke arah pagar hadapan sekolah. Mata aku ligat memerhati sekeliling takut-takut ada orang nampak apa yang tengah aku buat sekarang.

Ya, Seketul Bella sedang cuba untuk ponteng sekolah. Gila bukan ? Tapi itulah, aku telah menerima nasihat Rafael beberapa hari lepas bahawa dalam hidup ni kita kena buat benda gila, barulah boleh merasai nikmat kehidupan.

Cun ! Tak ada orang langsung kiri dan kanan. Pak cik gurd dua orang tu pun tidak kelihatan, guru-guru pula sekarang ada dekat padang sekolah sebab sekarang acara masih belum tamat. Aku je yang larikan diri.

Mesti Haiden akan mengamuk dekat aku esok sebab lari dari acara dan curi tulang sebagai penolong dia dan naib pengerusi pasukan. Ah lantak lah ! Sekarang aku nak ponteng jugak ! Aku nak terjah rumah Rafael !

Tapi bila fikir balik, takkan aku nak ponteng dengan lari dari sekolah ? Yalah aku datang sekolah bukan naik sebarang kenderaan, Jalan kaki sahaja.

Apsal aku tak terfikir benda ni dari awal ? Aku hentak kaki, kegeraman. Geram sungguh dengan diri sendiri yang tersangat bijak.

Baru sahaja ingin berputus asa dan kembali mengundurkan diri, aku tak sengaja ternampak Dennis yang tengah kayuh basikal yang berwarna pink. Gigih betul dia kayuh basikal keluar dari perkarangan sekolah.

Adakah dia juga cuba untuk ponteng sekolah ?

Aku tersengih, syantek !

" Dennis ! " aku berlari ke arahnya sambil melambaikan tangan, dia yang terkejut dengan laungan aku segera mengusap dadanya.

" boleh mati terkejut aku kalau kau buat macam ni lagi. Ingat cikgu mana yang laung nama aku tadi, baru nak cabut " Dennis cuba untuk tenangkan dirinya yang terkejut beruk.

" kau ponteng eh ? " nada suara aku sengaja ditinggikan. Lalu, aku buat muka nak sakat dia.

" ish ! Jangan lah cakap kuat-kuat. Nanti tak pepasal abang Alex jumpa aku. Aku nak keluar makan kejap je. Lapar pulak " dia bersungguh-sungguh merayu kepada aku.

" chil, aku nak tumpang boleh ? " dan-dan rahangnya hampir sahaja jatuh akibat ternganga, terkejut dan terkaku tiba-tiba akan jawapan yang aku beri tahu.

" kau serious lah ? " dia tarik pipi aku, cuba untuk pastikan yang aku manusia betul dan bukanlah jembalang.

" God, is this really you, Bella ? " dia berbisik namun aku dapat menangkap kata-katanya.

What ? Everyone have a bad side.

" Dah ! Jom gerak, tak payah nak buat-buat terkejut " aku segera naik ke tempat duduk belakang.

"Nah pakai ni untuk keselamatan. Peluk aku kuat-kuat, Aku suka langgar lampu isyarat tau. " Dennis menghulurkan kepada aku sebuah topi keledar yang berwarna pink. Tak sekarang apesal semua benda warna pink ?

" Ala kau tak pakai tak apa pula ! " aku merungut. Lecehnya nak pakai benda alah ni.

" kau kecil lagi, aku dah besar. Budak kecil kene utamakan keselamatan" Dennis buat alasan yang kurang bijak. Padahal aku dengan dia sebaya. Acah macam dia tua lagi dari aku pulak ! Aku hanya layankan sahaja.

" by the way, ni basikal kau ke ? " aku bertanya soalan yang sudah lama bersarang di dalam otak aku. Tertanya-tanya juga kenapa mamat ni beli basikal pink, topi keledar pink, ada reben dan bakul kecil lagi. Loceng pun ada. Agak lawak kalau tengok dia yang bawak. Tak sesuai langsung dengan muka gengster dia tu !

" entah basikal budak mana aku rembat. Salahkan dia sebab tak rantai basikal sendiri. " aku gelak. Bukan Dennis lah kalau tak rembat barang orang !

" kenapa tak naik super bike kau ? " selalunya dia datang sekolah dengan kesayangan dia tu.

" hari ni driver aku yang hantar. Tak dapat nak bawak kesayangan aku lari bersama sebab tayar pancit. Tapi tak apalah. Rembat basikal orang pon jadi lah " dia mula mengayuh basikal dengan sederhana laju meninggalkan kawasan sekolah.

Dalam perjalanan, aku dan dia berbual-bual. Best woi kalau jumpa member yang masuk kandang sama-sama ni !

" kau nak pergi cari makan dekat mana ? " jangan cakap nak pergi Mall sebab Mall dengan sekolah agak jauh. Boleh semput kalau dia kayuh basikal ke sana.

" dekat rumah Rafael. Aunty Mel dah balik semalam. Kau kene try masakan dia ! Sedap tak terkata sampai menjilat jari kaki ! Dia dah mesej aku suruh datang tadi. Macam tahu-tahu je sekarang masa makan dan masa ponteng aku " Dennis sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Aunty Mel ? Mungkin tukang masak professional kepunyaan keluarga Rafael ? Entah la, aku teka sahaja.

" cun lah! Aku pun nak pergi rumah Rafael ni ."

" apsal kau nak pergi rumah dia tiba-tiba ? Aku ingatkan kau nak ponteng suruh hantar balik rumah."

" dah kecoh dah yang Rafael dengan Keith kene gantung sekolah sebab gaduh. Aku rasa masalah berpunca dari aku, jadi aku kene betulkan balik. Aku tak nak Rafael dengan Keith gaduh. "

" ala nanti esok lusa okay lah tu. Benda kecil je "

" kenapa Luke pun cakap benda sama ? Kenapa korang fikir benda ni kecil sahaja ? "

" Bell kau kene faham. We already get used to this. Masalah kecil macam ni kitaorang dapat handle. Lagi pula Rafael yang gila nak tumbuk Benjamin sampai lunyai itu yang Keith pergi halang. Tapi lain pulak jadi, gaduh pulak dua orang tu. "

" di-dia pergi serang Benjamin lagi ? "

Dennis mengangguk.

" Jangan cari pasal dengan Rafael. He know how to teach you a lesson. "

" tapi kenapa ? Ben hanya cari pasal dengan aku. Kenapa dia naik angin ? "

" He touched you and Rafael doesn't like it. "

" but, why ? "

" jawapan tu hanya ada pada Rafael. Aku tak dapat nak jawab, Bell. " Dennis senyum. Aku sendiri tak tahu maksud senyuman tu.

Selepas setengah jam mengayuh basikal. Akhirnya sampai juga di hadapan rumah Rafael yang besar gedabak. Aku menekan loceng rumah manakala Dennis pergi parking basikal yang dia rembat dekat sebelah pokok cherry. Tak ada lah parking sangat, dia pergi campak basikal tu. Salam takziah kepada pemilik basikal.

Setelah beberapa minit, pintu dibuka dari dalam. Baru sahaja aku nak membuka mulut membebel dekat Rafael tetiba sahaja mulut aku terkunci apabila melihat seorang wanita yang mungkin berumur awal 40-an sedang berdiri di hadapan aku. Cantik Aunty ni. Kata aku dalam hati.

Aku tercegat depan pintu macam orang bodoh. Janggal sebab aku tak kenal dia. Dia pula hanya melihat aku dengan kebingungan. Aku tak tahu nak cakap apa sampailah Dennis datang.

" Aunty Mel ! Long time no see ! " Dennis berpeluk sekejap dengan Aunty Mel yang aku tak tahu siapa. Mula-mula aku ingatkan dia tukang masak tapi, aku tak yakin bila lihat penampilan dia. Mungkin ni kakak dia ? Or mak sedara dia ? Entahlah ! Perempuan itu membalas pelukan Dennis, mesra.

" Bella, ni mama Rafael. Aunty, ni Bella, classmate kitaorang. " katanya selamba.

MAMA ?

Jadi kubur siapa yang Rafael dan aku pergi haritu ?

**🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro