93

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                   Di kawasan gelap, di cerahkan dengan kayu api yang di bakar di dalam sebuah tong. Air mata menitis jatuh,  talefon di tangannya di genggam kuat. Lelaki hoodie itu terus bangun dan menendang segala barang yang dekat dengannya.

"Arghh!!!"

Dia menjerit, melepaskan geram. Tudung hoodie di tarik ke belakang. Terserlah wajah faris di situ. Nafasnya turun naik, menahan amaran.

"ini semua sebab kau perempuan.."

Faris merenung tajam ke arah gambar naura yang telah berlubang di cucuk dengan pisau.

Apa agaknya yang membuatkan faris tertekan? Pasti ada berita buruk yang dia baru sahaja dengar.

"kali ini memang aku takkan lepaskan kau. Biarlah mamat itali tu nak buat apa dekat aku,aku langsung tak takut. Kau kena bayar balik apa yang kau dah hutang dengan aku.."degusnya.

Gambar naura di sentuhnya, dia tersenyum sinis.

"aku akan kawin dengan kau bukan sebab harta. Apa yang dah berlaku, kau kena tanggung balik."

       
                                         
                               Naura melangkah turun daripada anak tangga, terdengar gelak tawa orang di ruang tamunya. Macam meriah sangat je.

"haih? Bising semacam aje, membawang pasal naura ke?" tegur naura.

Langkahnya sekelip mata terhenti, matanya terbeliak besar melihat melur dan datin cemita laila di ruang tamu sedang berbual kosong bersama bella dan daniella.

Daniella memusing ke belakang, memandang naura yang tercegat di tangga.

"eh? Kak naura. Awal bangun? Rasanya malam nanti baru balik malaysia kan? Meh lah join kitaorang borak. Mak ngah ada bawa kawan perempuan dia." ajak daniella.

Naura hanya menggeleng, dan tersenyum kelat. Dia kembali ingin menuju ke tingkat atas.

"naura."

Naura terhenti saat namanya di sebut melur. Melur berdiri daripada sofanya, dan melangkah ke arah naura.

"ka..kau apa khabar?" soalnya.

Naura tidak menjawab, melur menghembus nafas kecil. Dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan naura.

"aku datang sini sebab nak minta maaf.."

"tak payah nak minta maaf sangatlah. Aku dah muak dengar perkataan minta maaf daripada mulut orang murah macam kau." sinis naura.

Melur terdiam. Dia menunduk memandang jari jemarinya.

"apasal kau datang sini? Kau nak ambil aryan balik sebab nak suruh dia jadi suami kau? Huh?"

"tak naura."

"habis tu?"

Naura memusing memandang melur, melur hanya menggeleng kepala. Tiada niat lain dia datang ke sini untuk minta maaf.

"kau ingat tak kali terakhir kau datang dekat aku untuk minta maaf? Masa tu, aku ingat kau nak berubah. Tapi tak sampai 5 minit pun, melur. Kau dah hancurkan hati aku sekelip mata je."

"aku takda niat nak runtuhkan masjid kau dengan aryan. Ak.. Aku cuma nak budak ni ada bapak. Yes, aku mengaku aku bodoh waktu tu! Tapi.. Kali ni aku tak main-main lagi naura. Aku nak jadi kawan kau balik. Macam dulu-dulu?"

"macam dulu-dulu tapi perangai sentan kau masih ada. Kau ingat aku boleh terima kau senang-senang aje ke?"

"aku tahu susah,naura. Kalau aku dekat tempat kau. Mungkin.. Aku pun akan sakit hati." ujarnya.

Naura memeluk tubuhnya, denagn senyuman sinisnya. Baru sekarang nak fikir tentang soal hati?

"listen, melur. Aku mungkin boleh terima kau."

"terima.. "

"bukan sekarang."

Baru saja nak seronok bila naura boleh menerima kembali. Namun senyuman kembali mati apabila naura berkata bukan pada waktu ini. Tapi kenapa?

Masih berat lagikah hati naura untuk menerimanya?

Mungkin,  kesalahan yang melur lakukan teramat menyakitkan. Jadi, ia mengambil masa yang lama untuk di ubati.

"aku tak pasti yang aryan boleh terima kau macam aku terima kau, melur. Aku akan kawan dengan kau, kalau aryan izinkan aku berkawan dengan kau. Tapi, kalau lagi sekali kau buat benda yang sama. Memang maaf tu takkan wujud lagi." ujar naura.

Melur tersenyum. Sememangnya dia takkan ulang lagi kesilapan yang sama. Tangan kanan di hulurkan ingin menyalam naura, naura pun menyambutnya.

"Mama!!"

Cemito yang baru pulang terus berlari memeluk ibunya, datin laila. Rindu betul, walaupun baru berapa hari.

Pelukan di lepaskan.

"mama tak bagitau cemito pun nak datang sini. Mama datang dengan siapa? Papa ek?"

"bukan dengan papa. Dengan kawan mama."

"kawan mama? Sejak bila pula mama ada kawan dekat malaysia ni? Bukan ke mama ni jenis pendiam?"

"habis,kamu ingat kalau mama pendiam mama tak boleh ada kawan lah? Itu kawan mama!"

Datin laila menunding ke arah melur yang berdiri di sebelah naura. Cemito mengalih kepala memandang orang yang di tunjukkan, dan kembali teralih memandang datin laila dengan wajah tidak percaya.

"kamu kenapa?"

"mama..kawan dengan melur?"

"yes. Kenapa? Ada masalah?"

"mama tahu kan yang melur ni...per.. Pernah rosakkan rumah tangga aryan dengan naura? Mama, orang macam dia tak boleh di buat kawan. Buatnya dia rampas suami mama pula macam mana?"

Pap!

Lengan cemito di tampar datin laila, celupar sangat mulut cemito itu. Bella dan daniella menahan tawa.

"mama tak ajar kamu untuk bersangka buruk pada orang ek? Yang lepas biarkan lepas! Bukannya yang lepas kita kunci sampai bila-bila." ujar datin laila.

Cemito mencebik, dia menggosok lengannya yang ditampar tadi.

"sampai hati mama."

"memang sampai pun. Kalau tak sampai macam mana nak buat kamu sentap? Sudahlah. Mama lapar! Takda apa yang nak di jamukan ke?"

"ada! Kejab cemito buatkan untuk mama."

Cemito berlari anak menunu ke dapur.

Naura memandang sekelilingnya, mencari kelibat aryan. Tak silap, tadi dia keluar dengan cemito. Tapi, kenapa kelibatnya tiada?

"Cemito!" panggil naura.

Cemito memusing memandang naura.

"ya, kenapa?"

"Aryan mana? Rasanya tadi dia keluar dengan awak kan? Takkan awak tinggal dia?" soal naura.

"entah. Tadi dia suruh saya balik dulu. Tak tahu pula dia pergi mana? Trylah call dia. Saya nak hidang makanan untuk mama kejab."ujarnya.

Mana pulak si aryan ni menghilang? Suka sangat buat orang lain risau.
Kalau nak bersiar-siar pun ajaklah aku, bukannya seorang diri. Payah betul, dapat suami pericolo ni!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro