55 | hate

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

Comforter aku tarik sampai menutupi kepala aku. Aku menangis bagai hari esok tiada. Aku tak tahu kenapa nama Dia sangat sensitive di telinga aku. Aku tak nak nama tu wujud lagi. Aku dah lupakan dia 10 tahun lepas bila dia dah pilih untuk tinggalkan aku tanpa sebab.

Lupakan dia ? Kau tipu Bella ! Kalau betul kau lupakan dia, kenapa masih menangis di tengah malam mimpi kan dia ? Kenapa bila kau ternampak muka dia di social media kau akan menangis ? Kenapa kau masih simpan segala hadiah yang dia pernah bagi dekat kau ? Dan kenapa kau masih mengharapkan dia pulang ?

Ah diam ! Semua tu tak betul !

Makin kuat tangisan aku bila terpaksa melawan perasaan sendiri.

Kenapa aku nak sedih ? Sedih sebab dia tak cintakan aku macam aku cintakan dia ! Selama ini dia caring dan dia jaga aku tak bermakna perasaan aku terbalas !

Bodohnya aku kerana membiarkan lelaki macam dia memberikan harapan. Harapan palsu. Dari awal lagi aku kena agak yang dia memang tak ada apa-apa perasaan dekat aku, buktinya apa ?

Dia tinggalkan aku selama sepuluh tahun tanpa sebab dan tanpa jejak di saat aku betul-betul perlukan dia.

Ah Bella ! Kenapa kau emotional sangat ? Dia tak pernah pun admit ataupun confess yang dia suka kau ! Kau sahaja yang perasan.

Memang. Memang betul. Dia tak pernah cakap dia suka aku. Selama kami berkawan, dia cuma bergurau bila dia keluarkan perkataan cinta atau suka itu.

" BELLA ! " Keith menerjah masuk ke dalam bilik aku.

" Hey what happened little girl ? " wajah risau Keith menghiasi pemandangan aku.

Dia berjalan mendekati aku lalu menghenyakkan punggungnya di atas katil bilik tidur aku. Aku sekali lagi menarik comforter hingga menutupi seluruh badan dan muka.

Muka aku terlalu buruk untuk ditunjukkan !

" Bell, jangan macam ni. Jangan nangis lagi, nanti kau sakit. " dia cuba untuk tarik comforter yang menutupi muka aku tapi aku berkeras dan menarik kembali.

" show me your face and talk to me. " lembut sahaja dia memujuk. Ya Tuhan, kenapa kau tak buat aku jatuh cinta pada lelaki ini ? Kenapa hati aku masih di bawa pergi oleh lelaki yang dah tinggalkan aku 10 tahun lepas ?!

" Bell please, you make me sad too. " dengan itu aku segera bangun dan memeluk Keith. Muka aku sembamkan ke dadanya dan menangis sekuat hati. Aku dah tak kisah dah air mata ke hingus ke yang keluar, yang penting aku nak lepaskan segalanya !

Keith langsung tak bergerak malah memeluk aku. Dia mengusap-usap rambut aku dan menepuk-nepuk lembut belakang badan aku.

" Keith, aku nak move on. Tak boleh ke kau biarkan aku ada boyfriend, tak boleh ke kau tolong carikan aku seorang lelaki ? " aku dapat dengar yang suara aku sekarang memang benar-benar serak dan bunyinya sangat broken.

" boleh, apa saja untuk kau. Nanti aku tetapkan tarikh, masa dan tempat ye ? " Keith menunaikan permintaan aku macam seorang pari-pari.

" aku benci dia Keith " kuat aku meraung di dadanya. Lencun muka aku serta bajunya.

" no talking, nangis sepuas hati kau. Aku ada. "

Dan aku hanya menurut, aku menangis semahu aku sampailah dunia aku bertukar gelap.

**🌙**

JACKSON [ POV ]

Aku dah rasa bersalah. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu dekat Bella tapi aku just nak mereka kembali bersama semula. Tunggu Rafael balik ke sini memang lambat la.

Niat aku hanya nak membantu tapi aku mengeruhkan lagi keadaan. Kejap lagi, Keith mesti mengamuk. Yeah, sejak tak ada Rafael dia pula yang ambil tugas Rafael jadi lelaki possessive.

Malam ni ada Ultimate Fighting Championship (UFC) of the night. Di mana Rafael akan berlawan dengan MMA fighter dari America iaitu Hudson Mcgregor. Ya, lelaki yang bernama Rafael Adrian Sullivan ini sudah pun mencipta nama di dunia Mixed Martial Art (MMA) . Dia sudah pun jadi two times Combat Sambo World Champion dan reigning UFC lightweight Champion dengan rekod 28 kali menang dan 0 kekalahan.

Street Fighter to Mixed Martial Art Athlete. This guy really insane. Aku tak tahu macam mana dia berurusan dengan ayah dia. Aku tak rasa ayah dia bagi buat kerja macam ni. After All, dia selalu nak Rafael ada dalam bidang perniagaan atau senang cerita ambil alih empayarnya.

Tapi Rafael akan tetap jadi Rafael. Buat apa yang dia suka dan tak ikut telunjuk orang. Aku tak tahu apa plan dia seterusnya. Dia ada bagitahu aku, dia akan balik tak lama lagi tapi entah bila.

Dia juga ada cakap dengan aku dia ada surprise untuk semua dan suruh kami ikuti berita semasa. Entah apa yang dia cuba buat pun aku tak tahu. Susah untuk agak apa yang ada dalam kepala otak dia ni.

Aku mengeluh. Malam ni aku tengok sorang-sorang je lah. Bila difikirkan balik, entah bila aku nak berpunya. Ialah, cerita ni hanya fokus kisah percintaan Bella dan Rafael sahaja.

Aku bila lagi nak berpunya ? Hm mungkin author dah ada rancangan.

I want you out of my head ~
I want you out of my bedroom tonight ~

Telefon aku berbunyi. Aku segera mencapainya yang berada di atas meja ruang tamu.

KEITH GAY is calling

Sudah aku agak mamat ni akan call.

" Hello ape be...

" sial la, kau buat apa dekat Bella ?! "

" hey buddy rela...

" don't buddy-buddy me you idiot. Kau tengok dia menangis teruk ni gila. Pundek babi anjing kau "

" wo wo wo, sape ajar kau mencarut ni Keith. " aku shak dia berguru dengan sajat ni.

" jawab la bodo kau buat apa dekat dia ? "

" aku ajak dia tengok UFC lightweights je malam ni. Lepastu dia tanya siapa lawan siapa, aku pun sebut la nama Rafael—

" YOU WHAT ? "

Aku segera menutup telefon. Asal aku nak cakap je dia potong. Kasi dia cakap seorang-seorang la macam ni. Aku nak merajuk.

Tiba-tiba, pintu rumah aku berbunyi seperti ada orang menekan password dan serta merta pintu apartment aku terbuka.

What the heck ? Siapa pula yang datang kacau hari cuti aku ni ? Dan macam mana dia boleh tahu password apartment aku ?!

Aku dah bangun perlahan-lahan sambil capai kayu baseball yang sentiasa ada di bawah kerusi.

Mati lah kau penyangak !

" aku lah, jangan nak jadi gangster sangat angkat kayu baseball tu. Kemik muka handsome aku nanti. " Dennis berkata selamba sambil mengheret bagasinya.

" wait wait wait. Dengan berbagasi bagai ni kau nak pergi mana ? " aku segera menghalang laluannya.

" tidur sini lah mana lagi " selamba badak je dia jawab.

" buang tabiat ke ? Hotel kat luar sana kan berlambak. " aku masih menyekat laluannnya. Banyak cantik dia nak tido sini. Fikir apartment aku ni hotel ?

" saje, nak jimat duit "

" what the chocolate cake ! Sejak bila seorang Dennis pandai berjimat ni ? " aku buat muka terkejut. Tapi serious, aku memang terkejut. Mesti ada benda yang tak kena dengan mamat ni. Dennis yang aku kenal tak pernah tahu pon apa itu berjimat.

" baik kau bagitahu problem kau kalau tak nak aku kick kau keluar dari apartment aku ni " aku mula mengugut dan dia dah buat muka menyampah tahap dewa. Heh, after all, dia memang tak boleh nak tipu aku. Dah kawan lebih dari 20 tahun kot. Bau kentut kau pon aku dah tahu macam mana.

" it just aku nak tenangkan fikiran aku " jawapan ringkas dia masih tak memuaskan hati aku.

" tenangkan fikiran daripada apa ? " aku angkat sebelah kening.

" tadelah aku stress dengan mama aku yang tiba-tiba kenalkan aku dengan anak-anak perempuan kawan-kawan dia. Dah jadi match maker pulak haduh. Kau tahu tak dalam seminggu tu hidup aku dihabiskan dengan mengadap perempuan yang berbezadan semestinya bukan taste aku ? " dia baru membuka mulut. Rambutnya dikusutkan, nampak sangat stress.

Dengan jawapan itu, cukup untuk buat aku ketawa bagai orang gila !

Mak aku pun selalu membebel suruh kahwin, tapi dia tak adalah sampai jadi match maker.

" diam la gila " dia jentik dahi aku. Muka tak puas hati terserlah.

Dan itulah kisahnya, umur kami dah mula meningkat hampir ke 30-an dan mak-mak di rumah sudah mula bising bila nak bawak balik bakal isteri.

Kasi Rafael kahwin dulu la baru kisah percintaan kami berempat bersama dengan wanita tercinta bermula HAHAHA.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro