59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                         Naura menepis tangan aryan, air mata mula berlinangan melihat nek pah. Namun nek pah pula menunduk kepala.

"Patutlah nek pah tak bagi naura jumpa nek pah lagi. Rupa-rupanya nek pah dah jumpa cucu baru."

"bukan macam tu, naura. Nek pah dah halang melur untuk buat semua ni tapi.."

"apa?! Nek pah bagitau apa dekat melur sampai dia ingat suami naura ni perogol, huh? Nek pah bagitau dia yang naura ni rosak! Macam tu?!"

"tak, naura. Jangan salah faham."

"Biarlah nek pah nak cerita apa pun dekat aku. Apasal? Kau malu?! Hei, sepatutnya aku viralkan korang berdua ni tau. Berkahwim sebab anak haram! Memang baguslah korang ni di jodohkan, dah buat salah tapi tak nak mengaku!"bentak melur.

"Kau melur memang mulut kurang ajar!"

"no, sayang! Stop it!"

Aryan menarik naura ke belakang, tak pernah dia lihat naura nail angin begini. Semua ini kerana melur yang termakan kata faris.

"kau rupanya yang report pasal aku. Senang betul kau percaya si faris kan? For your information, melur. Faris yang rogol kau waktu tu!" ujar aryan.

Melur menggeleng, faris tersenyum sinis.

"cakap tu biar elok sikit, bro. Aku bukan perogol macam kau."

"excuse me? Perogol? Aku tak pernah buat kerja gila tu dekat naura. Hei, aku tak bodoh lagilah nak buat semua tu macam yang kau buat! Memang aku sengaja reka berita palsu supaya naura tak kawin dengan jantan macam kau."

"Hahaha. So, kau nak cakap yang aku ni lah yang jahat sekarang? Kau dah rogol naura lepastu nak elak pulak? Tak payah nak berlakonlah aryan."

"aryan tak pernah berlakon, bro. Dah memang kau yang bersalah dalam hal ni. Nak aku tunjuk bukti ke?"celah cemito.

Faris terdiam. Melur mengerut kening memandang faris. Dia semakin pening, siapa sebenarnya yang jahat sekarang?

"Sudahlah, mari kita balik naura. Abang tak nak bergaduh dengan sesiapa hari ni."

Tangan naura di tarik pergi, naura menjeling memandang nek pah. Sedih, apabila nenek sendiri bersubahat dalam kes ini.

Cemito melepaskan melur, dia menyelut tangan ke dalam poket seluar.

"so? Mirs melur, jangan sombong bila ada orang nak tolong selesaikan masalah. Even duit bagi kau tak penting lagi, bukti itu penting." sindir cemito.

Melur terdiam, yela dulu cemito pernah bercadang untuk menolongnya tapi di tolak. Cemito akhirnya, beredar daripada situ.

Melur menoleh ke arah faris.

"betul ke kau yang rogol aku, faris?" soal melur.

Faris tersenyum sinis. Tangan di genggam membentuk buku lima. Melur cuba menahan kesabaran.

"aku tanya kau faris, betul ke kau yang rogol aku?!"

"kau percaya sangat ke si aryan tu? Melur, pleaselah. Selama kau dengan aku, ada ke aku sentuh kau? Takda pun kan? Diaorang saja aje reka-reka cerita." bohong faris.

"jangan perbodohkan aku faris."

"melur, kau ni sama aje macam naura. Senang sangat nak terpedaya dengan lakonan aryan tadi. Cemito tu saja aje bekap saudara dia, padahal dia pun pernah je sentuh perempuan. Orang luar negara, biasalah."sinisnya.

Melur memeluk tubuh, dia memaling kearah lain. Susah betul nak percayakan yang mana satu.

"trust me, melur. Aryan tu perogol."

"habis macam mana dia boleh terlepas daripada penjara?! Dah terang-terang tu bukan salah dia!"

"Aryan tu kan anak orang kaya, polis zaman sekarang makan rasuahlah melur. Jangan jadi bengap sangat boleh tak?" degusnya.

Nek pah menyentuh bahu melur, dia menggeleng.

"jangan bertindak sesuka hati lagi melur, cukuplah kamu dah buat naura benci nek pah." ujar nek pah.

Melur tergamam. Air mata nek pah yang menitis di kesatnya. Nek pah melangkah masuk ke dalam surau.

"sudahlah melur, apa kata kau duduk dengan aku aje? Lagi baik kot. Kau tau tak, semua orang sekarang nak rosakkan kau. Kau nak ke kena rogol lagi?"

"aku serabutlah, faris. Nanti aje lah aku fikirkan, aku nak rehat."




                               Naura duduk di sofa, air mata tak henti mengalir apabila tahu yang kawan sendiri sanggup tikam belakang, dan orang yang paling di sayangi iaitu nek pah juga bersubahat.

"sayang, nah air. Minum sikit."

Aryan menghukur segelas air suam pada naura, naura mendongak memandang aryan.

"sayang?"

"saya minta maaf, awak." rayu naura.

Aryan mengerut kening, dia tidak faham. Gelas itu diletakkan di atas meja, naura bangun berdiri di hadapan aryan. Kedua belah tangan suaminya di pegang.

"betul kata awak selama ni, diaorang takkan pernah terima saya sampai bila-bila. Saya tak sangka, nek pah sanggup buat awak sampai macam ni sekali disebabkan wasiat.." luah naura.

"selama ni saya ingat awak saja nak kurung saya dalam rumah, saya fikir awak kejam sebab tak bagi saya jumpa family.. Tapi awak cuma nak protect saya aje. Saya ni yang bodoh sangat fikir sampai macam tu.."

"sayang. Don't said like that. Abang tak suka sayang hina diri sayang macam tu. Stop crying."

Aryan mengesat air mata naura menggunakan ibu jarinya.

"saya minta maaf, disebabkan keluarga saya, awak kena masuk penjara. Saya janji, saya takkan jumpa diaorang lagi sampai bila-bila."

Naura terus memeluk suaminya, aryan tidak berkata apa. Dia hanya tersenyum. Rambut naura di usap lembut.

"saya janji.."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro