67

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                        Melur mengenggam tangannya membentuk buku lima. Bilik air yang tertutup di pandangnya.

Melur terus melangkah menuju ke bilik air, pintu di hempas kuat. Faris yang berdiri sambil berpeluk tubuh hanya tersenyum tanpa rasa bersalah.

"kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku dekat kau, huh faris?! Apasal kau rogol aku?!"

"sebab. Kau murah sangat. Bila dah beli, kita buang. So? Thank you for this tonight,kita putus mulai malam ni ya, sayang."

Melur mengetap bibir, faris melangkah keluar daripada bilik air itu. Baju di atas lantai,di capainya.

"kau kena bertanggung jawab atas semua ni, faris. Aku nak kau kawin dengan aku!"

"hahaha. Lawak apa kau buat ni melur? Memang tak lah aku nak kawin dengan kau.  Kau pergilah dekat mana-mana lelaki sekalipun, diaorang tak hinginlah nak perempuan murah macam kau." sinis faris.

Melur menarik faris, memusing memandangnya.

"aku murah sebab kau! Kawin dengan aku, atau aku buat report polis!" ugutnya.

"polis? Kau ingat polis nak percaya kau ke selepas berita palsu kau tu? Bermimpi aje lah cik bunga."

"kau kena kawin dengan aku jugak faris, macam mana kalau aku mengandung? Lelaki jenis apa kau ni, huh?! Aku tak kira, aku tetap nak kau bertanggung jawab!"

"layak ke kau jadi isteri aku? Pandai-pandailah kau jaga baby tu. Kalau nak senang, gugurkan je. Bye.."

Faris terus melangkah keluar daripada hotel, melur tidak boleh membiarkan faris pergi dengan begitu sahaja.

Melur mengejar langkahnya, kaki faris di peluknya erat.

"tolong faris jangan buat aku macam ni. Aku malu dengan semua orang. Please.. Kawinlah dengan aku. Jangan seksa aku macam ni faris." rayu melur.

Faris memandang sekelilingnya, mujur tiada orang. Kalau tidak, habis kantoi siapa dirinya.

"Lepaslah, perempuan!"

"please faris.. Sekurang-kurangnya kau kawin dengan aku je aku dah bersyukur. Aku tak kesah kalau kau nak tinggalkan aku selepas tu.. Tolonglah.."

"aku kata tak nak, tak nak lah!!"

Melur di tendang sehingga terbaring ke lantai, senak perutnya di buat.

"kau sedar sikit yang diri kau tu dah macam pelacur! Kau tau tak kenapa kau jadi macam ni? Sebab kau bodoh! Lembab! Perempuan macam kau layak dekat tepi loronglah. Baik kau jual diri kau dekat sana lagi bagus daripada kau jadi macam ni.. Takda siapa nak kau lah!"

"kau dah rogol aku lepastu kau nak kata aku pelacur? Huh?"

"excuse me? Rogol? Yes aku mengaku itu yang aku buat masa mula-mula but malam ni rasanya kau sendiri yang rela kan?"

Melur terdiam. Salah dia juga sebab terlampau baik hati serahkan segalanya. Faris ketawa.

"sudahlah, melur. Kalau orang tanya siapa bapak budak tu, kau jangan Pandai-pandai kata aku ek. Kalau aku dapat tau kau cakap macam tu, aku tak Teragak-agak nak bakar kau hidup-hidup." ugut faris.





                                      Aryan duduk perlahan-lahan di atas katil, naura menarik kerusi yang berdekatan lalu melabuh punggung di situ.

"doktor bagi ke awak keluar tadi? Awak ni tak padan dengan sakit gagah cari saya jugak, kenapa?"

"sebab naura isteri abang. Abang takkan pernah bagi sayang keluar bersendirian."

"tapi saya pandai jaga dirilah awak. Cukuplah, awak dah kena macam-macam. Saya dah tak sanggup tengok awak kena lebih teruk daripada ni."

"kenapa? Sayang dah tak suka abang cari naura? Naura nak hidup bebas macam melur? Huh?" soal aryan.

Naura menghela nafas kecil, dia bangun dan duduk di sebelah aryan.

"saya tak nak awak kena perangkap keluarga saya."

"kau pergi jumpa family ke tadi?" soal aryan, bernada series.

Naura menunduk, terpaksa jujur. Kalau bohong suami besar dosanya.

"ye. Saya jumpa nek pah."

"aku.."

"saya tahu awak nak marah saya. Tapi saya jumpa untuk cari melur tadi. Awak, nek pah tak jahat. Tolonglah, Sekurang-kurangnya awak terima nek pah jadi keluarga awak. Saya pun rindu keluarga saya." pujuk naura.

"NO!"

tersentak naura dibuatnya apabila aryan mula meninggikan suara.

"kau tak tau plan keluarga kau macam mana, naura. Kalau kawan baik kau sendiri sanggup tikam belakang, inikan pula family kau yang dah lama simpan dendam dekat kau! Kau boleh sedar tak apa yang diaorang rancang nak jatuhkan kita?"

"saya tahu semua tu, tapi..."

"Im your husband, naura. Kau kena ikut cakap aku, kalau kau bantah kau yang dapat dosa. Dah berkali-kali aku ingatkan kau jangan jumpa diaorang, apasal kau degil sangat?!"

Naura mendiam.

"Mulai sekarang, aku dah takkan benarkan kau jumpa melur atau sesiapa lagi kecuali keluarga aku. Aku takkan terima keluarga kau sampai bila-bila." degus aryan.

Dia terus baring ke atas katil, selimut di tarik menutup tubuhnya. Naura menunduk.

Pertama aku hilang keluarga, kedua aku hilang kawan. Apakah semua ini terbaik untuk aku? ”soal naura di dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro