15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                        Aryan melangkah ingin masuk ke dalam pejabatnya. Melut Cepat-cepat mengejar langkag aryan.

"bos!" sapa melur. Aryan menoleh memandangnya.

"kenapa,melur?"

"bos ada nampak naura tak? Atau naura ada bagi apa-apa mesej dekat bos ke yang dia tak datang kerja hari ni?" soal melur.

"oh, naura dah tak kerja dekat sini lagi. Dia dah berhenti."

"what?! Tapi kenapa? Alaa.. Takkan sebab kawin dengan faris dia dah berhenti kerja. Tak sempat saya nak minta maaf dekat dia." keluh melur.

Menunduk kepala bermain jarinya, aryan menjeling mendengar faris disebut. Menyampah!

"dia tak kawin pun dengan mamat tu."

"apa? Habis dia kawin dengan siapa?"

"kau tanyalah dia sendiri."

"macam mana saya nak tanya? Dia takda dekat office hari ni." adunya. Aryan mengeluh.

"kau ada nombor talefon dia kan? Call je lah, tak pun mesej. Itupun nak kena ajar ke? Heh!"

"lupa pulak, hehe. Terima kasih sebab bagitau saya. Bos pergilah kerja, nanti lambat pulak." ujar melur.

Melur terus berlari anak menuju ke biliknya, talefon dicapainya. Pantas dia menaip mesej pada naura,tak sabar nak tahu gosip hangat ni.


                          Naura yang sedang menyikat rambut beralih pada talefonnya yang berdering tanda ada mesej masuk.

Tangannya mencapainya, lalu membaca mesej yang tentera di skrin.

"Naura, aku minta maaf pasal semalam. Aku tak pernah cerita buruk pasal kau pun dekat staff lain kecuali boss handsome aku tu."-Melur

Naura tersenyum, si melur rupanya. Tangannya pantas menaip, membalas text mesej itu.

"It's okay, melur. Aku dah tak marahkan kau dah." -naura

"Tapi kenapa kau tiba-tiba berhenti kerja? Kalau kau simpan dendam dengan aku janganlah sampai berhenti 😭"-Melur

"Aku tak simpan dendam dekat kau pun, aku terpaksa berhenti. Bakal suami aku suruh aku berhenti "🙃🙃-naura

"Aku dapat tahu bakal suami kau bukan faris! Jadi, siapa husband kau yang baru?"-melur

"My husband?"-naura

"Ye la,takkan husband aku pulak. Siapa?"-melur

"My husband, Mr.Pericolo😎"-naura

Melur menggaru kepala, apa pelik sangat nama suami si naura ni? Orang luar negara ke?

Pap!

"Woi! Naura kita kongsi suami! Eh? Termelatah pulak."

Melur menutup mulutnya, tersentak mendengar ketukan meja tadi. Faris memeluk tubuh, melur mengurut dadanya.

"eh? Tak reti bagi salam ke? Main ketuk-ketuk meja orang! Kalau terpatah nanti siapa nak ganti? Kau?"

"naura mana?"

"datang-datang sini tanya pasal naura pulak, sibuk je cari bakal bini orang."

"kau tutup mulut kau, aku tanya mana naura?!"

"suka hati aku lah nak bagi tahu dia ke tak?! Kau cari dia apasal? Dia dah berhenti kerja."

"pandai pulak berhenti kerja, dah buat silap Lepastu lari." sinis faris.

Melur berdiri, dia mencekak pinggang memandang faris.

"amboi,amboi sedap mulut kata macam tu.  Dia kawan aku tahu tak?!"

"kawan? Baguslah dia kawan kau, sebab senang sikit nak sedarkan kawan kau yang tak reti jaga maruah diri."

"eh? Kurang ajar Mulut kau kan?! Kau siapa nak kata naura macam tu? Memang padan naura tinggalkan kau!"

"hei, aku geram betul dengan perempuan sundal macam kau ni!"

Baju melur di tarik kasar, melur menelan air liur.

"berani kau nak pukul aku? Aku report dekat bos baru tahu!"

"heh, kau ingat aku takut dengan bos kau?"

"bos!! Ada orang nak buat kacau dekat syarikat bos! bos tolong saya bos! Bossku!" jerit melur.

Aryan melangkah keluar daripada biliknya, faris terus melepaskan baju melur. Tahu pun kecut!

"apahal kau ni jerit-jerit? Kacau orang nak buat kerja."

"bukan salah saya bos, jantan ni nak pukul saya. Dia kutuk naura, lepastu ada hati nak pukul perempuan." sindir melur.

"eh, mulut kau ni.."

"Faris! Kau buat apa datang sini?"

"aku cari naura. Mana dia? Kau pulangkan naura semula dekat aku. Dia tu bakal isteri aku!" bentak faris.

Aryan tersenyum menyenget.

"naura tu aku punya. Kau tak puas hati dekat mana lagi? Kau nak dia buat apa? Kalau dia mengandung nanti, anak aku. Bukan anak kau."

"kurang ajar!"

"sekuriti!"

Dua orang pengawal datang sekelip mata, faris di cekup kuat. Menghalangnya daripada menimbulkan kekecohan.

Aryan melangkah ke arah faris, baju faris yang sedikit kedut di betulkan sedikit.

"aku kenal naura,lebih daripada kau kenal naura. Takda siapa boleh rampas hak milik aku. Kau Jangan mimpilah nak jumpa naura lepasni."

"dasar perampas!"

"kau yang perampas!!" bentak aryan, kolar faris di tariknya. Mata mereka saling bertentangan, penuh dengan amarah.

"kalau kau cuba rampas naura daripada aku, aku siat kulit kau. Faham?!"

"kau ni psiko, tahu? Naura akan terseksa dengan jantan macam kau!"

"im not psiko, aku jadi macam ni sebab nak protect naura daripada jantan macam kau!"

Faris di tolaknya.

"bawa dia keluar!" arah aryan, tegas.

"kau jangan ingat aku biarkan naura jadi milik kau aryan!! Aku akan kawin dengan dia! Ingat tu!" jerkah faris.

Aryan hanya pekakkan telinga, faria terus di heret keluar daripada tempat itu. Aryan memandang Melur yang ternganga luas.

"tutup sikit mulut tu, masuk lalat nanti." tegur aryan, sebelum melangkah pergi.

"pericolo tu aryan ke? OMG!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro