Bab 9 : AARON?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Hello my friends!!" Sapa seseorang menerjah masuk office Xaiden selamba.

" Assalamualaikum..." Bidas Xaiden masih tertumpu pada kertas kerja.

" Waalaikumussalam. Islam rupanya..." Seloroh Mark mendekati Arif Xaiden. Sengaja dia nak tengok reaksi Xaiden.

'Sebelumtu hai korang! Rindu aku tak? Penat author pujuk aku masuk balik cerita ni akhirnya dalam bab 9 ni baru aku pertimbangkan untuk Masuk semula.' Mark membuat isyarat tangan flying kiss kepada reader. Author pula dengan berbesar hati membalasnya dengan serangan flying kick. Kalau author tahu dia nak cakap macamtu author blacklist terus nama dia dalam cerita ni. Puas hati aku!!

" Kau pernah dengar orang mati tertelan pen?" Soal Xaiden dingin.

" Pernah. Aku selalu mimpi kau tertelan pen." Ketawa Mark semakin menjadi-jadi.

Pukk!!

Sebatang pen hinggap di atas kepala Mark.
" Aku pulak dapat pesanan dari mak ayah kau suruh sumbat pen ni dalam mulut kau. Diorang tak sabar nak tarik kau masuk kubur."

" Eleh! Chill lah kau ni. Emo sangatlah, kan Damian kan?" Damian mengangkat bahu tanda tidak mahu bertanggungjawab. Eh wait, bila masa Damian ni masuk dalam office Xaiden? Siapa nampak? Siapa tak nampak pendek akal tau. Muahahahaggaga!!

" Wei, kau dapat tak lagi jemputan perkahwinan Aaron tu?" Soal Damian mengubah topik. Xaiden mengangguk.

' Tak sangka juga 3 tahun aku dekat overseas Aaron dah nak kahwin. Dulu kata tak nak kahwin, magkuk bin ayun sungguh dia tu.' kutuk Xaiden di dalam hatinya.

Di pejabat Aaron,

" Achumm!!!" Bergegar pejabat Aaron akibat bersinnya itu yang kuat seperti bom atom. Heheheh taklah, author membongak jerr...

" Siapalah yang kutuk aku ni?" Soal Aaron sendiri.

Pejabat Xaiden,

" Tinggal Adrian, Ryan dengan siapa tu?" Soal Mark mula membuka cerita.

" Siapa?" Soal Xaiden pelik. Siapa lagi yang sebaya dengan Xander?

" Anisa."

" Hah, Anisa! Fuhh, dia tu even tua, cun giler! Rasa macam nak try dialah nanti." Serta merta kerja Xaiden terbantut. Sengaja matanya dijegil ke arah Mark tajam. Macam nak terkeluar biji mata woo!! Takut kite!!

" Kau tu dengan perangai macam bab*n ni jangan mimpilah nak ada girlfriend, pengemis tepi jalan tupun belum tentu nak dekat kau." Bidas Damian kasar. Tulah, impian tinggi sangat! Mark menjeling Damian geram. Bencinya!! Amau kawan!

" Aku dengar di Anisa tu akan jadi pengapit isteri Aaron." Beritahu Damian lagi.

" Haah, katanya tunang Aaron tu sekampung dengan Anisa." Xaiden hanya menadah telinga sejak tadi. Korang perasan kan yang banyak cakap sekarangni si Damian dengan Mark tu? Diorang yang mintak nak muncul dalam bab kalini. Author ikut jelah. Heheheh...siapa percaya korang sama level dengan Mark.

" Kalau perempuan tu orang kampung, macam mana Aaron tu boleh kenal dengan tunang dia tu?" Soal Xaiden sengaja ingin memanjangkan perbualan mereka. Kerja dia dah lama buang jauh-jauh dah...

" Aku tahu!" Sampuk Mark lagi membuatkan yang lain memandangnya hairan.

" Macamni cerita dia..."

Flashback 3 tahun lalu, (Hatred LOVE).

" Cinta! Lelaki teragung membuat aku berbahagia!...." Aaron dengan senang hatinya turut menyanyikan lagu yang dimainkan di dalam radio ketika itu. Haihh, dia betul-betul minat drama ni.

Tidak dapat berdiam diri, Aaron bersiul-siul pula sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Sedang dia leka sendiri, kewujudan dua buah kereta dari belakang sejak sepuluh minit lalu membuatkan dirinya berasa tidak sedap hati.

Sengaja keretanya dibelok mencelah kenderaan lain yang berada di atas jalan raya sambil matanya sesekali mengerling ke arah cermin pandang belakang. Seperti yang dijangka, dia memang sedang di ekori.

Aaron melajukan pemanduannya untuk meloloskan diri, tangannya membuka dashboard laju dan mencapai selaras pistol dan digenggamnya kuat. In case kalau diorang gunakan senjata, bolehlah dia defend diri.

"Bang!!" See? Aaron dah agak dah diorang akan tembak kereta dia. Namun bukan itu yang membuatkan dia panik.

" Kereta aku! Uwaaa baru beli bulan lepas!" Aaron mengenang nasib kereta barunya itu dan mengusap stereng keretanya berkali-kali.
Ingatkan takut mati! Kereta dia pula yang dikisahkan. Olang ini macam pun ada ka?

" Bangg!! Bangg!!"

"Sekejap. Betul ker kau tak reka cerita ni?" Sampuk Xaiden ragu-ragu dengan cerita epik Mark itu. Kalau salah tak ker dia dengan Damian yang diperbodohkan baik punya!?

" Ish, aku pernah bohong korang ker?!" Balas Mark geram. Dia tengah syok cerita ada pula beruk yang menyampuk.

Soalan Mark hanya dibalas dengan tunak mata tidak berpuas hati. Mark pula tersengih seperti kerang busuk di situ. Okay, dia memang selalu tipu diorang pun.

" Kalini Aku betul-betul tak tipu. Kalau aku tipu cerita ni takkan ramai reader macam cerita first dia tu."

" Bukk!!" Korang Ada dengar bunyi tak? Mana kasut saya eh? Dia terbang tadi tapi tak tahu pergi mana! Dahlah sakit hati saya melayan Mark ni. Sambung balik cerita Aaron.

Sekali lagi keretanya ditembak dari belakang, namun nasib kini menyebelahi pihak musuh apabila kedua-dua tayar belakangnya ditembak sehingga pecah dan keretanya mula berpusing laju kerena terhenti secara tiba-tiba.

Beberapa minit kemudian, Aaron keluar dari kereta dengan terhuyung-hayang, dia yang masih tidak dapat menyeimbangkan diri rebah di tepi jalan. Pening oii!!

Setelah beberapa saat, tiba-tiba belakangnya disepak kuat oleh seseorang. Dia punya pening tu, lupa pulak tengah kena kejar.

Disebabkan keadaannya yang belum bersedia, Aaron tidak mampu berlawan tambahan pula dengan kehadiran pihak musuh yang semakin ramai mengerumuninya. Akhirnya dia ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sadis...

End flashback.

"TAMAT..." Mark menayangkan senyuman bangga kerana berjaya muncul di dalam bab kali ini sebagai orang yang berguna.

" Habistu bila Aaron jumpa tunang dia tu?" Soal Damian semakin keliru. Apa benda yang Mark tu cerita sebenarnya? Tak ada pun kewujudan tunang Aaron tu?

" Tunang dia tu jururawat yang rawat dia lepas kena belasah tu." Dengan yakinnya Mark menjawab. Tidak semena-mena kepala Mark dilibas dengan sebuah fail.

Dingin terus Xaiden dibuatnya. Memang elok pun dia kena libas. Wayar baru putus dua hari lepas tu, sebab tertelan cengkerik.

" Apa kena mengena dengan cerita kau tadi setan?!" Tengking Damian pula kali ini. Tunggu giliran dia pula. Mahu lunyai Mark dibantainya.

" Ish, tapi Aaron Ada bagitahu yang dia rasa nurse tu jugak yang bawak dia ke hospital lepas kejadian tu." Sambung Mark membela diri.

" Pulak...creepy gila perjumpaan diorang tu." Kata Damian yang sudah tak tahu di mana hujung dan pangkal cerita sebenarnya.

" Hmmm...kau dengar cerita ni dari Mana? Aaron bagitahu ker?" Soal Xaiden.

" Taklah, Pak cik cleaner dekat hospital tu yang bagitahu aku." Jawab Mark selamba.

" Kau!" Damian yang sudah tidak mampu bertahan dengan sikap beruk di sebelahnya itu terus menerkam Mark dan menumbuknya geram.

Tetapi tidak pula Xaiden, dia rasa Mark sengaja bagitahu Pak Cik cleaner yang cakap untuk menglirukan reader. Lagipun wayar dia kan baru putus. Korang rasa macam mana?

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro