57 | unexpected

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



BELLA ROSSALES [ POV ]

" Sorry Bell aku bukan nak mungkir janji tapi aku ada problem sikit dekat pejabat. Tak boleh nak elak sebab kene settle kan hari ni juga. But don't worry, I will send someone to pick you up for shopping ! " belum sempat aku nak meroyan, Keith terlebih dahulu mematikan panggilan.

Jangan Bella. Kau tak ada hak nak marah dia. Dia ada kerja yang perlu diselesaikan dan kau kena faham. Tambahan pula, jadi seorang yang digelar CEO bukan lah senang. Positive side aku mula berkata-kata. Okay ada betulnya juga.

Aku bangun dari sofa. Handbag aku ambil dan ingin keluar dari pejabat. Sepatutnya aku dah sampai mall sekarang jika mengikut rancangan asal. Tak apa Bella, esok masih ada.

Okay jap, tadi Keith cakap akan hantar someone untuk ambil aku kan ?  Tak akan lah orang yang nak jumpa aku malam ni ? Aku lihat penampilan aku sekilas di cermin berbentuk Diamond yang tergantung di dinding.

Nampak sangat formal maklumlah pakaian kerja. Dengan heels hitam, skirt paras lutut dan kemeja lengan panjang. Entah kenapa aku dah start gelabah. Aku susah nak bersemuka dengan orang yang aku tak familiar. Mungkin kerana selama ini aku selalu bertepek dengan orang yang sama bertahun-tahun ?

Keith, Kyle, Jackson. Repeat.

Tiba-tiba telefon pejabat yang berada di atas meja mahogany tersebut berdering minta diangkat. Aku tersentak dan tergesa-gesa ingin menjawabnya..

" Hello ? "

" maaf boss ganggu, ada someone tunggu boss dekat tempat letak kereta VIP. " suara qiden iaitu secretary aku mula menyapa gegendang telinga.

" who is it ? " kening aku bertaut. I got no idea siapa lelaki yang datang ini. setahu aku, aku tak ada apa-apa temu janji mahupun meeting di luar.

" He's unfamiliar to me but he said he is your future husband. " jelas qiden.

" HELL NAH. siapa mamat perasan banyak tu ? Tak payah layan. Panggil security gurd. Sesedap dia je ada dekat parking VIP " automatic aku hentak meja dengan tangan.

" tapi boss, dia ada tunjuk bukti yang dia kenal boss. Dia tunjuk gambar boss dengan dia masa zaman sekolah. " suara qiden kedengaran sangat bersungguh sebab nak meyakinkan aku.

Dan hati aku seakan-akan berhenti. Kalau Jackson yang datang, dia akan terus datang ke bilik aku buat macam rumah sendiri dan qiden sudah pun kenal dengan Jackson. Kalau Kyle, satu hotel ni tahu siapa dia. Maklumlah muka-muka keturunan Andersan Lau ada bertepek dekat dinding lobi.

Tak kan lah ?

" boss are you still there ? " lamunan aku terhenti.

" yes I am. Cuba tanya nama dia ? I nak kepastian "

" okay boss wait a second " aku angguk walaupun qiden sah-sah tak boleh nampak aku.

" boss, nama dia Rafael "

dan dunia aku seakan berputar hebat.

LIAR ! Dia tak akan balik ke sini lagi ! Dia dah tinggalkan aku with no reason and he can't come back here just like that !

Aku berjalan ke pintu kaca pejabat dan membukanya dengan rakus. Heels hitam yang aku pakai berbunyi sangat kuat kerana berlanggar dengan permukaan simen. Lif ditekan dan badan segera meloloskan diri ke dalamnya.

Tangan aku sekarang sedikit begetar untuk menekan butang lif. Bulu roma yang berada di belakang tengkuk seakan-akan beridiri. Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku tapi aku tak sukakannya ! Ia membuatkan aku nampak sangat lemah ! Aku tak nak Rafael jadi kelemahan aku !

Ting !

Pintu lif terbuka dan belum sempat aku keluar, muka seoarang lelaki menyapa pandangan aku.

" oh gosh ! There you are. Kau lambat sangat sampai aku rasa nak naik atas panggil " selamba badak dia menjawab. Aku terkejut tapi amarah mula menyelubungi diri.

Aku terus heret dia pergi ke tempat parking kereta dengan menarik telinganya. Tak cukup dengan itu, aku hempuk muka dan badan dia berkali-kali dengan handbag yang aku bawa. Di tambah lagi dengan sepakan tajam aku kerana memakai heels.

Aku kene kerjakan dia cukup-cukup sebab dia dah menipu aku !

" auch Bella ! Stop stop ! Sakit la gila ! " Luke memegang kedua-dua tangan aku dan membawanya rapat ke dinding. Dia memerangkap badan aku.

" hey, kenapa kau nangis ! " bila dia tegur macam tu, aku baru perasan yang muka aku dah basah lencun.

" jangan tipu aku dengan gunakan nama dia ! Aku tak nak dengar nama dia ! " muka Luke serta-merta berubah keruh. Dia melepaskan pegangannya dan mula meraih badan aku untuk dipeluk.

" aku minta maaf okay ? Mungkin cara aku bergurau tadi tak kena. " kedengaran seorang Luke yang playful berkata dengan jujur.

" aku minta maaf okay ? Aku tak tahu yang nama dia sangat sensitive bagi kau. " Luke dah mula rasa bersalah. belakang Badan aku dia usap dan tepuk perlahan-lahan untuk memujuk.

" kenapa kau datang sini ? " aku yang menyorokkan muka ku disebalik sweatshirt yang dipakainya mula bersuara antara bunyi dan tak bunyi.

" why ? Kau tak suka aku datang sini ke ? Aku penat-penat fly sini semata-mata sebab rindu kau. " dia jawab sambil ketawa. Entah bila seorang Luke Marshall pandai bersweet-sweet.

" kau tak rasa macam pelik ke ? " Luke tiba-tiba tanya.

" kenapa ? " aku tanya dengan nada bingung. Posisi kami masih tidak berubah iaitu berada dalam keadaan berpelukan.

" tak adalah. Secretary kau dari tadi tengah tengok kita. "

" WHAT ? " aku berpaling ke belakang dan tengok pipi qiden dah merona merah.

" oh lupa nak bagitahu. Dennis dan Jackson ada kat sini jugak siap ambil video lagi ni " Luke menjuihkan mulutnya ke arah kanan. Mereka berdua buat peace.

Great. Just great. Setahu aku, Keith mention ' someone ' dan bukannya ' somethree '


**🌙**

" apa masalah kau ni Den. Baju tu macam orang nak pergi Opera je aku tengok !. " Jackson merungut sambil menunjukkan baju yang Dennis pegang.

" mana ada ! Aku rasa baju ni cute kalau Bella pakai. " Dennis pertahankan pilihannya. Pekerja kedai dah tak boleh nak buat apa-apa dan biarkan sahaja mereka bergaduh bagai kucing dan anjing. Aku hanya duduk di kerusi dan perhatikan gelagat mereka. Apa boleh buat. ? .

" habis kau pilih baju macam Bella nak masuk taekwondo ni dah kenapa ? Siap ada tali hitam bagai. " giliran Luke pula berbahas.

" lebih baik kau pakai ni Bella. " Luke mengangkat baju yang dia dah pilih sambil mengangkat ibu jari.

Sehelai Lingerie warna merah yang sangat sangat sangat terdedah.

" kau nak suruh dia kerja dekat club ke siel ! " Dennis dan Jackson berkata serentak.

Aku dah tepuk dahi banyak kali. Pening dengan gelagat mereka yang macam-macam ni. yang nak pergi dating tu aku tapi mereka pula yang kecoh !

Tapi aku rasa macam bahagia semacam. Sebab mereka semua kembali ke sini. Sebab aku, Aku rindu dengan mereka sangat. Tengok gelagat mereka dah buat aku tersenyum. Walau umur dan nak meningkat ke 30 perangai masih kebudak-budakkan dan semuanya single.

Entah kenapa mereka tidak mencari teman hidup sedangkan diri dah cukup dengan segalanya.

Diaorang dah gaduh makin teruk bila dah start baling-baling baju atas muka sorang-sorang.

pekerja kedai hanya mampu garu kepala. Bila seorang Luke melemparkan kad emas dia, orang lain tak mampu nak berkata-kata. Sampai security gurd pon buat tak nampak je.

Sebabkan rasa malu dengan orang sekeliling yang lalu lalang dekat mall ni dan pekerja kedai. Aku dah mula jalan slow-slow keluar dari butik tersebut.

Ha gaduh la sampai tahun depan pun aku tak kisah. Aku sengih sambil berlari meninggalkan mereka.

Tapi perjalanan aku terhenti bila aku terlanggar satu badan yang tinggi dan tegap membuatkan tubuh kecil aku terpelantimg ke lantai.

" auw ! "

Aku pegang kepala dan berdesis sakit. Punggung aku pun terasa sakit sebab dah membuat pendaratan mengejut di lantai.

Aku langgar tiang ke apa ni ? Keras nak mati !

" are you okay ? "

Badan aku mengeras apabila terdengar suara itu.



Aku angkat kepala.







Rafael. Rafael dan seorang perempuan.















  **🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro