❄ I 0 I Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



RINTIK hujan yang membasahi bumi seakan mewakili hati yang menangis. Zahirnya berderai langsung tak tertampung. Walau dia cuba untuk bertahan, melarutkan kesedihan namun hati seakan terlumpuh.

Akhirnya perpisahan itu berlaku jua walau sudah lama hatinya bersedia. Namun saat berdepan, diri tersungkur lemah tanpa sempat disanggah. Rebah kesakitan seolah-olah tak termampu untuk bangkit kembali.

Namun hidup mesti terus. Janji yang terpateri telah terlestari. Lantas hati sepatutnya mensyukuri.

Tapi ternyata langsung tak terdaya untuk diterima. Diri benar rapuh. Terdampar sendirian tanpa dahan berpaut saat detik itu tiba. Akhirnya semua itu berlaku jua. Kehilangan. Seseorang lelaki yang hanya kerana dia, segalanya sanggup dikorbankan.

Tanah perkuburan semakin dicengkam kesunyian. Hanya dihingari suara tangisan yang masih tak mampu dihentikan. Walaupun dia tekad untuk tak merintih, tapi diri benar tak berdaya. Terus tersungkur rebah ke bumi. Sendiri.

Hujan yang membasahi diri tiba-tiba dirasakan terhenti. Payung hitam sedang memayungi. Saat satu tangan terasa memeluk bahu, Afiera berkalih memandang dengan wajah yang lencun.

Tangisannya yang mahu dihentikan semakin terluah. Lelaki yang tiba-tiba muncul di sisi didakap erat tak bertangguh.


(194 words)



*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro