91

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Naura menjeling mata ke arah aryan yang sedang memandu kereta. Dia memeluk tubuh dan mengalih pandangan ke arah luar tingkap.

Tak pasal-pasal aku kena ikut dia balik, nak beli makanan pun tak sempat. Kalau dia murah hati nak bagi makanan takpa lah juga, ini suami kedekut tahi hidung masin!

"awak memang saja kan tak bagi saya pergi kedai?"

"aku tak nak kau kena kacau dengan mamat tu lagi."

"tapi awak boleh je teman saya sampai ke kedai. Sampai hati awak nak tengok saya lapar kan? Dah lah buat saya sakit hati, lepastu ditambahnya lagi dengan awak punya perangai. Eeiii, tak tahu lah nak cakap macam mana!"degusnya, geram.

Aryan buat-buat pekak, dia memasang earphone ke telinga kanannya. Makin membuak-buak panas di hati naura.

"bila saya cakap awak boleh pulak nak dengar lagu?! Awak ni memang.. Memang.. Eeii!!"

Mahu saja naura mencekik leher mr. Pericolo itu, tapi apakan daya. Dia sedang memandu, elok aku nak dia seorang je arwah. Dengan aku sekali masuk kubur.

Naura mengetap bibir dan memandang ke hadapan, malas aku nak pandang dia! Aryan tersenyum.

Suasana menjadi sepi.

"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu, Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju, Dan teringat.. janjiku padamu. suatu hari, pasti akan ku tepati.."

Aryan menyanyikan lagi Dengarlah Bintang Hatiku daripada De meises. Naura menjeling.

"menyanyi pulak. Hujan turun baru tahu." sindir naura.

"aku akan menjaga mu, semampu dan sebisaku. Walau ku tahu ragamu tak utuh..
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh..Kerna bagiku engkaulah nyawaku."

Sambung aryan lagi. Naura menutup telinga, suara sumbang kalah katak! Namun, aryan menyanyi dengan lebih kuat. Bingit telinga naura di buatnya.

"Awak ni kenapa?! Bisinglah! Nak menyanyi dalam bilik air lah!"

"tak nak."

"Eeii, awak ni! Elok orang lain mati dalam iman, karang saya buat awak mati dalam keseksaan baru awak tau!" ugut naura

Aryan tidak kesah. Dia tetap menyanyi di dalam kereta. Naura mengenggam buku limanya.

"duh! Aduh, aduh! Aduh, aduh sayang.."

"dia berdangdut pulak depan aku! Awak ni tak padan dengan lelaki gagah perkasa tau! Memang kena dengan nama aryana."

"jangan kau temberang.."

"tak temberang pun lah! Eeii, saya rasa macam duduk dengan maknyah baru nak up tau. Geli pulak." sindir naura.

Dia menekap kuat telinga, tidak mahu mendengar aryan menyanyi dengan suara gedil mengalahkan wanita.

Lagi geram apabila naura melihat aryan siap menari lagi! Main tumbuk-tumbuk dada pula, aku tumbuk karang mati baru tau!

"ya Allah, kenapalah wujud jodoh macam ni. Boleh gila aku kalau ini jadinya. Kenapa aku yang kau suka aryan? Baik kau melamar mak cik dangdut dekat kampung aku."



Melur berlari menuju ke arah tandas, dia terus memuntahkan makanan yang di makannya pagi tadi ke dalam sinki.

Air pili di buka, lalu di bilas pada permukaan yang masih terlekat sisa muntahnya. Melur membasuh mengumur air itu lalu meludahnya kembali.

Dia mendongak memandang cermin, melihat dirinya sebagai seorang wanita murahan. Tangan kanan menyentuh perut, dia terduduk di lantai.

"Apa aku nak buat ni. Aku tak sanggup nak bunuh kau sebab aku tahu ini salah aku. Tapi aku tak boleh nak kuat lagi. Aku dah mengaku kalah dengan semua ujian ni.." keluhnya.

Melur menangis, dia rasa kecewa pada dirinya sendiri. Banyak salahnya pada naura dan aryan.

"aku bukan ibu yang baik buat kau. Aku rasa, jalan yang terbaik cuma..ak..aku mati je. Aku tak rasa dunia ni tempat aku."

"melur.." datin laila menegurnya.

Melur mendongak memandangnya, kepala di gelengkan tanda dia tidak mampu lagi meneruskan semua ini. datin laila mengeluh kecil, dia melangkah ke arah melur.

"kamu kenapa sebenarnya melur? Cuba cerita pada mak cik."

"saya tak nak ada kaitan dengan sesiapa dah. Cukuplah saya aje yang tahu semua ni."

"melur, kalau awak tak kongsi dengan saya. Hidup awak akan lagi stress. percayalah. Awak anggap saja saya mak awak. Ceritalah." pujuk datin laila.

Melur mengetap bibirnya menahan sebak. Dia menunduk.

"sa.. Saya mengandung."

"mengandung? Tapi bukan ke awak.."

"ya. Saya tak kawin lagi, tapi saya dah mengandung. Ini semua sebab kebodohannya saya sendiri. Tak cukup dengan semua ni, saya rosakkan pula rumah tangga kawan baik saya. Saya tak rasa yang dia pintu hati dia akan buka untuk terima saya.." luah melur.

Datin laila terdiam.

"saya dah tak kuat mak cik. Saya perlukan orang untuk teruskan semangat saya untuk jaga budak ni. Ta.. Tapi, semua orang yang saya sayang dan jauh tinggalkan saya. Saya rasa nak mati je kalau boleh. Saya dah penat dengan semua ni.."

"jangan cakap macam tu melur."

"mak cik tak faham. Dan takkan faham sampai bila-bila. Saya ni perempuan murah, yang takda kerja takda masa depan. Kalau budak ni lahir, saya nak bagi dia makan apa? Daripada saya seksa dia. Baik saya bunuh aje.. "

Datin laila menggeleng. Dia tidak setuju, bukan itu jalan yang terbaik untuk melur lakukan.

"saya tak kuat mak cik.."

"saya ada. Awak tak perlu risau ya."

"saya dah tak nak libatkan sesiapa lagi. Saya takut mak cik pun terluka sebab saya. Saya perempuan jahat.."

"melur. Tiada sesiapa yang sempurna dalam dunia ni. Setiap kesilapan yang kita buat pasti akan kemaafan. Awak boleh bertaubat, melur. Kalau awak bunuh bayi ni, awak lagi berdosa tau." ujar datin laila.

"tapi saya tak nak seksa dia, mak cik."

"kalau awak tak nak seksa dia. Bukan bunuh cara dia, melur. Saya pasti, anak ni dia nak hidup. Dia nak kenal ibu dia. Kalau awak bunuh dia, dia takkan dapat rasa kasih sayang ibu dia macam mana? Betul tak?"

Melur mengangguk perlahan. Datin laila tersenyum. Dia menarik melur dalam dakapannya.

"awak Jangan risau. Tak semua orang sama dalam dunia ni. Keluarga saya bukan jenis memandang pangkat seseorang. Saya boleh terima awak.. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro