82

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                  Sudah seminggu berlalu, naura pula hilang tanpa khabar berita. Aryan pula hidup tak tentu arah, merasakan diri selama ini bodoh kerana terlampau ego.

PAP!

file kerja milik rose di campakkan ke lantai, rose menunduk kepala.

"benda apa kau tunjuk dekat aku ni, huh?! Kalau kerja lunyai macam ni baik kau bagi orang gila baca!" bentak aryan.

"maafkan saya bos."

"aku nak kau buat kerja ni sampai siap. Kau jangan balik selagi tak siap ek. Aku dapat tahu kau balik, aku pecat kau! Faham?!"

"fa.. Faham bos."

"dah. Keluar!"

Rose mengesat air matanya. Kali pertama dia di tengking oleh aryan, sebelum ini tidak pernah pun.

Rose kembali mengutip file kerjanya di lantai, lalu melangkah keluar daripada bilik aryan.

Dia melabuh punggung di kerusi, gambar naura di dalam bingkai di atas meja di renungnya.

"mana kau pergi naura? Kenapa kau tinggalkan aku?" soal aryan.

TOK! TOK! TOK!

cemito mengetuk pintu biliknya, tombol pintu di tolak cemito lalu dia melangkah masuk tanpa sebarang arahan.

Kerusi di hadapan aryan di tarik, dan terus melabuh di situ.

"good morning, bos yang handsome. Aku ada bawakan makanan untuk kau. Dah seminggu kau tak makan, tak elok tau. Masuk angin nanti." ujar cemito.

Dia meletakkan mangkuk tingkak di atas meja aryan. Bau ayam masak merah kegemaran aryan, tapi langsung tak menaikkan seleranya.

"aku tak nak makan."

"apa kau ni? Dah seminggu kau tak makan tau. Sampai bila nak jadi macam orang hilang arah ni?"

"sampai aku jumpa naura."

"apa-apa aje lah, bro. Aku cuma nak kau sihat je. Tak elok biarkan perut kosong lama-lama."

Mangkuk tingkat itu di buka cemito, aryan hanya menongkat dagu melihat gambar isterinya. Cemito tersenyum.

"rindu sangat ke?"soal cemito.

"gila kau tak rindu? Aku boleh jadi sawan tau sekarang ni. Manalah dia pergi, aku pergi cari satu malaysia tak jumpa. Hmm.. "

"kesian pulak aku tengok kau ni, yan. By the way, mak ngah ada buat tahlil. Kau nak pergi tak?"

Aryan menggeleng. Pelawaan cemito di tolak mentah sahaja.

"rugi kalau kau tak ikut aku pergi tahlil rumah mak ngah."

"apahal pulak? Tahlil aje kot? Bukannya bagi emas seorang satu. Lagipun, rumah mak ngah tu dekat itali. Aku malaslah nak pergi buat passport bagai."

"pasal passport aku boleh uruskan. Kita pergilah rumah mak ngah. Please.. Lagipun, diaorang nak sambut hari jadi nenek camella sekali."pujuk cemito.

Dia mengelip mata beberapa kali, menyampah pula aryan melihat mimik wajahnya.

"yela. Tapi bila?"

"nanti aku bagitau, sekarang aku nak kau makan. Kau anggap je aku naura, okay?"

"eeiii..naura ada jambang. Agak-agaklah."

Cemito ketawa, memang takkan terbayang wajah naura kalau cemito yang jadi. Takkan lah naura ada jambang kan? Seram juga kalau terbayang begitu.



ROM, ITALI.

NAURA, memasang Lampu kelip-kelip di atas pokok. Kawasan taman bunga dan kolam renang yang di hiasi dengan belon dan lampu yang menarik.

Katanya nak sambut hari jadi camella, nenek aryan sempena 67 tahun.

"holla, naura! is everything done?" sapa bella.

Aku menganggukkan sahaja kepala, perlahan-lahan naura turun daripada tangga. Takut jatuh.

"yes. I think so."

"do you want to come out with me?"

"for what?"

"i want to go shopping at mall, buy some dress for tomorrow night? And because you are my  beautiful bestfriend plus caring and cute i will buy some dress to you. Did you like it?"

Naura tersengih. Dia menggaru kepala, tak sampai berapa hari dia duduk di sini. Tapi keluarga aryan sangat sporting. Lebih-lebih lagi bella, watak dia mengingatkan aku pada melur yang dulu.

"of course i like it. But, i think.. I just want to wear baju kurung."

"baju kurung? Oh, no. Wear baju kurung at camella birthday? Thats not good!"

"why?"

Salah ke pakai baju kurung ke majlis hari jadi? Dekat malaysia biasa aje. Mungkin itali ni lain sikit cara mereka sambut hari jadi.

"because.. Im hear, someone will come on   camella birthday."

"so?"

"so? You must be a beautiful girl at that night. Someone i talk is very! very! very special to you!"

"special? Who?"

"its secret. Let's go!"

Tangan naura terus di tarik bella, siapa pula someone special tu agaknya ya? Naura hanya ikut sahaja kata bella. Mungkin, orang luar agaknya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro