40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah hampir senja, aryan masih belum pulang. Ini kes merajuk betul ni. Naura sudah gelisah.

Ke hulur ke hilir dia berjalan, memikirkan tantang aryan yang belum pulang. Apa aku nak jawab dengan mummy daddy?

Carina melangkah ke arah naura, sudah berapa kali dia hubungi aryan namun tidak pula di angkat.

"abang aryan tak angkat call lah."

"naura, apa sebenarnya dah jadi dekat korang berdua ni? Sejak aryan kawin dengan naura, asyik masam aje muka dia kenapa? Kamu buat apa?" soal Louis.

Naura melabuh duduk di sofa, dia menunduk bermain jarinya. Aryan punya pasal, aku kena marah.

"maaf, daddy. Naura tak sengaja buat aryan merajuk. Naura tak tahu pula hati dia lembut sampai macam tu sekali."

"takkan kamu tak tahu perangai si aryan tu macam mana? Kata dah kenal lama?"

"memanglah tapi.. "

"Kamu kena terima hakikat yang aryan tu sensitif! Dah tahu dia tu cepat terasa kenapa perlu ungkit tentang benda yang dia tak suka?!"

"hubby, janganlah marah naura. Dia mungkin tak tahu aryan merajuk sampai macam ni. Lagipun baru sehari je kan benda ni berlaku?" pujuk nurin.

"baru sehari? Lepastu? Nanti dia dah terbiasa buat macam ni, Silap-silap bawa diri sampai ke luar negara macam mana?!"

"daddy.. Kak naura tak sengaja kan? Abang aryan tu dah besar kot? Pandailah dia jaga diri." carina mencelah.

Nasib baik nurin dengan carina bela aku. Kalau tak mati kecut aku dekat sini. Manalah tau pergi aryan oi?

"lepastu kamu nak biarkan aryan dekat luar sana? Kamu pulak tercegat dekat sini? Huh?"

"ar.. Aryan tak bagi saya keluar daddy." keluh naura.

Kata sensitif kan? Karang kalau aku keluar rumah untuk cari dia, lagi sekali kena marah.

"lepastu nak tunggu dia balik baru minta maaf?

"hubby, naura tu perempuan kan? Tak elok keluar senja macam ni. Awak dengan saya je lah pergi cari aryan tu. biar diaorang duduk rumah."

"tak payah! Diaorang yang buat hal, biar diaorang sendiri selesaikan. Kita nak masuk campur hal rumah tangga dia kenapa?!"

"tapi hubby.. "

"i said no! So, no. Kamu sebagai isteri, kena cari suami,pujuk dia. Bukan mengharapkan orang lain cari suami kamu, naura. Macam mana nak tubuhkan keluarga bahagia kalau suami pun tak pandai nak jaga hati?"

Sentap naura di buatnya. Baru aku tahu ayah aryan ni garang. Nasiblah dapat pak mertua garang, Huhu.

"baik, daddy. Naura akan cari aryan kejab lagi."

"Kejab lagi? Sekaranglah! Kamu ingat si aryan tu nak tunggu kamu? Huh?"

"ba.. Baik.."

"carina ikut kak naura boleh kan daddy?" soal carina.

"tak Payah. Biar dia keluar sendiri.m cari suami dia. Kamu tak payah sibuk."

Carina mencebik, naura hanya senyum kelat. Dia bangun menuju ke bilik untuk bersiap, kesian nurin melihat naura yang jadi mangsa.

Naura mencapai tudungnya lalu di sarung terus ke kepala. Pakai biasa-biasa sudahlah.

"kalau macam ni lah suami aku punya perangai, lepas ni aku memang tak nak kawin lagi dah. Serik!" sindir naura.

"Aku cuma cakap sikit je, itupun nak merajuk sampai tak nak balik rumah! Yang kena marahnya aku? Ish! Sabar je lah."

Bebel naura seorang diri, entah tempat mana dia mahu mencari aryan. Takkan masih dekat office? Belum cuba belum tahu kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro