57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                     Matahari sudah terpacak di langit,  awal-awal lagi naura sudah bertolak ke balai polis untuk bertemu aryan.

"sila duduk di sini, cik." pelawa pegawai wanita itu.

Kerusi di tarik, naura hanya membalas dengan senyuman and anggukan tanda terima kasih lalu melabuh di situ.

Tak sampai beberapa minit, aryan di bawa keluar untuk berjumpa dengan naura. Tangan yang di gari di buka, aryan duduk di hadapannya. Ganggan talefon terus di capai.

"sayang."

"ye Awak."

"bila abang boleh keluar daripada sini? Abang tak salah. Sumpah! Sayang percayakan abang, right?"

Naura mengangguk, sudah tentu dia percayakan aryan. Mana mungkin dia akan buat semua itu.

"kenapa dengan muka awak? Awak kena buli ke dekat dalam tu?" soal naura.

"no. Biasalah, ini kan penjara. Banyak samseng. Baru duduk sehari diaorang dah buat macam-macam dekat abang. But don't worry.. Abang okay je." balasnya.

"masa tinggal lima minit sahaja lagi!" celah pegawai itu.

Waktu untuk berjumpa dengan aryan semakin singkat. Aryan menyentuh dinding kaca yang menghalang mereka, tak dapat nak sentuh wajah naura hanya mampu sentuh dinding.

"I miss you. Sayang tunggu abang ya."

"of course aryan, saya akan tunggu awak. Awak jaga diri ye dekat dalam tu. Saya tak dapat nak jaga awak kali ni."

"abang.. "

Belum sempat aryan menghabiskan kata-katanya ganggan talefon di rampas pegawai polis, tangannya kembali di gari dan di heret masuk ke dalam semula.

"siapa yang buat report tentang awak, yan? Kejam betul perempuan tu."





                                  Naura melangkah keluar daripada balai itu, langkahnya terhenti apabila terserempak dengan cemito.

"eh? Naura? Isteri aryan kan?" sapa cemito.

"ye, saya isteri aryan. Awak saudara dia yang cemito tu kan? Apa awak buat dekat sini?"

"saya nak lepaskan aryan daripada lokap. Dia tak sepatutnya duduk dalam tu." ujar cemito.

Naura mengerut kening, bagaimana dia tahu tengtang aryan masuk lokap?

"macam mana awak tahu?"

"of courselah saya tahu, naura. Aryan tu kan saudara saya."

"lupa pulak saya. Hehe. Awak nak ikat jamin dia macam mana? Setahu saya aryan tak boleh di ikat jamin lagi."

"saya tak kata yang saya nak ikat jamin aryan, aryan memang tak salah pun dalam hal ni. Saya ada bukti." ujar cemito.

Dia menunjukkan talefonnya, semua video rakaman ada di dalam talefon itu. Naura semakin pelik.

"awak tahu ke tentang siapa yang buat report ni? Kalau tidak, macam mana awak boleh dapatkan bukti?"

"memanglah saya kenal naura. Yang buat report tu ex staff aryan. Saya tak fahamlah perempuan macam dia tu, sesuka hati tuduh orang buat hal."

Bekas perkerja? Siapa ya? Naura cuba memikirkan siapa bekas pekerja di syarikat aryan.

"siapa ek? Saya tak berapa nak ingatlah ex staff aryan. Saya cuma ingat kak hidayah aje, tapi itu yang setahun lepas."

"melur. Dia yang buat report tentang aryan, dia kata aryan pernah rogol awak dulu lepastu dia pulak yang jadi mangsa aryan sekarang. Dia ingat saya ni senang macam tu aje percaya yang aryan buat kerja gila tu? Saya ni kan naura dah kenal aryan daripada kecik tau. Dia tu memang takkan ambil kesempatan dekat perempuan lah." ujar cemito.

Tergamam naura di buatnya. Tak sangka kawan baik sendiri heret suaminya masuk lokap.

"me.. Melur? Awak sure dia?"

"iye, melur. Berapa kali saya nak ulang? Takpalah, saya nak serahkan bahan bukti ni pada polis kejab. Awak nak ikut?"

Naura menggeleng.

"takpa, awak pergi aje lah dulu. Cuma, awak tahu tak melur duduk mana sekarang?"

"saya tak pastilah dia duduk dekat mana. Tapi saya selalu nampak dia dekat masjid. Awak try lah cari dia sekat sana."

"terima kasih, cemito. Saya minta diri dulu."

Naura terus beredar daripada situ. Apakah bakal terjadinya pergaduhan diantara melur dan naura?!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro