Bab 62 : HAI FAZ

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Kami ikut,"

" Cek Lah tunggu sini. Jaga Puan Erika," arah Anisa.

" Tunggu! Jangan menembak please. Nnti baby aku..." Pinta Erika mula panik.

" Baik, kami faham," jawab Anisa. Tanpa berlengah mereka semua turun ke tingkat bawah dengan berhati-hati. Namun kedaan di bawah kelihatan tenang. Hanya pintu hadapan yang sudah tidak berupa pintu. Berkecai akibat dibom dari luar.

Anisa memandang ke luar rumah. Ya, semua guard mereka di luar sudah pengsan akibat diserang secara tiba-tiba.

" Hai Laila, " sapaan seorang perempuan dari belakang mereka membuatkan mereka bertiga berpaling serentak. Alisa pula sudah lama mengacukan pistol sejak tadi.

" Wo! Relax, aku nak jumpa Laila jer. And what a surprise aku boleh jumpa kau sekali dekat sini, " Alisa keliru dengan keadaan mereka. Siapa yang menyerang mereka kali ini? Kenapa Laila yang menjadi target mereka?" 

"Patutlah kau berani dengan Louis sekarang. Rupanya kau sembunyi belakang Fazira macam dulu. Right Anisa Fazira?, "

Alisa memandang Anisa terkejut. Sekali lagi dia tidak boleh mencerna. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Bagaimana perempuan tu boleh kenal Laila dan Anisa?

" Apa yang kau nak Tia? Suka hati serang rumah orang yang tak ada kena mengena dengan masalah aku? Hah! " Laila mengepal penumbuk. Pistol yang berada di poket belakangnya sengaja tidak dicapai. Dia tahu kumpulan Louis hanya datang untuk memprovokasinya.

" Apa yang tak ada kena mengenanya? Kau yang lambat buat kerja! Louis dah hilang sabar. Dan aku dengar ada baby baru lahir dalam rumah ni. Jadi aku nak juga melawat," Seloroh perempuan yang dipanggil Tia itu tadi.

" Tia, kau jangan sesuka hati nak serang orang. Kalau kau nak selamat baik kau berambus sekarang, " ujar Anisa pula sudah hilang sabar. Dari tadi dia berdiam kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

" Kau ingat aku lagi Fazira? I thought you forgot about me. Sebabtu kau diam jer dari tadi. Malangnya Louis suruh aku bagi pengajaran untuk Laila cukup-cukup harini. Memandangkan kau pun ada sekali, maybe aku boleh lepaskan kemarahan aku dekat kau sebelumni!"

Sejurus itu, terus sahaja Tia dan lima orang konconya menyerang dari pelbagai arah. Alisa, Laila dan Anisa juga terus membuka langkah.

Tia menyerang Anisa terlebih dahulu, manakala Laila dan Anisa menguruskan konconya yang lain.

Tetapi Anisa tidak menyerang, dia hanya mengelak sedaya upaya daripada serangan Tia yang bertubi-tibu sehingga Tia hampir kepenatan.

" Kenapa kau mengelak? Skill kau dah berkarat-" sepakan dari belakang pelipat kaki Tia membuatkan perempuan itu menjerit kesakitan.

" Dumb move Tia," Anisa sinis sebelum menumbuk wajah Tia bertubi-tubi. Semasa sedang berlawan dengan Tia, sempat lagi seorang musuh ingin menembak Anisa namun tangannya sempat disepak oleh Laila.

Tia menjerit geram lalu ingin menyepak kepala Anisa namun berjaya ditepis. Akibat kaki Tia dicapai dan dihayun kuat sehingga perempuan itu sedikit tercampak ke belakang.

Alisa pula sedang bertungkus lumus melawan serangan daripada dua orang musuh sekali gus. Walaupun dalam benaknya sudah mempunyai beribu persoalan berkaitan Laila, Anisa dan musuh mereka kini.

Pihak lawan bertukar tangan. Laila pula yang berlawan dengan Tia manakala Anisa menyerang dua musuh mereka yang lain. Tangan Tia dikunci ke belakang manakala sanggulnya ditarik Laila sehingga perempuan itu mendongak.

" Beritahu Louis aku sendiri akan selesaikan, kau tak payah nak masuk campur!" Kepala Tia dihempuk geram ke dinding.

Seorang daripada musuh Alisa sudah tewas. Hanya tinggal seorang lagi yang masih bertahan daripada serangan Alisa yang bertubi-tibu. Namun akhirnya tewas apabila bahagian tengah musuhnya itu ditendang sehingga lelaki itu terduduk dan kepalanya disepak sehingga darahnya terhambur keluar.

" Sudah! Kau tunggu Laila! Fazira! Louis tak akan berdiam diri!" Dengan itu, Tia menarik konco-konco keluar dari rumah mereka.

Hanya lima belas minit bertarung, keringat mereka sudah menitik-nitik di atas lantai. Dapat dirasai suasana tegang antara mereka bertiga ketika itu.

"Dare to explain what is happening? " Alisa memandang Laila dan Anisa serentak.

" Sebenarnya..."

Belum sempat Laila membuka mulut, wajah Xander dan jejaka-jejaka kacak yang lain menerjah masuk ke dalam rumah.

" Apa yang berlaku? " Sebaik sahaja melangkah masuk, dapat dilihat wajah panik Xander. Tanpa sempat mereka bertiga menjawab soalannya, laju sahaja Xander melangkah ke tingkat atas bagi mencari isterinya.

" Apa yang berlaku? Mana orang yang ambush korang tu?"

" Diaorang sempat lari. Thanks to -"

" Sebenarnya diaorang tu pencuri!" Sampuk Anisa sedikit kuat suaranya.

" Pencuri? Pencuri yang ambush rumah ni? Kau biar betul Anisa?" Soal Damian sangsi.

" Betul, waktu kami turun tu, kami nampak ada sekumpulan pencuri yang masuk rumah ni sambil cari barang-barang berharga, " sambung Laila cuba memberi alasan lain.

" Tapi waktu kami turun, ada seorang tu datang nak mencederakan Laila. Mujurlah ada Alisa. Dia yang lawan semua pencuri tu," kata Anisa cuba untuk menukar suasana mereka.

" Laila? Ayang okay? Ada cedera dekat mana-mana tak?" Soal Aaron sambil melihat setiap bahagian tubuh badan isterinya dengan rasa risau.

" Saya okay, Thanks to Alisa, dia yang lawan semua pencuri tu tadi, " jawab Laila mendatar tanpa memandang Aaron yang berada di hadapannya.

" Habistu kenapa korang dua dekat sini? Kan tak pasal-pasal Laila hampir kena serang, " celah Damian.

" Ka-kami cuba tolong Alisa tadi. Guna ni, " Laila menunjukkan 2 batang kayu golf kepada semua yang berada di situ. Sejak bila dicapainya pun tak tahu, tiba-tiba ada padanya.

Anisa menghembus nafas lega. Harap-harap clean lah kerja diorang untuk tutup apa yang berlaku.

Anak mata Anisa dan Laila bertembung dengan Alisa, mengharapkan dia dapat menutup perbualan dan pertarungan mereka berdua.

" Betul tu, Alisa lah main heroinnya, Alisa kan pandai berlawan. Korang sebagai suami ni sepatutnya ajar isteri-isteri korang ni bertarung. Baru boleh defense diri diorang, " tak pasal-pasal ceramah pendek diberikan oleh Alisa untuk menutup apa yang berlaku.

" Kami tanya jer, tak payahlah bagi ceramah, " jawab Mark. Eh, macam dia pula yang berbini. Yang lain hanya berdiam diri, namun dari tadi Xaiden memandang Anisa namun bukan dengan kerisauan tetapi dengan rasa sangsi. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh tiga orang wanita di hadapannya kini.

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro