Bab 56: HILANG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Congratulations Erika!" Anisa bersorak riang sambil memeluk sahabatnya lembut.

" Thank you babe!" Erika tersenyum manis melihat telatah Anisa yang terlebih teruja ketika itu.

" Xaiden tak datang ker?" Soal Erika mencari kelibat lelaki itu.

" Hmmm... dia sibuk lately ni," jawab Anisa bersahaja.

" Yelah kan, sejak bila dia rajin bekerja pun aku tak tahu. Sebelum ni bukan main pemalas lagi," puji Erika berbaul perlian membuatkan Anisa turut ketawa.

" Can I see your baby?" Pinta Anisa melihat ke arah hospital baby cot di sisi Erika.

" Of course! please meet my son Zayn Iqram," sebut Erika tersenyum manis.

" Ouhh wow! He already have a name! Very nice name, sekarang dah ada sepasanglah" puji Anisa menyentuh tangan baby Zayn lembut. Erika hanya mengangguk perlahan sambil memandang kemesraan Anisa bersama puteranya.

" Laila ada melawat kau tak?" Soal Anisa.

" Ada. Awal-awal dia masuk kerja terus jumpa aku dulu," beritahu Erika panjang lebar.

" Ouhhh okaylah kalau macam tu,"

" Kau pula?" Soal Erika secara tiba-tiba.

" Kenapa dengan aku?" Dahi Anisa sudah berkerut seribu.

" Bila nak dapat baby?"

' Pap!'

Satu tamparan singgah pada lengan Erika sehingga dia mengaduh kesakitan. Jangan main-main dengan penangan Anisa ni.

" Kau tanya lah lagi, mulut kau pula jadi mangsa," ujar Anisa mula sarkastik.

" Aduh! Aku tanya jer... Kenapa emotional sangat ni? Pms ek?" Anisa terdiam mendengar soalan Erika.

" Ouhh betul lah?"

" Iyer," jawab Anisa laju.

" Kejap lagi siapa jaga kau?" Soal Anisa meneruskan lagi perbualan.

" Ouhhh, mama nak jaga aku malam ni. Kenapa kau nak balik ker?"

" Hmmm sekarang dah pukul 7:30 malam. Aku kena balik,"

" Wahh, sejak dah bersuami ni caring lebih eh kau?" Seloroh Erika ketawa kecil.

" Mestilah! Aku nak jadi isteri mithali tau. Bukan macam kau," jawab Anisa sengaja menjelir lidah pada sahabatnya itu.

Akhirnya Anisa pula menjadi mangsa tamparan Erika. Haihh, dia orang ni itu jelah yang nak dibuat pun.

" Okaylah aku nak balik dulu, take care babe. Love you," ucap Anisa mencium kedua belah pipi Erika sebelum mencapai beg tangannya dan keluar.

...

Anisa melangkah keluar dari hospital dan berjalan menuju ke arah keretanya yang diparkir agak jauh dari bangunan utama hospital.

Sedang dia berjalan sambil mencari kunci kereta di dalam beg tangan, bunyi derapan tapak kasut yang kuat membuatkan dia berasa tidak sedap hati.

Tanpa berlengah lagi, langkah kaki diatur lebih laju sehingga tiba di hadapan keretanya. Namun Anisa mulai panik apabila kunci kereta yang dicarinya masih tidak dijumpai.

Beberapa saat kemudian, bahunya disentuh dari belakang.

...

" Assalamualaikum," Xaiden melangkah masuk ke dalam rumah dengan rasa hairan.

Jam sudah menandakan pukul 9 malam. Tetapi kenderaan milik Anisa masih tiada di perkarangan rumah mereka.

" Dia seronok sangat sampai dah lupa nak balik rumah ker?" Perli Xaiden tidak berpuas hati.

Namun perkara itu tidak dihiraukan. Langkah kaki diatur laju ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan yang masih tergendala.

Jam kini menandakan tepat 11:00 malam. Xaiden menyelak langsir ruang tamu buat kali yang kelima. Niatnya hendak tidur satu jam yang lalu tidak dihiraukan lagi. Pelbagai perasaan mula menguasai dirinya kini. Marah, risau dan...

OTP

" Assalamualaikum Erika," ucap Xaiden dalam talian telefon.

" Waalaikumussalam. Kenapa call aku malam-malam ni?" Soal Erika perlahan. Dapat didengar suara Erika yang sedang menguap ketika itu.

" Aku... aku nak ucap tahniah dekat kau jer," beritahu Xaiden namun hanya kedengaran mendatar.

" Ouhh, hmmm thanks. Itulah kau, tadi Anisa datang melawat aku kau tak ikut sekali,"

" Sorrylah, aku sibuk ganti suami kesayangan kau tu. Dia kan kena berkepit dengan kau 24 jam sekarangni," sempat diselit perlian ketika itu.

" Amboi, sedapnya mulut kau bercakap. Ingat aku tak tahu kau dengan Anisa pun sama?" Soal Erika mahu memerangkap.

" Maksud kau?"

" Anisa lah, pukul 7:30 tadi laju jer dia cakap nak balik rumah. Tak sempat berbual lama pun dengan aku," Xaiden terkedu mendengar pernyataan Erika ketika itu. Entah mengapa, jantungnya mula berdegup kencang. Fikirannya juga menjadi kosong.

" Xaiden? Kau dengar tak aku cakap?" Panggilan Erika menyedarkan Xaiden.

" Ya. A...aku ada kerja. Bye,"

" Dia letak macam tu jer? Sabar jelah," Erika yang berada di talian memandang ke arah telefonnya dengan hati yang membara.

Pada masa yang sama, Xaiden pula sudah laju mendail nombor telefon Anisa. Hatinya yang sudah tidak keruan cuba ditahan sedaya upaya.

" Ishh! Kenapa kau tak angkat ni!" Xaiden merengus geram. Sudah tiga kali nombor yang ditelefon tidak diangkat.

Tanpa membuang masa, kunci kereta dicapai dan dia bergegas keluar dari rumah lalu menerobos masuk ke dalam perut kereta.

Di dalam kereta,

" Hello Mark, tolong detect telefon Anisa sekarang," arah Xaiden di dalam talian melalui bluetooth keretanya.

" Hah? Kenapa?"

" Kau cari jelah!" Tanpa disedari suaranya sudah naik seoktaf.

" Okay chill bro. Aku cari sekarang," sejurus itu talian dimatikan.

Fikiran Xaiden sudah serabut. Keretanya dipandu terus ke arah pejabat Anisa dengan harapan bahawa Anisa sedang bekerja di pejabatnya.

10 minit kemudian, Xaiden berhenti tepat di hadapan bangunan pejabat isterinya. Namun hampa, tiada sebarang cahaya dari dalam bangunan itu. Beberapa saat kemudian, telefon Xaiden berdering dan sepantas kilat ianya diangkat.

" Hello Xaiden, aku tak dapat detect phone dialah,"

" Aku tak kira, kau kena cari sampai jumpa!" Arah Xaiden sudah tidak dapat mengawal diri. Stereng kereta diketuk beberapa kali.

" Kau dekat mana ni Anisa? Tolonglah jangan buat aku macam ni," kata Xaiden sendiri sambil meletakkan kepala pada stereng. Dia sudah bingung untuk mencari gadis itu.

" Rumah dia," tebak Xaiden. Walaupun dia tidak yakin dengan tekaannya, mungkin masih ada harapan.

Tanpa membuang masa, keretanya dipandu laju menuju ke destinasi seterusnya.

Di hadapan rumah Anisa,

Xaiden keluar dari perut kereta dan melihat di perkarangan rumah sewa Anisa. Namun tiada petanda keberadaan isterinya. Pagar juga masih terkunci kemas dari luar. Xaiden masuk kembali ke dalam kereta dengan perasaan yang hampa.

Tidak tahu mengapa, hatinya mula berasa sebak. Air di tubir mata mula bertakung. Sejujurnya perasaan yang menguasai dirinya adalah takut. Dia takut untuk hilang sesiapa dari hidupnya terutama Anisa Fazira.

Beberapa minit kemudian panggilan dari Mark sekali lagi menarik perhatian Xaiden. Laju sahaja panggilan itu diangkat.

" Aku dah jumpa dia,"

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro