Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang Aysar~..."

Tubuh sasa abangnya itu di dakap erat tidak mahu lepas. Aysar hanya membiarkannya saja tubuhnya dipeluk. Bukan orang lain pun yang peluk dia, adik sendiri. Tapi agak menggelikan apabila yang peluk dia bukan adik perempuannya tetapi-...

" Eğer hasta olmak istemiyorsan, gitmeme izin verin." Tuturnya perlahan tetapi agak keras bunyinya.

(Kalau kau tak nak sakit, lepaskan aku.)

Terus dia meleraikan pelukannya. Bibirnya dicebik menyampah.

"Sikit-sikit nak marah. Bizar ediji."

(Annoying.)

Aysar hanya buat tidak endah sahaja. Buku novel yang berada di tangannya diletakkan atas meja kaca di depannya.

"Kau ingat kau perempuan nak peluk-peluk Abang Aysar macam tu? Geli aku tengok. Serupa gay." Sampuk Aiyla yang baru saja turun daripada tingkat atas. Mimik muka geli ditunjukkan pada Aydin. Dia yang perempuan pun takde nak peluk-peluk abang sulungnya itu. Bukan tak nak tapi dia segan, ehehehe...

"Shut up you, little shit." Jeling Aydin pada Aiyla. Eh, suka hati dia nak peluk siapa pun. Bukannya berdosa. Peluk perempuan lain hah tu lain cerita.

"Aydin, watch your mouth." Aysar menjeling Aydin dengan tajam. Adik kembarnya itu suka sangat bermulut celupar. Rasa nak rabak-rabakkan aje mulut adik kembarnya itu.

Aiyla mengukir senyuman sinis apabila Aysar membelanya.

Aydin mencebik. Menyampah!

"Kau ni memboringkan, Aysar. Dengan aku kemain tegas tapi dengan Aiyla boleh pula kau berlembut. Mana boleh. Aku pun adik kau juga walaupun kembar. Nak juga manja-manja dengan kau." Kata Aydin dengan nada sedikit kesal. Sebenarnya lebih kepada mengada-ngada.

Aiyla menayang muka toya. Mula dah perangai mengada-ngada abang keduanya itu. Dia menggeleng kecil.

"Aiyla perempuan, kau lelaki. Beza." Jawab Aysar tanpa perasaan.

"Setakat beza jantina apa lah sangat. Samson tu elok je layan adik-adik kembarnya yang perangai macam lelaki. Takde jadi isu pun. Dengan aku pun nak jadi isu ke?"

Aysar berkerut. Apa yang kembarnya itu melalut? Tiba-tiba kaitkan dengan sepupu mereka. Terus dia melekapkan tangannya pada dahi Aydin. Mana tahu kut-kut demam ke kan?

"Tch, men kesel däl!" Aydin menepis tangan Aysar dengan kasar.

(Tch, i'm not sick!)

Aysar tertawa kecil. Ada yang makan penampar sulung dia ni karang.

"Marah huh?"

Aydin buat tidak endah. Malas nak layan. Merajuk!

Tak berkata apa-apa terus dia merangkul tubuh Aydin dengan kasar. Bibirnya menguntum senyuman nipis. Mengada betul kembarnya ni.

Aydin tersenyum lebar.

Aiyla menggeleng kecil. Pelik-pelik je lah perangai abang-abang kembarnya itu.

Sorang pendiam, sorang lagi banyak cakap plus mengada sampai tahap rasa nak cepuk-cepuk kepala Aydin bagi betul sikit.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..." Serentak mereka adik-beradik menoleh ke arah pintu. Kelihatan susuk tubuh Blade yang baru saja masuk ke dalam dengan wajah yang penat.

Aiyla melonjak gembira.

"Papaaaa...." Dia berlari ke arah Blade lalu memeluk tubuh tegap Blade dengan senyuman lebar.

Terlepas tawa Blade apabila Aiyla memeluknya dengan erat. Tangan kasarnya mengelus lembut rambut anak gadisnya ini.

"Yes, princess..."

Aiyla tersengih suka saat Blade menyebut panggilan tersebut. Panggilan manjanya.

Aydin mencebik. Princess lah sangat. Princess taik lembu dia.

"Men seni küýseýärin, papa." Tutur Aiyla dengan pelukan erat.

(I miss you, papa.)

"Menem seni küýseýärin." Balas Blade perlahan.

(I miss you too.)

Aiyla tersengih suka.

"Dah dah lah tu macam papa tak balik tiga tahun je gaya kau. Baru tiga hari tak balik, chill-chill sudah. Over je." Tegur Aydin sambil melangkah ke arah Blade. Tangan Blade di sentuh lalu dikucup hormat.

"Ishhh, sibuk je kau ni. Biarlah aku nak manja-manja dengan papa. Kecoh je." Balas Aiyla dengan jelingan tajam.

Aydin mengembangkan hidungnya. Malas nak dengar Aiyla bising pagi-pagi buta ni. Mujur rumah mereka jauh daripada jiran tetangga. Kalau tak, confirm jiran mengadu rumah mereka bising dengan suara Aiyla.

Aiyla memicingkan matanya. Ikutkan hati nak je dia cucuk lubang hidung Aydin dengan senduk. Biar besar macam lubang jamban.

Blade menggeleng kecil mendengar mereka berdua bertengkar kecil. Sorang suka menjawab, sorang lagi suka menyakat. Mana tak kecohnya.

"Papa..." Aysar menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Blade. Blade terus menyambut huluran tersebut lalu belakang tapak tangannya dikucup lembut oleh Aysar dengan hormat.

"Aydin, Aiyla stop bergaduh mulut. Papa baru balikkan, bagi papa rehat." Tegur Aysar apabila adik kembar dan adik perempuannya asyik bergaduh mulut. Tak faham sungguh dia dengan dua adik dia ini. Asyik nak bergaduh je. Tak penat ke?

Terus mereka berdua berhenti bergaduh sebaik saja Aysar bersuara. Walaupun nada Aysar biasa tetapi mereka tahu Aysar sedang marah pada mereka berdua.

"Sorry papa. Papa pergilah naik atas rehat dulu. Mumma pun ada dekat atas tengah tidur lagi." Kata Aiyla dengan serba salah apabila ditegur sebegitu. Semua salah Aydin.

Aydin hanya diam bersuara. Wajah Blade yang penat itu ditatap. Hatinya diusik dengan serba salah. Semua sebab Aiyla.

Blade mengukir senyuman nipis. Antara mereka bertiga, hanya Aysar saja banyak mengikuti dirinya. Tidak banyak cakap dan suka melakukan hal sendiri.

"Nanti solat subuh berjemaah." Pesan Blade sebelum naik ke atas. Dia mahu membersihkan tubuhnya agar lebih segar sebelum menunaikan solat subuh bersama-sama.

"Okey papa." Jawab Aiyla dan Aydin serentak. Hilang je bayang Blade terus Aiyla dan Aydin saling bertentang mata.

"Kau lah ni bising je." Kata Aydin dengan bibir tercebir.

Aiyla melongo.

W-what?

"Eh apa hal aku pula? Kau yang mulakan dulu okey."

"Enough!"

Aiyla dan Aydin terdiam buat kali kedua tetapi jelas wajah tidak puas hati terpancar pada wajah mereka berdua.

Aysar melepas keluhan kecil.

"Boleh tak jangan bergaduh pagi-pagi buta macam ni? Pergi ambil wudhuk dan tunggu dekat bilik solat. Jangan buat papa dan mumma tertunggu-tunggu."

"Alright sir!" Mencicit mereka berdua berlari naik ke atas menuju ke bilik mereka sendiri. Sempat lagi mereka berdua tolak menolak.

Aysar hanya melihat dengan gelengan kecil. Apa nak jadi dengan mereka berdua ni? Kembarnya itu pun satu hal. Sengal.

Memandangkan subuh hampir menjelang tiba dia mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya untuk mengambil wudhuk. Sudah menjadi kebiasaan mereka tiga beradik akan bangun awal seawal jam lima pagi untuk bersiap apa yang patut.

Mereka bertiga di didik oleh Blade untuk bangun awal pagi supaya mereka dapat jemaah subuh bersama-sama. Setelah itu mereka akan bersiap-siap untuk ke sekolah mereka masing-masing memandangkan mereka sekolah berlainan tempat setelah sarapan bersama-sama.

"Papa, hantar Aiyla ke sekolah boleh?" Pinta Aiyla dengan manja.

Qaisha yang sedang menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Blade mengerling anak gadisnya itu. Manja sungguh dengan Blade.

"Sure." Jawab Blade dengan senyuman.

Aiyla sudah tersenyum lebar.

Yes, papa hantar!

"Hantarkan Aydin ke sekolah juga papa."

"Sibuk je." Cebik Aiyla. Orang nak sweet-sweet dengan papa pun nak menyibuk. Urghhh...

"Yes, i'm busy person. Kau apa tahu? Tahu bising je." Balas Aydin sebelum mengunyah nasi goreng buatan Qaisha.

Yum yum yummm

Masakan mummanya tak pernah mengecewakan.

"Aydin, Aiyla depan rezeki pun nak bergaduh ke?" Tegur Qaisha dengan kening terangkat.

"Sorry mumma..." Tutur Aiyla dengan sengihan.

Aydin hanya diam. Dia tak bersalah dalam hal ni jadi buat apa dia nak minta maaf. Aiyla yang bersalah jadi dia yang wajib minta maaf.

Qaisha menggeleng kecil. Pening kepala dengan tingkah dua anaknya itu. Nasib baik Aysar tidak seperti mereka kalau tidak haih boleh kena tekanan darah tinggi dia.

"Aysar tak nak papa hantarkan?" Soal Blade pada Aysar walaupun dia sendiri tahu apa jawapan si anak.

"Thank you pa but no. Aysar lebih suka naik basikal pergi sekolah." Tolak Aysar lembut agar Blade tidak kecil hati padanya.

"Okay then." Blade tidak mahu memaksa.

"Kau ni tak penat ke kayuh basikal pergi balik sekolah hari-hari? Motor kau tu kau nak buat apa depan rumah? Display?" Aydin tak faham betul dengan perangai aneh abang kembarnya ini. Ada motor tapi naik basikal. Apo?

Aysar tidak menjawab. Dia mengunyah nasi gorengnya sehingga habis. Dia bukan lah seorang yang suka menunjuk harta kekayaan pada orang lain. Dia lebih suka hidup bersederhana. Dia tidak suka mendapat perhatian, dia rimas.

"Kau ingat Abang Aysar macam kau ke? Berlagak kaya sedangkan guna duit papa. Puihhh menyampah aku tengok."

"What? How dare you say like that little shitty."

Puk puk

"Adoiiii..."

"Aduhhh...."

Aiyla dan Aydin mengaduh sakit serentak.

Blade mengukir senyuman nipis dengan gelengan kecil. Bergaduh lagi kan dah mendapat. Dia turut menjamah makanannya hingga habis. Rindu sungguh masakan isterinya itu.

"Mencarut depan rezeki lagi mumma rodok mulut tu dengan senduk kayu." Kata Qaisha berbaur ugutan. Wajahnya jelas kelihatan tegang. Dia kena bertegas dengan mereka berdua kalau tidak makin menjadi-jadi perangai tak semengah mereka berdua.

"Aiyla yang mulakan dulu mumma."

"Abang Aydin yang mulakan dulu."

Mereka berdua berkata serentak.

"Ehemmm..." Blade berdehem kecil.

Serta merta mereka berdua diam menikus. Takut.

"Aysar pergi sekolah dulu mumma, papa." Aysar bangun setelah mencuci pinggan dan gelasnya. Beg sekolah tersangkut elok pada bahunya.

Aydin pandang Aysar tidak berkerdip. Uishhh sejak bila Aysar dah habis makan? Pantas betul.

"Take care, belajar elok-elok." Pesan Qaisha lalu mencium kedua belah pipi Aysar dengan kasih. Rambut perang anaknya itu diusap lembut. Hensem betul anak dia ni, macam suaminya ihiksss...

"In Shaa Allah, i will." Balas Aysar dengan senyuman nipis. Dia turut mencium kedua belah pipi Qaisha, syurganya dengan kasih.

"Ingat jangan cepat melatah walau apa pun yang berlaku. Sentiasa tenang dan endahkan orang yang tak penting dalam hidup Aysar." Pesan Blade pula.

Aysar mengangguk kecil.

"I will. Got to go, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawab mereka berempat serentak.

"Aiyla, Aydin cepat makan papa tunggu dalam kereta."

"Yes sir!"













Sebaik sahaja tiba di depan pagar sekolah, Aysar turun daripada basikalnya. Dia menyorong basikalnya masuk ke dalam sekolah untuk diletakkan di tempat basikal.

Lima tahun dia bersekolah di sini dia hanya naik basikal sahaja memandangkan jarak antara rumah dan sekolahnya tidak jauh. Tidak seperti sekolah Aydin dan Aiyla yang agak jauh daripada rumah.

Ada sebab kenapa mereka bertiga sekolah berasingan. Blade tidak mahu keberadaan anak-anaknya serentak dalam satu kawasan menjadi target pihak musuh untuk mengancam keluarganya. Disebabkan itu tiada siapa yang tahu tentang latar belakang keluarga mereka. Identiti Aysar, Aydin dan Aiyla ditutup rapi. Lebih-lebih lagi Aysar.

Sikapnya yang pendiam dan sering berseorangan menimbulkan rasa aneh dalam diri para pelajar mahu pun para guru. Tingkahnya yang diam dan berwajah datar membuatkan dirinya digeruni hingga tiada siapa yang berani mendekatinya.

Kawan?

Dia langsung tidak mempunyai sebarang insan yang bergelar 'kawan'. Dia hanya bersendirian.

Aneh. Pelik. Gila.

Gelaran yang dilemparkan padanya oleh para pelajar yang tidak bertamadun. Tetapi sedikit pun dia tidak kisah dengan segala panggilan yang diberikan padanya. Dia tidak akan kisah selagi hidupnya aman tanpa di ganggu oleh sesiapa.

Dia jalan memandang lurus ke depan. Bisikan-bisikan kecil di sekelilingnya diabaikan. Seperti apa yang dipesan oleh Blade, dia mengendahkan saja orang yang tak penting dalam hidupnya.

"Peliklah dia tu, budak pandai tapi duduk kelas belakang. Kelas perdagangan. Pelik betul."

"Kannn... Muka hensem tapi sayang pelik."

"Itu lah tu, dengar-dengar dia tak pernah bercinta bukan setakat bercinta tapi cakap dengan perempuan pun tak."

"Iya? Entah-entah gay. Eeiiyyy...."

"Eeiuuwww jijiksss..."

"Hensem tapi gay. Nauzubillahiminzalik..."

Aysar dengar perbualan itu tapi dia hanya diam tidak bersuara. Terasa hati? Tidak sama sekali. Baginya mereka hanya bercakap benda-benda yang tidak berfaedah. Atau secara kasar, sampah!

Mungkin sebab ini lah Blade tidak mahu dia cepat melatah. Buang masa dia saja untuk mengeluarkan suara dengan perkara yang tidak berfaedah. Terutama perkara yang tidak betul. Main cakap sedap mulut je. Tak takut dosa langsung.

Aysar jalan seperti tiada apa. Mulut orang bukannya dia boleh tutup walau hakikatnya dia sendiri boleh tutupkan. Bukan setakat tutup, jahit pun dia boleh buat kalau dia nak.

Dia memejam matanya seketika. Segera dia membuang perkara negatif dalam fikirannya. Dia ke sekolah hanya mahu belajar, itu sahaja.

"Hoi budak pelik."

Panggilan biadap itu diabaikan.

"Hoi, kau pekak ke apa? Dah lah bisu pekak pula tu. Sedih betul hidup kau kan."

Aysar masih kekal berdiam diri. Dia jalan tanpa ada rasa mahu berhenti. Dia bukan budak pelik, dia bukan pekak mahu pun bisu. Jadi buat apa dia mahu berhenti dan berpaling pada orang yang memanggil dirinya sebegitu. Buang masa.

"Hoiii, berani kau endahkan aku? Dasar pekak!"

Seketul batu terkena pada belakang tubuhnya. Kedengaran gelak tawa daripada belakangnya. Bukan satu bukan dua tapi banyak. Apa yang kelakar sangat baling batu pada orang?

Aysar menjeling sekilas dengan hujung ekor matanya. Wajah seorang pelajar lelaki yang sedang memandang sinis padanya di pandang.

Adam Irfan.

"Samsyk oglan." Cemuh Aysar perlahan.

(Stupid guy.)

Adam mengetap bibirnya apabila Aysar langsung tidak berpaling ke arahnya. Semakin lama semakin meluat dia melihat wajah Aysar yang sentiasa tenang walau pun dirinya di buli olehnya.

Walaupun Aysar sering dipandang pelik oleh para pelajar tetapi ada segelintir pelajar perempuan baik senior mahu pun junior yang  meminati Aysar dalam diam kerana ketampanan yang dimiliki oleh Aysar tiada tandingannya.

Dia cemburu! Iri hati! Dengki!

Bukan itu sahaja kepandaian Aysar juga sering menjadi bualan para guru.

"Berani kau palau aku huh? Siap kau nanti. Blah jom." Kata Adam dengan nada yang tidak berpuas hati. Dia berjalan laju menuju ke tapak perhimpunan apabila menyedari perhimpunan bakal bermula sekejap saja lagi. Tiga orang rakannya turut melangkah laju mengikutinya dari belakang.

Matanya sempat melirik ke arah basikal milik Aysar. Terus bibirnya menyungging senyuman sinis. Idea jahat mula datang dalam fikirannya.

'Nanti kau, Aysar.'

"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang? Gila dah ke? Nak jadi macam Aysar ke apa?" Tegur Kamal apabila menyedari tingkah Adam itu.

"Mulut kau jaga sikit eh. Aku senyum bersebab. Aku nak kerjakan mamat tu."

"Kau nak buat apa?" Soal Zul ingin tahu.

"Aku nak jahanamkan basikal dia."

"Wow wow wow agak-agak bro nak jahanamkan harta benda orang. Kau pun tahu kan dia pergi balik sekolah dengan basikal buruk tu. Kalau dah jahanam macam mana dia nak balik?" Wafi kurang setuju dengan idea Adam yang baginya agak melampau.

Wajah Adam berubah tatkala Wafi menentang ideanya.

"Kau asal nak back up mamat tu? Dia ke aku kawan kau?"

"Haih kau ni tahu lah kaya tapi jangan sampai jahanamkan basikal dia. Beragak sikit bro. Benda lain aku tak kisah." Balas Wafi dengan tenang. Sikit pun dia tidak takut dengan amarah Adam. Mereka dah berkawan dari kecil jadi dia dah biasa hadap perangai baran Adam yang tak tentu pasal. Agaknya nak kena azan baru elok kut.

Adam menjeling menyampah. Tak suka apabila kawannya sendiri membantah ideanya.

"Apa-apa je lah."

Naim hanya diam saja. Malas nak masuk campur. Tak pasal-pasal dia kena sembur sama. Baik diam je.
















Gijäň rahat bolsun! Süýji düýş ✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro