34 | kiss

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

Setelah penat lelah prank si Rafael, benda yang ditunggu-tunggu pun dah tiba ! Iaitu makan. Yes, dari tadi aku dah terliur tengok makanan yang tersusun cantik atas meja tu.

" Raf, kau dah bukak ke belum hadiah aku ? " Luke memandang Rafael yang duduk bertentangan dengannya.

" dah. Macam biasa, hadiah kau yang paling tak berguna setiap tahun" Rafael jawab selamba sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Luke pula buat-buat terluka dengan kata-kata Rafael sambil pegang dadanya. Ceh dramatik.

" Tapi aku rasa hadiah aku yang paling berguna. Boleh bimbing kau ke arah masa depan yang cerah. ". Dia menegakkan juga isu hadiahnya yang paling berguna. Kenapa Rafael tak suka ? Luke dah bagi apa dekat dia ?

" kau bagi hadiah apa Luke ? " Aku terus tanya sebab perangai ingin tahu aku ni memang tak boleh bawak bincang.

" aku bagi dia buku cara-cara nak jadi pelajar yang berguna. "

FUHHHHHH

Keith yang baru sahaja meneguk air strawberry milk shake itu tiba-tiba tersembur keluar dari mulutnya apabila mendengar jawapan yang tak dijangka oleh Luke. Terbatuk-batuk anak orang dibuatnya.

Random sangat Luke ni. Memang kreatif.

Kyle segera menepuk belakang Keith perlahan manakala Jackson menghulurkan segelas air kosong bagi melegakan tekaknya. Kesian Keith, muka dia yang putih melepak tu habis merah menahan rasa.

Dennis akan menjadi Dennis. Gelak sampai makanan hampir terkeluar melalui hidungnya. Tak senonoh ! Aku tak akan percaya kalau ada orang nak kahwin dengan dia suatu masa nanti !

" balik rumah study buku tu betul-betul ! Confirm masa depan kau tak gelap ! " Dennis lap tepi matanya yang berair dengan tisu.

" aku nak buat peraturan baru. Masa makan jangan buat lawak kalau tak nak aku mati tersedak. " Keith mencelah setelah tekaknya berasa lega. Muka dia tiada secalit pun senyuman, jadi dia sedang serious sekarang. Tapi Dennis tidak kisah. Dia masih teruskan aktiviti gelaknya.

" Raf, kau tak nak tanya macam mana kitaorang kerjakan Ben and the gang ? " Jackson tiba-tiba ubah cerita kerana tak nak suasana jadi tegang.

" bukan korang semua tipu aku ke pasal Ben datang ? " Rafael angkat kening, bingung.

" mana ada. Diaorang memang datang lah " Jackson menafikan.

Rafael perhati muka kami seorang demi seorang untuk pastikan tiada siapa yang menipunya.  Lepas berpuas hati dengan tilikannya dia mengangguk menyuruh untuk Jakcson bercerita dengan lebih lanjut.

[ F L A S H B A C K ]

" muka sebelah kiri kau dah cukup kemik dah kesan tumbukan Rafael haritu. Hari ini kau datang dan cuba buat hal kat sini sebab kau nak aku kemikkan muka kau sebelah kanan pula ke ? Im free to do that. Bring it on asshole. " Luke dah angkat kedua belah tangannya yang dikepal menjadi penumbuk. Dia seorang pun dah cukup untuk tumbangkan Ben, Jay dan Harris. Just a piece of cake katanya. Yang lain hanya menonton dari dalam memandangkan cermin disitu boleh melihat dengan jelas apa yang jadi di hadapan kedai.

Aku nampak Ben dah telan air liur. Mungkin gentar dengan apa yang Luke cakap. Jika tumbukan Rafael dah boleh buat muka dia menanggung 1001 kesakitan, tak mustahil untuk Luke menambah lagi kesakitan yang dia alami sekarang jadi dia ambil keputusan untuk beredar dan pergi membeli coffe ke kedai di seberang sana.

" ceh, baru je nak panaskan badan. " Luke meludah air liurnya ke tepi. Dia kemudian masuk ke dalam cafe balik.

" masalah dah selesai. " dia sengih dan angkat ibu jari. Tetapi langkahnya berhenti saat melihat aksi pelik yang ditunjukkan oleh mereka yang lain.

" guys, korang nak buat kejadah apa ni ? "

Dennis tengah paksa aku buka mata luas-luas manakala Jackson tengah sibuk tiup-tiup mata aku. Keith tengah pegang berus make up dan lipstick. Entah apa dia buat dekat leher aku pun aku tak tahu.

" Jangan cakap korang nak prank Rafael ! " entah kenapa dia bunyi sangat teruja. Luke terus datang mendekati kami dan cuba untuk menolong apa yang patut. Katanya, setiap tahun Rafael tak pernah termakan dengan prank diaorang. Semua tak menjadi sebab mata lelaki itu sangat tajam memerhati dan tahu apa yang sedang berlaku. Luke pun tak tahu macam mana Rafael boleh jadi sangat teliti begitu.

" fake hickey dah siap. I bet Rafael gonna be so mad about this. " Keith bangga dengan hasil karyanya di leher aku.

" Okay Bella, kau kene ingat apa kejadian sedih yang pernah kau lalui. Barulah kau boleh menangis. " Jackson memberi cadangan. Sebab sekarang drama air mata masih tak menjadi.

Bertapa strugglenya mereka untuk menjadikan prank ini berjaya. Kyle juga turut membantu. Dia cuba ubah tempat ini supaya menjadi kucar kacir sedikit supaya ianya kelihatan seperti baru lepas bergaduh.

Dan selepas itu mereka mengambil tempat untuk bersembunyi, menanti ketibaan birthday boy.

[ E N D O F F L A S H B A C K ]

" you are lucky I don't go out of control. "

Jawapan Rafael buatkan kami semua diam. Seolah-olah tahu apa yang akan jadi jika Rafael hilang kawalan.

Tok Tok.

Pintu cafe tersebut diketuk dari luar. Jackson bangun dari tempat duduknya untuk membuka pintu. Dia tahu siapa yang sudah sampai.

Bila pintu dibuka, terpacul lah muka Sir Alex, Aunty Mel dan si kecil Chloe. Aku perasan yang bibir Rafael membentuk satu senyuman yang kecil selepas melihat orang yang mereka sayang tiba. Tetapi dalam otak aku ligat berfikir dan tertanya-tanya di manakah papa Rafael berada.

Ya, aku tidak pernah nampak dia. Muka dia pun aku tak tahu macam mana. Malah, mereka yang lain juga tidak pernah berceritakan tentang hal itu.

" Rafael ! I buy you a limited edition barbie mermaid doll as your birthday present! " Chloe berlari ke arah Rafael sambil memegang satu kotak yang dibaluti kertas hadiah berwarna pink.

" How many times do I have to tell you Chloe ? Im a grown up man. I dont play with doll. " Rafael merungut. Aku dah tergelak kecil. Comel bila mereka berdua bergaduh manja !

" but I bought this using my Own money ! " Chloe menjuihkan bibirnya dan mula mengundurkan langkahnya tanda ingin merajuk namun Rafael pantas menarik tangan si kecil itu dan memeluknya. Dia mengambil kotak tersebut dari tangan Chloe.

" just kidding. I love it. " dia memeluk Chloe dan mengusap rambutmya dengan penuh kasih sayang seorang abang. Dalam hati, aku dah cemburu dengan Chloe sebab ada abang sebaik Rafael. Aku sejak dulu lagi inginkan adik-beradik tetapi nak buat macam mana. Aku anak sulung dan selepas aku lahir, mama cakap papa dah hilangkan diri.

" I bring some chocolate cupcakes for everyone! " Aunty Mel datang dengan cerianya dan meletakkan beberapa bekas berisi cupcakes di atas meja. Rafael dah gulingkan mata dan aku tahu kenapa ! Dia tak suka makanan yang manis dan melihat pada muka Aunty Mel, aku pasti yang dia tahu mengenainya tetapi sengaja untuk buat Rafael rasa annoyed.

" and for you ! Nah ! " Aunty Mel tiba-tiba mencampakkan satu kunci kepada Rafael setelah melihat anaknya itu masam mencuka. Aku tak pasti itu kunci apa.

" jangan cakap yang tu kunci kereta baru ! " Luke dah menjerit. Aunty Mel hanya mengangguk, membenarkan apa yang Luke teka.

" ma ! You should buy me one instead of giving it to him ! " Sir Alex menyampuk dan agak cemburu dengan hadiah yang diberikan oleh aunty Mel kepada Rafael. Rafael hanya tersenyum sinis ke arah abangnya itu dan buat muka bangga dia.

Aku hanya duduk menekur lantai. Tak tahu nak buat apa dan hanya selesa menjadi pemerhati. Hadiah mereka semuanya hebat-hebat. Aku tak rasa hadiah aku dapat tandingi hadiah orang lain.

Walaupun aku beli hadiah tersebut menggunakan separuh duit aku dari wang simpanan di dalam account bank.

" Minion, mana hadiah aku ? " Rafael tiba-tiba datang mendekati aku yang duduk seorang di atas sofa. Dia menghulurkan tangannya. Aku hanya menjuihkan bibir aku ke arah beg kertas putih yang berada di tepi meja.

" go take it for me . " aku bangun dan mengambil hadiah tersebut lalu hadiah tersebut bertukar tangan.

" kalau tak nak, kau boleh bagi aku balik tau . " aku berkata perlahan namun aku tahu dia dengar sebab dia dah tengok aku seperti mahu ditelan sahaja.

" and why should I do that ? Aku suka apa sahaja yang kau bagi. " Rafael mengeluarkan Jacket tersebut dan dia sarungkan pada badannya. Muat ! Tepat sekali saiz yang aku teka.

Aku lihat orang lain sudah pun bergembira dengan melihat movie di skrin layar besar dan sedang berbual-bual, mengabaikan kami. Aku dan Rafael berada agak jauh dari mereka. Seolah-olah berada dalam dunia kami sendiri.

" I want one more present. " dia dekatkan mukanya pada muka aku secara mengejut.

" apa benda ? " aku dah mula gugup. Aku larikan padangan mata aku daripada melihat mata hazelnya yang bersinar cantik itu.

" be my first kiss. " dia buat muka nakal. Aku agak terkejut dan pipi mula membahang. Huh benda mengarut apa yang dia mintak ni ?

" ish tak na-

CUPPPPPPP

" I wouldn't mind kissing your lips everyday. "

Badan aku serta-merta mengeras. Jantung berdegup kencang dan pipi mula merona merah. Walaupun ia terjadi untuk beberapa saat sahaja, dapat aku rasa hangatnya bibir dia tadi.

He steals my first kiss !

**🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro