36 | stay

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEITH ANDERSON LAU [ POV ]

" BELLA ! " jeritan seseorang yang ada dalam kelas tu membuatkan semua orang berpaling ke arahnya. Aku tak tahu nama dia apa sebab selain daripada Luke, Rafael, Jackson dan Dennis, aku hanya bercakap dengan Bella.

Rafael yang lebih tangkas dan cepat daripada aku telah pun selamat menyambut badan Bella daripada tumbang ke lantai. Serious aku tak boleh nak brain dengan apa yang jadi. Tadi aku tengok dia okay sahaja, dan sekarang dia tiba-tiba pengsan ?

Luke daripada tadi tahan diri untuk tidak menjerit. kau tahu lah kan,  Antara kami berlima, dia yang paling terkenal dengan sifat kelam kabut yang amat. Luke gigit bibirnya daripada mengeluarkan suara.

Manakala Jackson cepat-cepat tutup mata Dennis supaya tidak melihat perkara yang jadi. Aku tahu ini agak merepek tapi Dennis ada penyakit misteri sejak dari tingkatan 4 lagi. Dia tak boleh tengok orang pengsan sebab nanti dia akan pengsan sekali. Aku pun tak tahu mana dia dapat penyakit macam tu. Parents dia dah bawak dia pergi jumpa doktor pakar tapi doktor sendiri tidak menemui ubat untuk mengubati penyakit misteri tersebut. Kata Doktor, penyakit ini terjadi mungkin daripada peristiwa buruk yang pernah berlaku ke atasnya sehingga dia trauma.

" Sir, I think we need to bring Bella to the treatment room. " aku segera memberitahu Sir Evan dan dia mengangguk tanda setuju. Rafael segera mengangkat badan Bella lalu berlari menuju ke bilik rawatan. Dia abaikan sahaja mata-mata yang mula memandangnya pelik.

Ya. Seorang Rafael Adrean Sullivan tidak pernah kesah pasal orang. Jadi, siapa yang tak terkejut kalau dia tiba-tiba tolong classmate yang jatuh pengsan ? Aku, Luke, Dennis dan Jackson hanya diam sahaja, memahami kenapa dia bertindak sedemikian.

Aku juga turut keluar dari kelas diikuti dengan mereka bertiga. Perkara tersebut telah mengundang jeritan daripada Sir Evan.

" get back here boys! Just let only Rafael bring her to the treatment room! "

Namun jeritannya kami abaikan sahaja. Memekak pulak Sir berjanggut ni. Bingit tul.

Sampainya di sana, Rafael segera meletakkan Bella di atas katil dan menyuruh Doktor yang bertugas disitu memeriksa keadaan Bella.

Kau tahu ? Hari ini kita melakar sejarah. Diantara kami berlima, aku tak rasa yang Luke sahaja yang bersifat kelam kabut. Sekarang Rafael nampak sangat kelam kabut. Mengalahkan Luke si kepoh. Sampai Doktor yang hampir separuh umur itu pun dijerkahnya sebab lambat buat kerja.

Setelah memeriksa keadaan Bella, Doktor bagitau yang Bella pengsan disebabkan panic attack sehingga membuatkan dia sukar untuk bernafas. Dia perlu bertenang dan rehat secukupnya atau boleh dikatakan tidur untuk fast recovery.

Tapi sekarang dah satu jam berlalu. Rafael dah start bising. Mamat ni mana tahu maksud sabar tu apa. Dari tadi menyumpah-nyumpah bagai esok hari tiada.

" calm down Rafael ! Dia cuma pengsan, bukan mati. Look at that damn machine ! She is still breathing! " aku ketuk kepalanya sebab terlalu geram. Sekarang, aku seorang sahaja yang boleh diharap untuk mengawal keadaan. Yang lain dah elok landing atas sofa sambil layan My Little Pony.

" Tinker Bell, you're awake ! " Luke yang tiba-tiba perasan Bella dah bangun mula menjerit seperti biasa. Dia mula bangun dan mendekati katil Bella diikuti yang lain.

Rafael sempat menyuruh doktor tersebut keluar dari bilik. Katanya kalau ada orang tua itu pun bukan boleh buat apa-apa pon. Useless.

Rafael memang kena masuk kelas macam mana nak jaga adab. He's a walking red flag since forever.

" feeling better now ? " Dennis bertanya sambil memegang bahu Bella. Pertanyaannya dibalas oleh anggukannya.

Jackson menghulurkan segelas air kepada Bella bila perasan yang bibir dia kering dan pucat. Bella capai dan meneguknya sehingga habis.

" kau tahu tak semua orang terkejut bila kau pengsan secara mengejut tadi ? " aku dah nak start membebel tapi boleh pulak budak kecik ni senyum.

" Dia lelaki yang kacau kau dekat mall haritu kan ? " Rafael yang diam dari tadi tiba-tiba bersuara. Dia berpeluk tubuh dan menanti jawapan daripada Bella. Sekarang aku dan yang lain betul-betul keliru. Tidak tahu apa yang mereka bualkan.

" ka-kau ingat ? " tersekat-sekat suara Bella cuba untuk menjawab. Semua mata mula tertumpu ke arah mereka berdua.

" Bella, jenama baju dia pakai pun aku still boleh ingat, warna mata dia, gaya rambut dia, suara dia ! Mustahil untuk aku lupa muka dia! Bagitau aku, kenapa haritu muka kau pucat bila nampak dia ?dan sekarang kau pengsan pula ! Tell me Bella, apa yang dia dah buat dekat kau sampai kau jadi takut macam ni ? " Rafael melihat Bella tajam. Tidak dinafikan Rafael memang mempunyai daya ingatan yang kuat dan penglihatan yang cekap. Sekali dia scan memang terus tersimpan dalam otak dia tu.

Bella agak terkejut dengan apa yang keluar daripada mulut Rafael. Dia terkaku seperti patung manikin.

" Relax Raf, dia baru sedar je tu " Jackson menyiku lengan Rafael tetapi Rafael masih berkeras inginkan jawapan. Memang betul apa yang Jackson cakap tapi sekarang aku sendiri pun rasa ingin tahu tentang apa yang dia cuba sembunyikan.

Bella menggoyangkan tangan dia ke kiri dan ke kanan lalu tersenyum ke arah Jackson, memberi isyarat supaya dia tidak apa-apa dan akan menceritakan segalanya.

Dan cerita dia pun bermula membuatkan kami terkejut besar.

[ E N D O F F L A S H B A C K ]

**🌙**

BELLA ROSALLES [ POV ]

Selepas apa yang jadi tadi, Rafael tak bagi aku balik jalan kaki. Dia hantarkan aku balik ke rumah. Nasib baik dia tak datang dengan superbike dia. Kalau tidak makin pening kepala aku sebab dia bawak motor laju gila. Silap haribulan boleh tercabut kepala.

Aku keluar daripada kereta dia. Tetapi dia juga turut keluar dan mendekati aku.

" anything, just call me. Jangan sembunyikan apa-apa lagi daripada aku. " Rafael tarik kepala aku supaya berada dekat dengannya. Kemudian dia menunduk dan mengucup dahi aku.

Terasa macam sekumpulan rama-rama berterbangan dalam perut aku. Ah sudah.

Aku terkejut. Namun tidak pula aku menolak. Selepas beberapa saat, dia melepaskan aku dan masuk semula ke dalam keretanya. Sebelum masuk ke dalam rumah, aku sempat melambai-lambai tangan aku ke arah Rafael.

Bila masuk sahaja rumah, aku baru teringat yang aku tinggal seorang. Masih ada tiga hari lagi untuk menunggu kepulangan mama. Hm bosannya.

Masuk sahaja rumah aku terus kunci pintu untuk keselamatan. Aku panjat tangga menuju ke bilik tidur aku untuk membersihkan diri. Lepas sahaja siap mandi dan berpakaian, aku capai phone dan buka aplikasi Netflix.

Sekarang aku cuba untuk lupakan apa yang berlaku. Aku tak nak serabutkan kepala aku dengan muka si taguna itu. Nak tak nak aku kene hadap muka dia hampir setiap hari. sebab kami dah sekelas. Aku masih takut tapi aku tahu, aku tak perlu nak rasa macam tu lagi sebab aku ada Mereka Yang boleh aku panggil sebagai kawan. Mereka akan lindungi aku. At least, itu yang aku percaya dan harapkan.

Tangan aku ligat scroll phone mencari movie apa yang menarik perhatian untuk ditonton sambil makan. Waktu macam ni memang elok lah kalau aku layan movie, tak adalah aku mati kebosanan nanti. Lagi pula, tak adalah sunyi sangat suasana dalam rumah ni.

Aku turun ke dapur untuk siapkan makan petang. Setelah 20 minit, semua makanan tersedia. Aku letak phone dekat atas meja makan

Time to dig in.

Setelah itu, aku bangun dan baring menelentang di atas sofa ruang tamu. Aku pandang siling yang tengah pandang aku dari tadi. Kami sama-sama memerhati sesama sendiri.

Dan yeah sekarang tak tahu nak buat apa. Aku tengah menggelupur kebosanan. Aku bangun balik dan berjalan ke peti sejuk. Rasa macam nak makan ice cream pula. Tapi bila buka je peti, bekas ice cream pun tak ada. Aku ketuk dahi, lupa yang minggu lepas dah habis.

Ding !

Telefon berbunyi.

Keith si sepet.
- shorty, you good ?

Me
- not really. Craving some ice creams .

Keith si sepet
*Seen*

Cis ! Kecewa gila bila tengok Keith hanya seen mesej aku. Mungkin dia tengah busy kot. Aku cuba berfikiran positive. Dia dah offline. Aku tutup peti balik dan pergi ke arah sofa. Tv aku pasang dan terpampang cerita spongebob square pants. Ah lanyankan sahaja.

Beberapa minit menonton kartun tersebut, mata aku dah start memberat. Aku menguap. Baru je nak tidur tiba-tiba dengar pintu rumah di ketuk. Aku tengok jam di dinding yang terus berdetak.

Pukul 5:15 petang.

Siapa pula yang datang ?

Aku abaikan sahaja. Mungkin orang pakistan jual carpet kot. Dia selalu datang waktu macam ni. Berniaga rumah ke rumah. Dah sebulan dia tak datang sebab balik kampung dia dekat pakistan sana, tak sangka dia dah balik dah. Heh Elok aku tidur sahaja daripada layankan dia. Tetapi pintu di ketuk makin laju.

Aku bangun dengan malas dan bukak pintu secara kasar.

" dey ane. Saya tak nak beli carpet lah. " aku menghalau sambil mengibas-ngibaskan tangan menyuruh dia pergi. Mata dah tertutup sebab mengantuk.

" muka aku ni memang sesuai jadi tukang jual carpet ke Bella ? " mata aku terbeliak luas bila dengar suara yang amat aku kenali.

Mata sepet.

Tinggi macam tiang lampu.

Pakai braces.

" hehe hai Keith. " aku cover malu. Dia dah terkebil-kebil tengok aku. Memandangkan aku lupa kunci pagar rumah, dia dah berada di hadapan pintu.

" kau buat apa dekat sini ? " tanya aku bingung. Tadi bukan main seen mesej aku.

" I brought some ice creams. " dia angkat plastic beg yang berada di tangannya. Ice cream milo !

" favorite aku ! Mana kau tahu ?! " aku dah teruja habis sampai terlompat. Keith senyum.

" I dont know. Aku beli apa yang aku suka. I guess we have the same taste in ice cream. " ucapnya. Aku pelawa dia masuk dan kami menuju ke dapur untuk ambil sudu dan gelas.

Siapa nak tolak ice cream milo ?! Sedap ni ! Makan benda ni seminggu straight pun aku tak kisah !

" mana mama kau ? " setelah puas scan segenap rumah aku, Keith mula bertanya.

" dia pergi vacation dengan boss and coworkers dia. " kata aku kemudian terus menyumbat sudu yang berisi ice cream milo ke dalam mulut.

" bila balik ? "

" tiga hari lagi. "

" Hah? Jadi, kau tinggal sorang untuk tiga hari ni ? Are you serious? " dia terkejut besar.

" why would i kidding ? " aku sumbat lagi ice cream dalam mulut. Fuh nikmat betul.
Kalau makanan depan mata, orang di hadapan dah tak menarik untuk dilihat.

" it's dangerous! Let me stay here with you ! " dia dah gelabah teruk. Kenapa hari ni ramai orang yang gelabah mengalahkan Luke ? I don't understand.

" No, I will stay here with her " Rafael tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Aku yang terkejut hampir sahaja tercekik ice cream.

Kalau hari-hari macam ni letih la sial, apa benda hanat. Bagi lah aku habiskan ice cream ni dulu.

**🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro