62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sis tahu korang semua tengah geram sekarang ni, diharapkan anda semua bertenang ye 😂😂
Bacalah dengan tenang dan harmoni jangan stress-stress

****************************************

Aryan bangun daripada meja kerjanya, dia melangkah ke arah almari yang tersusun file hitam.

Tok! Tok! Tok!

Pintu di ketuk perlahan, lalu di tolak oleh rose tanpa sebarang arahan.

"bos, ada orang nak jumpa bos. Katanya hal penting tapi dia tak buat apa-apa temu janji pun."

"siapa orang tu?" soal aryan.

"melur. Ex staff bos." ringkas balas rose.

Aryan terdiam. Dia memandang rose yang masih lagi tercegat di pintu.

"perempuan tu nak apa? Kalau sekadar nak borak-borak kosong suruh dia balik aje lah. Aku malas nak layan dia."

"tak. Dia kata hal tu penting sangat dengan bos. Bos nak bagi dia masuk ke tak?"

"hmm.. Suruh aje lah minah tu masuk."

Rose mengangguk kepala, dia melangkah ke arah melur yang duduk di sofa.

"masuklah."

"Thanks."

Melur menggalas beg sandangnya, lalu berjalan menuju ke arah bilik aryan. Dia terus masuk tanpa sebarang arahan daripada aryan.

"kau nak apa?" soal aryan,laju.

Melur menghembus nafas kecil, dia melangkah ke arah aryan yang sibuk mencari file yang mengandungi tentang maklumat tentang perbincangan minggu lepas.

"aryan.. Kawin dengan aku." pinta melur.

Tangan aryan di sentuhnya, aryan terkedu. Dia memandang melur, tangan melur di tepis.

"apahal kau ni tiba-tiba datang sini sebut pasal kawin? Aku dah kata kan bukan aku yang buat semua tu."

"aryan, aku tahu kau malu nak mengaku depan naura tapi please.. Kawin dengan aku. Even kawin senyap sekalipun aku tak kesah asalkan bayi ni ada bapak." rayunya.

"ap.. Apa kau merepek ni?! Susah sangat ke kau nak terima apa yang cemito cakap semalam? Faris yang rogol kau bukan aku!"

"aryan.. "

Melur menarik kembali tangan aryan, tetap dia menepis.

"kau keluar daripada bilik aku, sekarang!"

"no. Aku takkan keluar daripada sini."

"apasal degil sangat kau ni? Kau jangan sampai aku belasah kau dekat sini."

Melur menggeleng. Tetap tidak mahu keluar, beg sandangnya di lepaskan ke lantai. Aryan sudah mengerut kening.

"kau kenapa ni?" soal aryan, pelik.

Melur tersenyum, pin tudung di bukanya, terus dia menarik tudung itu. Terserlah rambut ikal mayangnya jatuh terurai ke bawah.

"apa kau cuba buat ni? Melur don't be stupid please!"

"aku tetap nak kau kawin dengan aku!"

"berapa kali aku nak ulang bukan aku yang buat semua tu melur! Faris yang rogol kau. Percayalah!"

"Kalau faris yang rogol aku kenapa dia belum kena tangkap? Huh? Dah tentu-tentu ni semua salah kau."

"melur. Kau dengar dulu apa aku nak cakap. Cemito dah rancang hal ni dengan pihak polis untuk.."

"aku tak nak dengarlah semua tu! Kau saja nak putar belitkan semua kenyataan sebab kau tak nak bertanggung jawab kan? Its okay, biar aku yang paksa kau untuk kawin jugak dengan aku!"

Lengan bajunya terus di koyaknya, makin menjadi-jadi melur di buatnya.

"stop it, melur.. " arah aryan, tegas.

Namun dia tidak peduli, rambutnya di biarkan kusut. Kini melur terlihat seperti baru lepas di pukul.

"kau dah sawan lah melur!" sinis aryan.

Dia melangkah ingin keluar daripada bilik sebelum tertimbulnya fitnah. Cepat-cepat melur memeluk pinggang aryan daripada belakang. Dia menghalang aryan daripada keluar daripada pejabat.

Aryan sudah panas hati.

"kau ni memang saja nak cari pasal dengan aku lah, lepas!!"

Tangan melur di tepis aryan, dia memusing ke belakang dan terus menolak melur kasar sehingga terlanggar almari file di belakangnya.

Habis berselerak file jatuh ke lantai. Melur perlahan-lahan terduduk di lantai.

"aku takkan kawin dengan kau sebab aku tahu bukan salah aku! Tak lama lagi pihak polis akan tangkap faris jugak. So, masa tu kau akan tahu yang dia salah. Bukan aku."
Degus aryan.

Tombol pintu di pulas lalu di tarik aryan untuk keluar daripada biliknya, namun dia tersentak saat naura di hadapan bilik.

"sayang?"

Naura memandang melur yang terduduk di lantai sambil menangis. Keadaan di sekeliling bilik aryan juga agak bersepah.

"apa dah jadi?"

"abang tak tahu. Melur tiba-tiba.."

"Aku kena rogol.." adu melur.

Terbeliak mata aryan mendengar apa yang melur katakan. Dia sentuh pun tidak, mana datangnya Perkataan rogol?

Naura memandang aryan inginkan penjelasan. Aryan menggeleng.

"abang tak sentuh dia sayang, sumpah!"

"jangan main perkataan sumpah."

"Tapi abang tak sentuh dia pun sayang. Please, trust me. Dia saja nak fitnah abang!  Dia nak abang kawin dengan dia tapi abang tak nak."

"tak naura. Dia yang paksa aku suruh aku kawin dengan dia. Dia kata dia dah bosan hidup dengan kau.. Di..dia paksa aku. Ak..aku tak nak sebab kau kawan aku, naura. Aku tak nak kecewakan kau. Naura.."

"you, shut up!" bentak naura.

Melur terdiam.

"sayang, abang tak.."

"awak pun diam. Lelaki semua sama." degus naura.

Dia terus beredar daripada situ, aryan tergamam. Dia memandang melur yang masih lagi di lantai.

"kau..argh!"

Aryan mengabaikan melur, hal dia bersama naura lebih penting. Dia terus mengejar langkah naura yang sudah jauh darinya.

"sayang wait!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro