87

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                         Majlis hari jadi menjadi semakin meriah apabila di sambut dengan ramai tetamu yang memakai baju ala-ala bertemakan fantasi berbeza.

"hai, naura." sapa satu suara.

Naura menoleh ke kiri, memandang seorang lelaki bertopeng putih dan berbaju hoodie hitam.

"awak siapa? Saya tak berapa nak cam suara lah."

"tak perlu tahu siapa saya, kejab lagi kan nak menari. Manalah tahu, awak akan jadi patner saya." ujarnya.

Dah terlambat. Pasangan aku dengan lelaki kerek tadi tu! Entah mana dia pergi merayau tinggalkan aku seorang diri dekat sini.

"awak nak air?"

Lelaki itu menghulurkan air oren pada naura, naura tersenyum. Baik juga hati lelaki misteri ini, baru saja naura mahu mencapainya aryan sudah muncul.

"kau boleh lagi berdating dengan mamat hoodie ni? Kejab lagi nak dance dah kan?"

"bila masa saya berdating? Awak yang tinggalkan saya lepastu nak marah-marah!"

Naura memeluk tubuh, aryan pun begitu. Mereka berpaling ke arah lain, tidak mahu memandang sesama sendiri.

Irama muzik di berhentikan, bella berlari naik ke atas pentas kecil untuk membuat ucapan.

Nenek camella pula duduk di sofa yang berada di pentas, bagi memilih pasangan terbaik sebentar nanti.

"Ehem! Ehem! Hai, everyone! Thank you for coming this party. and I could see there was a matching pair there!"

Bella menunding jari ke arah naura dan aryan, semua tetamu di situ mengangguk kepala, ada yang berbisik.

Memang jelas mereka nampak seperti pasangan yang serasi.

Aryan dan naura pula menjeling apabila di gelar begitu. Aryan pula buat-buat seperti hendak muntah.

"So? Are you ready guys for dance?!"

"yes!!"

"Good luck for all!" ucap bella.

Semua pasangan sudah berkumpul di tengah untuk menari, muzik romantis mula di mainkan.

Aryan mengeluh. Dia menghulurkan tangannya yang memakai sarung tangan putih.

"sudikah si bidadari sesat hutan menari bersama saya.."

"hmm.."

Naura terima sahaja. Dia menyambut huluran tangan aryan, mereka berjalan ke kawasan tengah.

Tangan naura berada di atas bahu lelaku itu, tangan aryan pula elok di pinggangnya. Rasa geli pun ada.

Apasal aku rasa berdebar semacam ni! Aduhh omel naura.

Kalau aku menang, aku nak tengok muka perempuan ni. Dia mesti kenal naura, sebab tu dia tahu ayat pericolo tu.bisik aryan di dalam hati.

Naura langsung tidak mendongak memandang lelaki itu, entah mengapa aku rasa berdebar saat memandang wajahnya.

"aduh!"

Naura terjerit apabila kakinya di pijak aryan, sengaja. Aryan tersenyum sinis.

"kurang ajar awak ni kan? Saya tak cari pasal dengan awak pun, awak tetap nak bangkitkan kemarahan saya kan?"

"aku buat macam tu supaya nak sedarkan kau supaya jangan jatuh cinta dekat aku."

"bila masa saya suka awak? Perasan! Ingat dia tu handsome sangat sampai nak tergila-gilakan. Heh!"

Camella tersenyum memandang pasangan naura dan aryan. Mereka nampak seperti pasangan yang bahagia, tetapi yang lain macam pasangan sesat pun ada!

Ada yang pakai baju iron man tapi pasangannya cinderella. Entah nak kata apa.

"bella." panggil camella.

"yes, grandmother.. "

"I think I like the couple over there." ujar camella.

Dia menunding ke arah aryan dan naura yang masih menari dengan penuh romantis. Bella  tersenyum.

"i know it! Haha!"

Bella kembali bangun, dia menuju ke arah microphone untuk memaklumkan siapa pemenang bagi pertandingan ini.

Muzik di hentikan, terus naura dan aryan menolak sesama sendiri. Baru kejab tadi mereka nampak romantis.

"Oh, I think I've found the winner. they are very beautiful, and very compatible. I feel like, im fall in love with them tonight. The winner is..."

Drum di ketuk beberapa kali, bagi mendebarkan lagi siapa pemenangnya.  Semua orang sudah tidak sabar.

"The Angel with Mr.Dream!" umumnya dengan gembira.

Naura dan aryan saling berpandangan, kenapa semua orang rasa aku ni serasi dengan dia?

Benci betullah!

Mereka menepuk tangan, naura menunduk hormat tanda terima kasih.

"so? Before you receive a gift, you must open the mask in front of your partner." ujar bella.

Mereka memusing badan memandang sesama sendiri, naura mengeluh kecil.

"awak buka dulu."

"tak. Kau buka dulu."

"eh? Awak lelaki kan? Awaklah buka dulu!"

"but lelaki yang baik adalah sentiasa memberika laluan untuk wanita terlebih dahulu."

Naura mengetap bibir. Lelaki ini memang tak mengalah! kalah perempuan perangai dia ni.

"err.. can you open it together?"  cadang bella.

Nak tunggu salah seorang daripada mereka buka memang lambat. Jadi buka sama-sama lebih jimat masa.

Aryan dan naura mengangguk setuju.

"aku buka kau punya, kau buka aku punya."

"okay. Saya ikut je."

Mereka sudah bersedia melihat pasangan misteri. Naura sudah memegang topeng aryan, dan aryan sudah memegang tali purdah nauda di belakang.

"are you ready?" soal bella.

Mereka mengangguk serentak. Terus topeng di cabut daripada wajah mereka, purdah dan topeng itu di campak ke tanah.

Naura mendongak memandang wajah lelaki itu. Riak wajah naura bertukar terkejut.

Aryan juga begitu.

berulang suara hati berbicara tentang dia.. ”

Sempat pula si daniella menyanyi di atas pentas dengan lagu Terlalu memuja daripada wany hasrita.

Mata mereka tidak lepas daripada merenung sesama sendiri. Air mata aryan tiba-tiba menitis tanpa sebarang suara.

"Stop!"  arah aryan.

Terus daniella berhenti menyanyi, aryan inginkan suasana yang tenang. Dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan naura.

"naura.."

Naura menunduk. Air mata cuba di tahan. Dia tidak mahu memandang wajah lelaki yang melupakannya.

"kenapa tinggalkan aku?" soal aryan.

Naura tidak menjawab. Dia hanya memeluk tubuh dan berpaling ke arah lain.

"naura, pandang aku please.."

Dagu naura di tarik untuk memandang wajahnya, namun naura menepis.

"saya tinggalkan awak, sebab itu yang awak nak. Kenapa datang sini? Bukankah kebahagiaan awak bersama melur?"

"naura aku.. "

"hati saya hancur bila awak layan melur lebih daripada saya. Awak kata awak lupa saya, tapi awak boleh bersama dengan dia. Itu memang tak adil, kan?"

"im so sorry, dear.."

"heh,sorry? Dah tak guna perkataan sorry awak tu. Balik aje lah semula ke malaysia. Saya lebih seronok duduk sini."

Naura terus melangkah pergi daripada situ, cemito memandang daniella. Mereka sangka kan naura akan suka dengan rancangan mereka, namun sebaliknya tidak.

Aryan menunduk, dia menangis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro