53 | gone

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

" buka surat dan peta tu bila kau dah ready. Jangan paksa diri sendiri. " Rafael tepuk perlahan bahu aku. Dia memberi senyuman yang hangat supaya aku dapat kutip semangat aku balik.

" okay. Maybe aku akan buka benda ni dengan mama dekat rumah nanti. " walaupun aku ada penyakit rasa ingin tahu yang tinggi, aku tak boleh buka terus. Keadaan aku masih tak berapa okay. Dah terlalu banyak benda aku tahu dalam masa sehari. Jadi, otak aku perlukan rehat.

Aku kembali melihat satu kotak kecil yang berada dalam pegangan tangan aku. Mungkin nenek cuba beritahu sesuatu kepada aku dan mama. Lagi pula, surat ini ada dua. Satu kepada mama dan satu kepada aku.

Aku harap apa yang aku baca nanti adalah berita yang baik.

Sebab aku sudah letih nak jadi sedih lagi. Terlalu banyak tenaga diguna untuk keluarkan air mata. Sia-sia sahaja tahu tak ? Lagi pula, cukuplah setakat ini sahaja. Rafael dan mereka yang lain dah banyak hari tengok mata aku bengkak. Aku dah macam panda dekat dalam zoo pula.

" sekarang kita nak pergi mana ? " lupa aku nak tanya Rafael. Sudah beberapa minit ada dalam kereta yang sedang bergerak ini baru tergerak hati nak tanya.

" hospital. Jackson dah sedar "

" WHAT ?! " disebabkan terkejut sangat, aku terbangun dari tempat duduk dan kepala aku terhantuk dengan bumbung kereta. Benda macam ni dia buat senyap kenapa ?!

Patutlah dari tadi angin dia macam elok sahaja !

" baguslah. Bagitahu je 10 dekad kemudian. " aku peluk tubuh. Hati dah panas gelegak.

" ikutkan perancangan memang nak buat macam tu tapi takut ajal aku sampai kang tak sempat nak bagitahu. "

" k " aku terus membuang pandangan ke luar tingkap. Terlalu sakit hati untuk tatap muka dia walaupun muka penyejuk mata Eh menyempat.

Tapi boleh pula dia tergelak-gelakkan aku. Aku terus pejam mata sebab tak nak tengok dia gelak. Selepas beberapa minit, dia senyap. Bagus lah kalau tahu macam mana nak senyap !

" Bella " suara dia berbunyi memanggil aku.

Aku buat tak endah sahaja.

" Bella Rosalles "

Aku buat-buat tak dengar sambil tutup telinga.

" minion "

Muka selamba ditunjukkan, langsung tidak menyahut.

Senyap.

Sampailah aku rasa macam ada orang buka pintu di sebelah aku dan membuka seatbelt yang aku tengah pakai. Kemudian, badan aku terasa bergerak dengan adanya dua tangan mengalihkan.

Buka-buka sahaja mata, Aku nampak Rafael tengah angkat aku gaya ala-ala bridal style tak berapa nak sweet sangat. entah macam mana dia boleh angkat aku walaupun tangan dia tu masih berbalut hasil daripada terkena tembakan.

" kau buat apa ni ? " aku marah dia sambil menampar lengannya.

" buat kuih dan muih beraneka macam macamlah jangan hanya di pandang " dia dah start buat muka bosan.

" aku boleh jalan sendiri lah ! " aku segera turun.

" lain kali aku panggil tu menyahut, bukan membisu. " dia segera tarik tangan aku dan masuk ke dalam hospital tersebut.

" aku nak masuk kedai tu kejap nak beli air, kau tunggu kat luar. " arahnya dan aku seperti anak kecil, hanya menurut. Bukan apa, aku tak nak bergaduh dengan dia dekat tempat ramai orang macam ni, memalukan ! Nanti orang salah faham.

Aku hanya berdiri di luar kedai, setia menunggu dia tetapi tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki datang mendekati satu rak yang menempatkan pelbagai jenis roti yang berada di sebelah aku. Aku tak rasa pelik pun tapi bulu roma aku terus berdiri tegak bila dia dah macam asyik tengok aku dan bukan nak beli roti. Dia perhati aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan, Tapi yang pastinya dia ada niat tak baik !

Semakin aku menjauh, semakin dia mendekat. Aku kaku, dia pun berhenti bergerak. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Suara Rafael bergema.

" stop staring at her, she's my girl . " suara tenang tetapi penuh ketegasan. Muka dah menyinga tapi masih dikawal. Mungkin dia tak nak buat hal dekat kawasan orang ramai macam ni.

" Sorry, aku just nak tanya soalan sahaja pada dia. " Lelaki tadi nampak kelam kabut. Terkejut mungkin bila nampak kehadiran Rafael yang tidak dia jangka.

" piss off and don't come back because I swear to God, I won't hesitate to kill you. "

Tak sempat mata aku berkelip, lelaki tadi dah hilang dari pandangan. Wow, hebat betul penangan Rafael. Hanya sekadar kata-kata, orang sudah lari.

" dah jom. " dengan muka yang tegang, dia memberi arahan lagi. Aku tak berani nak berbunyi sebab mood dia tak okay. Kang nanti dengan aku sekali dia telan.

**🌙**

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Jackson, aku dapat melihat satu batang tubuh seorang Luke. Aku tertanya-tanya kenapa dia tak masuk dalam.

" asal tercegat dekat sini ? " kening aku dijongketkan.

Luke pandang aku dan Rafael setelah perasan yang kami berdua sudah sampai. Luke nampak risau. Entah apa pula kali ini yang jadi.

" Jackson... " suaranya berbunyi tetapi ayatnya tergantung sepi sahaja.

" kenapa dengan dia ?! " aku tarik bajunya. Luke nampak serba salah untuk membuka mulut.

Apa lagi kali ini yang jadi Ya Tuhan ?

" dia hilang ingatan. Dia langsung tak ingat aku dan semua orang. Dia ingat daddy dia dan adik dia, Jade sahaja. Apa kita nak buat ni ? " Luke pegang kepala dia. Rambut dikusutkan.

Aku dah terkaku dan Rafael hanya membisu sejak dari awal lagi. Rafael dengan selamba memulas tombol pintu dan menolaknya seluas yang boleh.

Air mata jernih aku mula keluar. Tak sanggup nak berhadapan dengan orang yang selama ini aku berharap dia bangun tetapi apabila dia bangun, dia langsung tak ingat aku seolah-olah kami tidak pernah kenal dan itu sangat menyakitkan.

" they are here ! " sambut Dennis. Dia nampak sangat ceria berada di sebelah Jackson yang sedang duduk menyandar di atas katil. Yang peliknya sekarang, ape pasal muka Jackson elok-elok je happy layan Dennis dan Keith ?

" Do you miss me Jinger Bell ? " suara Jackson yang serak dan kasar seperti sudah banyak hari tidak minum air menyapa telinga aku dan aku dah tersedar sesuatu.

" tidak ku sangka aku ada bakat berlakon sinetron . " terkekek Luke dari belakang. Baboon punya Luke !

Maka aksi kejar mengejar antara aku dan Luke pun bermula sambil aku menyeru segala nama haiwan dalam hutan khas untuknya. Tak guna mamat ni mati-matian aku percaya. Dia ingat lawak ke ?!

Yang lain dah ketawa, aku buat muka menyinga dan marah mereka balik.

" diam ah ! " tapi makin mereka ketawa. Tak makan saman langsung !Muka aku membahang terus dan aku boleh agak yang warnanya sudah bertukar menjadi warna merah.

" okay-okay sorry. Kalau nak tibai aku, Nah pukul lah dada bidang aku ni " Luke menghampiri aku dan mendepakan tangannya, tidak lupa juga dia sengaja berdiri mendada. Perasan betul !

Peluang tak dilepaskan ! Aku pukul dada dia dengan tangan kecil aku. Entah sakit ke tidak sebab dia nampak steady je. Makin aku rasa sakit hati bila dia tidak membunyikan suara mengaduh kesakitan.

Aku pukul dia tak berhenti sampailah Rafael pegang tangan aku untuk menghalang. Kemudian dia tarik aku supaya berada dekat dengannya dan segera memeluk bahu aku pergi ke arah katil Jackson.

" hek eleh Raf, aku nak bergurau manja dengan Bella pun tak oleh, kedekut ! " Luke mencebik. Rafael memberi jelingan yang sangat tajam dan dalam. Aku hiraukan sahaja. Entah apa yang perlu mereka gaduhkan.

Aku pandang Jackson. Jackson seperti bingung dengan pandangan aku kerana dia mula mengangkat keningnya yang sempurna terukir.

Dah berapa lama aku tunggu dia untuk bangun. Dia yang sudah memberanikan diri datang menyelamatkan aku seorang diri. Langsung tidak fikir tentang diri sendiri. Yang dia tahu ialah dia nak kawan dia selamat. Aku tak pernah jumpa orang yang macam dia.

Aku terlalu bersyukur bila dia masih bernafas.

Teringat aku sewaktu dia bercakap seolah-olah dia akan mati pada hari itu, hati aku terasa sakit. Dia berlawan dengan hanya menggunakan tangan dan kaki sedangkan pihak lawan mempunyai pelbagai jenis senjata di tangan. Bila-bila masa sahaja nyawa dia akan melayang.

Tapi langsung dia tidak gentar.

Disaat aku mula hilang harapan, dia datang dari atas siling dan melompat turun. Dia ikut aku dan yang lain dari awal sewaktu ke majlis sehinggalah ke tempat kejadian.

Jackson, kau memang hero sejati.

" hey kenapa kau menangis ni. Aku ada lagi kan ? " Jackson sengih. Air mata yang menuruni pipi aku dia cepat-cepat kesat dengan ibu jarinya.

" kalau macam tu jangan buang tabiat pergi cakap benda bukan-bukan! Nah ambil balik rantai kau ! " aku membuka rantai yang pernah dia bagi pada aku. Rantai mendiang abangnya, Jason. Aku tak layak memiliki rantai ini. Tapi aku sudah terasa gembira kerana diberi amanah untuk menjaga barang yang berharga ini. Itu bermakna dia percayakan aku.

Aku jaga dengan sangat rapi bagai ianya seperti nyawa aku sendiri. Kerana kalau bukan disebabkan Jackson, belum tentu aku masih berdiri sihat di sini. Sepatutnya aku yang berada di tempat dia. Terlantar di atas katil. Tangan dipenuhi dengan wayar dan badan serta muka dipenuhi luka.

" alalala marah nye dia . " Jackson gelak sambil mengusutkan rambut aku. Aku mencebik. Dia ni, bila Nak serious ?

" kau rindu aku eh ? " Jackson menyakat lagi. Aku tak tahu kenapa tapi Jackson ni macam seorang abang yang selama ini aku inginkan. Aku lantas tarik leher dia dan memberi sebuah pelukan rindu.

Ya, aku rindukan lelaki ini.

**🌙**

KEITH ANDERSON LAU [ POV ]

aku memberi isyarat mata kepada Rafael menyuruh untuk dia keluar seketika. Ialah, daripada suruh dia lama-lama dalam ni kang mengamuk pula sebab tengok Bella dan Jackson tengah buat adengan jejak kasih kat sini. Dari tadi aku tengok dia tengah berapi.

Dia angguk dan mula bergerak terlebih dahulu keluar dari bilik ini diikuti oleh aku. Jackson dan Bella langsung tidak perasan akan tindakan kami. Luke dan Dennis hanya berdiam diri mungkin sudah tahu apa yang akan kami bincangkan di luar.

Pintu ditutup kemas, aku dan Rafael mengambil tempat jauh sedikit daripada pintu bilik tersebut.

" Bila flight kau ? " aku memulakan pertanyaan.

" malam ni pukul 9 " jawabnya. Dingin sahaja.

" kau sedar tak sekarang dah pukul 7 malam ? " aku pegang bahunya.

" I know, Aku hanya nak tengok dia sepuas hati aku untuk kali yang terakhir. " dia mengeluh kemudian menyandarkan tubuhnya pada dinding.

" jangan risau, aku dan yang lain akan jaga dia. You can trust me and the rest okay ? " aku sedaya upaya cuba sedapkan hati dia.

" tapi aku tak nak dia sedih " lirih ucapan Rafael dan aku sememangnya tahu yang dia tengah menahan perit di dalam hati. Peritnya sebuah perpisahan.

" ofcourse dia akan sedih. But you will come back right ? Im sure she will wait for you. " sekali lagi aku mendengar keluhan daripada seorang Rafael yang sentiasa sahaja tenang sebelum ini.

Hari ini dia tak nampak begitu.

Dia nampak kusut.

" bukan berminggu, bukan berbulan, tapi bertahun-tahun. Aku pun tak pasti bila aku akan kembali ke sini lagi. Dalam masa bertahun-tahun ni, banyak benda boleh jadi. Kau sendiri tahu kan ? " nada suaranya ternaik sedikit. Ya, aku tahu dia cuba menahan marah.

Sangat marah apabila keputusan ini bukan dia yang mahukan. Semuanya kerana keterpaksaan.

" aku ada. Aku akan tengok-tengokkan dia. " sekali lagi aku cuba memujuk.

" but you can't stop her from falling in love with someone else ! " keras ayatnya. Aku hanya terdiam. Ya, dia betul.

" kau memang dah fikir betul-betul pasal ni ? Kau takkan menyesal ? " aku dah pernah tanya soalan ini tetapi aku tanya dia sekali lagi. Aku nak dia buat keputusan yang akan gembirakan dia nanti.

" desperate people take desperate measures, Keith. Nak tak nak aku kene buat sebab aku terdesak. Ini untuk kebaikan dia juga. "

Sekali lagi, Rafael betul.

" aku pergi dulu. " aku agak terkejut. Tidak sangka secepat ini aku terpaksa berpisah dengan orang yang selalu ada saat jatuh bangun aku.

" kau tak nak masuk dalam dulu ? "

" tak nak. Makin lama aku tengok dia, makin susah untuk aku tinggalkan dia. "

Ah Rafael. Kalau aku seorang perempuan, sudah lama aku cair dengan kata-katanya. Dia umpama mata pisau yang tajam di luar namun dalam hati dia siapa tahu ? Dia juga ada perasaan cinta.

Aku semestinya akan rindukan lelaki ini.

" tolong jaga diri sendiri, jaga mereka yang lain dan jaga Bella untuk aku. " Rafael semakin lama semakin jauh daripada pandangan aku. Dalam jauhnya dia berada, aku dapat lihat senyuman dia yang paling ikhlas dan tangannya sedang melambai-lambai ke arah aku.

Aku tak akan lupakan kau Rafael.

  **🌙**

BELLA ROSALLES [ POV ]

" Thanks hantar aku balik ! " aku lambai pada Luke. Memandangkan dia seorang sahaja yang boleh drive sekarang, dia dah hantar aku selamat sampai depan rumah.

" Rafael pergi mana ? " fikiran aku tidak berhenti memikirkan Rafael yang tiba-tiba sahaja menghilang. Entah la, bila dia tiada aku rasa macam hilang sesuatu.

" dia cakap dia ada hal, kene balik awal. "

Aku garu kepala, pelik. Dia pergi tanpa beritahu aku dan itu adalah sesuatu yang pelik. Tapi tak apalah, mungkin urgent sangat sampai tak sempat nak beritahu.

" kenapa rumah kau gelap ? Mama kau tak ada kat rumah ? " aku tersentak dengan soalan Luke. Betul juga. Lampu luar rumah ini langsung tidak dibuka malah dalam rumah macam tiada cahaya yang menerangi.

Mana mama pergi waktu macam ni ? Sekarang dah nak dekat pukul 9 dah pun. Tak kan dia keluar ? Kalau dia keluar pum, dia akan bagitahu aku.

" pelik. Mama selalunya akan beritahu aku kalau dia nak ke mana-mana. " jantung entah kenapa tiba-tiba sahaja mengepam dengan laju.

Luke segera mematikan enjin kereta dan keluar. Dia mendekati aku.

" aku rasa kita kene check kat dalam. " aku angguk. Dia mengambil tempat di depan manakala aku di belakang. Masuk ke dalam rumah sambil melaung memanggil mama. Segala lampu rumah aku buka supaya terang menderang.

" kau peregi masuk bilik dia, check sama ada barang-barang dia ada ke tidak " Luke dengan serious nya memberi arahan. Dia mengawasi pintu kalau-kalau ada orang masuk. Aku segera mendaki tangga dan naik ke bilik mama.

Aku buka lampu dan keadaan bilik ini serupa dengan pagi tadi. Yang peliknya, kipas tidak ditutup. Aku lihat beg tangan mama masih ada di atas meja manakala phone dia ada di atas katil.

Pelik. Dia takkan keluar tanpa handphone dan beg tangannya !

Aku berlari keluar semula dan pergi ke arah Luke.

" Luke, semua barang mama ada dekat atas tapi mama tak ada ! " aku mula panik dan nafas aku naik turun dengan laju. Tidak mampu untuk aku mengawal.

" calm down, kita call kawan-kawan dia dahulu tak pun majikan dia. Who know she's with them. "

Pintu tiba-tiba ditolak dari luar. Aku terperanjat sampai terpeluk Luke.

Auntie Gina masuk ke dalam rumah aku tanpa suara. Dia merupakan jiran sebelah rumah aku.

" Bell, mama kamu..

Suara dia tersekat. Aku nampak masih ada air mata yang tersisa di tubir matanya.

Aku tak rasa yang dia akan cakap berita baik.

" mana mama auntie ? " aku pegang bahunya. Dia terus sahaja menangis.

" mama kamu masuk hospital. "

Aku jatuh terjelopok. Luke seraya datang memeluk aku, mengusap belakang badan aku.

" hey it's okay, she will be fine. Kita pergi sana ya ? " dia memujuk dan segera menggunakan tangannya yang sasa supaya memberi sokongan kepada aku untuk berdiri kerana sekarang lutut aku benar-benar lembik.

Kenapa ? Kenapa semuanya berlaku dalam masa yang singkat ?

Aku baru sahaja bercakap dengan mama pagi tadi. Dia baru sahaja menceritakan kisah cintanya dan juga papa kesayangan aku iaitu lelaki yang dia sayang.

Jangan cakap yang dia juga akan ikut papa pergi ? Aku tak nak ! Aku tak boleh terima !

Tuhan tolong jangan ambil mama. Aku hanya ada dia. Aku sudah hidup sendiri dengan dia banyak tahun sudah dan aku belum bersedia untuk kehilangan dia.

" I know this is hard for you to accept it tapi mama kamu dah tak ada "

Apa ?

Tak mungkin

Apa yang aku dengar ini semua bohong kan ?

Mama sihat

Tak pernah ada penyakit.

" auntie tipu kan ? " soalan aku seiring dengan air mata yang keluar.

Auntie Gina tergeleng-geleng sambil menangis.

" Dia sihat ! Dia tak pernah ada penyakit ! Pagi tadi dia ada di rumah NOW TELL ME ! MACAM MANA DIA BOLEH..

" Bell sabar. Jangan macam ni . " Luke memperkemaskan pelukannya. Kalini lagi erat. Aku menangis semahunya di dadanya. Bajunya habis basah langsung aku tidak peduli. Lengannya aku cengkam kuat.

Aku terasa sangat sesak !

Tolong..

Tolong ambil aku juga.

**🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro