51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

         Aryan duduk di sofa, nenek melangkah menuju ke arahnya lalu terus melabuh di sebelah aryan.

Nenek memandang naura yang melangkah terus masuk ke dalam bilik tanpa menoleh ke arah aryan. Jelas mereka dalam masalah.

"kamu berdua bergaduh ya?" teka nenek.

Aryan mendiam.

"kamu tak kesian dekat isteri kamu ke? Nenek tengok dia asyik bersabar aje layan karenah kamu yang tak tentu hala ni Itupun masih nak anggap buruk dekat isteri sendiri."

"bukan salah, yan. Dia memang daripada dulu benci dekat yan! Selalu sakitkan hati aryan." sindirnya.

"ish, tak baik kata macam tu. Kalau dia benci kamu, takdalah dia layan kamu baik macam tu."

"itu cuma lakonan je lah, nek. Nenek bukan tahu dia suka lelaki lain! Aryan ni cuma suami tak guna aje lah yang selalu buat dia rasa terkurung! Kalau tak, takdalah dia samakan aryan dengan semua jantan dalam dunia ni!"degusnya.

Aryan memeluk tubuh, nenek menggeleng kepala. Sampai macam tu sekali tahap aryan terasa.

"cuba banyakkan istighfar dalam hati.  Jangan sangka buruk dekat isteri. Nanti jadi satu doa, baru kamu nak menyesal."tegur nenek.

"but aryan cuma nak dia cintakan aryan! Dia sayang aryan macam suami dia. tapi nenek tahu tak apa yang ada dalam hati naura Sekarang?  Dia tak pernah anggap aryan suami dia. Hati siapa tak sakit nek?"

"nenek tak percaya kalau naura cakap macam tu. tapi nenek percaya kalau kamu sendiri yang tuduh naura yang bukan-bukan."

"apasal pulak?"

"sebab nenek tengok naura tu bersungguh sangat jaga hati keras kamu ni. Tapi entahlah jin mana masuk dalam badan kamu ni sampai semua benda nampak buruk!"

"nenek ni dah mula bela naura pulak."

"bukan soal bela tak bela, aryan. Tapi hati dia pun lembut jugak. Kamu ingat dia tak sakit hati ke tengok kamu marah dia hari-hari tanpa sebab?" soal nenek.

Aryan terdiam. Kalau dia di tempat naura pun mungkin akan rasa menyampah dan sakit hati.

"Kalau kamu macam ni, sampai bila-bila takkan tercapai bahagia tu, yan. Buanglah sikap marah tu sikit. Nak marah takda masalah, tapi marah benda yang sepatutnya." ujar nenek memberi nasihat.

Aryan hanya mengangguk.

"dah, pergi pujuk naura tu. Kesian dia. Entah-entah menangis dalam bilik tu sebab perangai hantu kamu ni."

"baik, nek."

Dia pun bangun melangkah menuju ke bilik, macam-macam perangai budak zaman sekarang ni.

                             
                             Pintu di tolak perlahan, pantas naura mengesat air matanya. Betul tekaan nenek tadi, naura menangis.

Aryan melangkah masuk ke dalam bilik, pintu di tutup rapat. Dia berjalan ke arah naura, dan duduk di hadapannya.

"sayang menangis ke?" tanya aryan.

Naura menggeleng dengan senyuman buat-buat.

"naura tak nangis. Dekat luar tadi sejuk sangat, itu yang mata kering sangat ni." bohong naura.

Penipu naura tidak cukup untuk buat aryan percaya, tangan kanan aryan menyentuh wajah naura.

"maafkan abang, sayang. Abang tak patut marah naura tadi. Ab.. Abang tak sangka abang dah lukakan hati yang abang sayang selama ni."

"takpa. Naura tak kesah. Lagipun saya isteri awak kan? Awak boleh buat apa aje yang awak nak termasuk marah saya sesuka hati."

"sayang please don't say like that. Abang tak pernah terniat untuk lukakan hati naura, but.. Abang cuma nak naura cintakan abang."

"kalau itu yang awak nak, kenapa awak asyik anggap buruk pada saya? Hina sangat ke saya di mata awak aryan?"

"sayang tak pernah hina. Abang yang bodoh sangat sebab tuduh sayang macam tu. Maafkan abang naura.. " rayu aryan.

Naura menunduk, dia menahan sebak.

"sayang, im sorry.. Please forgive me." rayunya lagi.

Naura terus memeluk aryan, dia menangis teresak-esak. Entah mengapa dia rasa bersalah apabila melihat aryan merayu meminta maaf. Adakah salah dia kerana terlampau lembut hati?

"saya yang patut minta maaf dekat awak. Ya, saya mengaku yan. Saya pernah benci awak sangat-sangat sampaikan saya terfikir nak bercerai dengan awak. Memang saya tak pernah sayang awak pun selama ni.. "
Luah naura.

"tapi.. Saya tak pendam benda tu lama. Saya tahu awak ikhlas nak saya jadi isteri saya dan awak buat semua ni demi keselamatan saya. Sejak tu.. Saya tak pernah benci awak lagi. Dan saya sentiasa anggap awak suami saya sampai bila-bila aryan.." sambung naura.

Menitis air mata aryan mendengarnya, dia membalas pelukan naura. Nenek yang mendengar perbualan mereka daripada luar hanya tersenyum.

"alhamdulillah.."


                             
                                   Hari berganti pagi, melur berdiri di hadapan syarikat menunggu ke datangan seseorang. Rose yang baru saja tiba terus berlari anak ke arah melur.

"ha, ada apa kau call aku semalam? Kata nak jumpa bagai, macam takda hari lain."

"bukan aku yang nak jumpa kau, bos yang nak jumpa. Jom, ikut aku."

"ish, tak naklah!"

Melur memeluk tubuh, ini mesti kes nak pujuk masuk kerja semula. Tahulah, aku ni pekerja yang bagus.

"melur.. Please jangan macam ni. Kau tau tak bos kekurangan pekerja. Dulu mungkin ada naura tapi sekarang kau pulak yang kena ganti tempat dia."

"engkau kan ada, kau je lah ganti tempat aku. Apa susah!"

"wahai melur sekumtum yang layu, aku ni cuma pekerja bawahan je. Tak layak nak naik pangkat sampai assistant. Kita jumpalah bos dulu, manalah tahu nak bincang pasal benda lain ke."

"aku kata tak nak!"

"kenapa tak nak?" satu suara menyoal melur daripada belakang.

Melur tersentak, tidak sedar pula cemito berdiri di belakangnya. Rose tersengih.

"baguslah alang-alang bos dah ada dekat sini tak payahlah saya nak paksa dia masuk pejabat. Bos uruskan lah dia ya. Saya masuk kerja dulu."pinta rose.

Cemito mengangguk, rose pun beredar masuk ke dalam syarikat. Meninggalkan cemito dan melur di luar berdua-duaan.

"melur. Saya ada dekat Malaysia ni tak lama. Cuma seminggu je gantikan tempat aryan."

"jadi?"

"jadi tak best kalau saya tak kenal salah seorang staff paling sporting macam awak dekat sini." ujar cemito.

Melur menjeling, dalam hati dah melompat suka. Tapi apa akan daya untuk dia mendapatkan cemito kan? Orang berketurunan kaya kawin dengan perempuan murah.

"itu cuma alasan aje lah. Saya tahu, bos guna ayat macam tu sebab nak ambil saya kerja balik je."

"Saya tak faham, melur. Kenapa awak secara tiba-tiba berhenti kerja? Aryan pun terkejut dengar berita ni tau. Boleh tak awak cerita dekat saya apa yang jadi?"

"ini bukan hal berkaitan syarikat pun lah. Berapa kali saya nak ulang bos?"

"saya tahu memang bukan hal syarikat. Tapi saya sebagai seorang bos patut tahu masalah staff dia. Manalah tahu, saya boleh bantu masalah awak tu. Please..tell me."

Melur mengeluh pendek, dia mencekak pinggang dan melangkah berdiri betul-betul di hadapan cemito. Kepala di dongak sedikit.

"boleh ke bos kembalikan saya kepada anak dara?" soal melur.

Cemito mengerut kening, dia tidak faham.

"saya tak faham. Boleh tak cakap terus je, tak payah bagi teka teki macam ni, saya tak suka meneka."

"saya kena rogol." ringkas saja balas melur.

Terus cemito terdiam sekelip mata, melur cuba menahan rasa malunya. Orang pertama selain nek pah tahu tentang pribadi sendiri.

"saya malu. Saya malu untuk lerja dekat sini sebab saya takut saya mengandung. Nanti apa saya nak bagitau diaorang? Masalah ni takda siapa boleh bantu saya lah. Bos yang kaya ni pun belum tentu dapat tolong saya." ujar melur.

"boyfriend awak ke yang sentuh awak?"

"no! Saya tak tahu siapa lelaki tu. Tiba-tiba aje jadi macam dah dirancang dan jantan tu memang tak guna sebab dia takda hati perut!" degusnya.

"awak dah report polis?" soal cemito.

Melur mengangguk, dia menarik kerusi yang tidak jauh darinya lalu melabuh di situ. Melur menutup wajahnya denhan kedua belah tapak tangan.

"saya dah putus asa lepas saya kena benda ni bos. Kalau boleh saya nak bersendirian. Saya tak nak sesiapa pun ganggu saya lepas ni sebab.. Saya tertekan." luah melur.

"saya tak tahu macam mana nak jawab dengan family saya? Diaorang dah tentu-tentu halau saya daripada rumah kalau tahu saya ni.. Perempuan murah."

"awak bukan perempuan murah melur."

"habis kalau bukan murah apa?! Saya ni anak dara tapi kosong. Masih layak ke gelar perempuan suci?"

"don't said like that, melur. Awak.."

"bos takkan faham apa yang saya rasa. Kalau bos jadi perempuan, bos akan faham semuanya! Saya dah tak mampu nak buat apa-apa. Dan hidup saya sekarang cuma nak ketenangan sebab saya pasti benda ni jadi sebab ada orang dengki dengan saya."
Ujar melur.

Dia bangun dan terus melangkah pergi, cemito menoleh ke arah melur.

"wait!"

Langkahnya terhenti buat seketika.

"i can help you."

"no. You can't help me biarpun dengan duit. Benda tu takkan langsung bermakna untuk saya lagi." balas melur.

Dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ. Cemito tidak menghalang. Dia memikirkan cara lain untuk membantu melur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro